Back off girl! Tasnim senyum dalam hati tengok Mimi pandangnya tak puas hati.
"Not bad masakan Mimi. Sedap." Puji Tasnim sekadar main angin. Rambut basah yang menutup leher sengaja ditolak ke belakang. Lehernya yang penuh tanda merah seboleh mungkin ditayang untuk tatapan mata mimi. Biar buta mata kau pandang cop mohor ini. Kau ada?
Mimi diam menahan bengang. Haeydar disebelah dikerling geram. Lapar sangat ke? Banyak sangat guna tenaga tadi sampai melantak macam apa. Desisnya tak puas hati.
"Baby.. You buat apa dengan dia dalam bilik tadi?"
Bukan dia pekak. Dia dengar suara jeritan kecil Tasnim saat dia memanggil Haeydar turun makan tadi. Perempuan itu boleh tahan gediknya.
"You jangan sakitkan hati i. Bila-bila masa je i boleh batalkan wedding kita." ugutnya pula.
"Kalau you tak nak i lebih-lebih dengan dia. Kawin dengan i cepat. You ingat i boleh tahan kalau ada dua makhluk penggoda dalam rumah ni? Apa yang i buat pada Tasnim tak salah pun. Masih hak i."
Ujar Haeydar tegas. Dia bangun dari situ. Semak pula rasanya bila terus diasak. Tak suka bila ada yang cuba mengongkong hidupnya.
" Jangan pernah terfikir untuk tinggalkan i lagi. Once you did. Tasnim akan jadi ratu dalam hidup i selamanya. Try me." amaran tegas dari Haeydar buat Mimi Mastura.
" Haeydar! I yang sepatutnya marah. Bukan you!" jerit Mimi tak puas hati. Dia hanya nampak belakang tubuh lelaki itu sahaja. Cepat benar Tengku Haeydar membuang langkah.
Tasnim cuma pamer riak bingung. Acah tak terlalu happy sedangkan dalam hati sibuk bersorak suka. Pleaselah buat hal lagi Mimi.. Biar laki aku serabut dengan kau.
"kau belum menang. Ini cuma permulaan. Tasnim you are something." tajam mata Mimi memanah figura Tasnim sebelum berlalu dari ruang makan itu.
****
Kusangkakan panas sepanjang hari rupanya...
Beginikah sikap sebenar Tengku Haeydar? Berpeleseran tak tahu hukum?
Macam ni kehidupan orang kaya? Berparti tak ingat dunia. Parti khas yang dibuat untuk Mimi sempena kejayaan filem box officenya.
Tasnim yang tak biasa hanya mampu memerhati dari atas. Macam-macam orang aku perhatikan. Sedetik rasa syukur dipanjatkan dalam hati. Kalau aku dilahirkan dalam dulang emas, aku pun akan bersosial tanpa batas macam ni ke? Mujur aku anak Mak Ujie.
Kalau lah Mak Ujie tahu apa yang dah menantu dia buat, mesti mak...
Tak semena satu tawa terlepas dari bibirnya bila terkenangkan perangai gila-gila sengal si emak. Tasnim masih ingat reaksi kalut dalam marahnya bila mak tertangkap aksi tak senonoh dua manusia yang sibuk berciuman di bangsal kebunnya. Dek tak tahu nak dicampak apa ke arah dua manusia hanyut itu, gigi palsunya ditanggal dan dilempar tepat mengena muka mereka.
Tasnim yang tengok habis terburai tawa. Terkulat-kulat mereka kegelian merasa sesuatu yang menjijikkan singgah di pipi masing-masing.
Nak tengok juga reaksi tengku Haeydar bila terkena benda yang sama dengan budak berdua itu. Pasti jijik. Dia mengekek suka. Tak semena ingatannya tertumpu pada si emak. Baik aku rujuk pakar. Mak mesti ada idea apa yang patut aku buat.
" Call pejabat agama. Cakap ada parti liar, ramai orang berzina."
" Serious lah mak? Tak menipu ke? Mana ada orang berzina kat sini." Tasnim tanya lurus. Takutlah.
"Serious..kau telepon je lah. Lagipun tadi aku baru wasap dengan salah seorang dari orang pejabat agama. Diaorang tengah standby sambil makan kuaci. Telepon lah, diaorang sibuk cakap bosan tak dek tempat nak ambush harini.." kata Mak Ujie sambil mulut sibuk mengunyah kuaci. Dia yang sedang mengokak kuaci, dipetik nama orang prjabat agama pula. Macam lah Tasnim tak tahu perangai emaknya.
"yelah tu. Mak sembang je kan."
"tadi kau tanya idea siapa? Idea mak kan? Aku dah bagi tu, ikut je lah! Dah lah. Mak nak tengok Park Soo Ha ni.. Kacau lah dia ni." talian dimatikan. Aku nak tengok pakwe aku pun tak tenang! Marahnya sebelum kembali fokus pada laptopnya yang terpasang cerita korea.
Tasnim ambil nafas sebelum dilepas kemudian.
Betul ke apa yang aku buat ni? Kalau lelaki itu mengamuk macam mana?
Tapi kau dapat pahala Tasnim. Kau jauhkan laki kau dari hanyut dengan keduniaan. Tibai je lah Tasnim..
You can do this Tasnim! Hidup Mak Ujie! Hidup Mak Ujie! Betul lah, aku lebih banyak ikut gene bapak dari emak. Kalau bapak, memang teragak-agak dan bertatasusila dalam mengambil keputusan. Tak seperti Mak Ujie. Semua dia langgar.
Telefon ditekap ke telinga.. "hello.. Saya nak buat aduan..."
ns216.73.216.66da2


