Bodohnya perempuan ni. Komen Tasnim dalam hati. Dari tadi dia memerhati Mimi Mastura yang bertungkus lumus didapur. Masak ayam pun bising! Dah tahu tak biasa kat dapur, sibuk nak menggedik. Nak tunjuk best lah tu.
Dah berhari-hari kau hamba dan kuli-kulikan aku, harini kau nak counter attack ye. Mesti kau ada rancangkan sesuatu. Kau nak pikat hati Haeydar dengan masakan kau eh?
Apa patut aku buat? Berebut masak dengan dia? Selamba betul dia halau aku keluar dari dapur tadi. Main tipu.. Aku dah siapkan semua bahan.. Tinggal nak campak-campak je. Kau datang pintas jalan acah nak claim hasil kerja kau lah nanti tu kan.. Desis Tasnim seorang diri.
Kecil besar.. Kecil besar saja figura itu diperhatikan dari tangga.
Tasnim gigit bibir. Otak geliganya mula berfungsi. Sementara minah ni masak, aku patut manfaatkan masa yang ada untuk goda laki aku!
Tersengih nakal, Tasnim berlari laju mendaki tangga. Pintu bilik Haeydar dirempuh kuat. Pintu dikunci rapat. Terkejut beruk Haeydar yang sedang mengeringkan rambutnya. Apa minah ni nak?
Terjojol biji mata Tasnim. Rezeki! Dah lama dia tak tengok tubuh sexy si suami. Berlagak sangat Mr. Haeydar ni.. Sampai bilik pun dah tak sudi nak kongsi dengan Tasnim. Tak pasal-pasal Tasnim berputih mata dan menanggung kerugian tak dapat nak skodeng suami sendiri. Kini rezeki sudah terbentang luas di depan mata. Tak mungkin Tasnim persiakan.
"apa masalah kau ni? Berapa kali aku pesan, jangan masuk bilik aku. Tak re.." mati bicara Haeydar bila didiamkan terus dengan bibir munggil si isteri.
Haeydar tolak isterinya menjauh tapi Tasnim dah bertukar agresif. Dia makin menghimpit tubuh itu hingga hilang jarak. Pengalaman jadi isteri lelaki itu selama 2 bulan membuatkan dengan mudah sahaja Tasnim menakluk nafsu Haeydar. Titik lemah lelaki itu digunakan sebagai kekuatannya.
Haeydar makin tak tertahan. Tubuh tasnim pula menjadi tawanannya kini. Dia ambil alih tugasnya sebagai nakhoda mengatur arah tuju pelayaran mereka.
"Kau memang nakal kan, Tasnim."
Tasnim tersengih menang sambil mendesah hebat bila permainan Haeydar semakin meliar dan hilang kawalan.
Tak mahu kalah, Tasnim mencuri bibir si suami yang sedang gigih mengerjakan ladang yang subur dan halal untuknya. Perlakuan Tasnim menyemarakkan aksi lincah si suami.
Sambil merengek manja kesukaan, diselit jua tawa sinis dan jahatnya buat si kekasih suami yg masih bertungkus lumus di dapur. Lemah la kau Mimi!
Tak sia-sia kau pisahkan tempat tidur kami, Mimi. Aku google cara nak tambat hati suami setiap malam. Semata-mata untuk pertahankan rumah tangga aku. Bisik Tasnim dalam hati. Dia belum habis mengejek Mimi.
Wajah suaminya disentuh perlahan.
Wahai suami, apa lagi yang kau kejarkan? Tak cukup sempurna lagikah layananku? Kenapa perlu ada Mimi Mastura antara kita?
Nak bezakan aku dan Mimi Mastura. Aku lebih dapat markah lebih tinggi darinya. I got all. Aku pandai jaga keperluan kau. Makan pakai kau tak pernah aku abaikan. Ketandusan jiwa kau aku yang ubati. Malam-malam kau tak pernah sunyi bertemankan aku. Setia aku, ikhlas aku, cinta dan jiwa aku... Semua aku berikan pada kau! Apa lagi yang kurang?
Kurang aku cuma satu. Aku tak popular macam Mimi Mastura. Itu kah yang buat nilai aku jadi merundum jatuh ke bawah?
Tasnim menjerit saat tubuhnya disentak kuat. Berombak dadanya mencari ritma dan ruang udara agar pernafasannya kembali teratur. Pipi si suami dikucup sekilas penuh rasa kasih. Aku cintakan kau suami..
Seronok bermain api di dapur, Mimi Mastura? Kekasih kau dah pun aku takluk kewarasannya di katil ini. Diranjang kami. Tasnim senyum mengejek.
***
Tasnim tersenyum puas melihat si suami yg masih kelelahan. Tubuhnya dibawa mengiring. Memeluk erat dada bidang nan sasa yang menjadi kegilaannya. Me miss you so much. Bisik Tasnim. Telinga Haeydar dicium gedik sebelum digigit manja. Dah lama tak semesra ini. Tasnim rasa tak mahu berganjak. Sayang kalau disia-siakan mood baik lelaki itu.
Tak tahan digoda, Haeydar menolak Tasnim menelentang. Dia pula yang mendera gadis itu. Bibir nakal itu dipagut lama sehingga Tasnim lemas. Tercungap mencari nafas. Haeydar yang rakus menuntut hak. Puas dibibir, leher jinjang itu pula yang dikerjakan. Hampir hilang kesedaran. Ketukan dipintu mematikan aksi Haeydar yang mula memanas untuk kali kedua. Dia mendecit bila diganggu. Tak puas hati saja lagaknya. Tasnim gelak dalam hati. Siapa suruh jemput pengganggu rumah tangga ke dalam rumah mereka. Rasakan.
"Baby.. Jom makan. I dah siap masak.. I masak special untuk you." ketukan dipintu masih kedengaran.
Tasnim tolak lembut tubuh itu dari terus menindihnya. Dia ingin ke bilik air untuk membersihkan diri. Perut yang lapar perlu diisi. Kebetulan hari ini ada 'bibik' baru.
Baru buka beberapa langkah ke kamar mandi, Tasnim jerit terkejut bila tubuhnya laju dikendung Haeydar si gagah masuk ke dalam bilik air. So naughty.. Sombong sombong pun kalah juga. Ejek Tasnim dalam hati. Kau kalah teruk Mimi. Aku ada senjata yang kau tak ada. Ini perang antara orang hebat Mimi. Dia ketawa jahat dalam hati.
Orang yang paling bodoh antara yang bodoh adalah yang memandang musuhnya sebelah mata.
Sedar diri tu Mimi. Status haram selamanya kalah dengan yang bergelar halal.
ns216.73.216.208da2


