Move on? Cakap memang mudah. Kalau kau pernah rasa bahagia, kau takkan pernah mudah untuk melupakan dan melepaskannya pergi. Kau akan stuck dan terkurung kat situ sampai kau benar-benar letih dan mengalah. Aku pencinta setia. Sekali cinta selamanya cinta.
"Berbaloi ke?" Wani menyinis. Dari mula-mula Tasnim masuk office tadi lagi dia memang dah simpan rasa tak puas hati. Tasnim boleh tipu semua orang, tapi Tasnim tak boleh sorok duka sengsaranya dari Wani. Mereka sekampung. Penghinaan yang Tasnim terima semuanya ada dalam kocek dia. Satu pun tiada yang tertinggal.
"Jangan jadi bodoh Nim. Jangan samakan diri kau dengan Najwa. Dia beruntung sebab kesabaran dia dihargai. Suami dia sedar kesilapan dia. Jangan letak diri kau dalam kasut dia sebab suami dia tak sehebat Tengku Haeydar. Tinggi mana je sombong Fuad tu boleh pergi kalau nak dibandingkan dengan laki kau."
"Dulu kita pun rasa mustahil untuk Najwa dapatkan bahagia. Tapi berkat sabar dia.. Suami dia jadi sebaik-baik suami. Tak bolehkah kau doakan yang sama untuk aku?"
"Aku taknak kau jadi macam Maya. Sampai hujung nyawa, dia masih tak dapat cinta dari Iqbal. Kita jadi perempuan ni Anim..kena ada class sendiri. Kalau orang dah tak berkehendak, jangan lagi tersua-sua. Kau bukan tak cantik. Bukannya tak laku. Kalau kau move on, beratur lelaki yang nakkan kau. By the way, Abang Zhaf kirim salam."
Tasnim menjeling. Tak suka dengar nama Zhafran. Dia allergik. Dari dulu dia tak suka perhatian berlebihan yang ditunjukkan oleh lelaki itu untuknya. Dia tak selesa. Zhafran hanya senior mereka. Tak boleh lebih! Tasnim geli.
" Apalah yang kurangnya pada Zhafran tu sampai sikit pun kau tak pandang dia. Sikit punya hellok aku tengok pun, kau tolak. Betul lah Mak Ujie cakap.. Taste kau level-level kayangan."
"aku suka lelaki macam Tengku Haeydar. Bold action. Dia ajak aku kawin masa mula-mula aku jumpa dia. A total stranger ajak aku kawin. Dan dia jawapan untuk permintaan aku pada sang pencipta. Aku yakin dia lah satu-satunya imam aku. Aku anggap ini ujian untuk rumah tangga aku. "
Wani mengeluh. Kawan-kawan.. Ini lah dia contoh bodoh yang tak dibuat - buat. Memang original dari dalam perut. Agak-agaknya kalau Mak Ujie tahu satu-satunya zuriat dia akan jadi bodoh likat macam ni, kau rasa nak ke dia bela budak ni sampai jadi bini orang sampai sekarang? Aku yakin kalaulah Mak Ujie tahu begini kesudahnya cerita anak dia, dah lama Mak Ujie penyet-penyet si anak buat cekodok pisang.
"Apa status kau sekarang? Janda ke masih isteri?"
"Hamba abdi mungkin. Mak Senah dah tak ada. Dia hantar balik rumah mama."
"Kau lah isteri kau lah kuli sekarang ni?"
"Macam."
"Si ratu drama tu apa cerita?"
"Entah."
Wani diam. Sakit hati pula tengok perangai Tasnim. Sepatah-sepatah jawabnya. Buat hidup macam tak ada masalah. Padahal...
Sengaja Tasnim malas bercerita lebih. Kalau dicanangnya si ratu drama itu tinggal dengan mereka tak ke lebih haru si teman menempelaknya? Lebih baik diam. Rahsia rumah tangga jangan disebar pada umum.. Aib tu.
"Sejak bila kau jadi macam ni? You're so not Tasnim yang aku kenal. Mana pergi kawan aku yang kepala batu, gila-gila bahasa. Yang tak mudah orang pijak walau sedikit pun. What had happen to you? Aku tak suka bila kau menyerah dan berserah macam ni."
" I am a fighter. Mana ada fighter yang mudah mengalah. Kau jangan risau lah. Aku tak sebodoh yang kau sangka. Tak selamanya aku benarkan diri dipijak." Tasnim senyum kemudian.
Kepada orang yang mengutuk aku. Kau ingat aku baik ke? Kau tak kenal lagi siapa aku. Ini Tasnim. Sekali kau jahat dengan aku, berkali-kali aku balas.. Ada sebab kenapa orang panggik mak aku, Mak Ujie.. Semuanya sebab aku.
Mak aku diuji kerana ada anak perangai sakai macam aku. Aku tak lemah. Kombinasi Mak Ujie dan Pak Samad membuatkan terlahirnya seketul manusia bernama Tasnim Aima. Perfect combination. Ada kala aku lembut. Ada juga kalanya terlalu keras hingga sukar untuk dilentur.
ns216.73.216.208da2


