Seminggu sudah Tasnim di situ. Seminggu yang bagaikan bertahun. Seksanya hati Tasnim Aima menelan setiap kerenah tak terduga dari Tengku Haeydar. Lelaki itu layan dia macam orang yang tak ada perasaan.
Mimi akan tinggal disini mulai harini. Itu kata putus dari perbincangan mereka berdua tempoh hari. Tasnim hanya akur. Siapa dia untuk membantah? Dah diberi peluang akhir pun, Tasnim sudah cukup bersyukur.
Dilayan bagai orang tak ada hati sungguh memeritkan. Setiap masa jiwanya terpalit luka.
"Baby.. I pergi dulu. Nanti i call you kalau urusan i kat sana dah selesai. Love you my baby boo.." selamba satu kucupan dihadiahkan di pipi Tengku Haeydar yang duduk bersebelahan dengannya.
Tasnim yang duduk makan bertentangan dengan mereka genggam tangan sendiri bila lelaki itu membalas ringkas dengan ciuman di bibir Mimi pula. Seboleh mungkin dilarikan anak matanya dari memandang sesuatu yang menjentik hatinya.
Ya . Cemburu. Tasnim cemburu. Siapa yang dapat merelakan perbuatan jahil mereka , sungguh tiada hati. Dia suami aku , Mimi! Tempik Tasnim dalam hati.
"Love you too sweetheart." balas Tengku Haeydar kemudian menyuap nasi goreng ke mulut dengan bersahaja setelah kepergian si kekasih hati.
"Elaun yang aku bagi tu tak cukup ke?"
Dengar suara itu, Tasnim angkat kepala. Bila dah tak ada Mimi Mastura baru pandai nak berbual dengannya.
"Cukup."
"Kalau cukup kenapa tiba-tiba minta izin nak masuk kerja?"
"Anim nak jumpa kawan-kawan. Anim perlukan terapi. Kalau pergi kerja setidak-tidaknya Anim boleh lupakan masalah kita."
"Kalau kau pergi kerja siapa yang nak uruskan hal rumah ini?"
Tasnim diam. Dia menunduk. Tahu yang Haeydar tak suka dia keluar. Takut mungkin, andai terkantoi tentang status mereka yang masih suami isteri. Bukan telah berpisah macam yang digembar-gemburkan oleh media.
Melihat kebisuan Tasnim, wajah itu kembali ditatap. Jelas kelihatan lingkaran hitam di mata itu. Haeydar melepaskan keluhan.
"Aku minta maaf Tasnim. Sebab lamar kau dulu. Aku tak pernah cintakan kau. Aku pergunakan kau sebab aku kecewa dengan Mimi. I was imaging her when i am with you. "
Tasnim angkat kepala. Setitik air matanya mengalir. Kenapa lelaki itu perlu minta maaf sedangkan dia pernah jadi wanita paling bahagia dengan lamaran dari Tengku Haeydar itu.
****
Sumpah rasa macam mimpi! Kalau ada kereta ke motor, bas, lori nak langgar aku sekarang.. dipersilakan. Sebab angan-angan aku nak dilamar oleh jejaka hebat dah kesampaian. Mak! Anak mak dilamar orang! Orang kaya kacak, mak!
Sambil berjalan seperti roh dah keluar dari tubuh, Tasnim Aima melempang-lempang pipinya sendiri. Katakan lah ini bukan mimpi!! Tasnim tak sabar nak masuk ke officenya setelah berlunch date dengan seseorang yang diluar kotak gapaiannya.
Sebaik pintu ditutup, Tasnim jerit kuat sambil meloncat keriangan tak percaya jodoh yang ditunggu selama ini bukan kaleng-kaleng gerangannya.
Arggghhhhh!! Jeritnya lagi kesukaan.
Yang memandang dah separuh pelik. Dirasuk setan apa pulak minah seorang ni.. Masing-masing terpinga.
"Aku dapat jerung beb. Jerung!" jerit Tasnim lagi belum habis teruja.
"Dapat closed master stokis ke?" teman-teman team salenya ikut teruja.
"Master stokis nilai dia sepuluh ribu je. Hat ni berjuta-juta lemon!"
"Apa benda? Share lah."
Tasnim mencebik. Sorry.. Secret and confidential. Dah pasti nanti baru aku umumkan pada satu dunia.
Wani buat muka menyampah. Pantang betul orang beria, bila ditanya taknak share. Baik dari tadi tak payah nak kongsi emosi bahagia tu sangat! Sambil berlalu melepasi si teman yang dah duduk di kerusinya, Wani ketuk kepala itu sekilas lalu dengan fail di tangan. Gedik!
Satu apa pun kerjanya tak berusik. Dari tadi sibuk tersengih-sengih.
"Apa kena dengan minah ni? Dirasuk jin sengih ke apa?"
Ain yg memerhati dari tadi berbunyi tak puas hati. Dijah angguk kepala setuju sangat dengan ulah si teman.
Senangnya dalam hati kalau bersuami kaya.. Seperti dunia hai ana yang punya! Semerta dia teringat kembali detik perbincangan mereka tadi.
Tak pernah-pernah Encik Amin suruh dia berjumpa dengan seseorang bagi mewakili dirinya.. Tiba2 sahaja.. Terkejut Tasnim menerima arahan itu. Mahu tak mahu, dia turutkan juga kehendak orang atasannya.
"Sorry lambat. Ada hal tadi." kata seorang lelaki sambil duduk selamba. Tasnim berkerut.
"Maaf. Tapi rasanya encik salah tempat ni. Saya ada urusan dengan orang lain. Bukan dengan encik."
"You are Tasnim Aima kan?"
Tasnim angguk.
"So memang kita berurusan berdua."
"Tapi saya kena jumpa dengan Cik Aida.."
"Bukan Aida.. It is Haeydar.. Haeydar Hakimi."
Mendengarkan itu, muka Tasnim memerah malu. Tak semena isi conversation mereka tadi terlintas di otaknya. Ya Allah malunya aku! Sudah lah tadi dia minta izin pada pihak disana untuk turut terangkan tentang produk sampingannya iaitu bra kizzy.. Punya lah beria dia hantar detail tadi. Rupanya member ni lelaki. Habis lah tercemar matanya melihat model-model pakaian dalam aku..
"So.. Tanpa buang masa.. Boleh you terangkan tentang produk tambahan yang nak saya labur sama tu?" lelaki itu masih tenang.
Errr.. Mmm.. Tasnim jadi tak selesa. Beberapa kali dia bersihkan tekaknya.
"Sorry.. Saya ingat encik ni Cik Aida. Sorry ye.. Tentang produk lagi satu tu abaikan. Kita back to our main purpose."
"Malu ke? Takkan benda tu pun nak malu? I am a matured man.. Nanti-nanti memang kena beli dan pilihkan untuk my spouse. Kenapa you tiba-tiba hesitate? Tadi dalam chat semangat sangat nak promote dekat i. Sekarang diam?"
Tasnim tersengih. Dia tiba-tiba jadi kekok.
" Amin cakap u ni seorang talkative, gila-gila, desparate dan banyak lagi. Seems like Amin said something that are totally opposite . Terang dekat i tentang that kizzy thing, or else i tarik diri dari ada apa2 kaitan dengan your company."
Tasnim tak ada pilihan. Dengan muka habis merah, dia keluarkan catalog dan juga sample product itu. Beria sekali lelaki itu membelek bra yang super bagus di abad ini. Pakai ni memang sumpah selesa gila. Yang ada breast cancer memang bagus pakai yang jenis macam ni sangat-sangat recommended. Tasnim yang melihat ketelitian lelaki itu pula naik segan.
"ok i setuju untuk labur modal untuk join venture dengan company dan product you."
Lebar senyuman yang terbit dari bibir Tasnim. Tak sia-sia dia tahan malu tadi.
"Terima kasih Encik Haeydar. Nanti saya siapkan detail dan proposal untuk encik go through satu persatu."
"That is not the main point why I am here."
Berkerut dahi Tasnim.
"I datang sini untuk berkenalan dengan bakal isteri I. Amin is my friend. I minta dia untuk carikan calon isteri I. So here you are. Will you marry me?" sebentuk cincin disua didepan Tasnim. Terkebil-kebil Tasnim jadinya. Macam mimpi.
Baru semalam dia bertahajud serta solat hajat minta jodoh dari Tuhan. Hari ini, seseorang yang dia tak kenal melamarnya sebegitu drastik. What is just happening? Inikah jawapannya pada permintaan aku semalam bersama sang pencipta?
"Saya nak pergi toilet."
"You nampak terkejut. I shall give you some time to think."
"No! I don't need time to think. Saya terima." pantas kaki dibawa ke toilet. Dia keliru tapi pantas saja mulutnya memberi jawapan. Lelaki itu nampak sedikit terkejut sebelum mengukir senyuman. Tak sia-sia aku request perempuan yang paling desperate di antara staff Amin. Desperate woman. Low mentality. Salah besar kau terima aku. Senyum sinisnya disimpan kemas.
Muka sendiri ditenung dari dalam cermin. Betul ke apa yang aku buat? Setelah lama termenung akhirnya Tasnim mula bosan. Mak cakap jangan fikir banyak kalau hati dah suka. Betul dah apa yang kau buat tu Tasnim. Dia handsome kan? Kacak nak mati. Tasnim angguk mengiakan. Tunggu apa lagi? Rembat je Tasnim! Gamble tasnim. Gamble!
Bukankah perkahwinan itu satu perjudian?
ns216.73.216.208da2


