"Mak Senah.. Bagi la saya masuk. Saya masih isteri Haeydar.." rayu tasnim pada pembantu rumahnya.
"kenapa muncul sini lagi Tasnim? Tengku dah halau Tasnim kan? Mak Senah tak berani nak buka pintu.."
"Anim tak buat salah apa pun, Mak Senah. Anim sendiri tak faham kenapa Anim sampai kena halau dari sini. Buka lah Mak Senah.. Mak senah tak boleh layan saya macam ni. Jangan buat saya macam pengemis dekat rumah suami saya sendiri.." rayu Tasnim lagi.
Mak senah mengeluh. Jatuh kasihan dengan nasib Tasnim. Hidup gadis itu tak ubah macam roller coaster. Semuanya penuh dengan element surprise. Dilamar secara tiba - tiba.. Dia buang pun tiba-tiba.
Walau rasa takut masih berantai, Mak Senah turutkan juga kemahuan Tasnim. Pintu pagar dibuka. Cepat saja wanita muda itu melolos masuk. Tubuh tuanya diterkam ke dalam pelukan.
"Terima kasih Mak Senah.. Terima kasih banyak-banyak. Anim takkan lupakan ehsan Mak Senah ini."
"Hati-hati Tasnim. Jangan sampai jiwa kamu terluka. Bukan senang nak takluk sesuatu yang tak sudi jadi milik kamu lagi"
"Ye Mak Senah. Saya faham. Selagi boleh cuba, saya cuba. Bahagia yang pernah dia beri pada saya, akan saya jadikan penguat semangat untuk hadap dia yang sekarang."
"kalau dah tak tertahan, pergi saja Tasnim. Ada kala melepaskan lebih baik dari terus bertahan. Kamu tak kenal siapa Tengku Haeydar." pesan wanita tua itu.
Sebuah kereta menjalar masuk melintasi mereka. Tasnim yang tahu sangat pemilik kereta itu pantas berkejar mendapatkan seseorang yang dia rindu.
Abang! Tubuh sasa yang sudah keluar dari kereta itu didakap kemas. Bagai tak mahu lepas. Cuma seketika sebelum tubuhnya ditolak kasar. Tasnim menelan liur.
"Kenapa mak senah bagi dia masuk? Berapa kali saya pesan, orang luar jangan sesekali benarkan masuk sini!" tengking Haeydar. Mak Senah hanya menunduk. Tahu salahnya.
"Anim bukan orang luar! Anim masih isteri abang."
"Know your place Tasnim Aima! Aku dah tak nak simpan kau sebagai isteri tapi kau yang merayu untuk tidak diceraikan. Lupa syarat yang aku bagi? Kalau nak kekal jadi isteri aku, jangan menyemak depan aku! Pergi lah mana kau nak pergi pun, asalkan bukan depan mata aku."
"Anim minta maaf.. Anim tak boleh jauh dari abang. Anim boleh jadi gila! Anim rindu abang. Anim cintakan abang! Tolonglah jangan buat Anim macam ni. Jangan lah buang Anim dari hidup abang.."
Anim merayu pada Haeydar. Mukanya dah memerah menangis .Minta dikasihani oleh sang suami.
"I minta maaf Tasnim. Watak you dah habis dekat sini. Pergi lah Tasnim. Tengku Haeydar is mine. Dari awal lagi you tak layak untuk dia. Dia cuma pergunakan you Tasnim, demi I." Mimi yang baru keluar dari pintu penumpang bersuara sambil mendekat ke arah Tasnim.
Dia kesian tengok Tasnim merayu tadi. Persis seperti lakonan yang biasa dibawanya. Kerana pernah terlalu menjiwai watak itu, dia tahu sedih dihati Tasnim.
" Mimi tolong lah.. Awak sama-sama perempuan macam saya. Saya tak pernah tahu pun suami saya pergunakan saya. Yang saya tahu, dia dah bagi cinta dalam hati saya. Dia jadi suami yang saya sanjung selama ni. Tolong lah Mimi.. Jangan rampas suami saya. Awak cantik, awak baik.. Semua orang suka awak, gilakan awak.. Cari lah lelaki lain.. Jangan ambil suami Anim. Anim cuma ada dia seorang je.."
Tasnim dah melutut didepan Mimi. Dia tak kisah dilabel apa sekali pun. Tasnim merendahkan diri serendahnya di hadapan Mimi Mastura. Terlalu berharap gadis itu melangkah pergi tinggalkan rumah tangganya agar kekal aman dan damai.
"See.. I told you. She is desperate. Pathetic! " ejek Tengku Haeydar. Selamba dia bawa langkah kaki ke dalam rumah. Malas nak layan babak air mata diluar. Sepatutnya Tasnim ikut Mimi Mastura pergi audition bersama. Biar dua-dua jadi pelakon terkenal.
Mak Senah yang dah terlebih makan garam hanya diam memerhati. Jauh disudut hati dia tahu. Satu masa nanti lelaki bongkak itu akan tersungkur juga. Saat itu, yang dibawah melutut belas ehsan bukan lagi Tasnim tetapi orang yang paling sombong itu!
Abang!!
Dari melutut di depan mimi, tasnim berlari mendapatkan Haeydar. Dia kembali menjejakkan kaki ke mahligai cintanya.
"Apa lagi Tasnim Aima? Kenapa bebal sangat ni? Rimas tahu tak?" lengannya yang dipegang lemah oleh Tasnim di tarik kasar. Dia tak suka! Terjelopok Tasnim jatuh akibat sentapan yang kuat itu.
"Bagi Anim peluang akhir. Anim janji jadi isteri terbaik untuk abang. Sekali je. Anim izinkan abang kawin dan berhubungan dengan sesiapa je yang abang suka. Tapi tolong izinkan Anim ada disisi abang. Anim tak nak jadi isteri yang tak diiktiraf. Anim nak jadi isteri abang, bukan sekadar atas sijil nikah saja. Abang boleh anggap Anim orang gaji, hamba abang pun Anim rela. Tapi jangan buang Anim. Anim terlalu cintakan abang.." rayu Tasnim lagi dengan wajah penuh mengharap.
Kening Tengku Haeydar terjongket. Menarik..
" Stop it Tasnim. It won't work. I tak nak bermadu! Haeydar is mine. Milik i seorang! " tempik Mimi Mastura tak setuju.
Mimi diam saat ternampak Haeydar menyuruhnya berhenti bersuara.
Haeydar mendekat pada Tasnim. Dia bertinggung untuk sama rendah dengan kedudukan Tasnim yang melutut dari tadi. Dagu tasnim ditolak ke atas menyamai laras mukanya. Muka yang memerah bersama tangisan itu dipandang bersama sengihan jahat.
"Fine. As you wish. Jangan menyesal Tasnim." ujarnya sinis. Dagu Tasnim dilepaskan.
Jeritan dari Mimi langsung Haeydar tak hiraukan. Dia hanya selamba mendaki tangga naik ke biliknya di tingkat atas.
"Haeydar! You dah janji takkan ada perempuan ni dalam hubungan kita! Haeydar!! Haeydar!!"
Mimi turut ikut jejak langkah Haeydar setelah lelaki itu enggan melayannya. Pintu bilik Haeydar dihempas kuat. We need to talk!
Tasnim kelegaan bila masih ada lagi sinar harapan untuk dia selamatkan rumah tangganya. Aku takkan mengalah! Tekadnya.
Mak Senah yang memerhati hanya mampu geleng kepala. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yg beriman dan beramal soleh. Pesan berpesan ke arah kebenaran dan kesabaran.
ns216.73.216.208da2


