"Kau ingat kau siapa?" kepala Tasnim ditunjal-tunjalnya.
Tak cukup hanya menunjal, pipi mulus itu ditempeleng. Senget muka Tasnim menerima penampar sulung dari Haeydar.
Tubuh yang tadi terjatuh ditolak kasar oleh Haeydar kini ditarik paksa untuk bangun pula dengan sentapan yang kuat di rambut yang sudah kusut itu. Tasnim menyeringai kesakitan dengan tindakan kasar Haeydar. Sekali lagi pipinya ditampar.
Malu Tasnim tak tahu nak letak muka kat mana lepas ni. Diperlakukan sebegitu oleh suami sendiri didepan orang ramai yang dia tak kenal, sangat merundum jiwanya. Sebaik sahaja pegawai agama berlalu pergi, terus lelaki itu melepas amuk padanya.
"Aku Tengku Haeydar. Bukan taraf aku kena serbu dan dimalukan macam ni. Kau belum kenal aku siapa!" sekali lagi rambut Tasnim ditarik kasar agar membuntuti langkah besarnya ke ruangan atas.
" Farid! Ikut aku!" arahnya kuat. Farid yang hanya menjadi pemerhati dari tadi pantas menurut dan membenarkan sahaja perlakuan Haeydar terhadap perempuan itu. Kurang ajar. Berani dia rosakkan atur cara mereka hari ini. Kalau biadap, mesti diajar. Secukupnya. Senyum jahatnya muncul.
"Abang . sakit! Abang nak buat apa ni? Anim minta maaf. Anim janji takkan kacau hidup abang lagi. Sakit bang! Lepaskan rambut Anim.."
Cengkaman kemas Haeydar sungguh menyakitkannya. Rasa macam nak tercabut otak keluar bila ditarik kuat begitu.
"Kau dah malukan aku. Sekarang mudah je kau minta maaf? Sekarang aku nak tengok. Kalau aku malukan kau, jatuhkan maruah kau.. Kau boleh sesenang itu tak nak maafkan aku?" sekali lagi tangan Haeydar singgah dipipi Tasnim. Bengkak teruk jadinya pipi Tasnim dengan tenaga lelaki yang dilepaskan kepadanya.
Bibir yang pecah tak sedikit pun dapat mencuit simpati Haeydar terhadap sang isteri. Saat ini dia terlalu marah dengan perlakuan Tasnim. Mengaibkan. Menjatuhkan reputasinya.
Mana dia nak letak muka kalau satu dunia fikir buruk tentang dia? Aku Tengku Haeydar! Tak ada sesiapa boleh jatuhkan dan malukan aku. Lagi - lagi perempuan macan kau!
"Kau nak aku buat apa panggil ikut korang ke sini? Jadi pengadil tengok korang bertekak?" tanya Farid yang dari tadi menjadi pemerhati. Dihatinya juga tiada rasa simpati walau sekelumit pun untuk wanita yang menerima amarah Haeydar itu. Silap besarlah kau perempuan.. buat Haeydar mengamuk..
"Biasa dalam filem, kau buat apa dengan perempuan macam ni?" kepala Tasnim ditolak lagi .
Farid mencebik berfikir.
"Beraksi di katil. Biar dia tahu tempat perempuan tu dibawah. Sentiasa dibawah. Jangan sesekali memandai nak ikut kepala sendiri." selamba.
Haeydar tertawa sinis. Memang tak salah orang yang dia panggil ke atas. Farid Affendi, siapa tak kenal. Pelakon jahat nombor satu di Malaysia. Tengok muka pun dah tahu tak sesuai watak suci. Macam mana muka, begitu lah tuannya. Dia bukan hanya berlakon semata-mata, itulah dirinya yang sebenar. Sebab itu dia dapat jayakan watak jahatnya dengan mudah . Menjadi diri sendiri, apa yang susah?
"Do as you wish. Aku nak kau ajar dia."
"Isteri kau ni. Tak kisah ke kalau aku merasa? Aku warning awal-awal. Kalau enjin aku dah start, mustahil untuk kau suruh aku tekan break nanti. Aku akan teruskan sampai terbabas dan sampai aku puas." dalam maksud yang cuba disampaikan.
Dia warning siap-siap. Jangan sesekali suruhnya berhenti separuh jalan. Dia tak suka. Rosak enjinnya nanti.
"Kau nikmati sepuas-puasnya. Aku dah tak lalu."
Farid ketawa bebas. Suka hati.
"Senang berurusan dengan kau. Rasanya ada harapan untuk aku dan Mimi juga ke?" tanya Farid mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Tengku Haeydar tertawa sinis. "Aku tak share benda yang aku sayang. Never dream to touch Mimi. She is totally mine. Dia, kau boleh pakai. Mimi.. A big no! Enjoy bro. Bukan senang aku belanja kau." bahu Farid ditepuk perlahan sebelum dia berlalu pergi.
Tasnim yang menelinga dari tadi jadi tak keruan melihat tubuh itu menapak keluar meninggalkan hanya dia dan Farid di dalam bilik itu.
" Abang! Jangan buat Anim macam ni! Anim isteri abang! Abangggg!!!!"
Tasnim berlari ke pintu mendapatkan suaminya. Farid cuba menahan tapi satu tumbukan dilepaskan pada lelaki itu membuatkan pegangannya pada Tasnim terlepas. Kurang ajar punya betina! Dia cuba menarik Tasnim tapi isyarat tangan dari Haeydar mematikan tingkahnya. Baru nak beraksi. Dia cuba relax. Farid buang nafas keras. Cuba sabar menanti untuk beberapa minit sebelum dia keluarkan jati dirinya di hadapan Tasnim.
Lengan Haeydar sempat Tasnim gapai sebelum tubuhnya melorot jatuh, kuat memeluk dua batang kaki itu. Tak benarkan Haeydar tinggalkan dia berdua saja dengan si Farid durjana.
"Abang boleh hukum Anim dengan hantar Anim balik kampung. Gantung Anim tak bertali. Atau pun ceraikan Anim. Anim terima.. Tapi bukan dengan cara begini. Jangan hina Anim seteruk ini. Sebelum hukum Anim, ingat balik saat Anim setia dan ikhlas bahagiakan abang dulu. Anim tahu Anim buat salah hari ini. Tapi jangan jatuhkan maruah Anim dengan cara terkutuk. Banyak lagi cara untuk abang ajar Anim tapi bukan dengan cara begini bang.."
"Cuba cakap dekat aku. Cara apa yang terbaik untuk ajar perempuan tak reti bahasa macam kau? Kau nak aku jadikan kau GRO? Dekat bawah tu ramai yang boleh puaskan kau. Kau nak aku buat sampai tahap macam tu ke? Kau siapa nak mengajar aku? Setakat budak kampung bodoh yang kerja buat sale kat KL ni? Untung aku kutip kau. Merasa jadi orang kaya. Sekarang dah berani nak lawan aku? Bangun! "
Rambut tasnim sekali lagi direntap kuat. Tasnim bangun berdiri mengikut pergerakan tangan Haeydar.
"Aku lupa.. Perempuan desperate macam kau ni memang lapar perhatian dan sentuhan aku. Last chance aku bagi kau menikmati sentuhan akhir dari aku. Sebab selepas ni, aku takkan sesekali sentuh bekas orang. Jijik! Aku nak kau ingat sentuhan aku ni sampai kau mati. Kau tak akan dapat dah merasa selepas ini."
Habis memuntah kata yang kejam, bibir munggil Tasnim dicium rakus sehingga menyakitkan Tasnim. Sudahlah bibirnya pecah dengan tindakan Haeydar melempangnya tadi, kini ditambah pula dengan ciuman maut penuh amarah dari lelaki yang sama.
Tasnim yang tak pernah menolak sentuhan lelaki itu cuba melarikan wajah. Dia benci sentuhan Haeydar kali ini. Namun cengkaman Haeydar pada bibirnya terlalu kemas. Buat Tasnim lelah sendiri melepaskan diri. Dia terima juga walau hati tidak merelakan.
Setelah beberapa ketika baru lah dia melepaskan Tasnim dengan sebuah kepuasan yang terpeta di kanvas muka. Air liur yang comot sekitar mulutnya disapu kasar.
" Farid. Take the role!" katanya tegas sambil menolak Tasnim kuat masuk ke dalam pelukan Farid yang sedia bukakan tangan menerima tolakan Haeydar terhadap tubuh kecil itu. Dia tersenyum senang. Rezeki datang bergolek. You are good tasnim. Not bad. Tengok ciuman korang tadi pun dah buat aku hampir hilang kawalan. Dia tersenyum jahat buat kesekian kalinya. Now..It's my turn kan?
ns216.73.216.66da2


