Pintu rumah diketuk kuat bagai nak pecah. Terkocoh-kocoh Mak Ujie membetulkan kainnya yang terlondeh.
"Eh.. Sabar lah... Sabar! Aku ni orang tua, jalan pun terkedek-kedek yang kau nak kasi roboh pintu aku ni dah kenapa?!" bising mulut Mak Ujie menuju ke arah pintu. Selak pintu sebanyak 10 itu dibuka satu persatu.
Precaution is very important you know... Walau aku dah tua , tubuh ku masih bergetah tau. Ramai duda-duda yang mengorat. Cuma aku je yang tak minat dekat lelaki acah-acah tulen. Laki macam Samad je yang jadi taste aku.
Precaution lah sangat! Tak guna kau pasang selak sampai sepuluh kalau dengan mudah je pintu kau buka. Tak tahu siapa-siapa yang mengetuk,.. Asal orang ketuk, selamba je dibukanya..
Terlopong mulut Mak Ujie. Ya Allah, anak aku!! Pintu dibuka luas. Siapa buat anak aku jadi macam ni?
"Siapa belasah kau? Kau bergaduh dengan siapa ni?!" pipi si anak dicekup kemas. Bengkak bengkil. Rambut yang kusut masai itu dibetulkan. Laju tubuh Tasnim dibawa ke dalam pelukan. Apa dah jadi pada kau Tasnim?
"Mak.. Sakit.." rintih Tasnim sambil tersedu-sedan. Kelu lidah Mak Ujie. Hilang kosa katanya. Tubuh Tasnim dibawa masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci.
Terkocoh-kocoh Mak Ujie dapatkan kotak first aid di dalam bilik. Kembali mendapatkan Tasnim yang duduk bagai orang hilang semangat di kerusi.
"Haeydar pukul kau ke? Kalau betul, sekarang jugak aku cari dia. Mati budak tu aku kerjakan."
Tasnim hanya diam. Mukanya membeku. "Anim sakit mak.. Sakit sangat.. Boleh Anim tidur, mak?" kata Tasnim dengan lemah. Matanya nak buka pun dah tak larat.
"Jom mak pimpin kamu ke bilik. Tidur lah. Biar mak letak ubat. Nanti mak basahkan tubuh kamu dan tukarkan baju." kata Mak Ujie sambil memimpin si anak ke kamarnya.
Dalam hati Mak Ujie dah merusuh. Kalau aku tahu siapa pelakunya siap lah. Aku tak lahirkan anak aku untuk dilanyak dan ditangan-tangankan seteruk ini. Ini Mak Ujie tau.. Pantang keturunan aku orang buat dajal macam ni.! Ini anak aku, bukan anak anjing nak dibuat sesuka hati.
Hati siapa yang tak walang tengok Tasnim begitu. Apa dah jadi dengan rumah tangga kau, anak.. ? Kenapa teruk sangat rupanya? Haeydar.. Angkara kau kah semua ini?
****
Subuh dah hampir habis. Dengan berat Tasnim buka mata.. Dengan lemah tubuh dipaksa bangun. Dia perlu tunaikan kewajipan pada yang maha Esa. Tiada alasan untuk meninggalkan perkara yang dituntut.
Kaki baru menjejak lantai. Tasnim mengaduh kuat. Bahagian intim dan rahimnya sakit tak terkata. Menjerit dia panggil si emak. Kakinya dah dipenuhi darah. Makin kuat laungan buat si emak diperdengarkan.
"Emakkkk!!!!!! Sakit makk!!! Tolong Animm!!!"
"Kenapa ni Tasnim? Ya Allah!!" Mak Ujie yang masih berkain telekung dah tergamam.
"Apa sebenarnya yang dah jadi kat kau ? Tunggu.. Mak minta tolong orang sekejap." terkocoh Mak Ujie berlari keluar mendapatkan bantuan. Pintu rumah Minah diogahnya pagi buta. Ketukan kuat diberi. Biar roboh pintu ni pun Mak Ujie tak kisah asalkan anaknya segera diselamatkan.
" kenapa ni Jie? Terkejut aku laki bini."
"kau.. Kena tolong anak aku.. Cepatlah. Cepat! Panggil laki kau. Aku nak ke hospital. Eh cepatlah! Mati anak aku karang!!" kalut Mak Ujie.. Dia tak hirau dah si Minah yang terkejut campur terpinga-pinga itu. Berlari laju dia mendapatkan Tasnim semula.
Hampir pitam Mak Ujie tengok darah yang keluar dari tubuh si anak. Sudah lah dia mabuk darah!
" Mak.. Anim tak tahan dah mak. Sakit sangat perut Anim ni. Mak, kalau jadi apa-apa kat Anim.. Anim minta ampun mak.. Halalkan semuanya mak..." rintih Anim. Tubuh yang tadi berpeluh menahan sakit kini semakin dicengkam kedinginan. Bibirnya pucat tak berdarah. Mata semakin melayu..
" Animm!!! Ya Allah mana Minah ni? Apa yang lembab sangat. Ya Allah.. Tasnim anak aku.. Minahhh!! Cepat lahhh!!" Mak Ujie dah tak tentu arah.
" Ujie kenapa dengan Tasnim ni?" Mak Minah yang baru muncul terkejut tengok keadaan Tasnim yang dah terkulai layu.
" Jangan banyak tanya lah.. Tolong aku papah badan dia. Ya Allah jangan tarik nyawa anak aku. Aku tak sedia lagi.. " doa Mak Ujie.
Rawan hati tuanya. Mak Minah dan Mak Ujie papah tubuh lesu Anim menuju ke kereta yang sedia menanti diluar.
****
Tasnim diam. Dari tadi dia mematung diri. Sibuk je tanya-tanya. Desisnya dalam hati. Rimas bila terus diasak.
"Puan perlu bekerjasama dengan saya. Kes puan ni dah diklasifikasikan kes dera dan keganasan rumah tangga." seorang pegawai polis yang sibuk mengambil keterangannya tak pernah berputus asa.
Sibuk nak ambil keterangan. Orang diam tu maksudnya tak nak kau masuk campur lah!
Nak buat apa bagi keterangan? Macam lah bagi apa-apa keuntungan untuk aku. Tasnim menjeling sekilas sebelum kembali membeku.
" Suami puan ke yang buat puan macam ni? Apa yang terjadi kat diri puan ni bukan kes kecil tau. Teruk keadaan puan ni. . pihak hospital takkan buat laporan polis kalau kes puan tak serious. Tak ada apa yang puan perlu risau. Puan dah selamat. Takkan ada sesiapa yang akan cederakan puan lagi."
"saya nak berehat." ujar Tasnim perlahan. Pegawai wanita itu melepas keluhan.
"Nanti saya datang lagi untuk ambil keterangan." Halida berdiri dan pamit diri ingin pergi.
"Jangan datang lagi. Saya takkan buat sebarang aduan dan laporan. Saya cuma nak berehat dan tenangkan diri. Apa yang Inspektor tengok ni hanya sedikit. Luka kat tubuh saya, tak seteruk parah di hati ini. Jangan buang masa Inspektor dekat sini. Saya masih boleh protect diri sendiri. Luangkan masa Inspektor pada wanita yang benar-benar perlukan bantuan pihak polis."
Tasnim benar-benar memaksudkannya. Halida mengeluh. Kalau itu yang wanita itu mahukan, tiada apa lagi yang boleh dia lakukan.
Keluar sahaja dari ward yang menempatkan Tasnim dia menggeleng kesal. Kenapa wanita Malaysia selalu kalah dengan cinta? Dah teruk kena tibai macam tu pun masih tak nak seret pesalah ke muka pengadilan?
Dia menggeleng. Sedih hidup orang dibutakan dengan cinta.
Jangan pelik kalau aku tak percaya cinta. Sebab cinta hanya bawa derita. Halida bawa langkah laju ke kereta diiringi teman seperjuangannya. Tak bercinta pun tak apa lah. Janji tak payah kusut kepala. Nampak gayanya pinangan kali kesepuluh ini pun terpaksa ditolak. Halida tak ada rasa untuk cuba berhubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Kes tasnim buat dia fikir berkali-kali untuk terlibat dengan urusan yang melibatkan hati. Rela keseorangan dari jadi perempuan bodoh!
ns216.73.216.66da2


