Kau boleh pergi mati lah Haeydar..
Tasnim sanggul rambutnya tinggi. Masih berkampung di hospital. Apa entah masalah hospital ni. Benda kecil je suka besar-besarkan. Tasnim tak rasa tubuhnya teruk sangat. Lebam-lebam dan luka yang dia alami hanya sedikit. Tasnim pernah berada dalam keadaan yang lebih teruk! Steady je..
Mungkin sebab kes tumpah darahnya. Dibelasah sampai keguguran.. Agak dahsyat bunyinya. Omel Tasnim buat rumusan. Korang tak tahu cerita sebenar. Suka betul buat andaian.
"Nim bagitau aku, siapa yang buat kau! Biar aku hentak dia!" Tasnim tersentak. Benarkah gerangan itu yang menutur kata? Macam pelik je..
"Apa yang kau pandang-pandang? Tak kenal aku ke? Nak cakap aku kacak la tu.." orang disana dah flip rambut ke belakang. Ala-ala model iklan shampoo lelaki.
"Paan? Kau buat gigi?" tanya Tasnim tak percaya. Lelaki itu pakai pendakap gigi.
Dan lagi tak percaya bila tingkah lelaki itu dah kembali normal. Paan yang selamba duduk di sebelahnya buat Tasnim rasa nak menangis. Aku rindu Paan versi ini. Versi yang sentiasa melindunginya. Bukan mencari pasal dengannya. Air mata jatuh ke pipi.
Tangkap leleh pulak.. Paan lepas keluhan.
"Kalau aku tahu kau dilayan seteruk ni. Sumpah masa kenduri kau tu juga aku bakar pelamin kau siap-siap. Aku tak lepaskan kau kawin untuk disakiti Nim..."
"Kau dah move on Paan?"
"Aku lebih sayangkan persahabatan kita. Cinta tak semestinya memiliki. Kau separuh dari jiwa aku. Hati aku sakit tengok kau macam ni. Kalau bukan aku yang protect kau, siapa lagi? Nak harapkan jantan tak guna tu? Kirim penumbuk je lah.."
"Tq sebab kembali.." Tasnim buat muka taik. Dia benar-benar rindu pada Paannya. Kau kawan yang terbaik pernah aku ada..
"Sedap ke kena belasah?"
"Boleh tahan lah. Bergegar kejap otak aku. Dah lama tak sparring, hilang taring aku." komen Tasnim. Mulut yang pecah teruk buat percakapan Tasnim terbatas.
"Aku hampir tak percaya bila kecoh orang kampung buka mulut cakap keadaan kau teruk. Aku tak percaya, sampailah aku tengok sendiri dengan mata kepala aku. Apa yang cuba kau buat? Kenapa bagi orang sentuh kau?"
Tasnim gelak. Salah ke bagi can orang pukul? Bukan selalu pun..
Aku nak tengok sedayus mana dan seteruk apa seorang lelaki sombong, angkuh dan bongkak boleh buat untuk menangkan ego dia. Aku tak menyesal dengan jalan yang aku pilih.
Kadang-kadang cinta buat orang jadi bodoh. Aku juga tak terkecuali. Tapi bila dah melibatkan soal maruah dan masa depan, yang bodoh pun boleh celik. Macam aku juga!
"Kau nak buat apa sekarang? Kenapa tak buat report?" agak tak puas hati Paan tika itu.
Tasnim tergelak seketika. Kau tak tahu Paan.. Kalau buat report polis, entah-entah aku yang ke dalam. Kau tengok keadaan aku teruk, kau belum tengok lagi keadaan lawan aku.
Tengok senyum sinis Tasnim, Paan rasa tak senang hati.
"kau jangan cakap...." kata-kata Farhan termati tengah jalan. Dia pandang Tasnim. Riak tasnim mengiayakannya. Masak!
"Aku harap dia masih hidup. Dengan keadaan dia tu, aku nak claim aku protect diri sendiri dari bahaya pun serba salah. Silap-silap ke dalam aku nanti."
"teruk ke?"
Tasnim angguk.
Nasib kau lah jantan.. Siapa suruh cari pasal. Getus hati Paan. Yang kau sentuh ni 'PUTERI GAYONG' kot. Aku sendiri kalah lawan dia.
****
Farid dah tak boleh rilex. Tubuh yang berada dalam pelukannya akan dimanfaatkan secukupnya malam ini. Isteri Tengku Haeydar tu.. Sikit punya elok macam ni pun boleh sedekah pada orang. Menang besar aku malam ni! Yahoooo.. Sting aku!!
Tubuh langsing Tasnim ditolak kasar ke katil. Tasnim hanya pasrah. Kalau lelaki itu dah berkehendak sangat, apa lagi yang Tasnim boleh buat?
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, kawan..
Orang bandar tahu aku punya desperate. Laki aku tahu aku punya gedik. Manusia dekat bawah tadi semua tahu aku dibuat sesuka hati. Mereka pun pasti boleh agak apa nasib yang bakal menunggu aku bila bersama dengan Farid dan Haeydar.
Bila dilempang aku jatuh. Bila dipaksa aku ikut. Bila dimaki aku merayu...
Tapi hanya orang kampung je tahu siapa seorang Tasnim Aima. Kau kejutkan harimau yang sedang tidur Farid!!
Farid yang tak tahu apa yang menantinya pantas menerkam tubuh yang nampak menyerah elok diatas katil. Aku datang memberi kau nikmat kehidupan yang sebenar-benarnya, Tasnim!
Zazzzz! Tasnim bergolek turun dari katil. Meninggalkan Farid meniarap sambil pegang dadanya yang berbekas cakaran dari gadis itu. Panjang dan pedih. Farid pandang tak percaya. Dia ketawa jahat dan terhibur.
"Ganas.. I like.. You are something Tasnim. Aku tak sabar nak ratah-ratah kau sampai kau rasa nak putus dan minta nyawa!"
Dia merangkak cuba dapatkan Tasnim yang masih beriak takut-takut di tepi katil. Masih cuba membuat lelaki itu merasa menang.
"Come baby.. Kau nak lari mana? Hanya aku dan kau aje disini. Aku takkan biarkan kau terlepas. Kau milik aku!"
"Takkan ada sesiapa yang akan selamatkan kau. Aku je yang boleh selamatkan kau dari lembah kegersangan!!" sekali lagi tawa jahatnya bergema dibilik itu.
"Farid.. Lepaskan aku. Aku tak nak kau campur dalam urusan aku. Ini antara aku dan Haeydar. Kau pelakon, kerja kau berlakon.. Bukan merosakkan maruah orang. " kalau boleh Tasnim tak mahu melukakan sesiapa.
Tangan Farid yang menggapainya manja dari katil itu ditepis perlahan. Kalau boleh berdiplomasi, buat apa guna kekasaran?
"Eh cakap banyak pulak kau. Kau sepatutnya merayu pada aku untuk bersopan santun dengan kau! Baru kau tak rasa sakit. Perosak mood betul!
Kau nak sekolahkan aku pula? Cukuplah kau sekolahkan Haeydar. Aku, jangan kau mimpi!"
Kurang sabar, tubuh Tasnim ditarik kasar ke atas katil. Pipi itu ditampar pula. Berkali-kali. Tak cukup itu, batang leher itu pula dicekiknya. Kedua pipi Tasnim digenggam kuat. Geram. Mulut tak habis-habis memaki hamun.
Perempuan macam kau memang menyakitkan hati. Nasib dah dihujung tanduk pun masih nak berlagak. Kau patut merayu pada aku! Kalau kau tak nak merayu, aku akan pastikan kau menjerit terlolong kenikmatan dengan sentuhan aku.
Seluarnya ditanggal rakus. Tasnim buat dia jadi gila!
" Kau tahu tak taraf perempuan dalam hidup aku tu kat mana? Dekat tapak kaki aku!!! Aku dah cukup baik nak berlembut dengan kau.. sebab kau sangat cantik dan kau perempuan milik Tengku Haeydar. Tapi, Kau naikkan darah aku. Sekarang kau tengok apa yang aku akan buat pada kau!"
Bagai dirasuk setan. Tubuh Tasnim diangkat dan dilambung-lambung dan ditekan kuat ke katil dengan cengkaman di batang leher itu yang masih tak dilepaskan.
Malas lagi beri muka, rusuk itu ditumbuk padu oleh Tasnim. Terlalu padu sampai termati terus cengkaman Farid yang maha bertenaga sebentar tadi.
Tasnim mendecit seketika. Kalau bukan aku yang mati malam ni.. Kau yang separuh mati aku kerjakan. Maruah perempuan dekat tapak kaki kau?
Harini aku akan tunjukkan kau.. Langit itu tinggi atau rendah! Lawan lah aku kalau kau betul-betul lelaki yang hebat.
Farid yang baru dapat ritma nafas semula, pandang Tasnim tajam penuh amarah.
Jangan ingat kau perempuan, aku akan berbelas ehsan. Yang melawan aku.. Aku akan ajar cukup-cukup. Kalau tadi pelempang yang diberi kini tangannya dan menggenggam penumbuk. Mati kau aku kerjakan harini! Tak pernah ada yang menolak aku. Kau memang cari nahas!
Aku akan pastikan malam ini adalah malam paling malapetaka untuk kau.
ns216.73.216.66da2


