"Nah.. Anak kau." Satu susuk tubuh yang elok berbalut kain bedung di pegangan kemas Paan, dihulurkan pada Tasnim.
Tasnim sambut dengan riak gembira. Pipi gebu itu dicium penuh kasih.
"Wahaia anak.. Kecil mu ibu belai, ibu kendong.. Besar nanti berbakti lah pada ibu. Jangan jadi seperti bapakmu yang menduakan ibu, menghancur lumatkan hati ibu.." rintih Tasnim hiba.
Paan ditepi dah geleng kepala. Dasar gila tak pernah nak sihat otak itu.
"Kenapa kau tak jadi perlakon je? Aku rasa bakat lakonan kau lagi hebat dari Mimi Mastura."
"Jangan sebut nama dia. Menyampah." Anak patung dalam pegangannya tadi diletak kasar ke sisi. Kasar gurauan Paan harini.
Berani-berani dia ingatkan aku pada sesuatu yang aku mahu lupakan. Anak dan Mimi Mastura. Dua benda yang seboleh mungkin aku tak nak ingat langsung. Jahat Paan.
"Harini kau dah habis pantang kan?"
"Dah."
"Ikut aku." Ajak Paan sambil buat muka terdesak.
"Jangan cakap nak jumpa tok kadi. Makan penerajang kau kejap lagi."
Kepala tasnim ditunjal sikit. Mengarutlah kau. Janda-janda ni tak main lah. You are not my taste! Bongkak Paan bersuara.
Habis tu nak ke mana? Tasnim buat muka.
"Abang kudin buka gelanggang baru. Dia minta kau jadi cikgu. Kali ni dia nak ambil murid perempuan."
"Tak nak lah aku! Aku dah tak nak terlibat dah. Aku nak jadi feminine sejati. Sepak terajang ni bukan jiwa aku dah."
"Berlagak lah kau.. Benda yang nak kau tinggalkan ni juga yang tolong selamatkan kau dari manusia iblis tu. Kau lupa?"
"Aku tak lupa.. Tapi aku dah tak minat lah main kasar-kasar ni. Dah jadi mak orang kot. Zaman kekasaran aku tu dah habis berlalu dah.."
Sepi seketika. Masing-masing diam tak berkutik.
*****
Gosip sensasi.....!!!
Tak jadi Tasnim alih siaran TV yang boring itu bila tiba-tiba berita perkhawinan Mimi Mastura sedang mendapat liputan hangat oleh semua media.
Kawin juga korang akhirnya. Semoga ke 'tannah' la.. Cebik Tasnim. Macam mana kau hancurkan bahagia aku, aku takkan sesekali doakan kebahagiaan korang. Biar kau tahu sesungguhnya dugaan perkahwinan itu benar.. Dan doa orang yang teraniaya seperti aku akan sentiasa Allah makbulkan.
Berita dua mangkuk ini je ke? Mana cerita tentang Farid Affendi? Senyap je.. Nampak sangat sendu. Kalau dah jahat, jiwa bangkai tak ada orang ingat kau lah..
Laju tangannya mencari nama Farid di google.
Berehat seketika dari dunia lakonan? Sakit misteri?
Tasnim gelak kuat. Sakit misteri lah sangat! Malu ke nak mengaku yang kau kena belasah dengan perempuan yang kau kata letak kat tapak kaki ni?
Hidup jangan selalu merajakan nafsu. Agak-agak sekarang macam mana keadaan kau? Berapa lamalah masa yang kau ambil untuk berehat agaknya.
*****
Tasnim melepas lelah. Dadanya berombak penat. Muka tak payah cakap. Memang pecah teruk rasanya.
Lelaki yang dah terkulai layu itu Tasnim tolak sikit dengan kakinya. Dia ketawa sinis. Dah mati ke? Kata hebat sangat! Perli tasnim.
Nampak dada orang disana masih berombak lemah Tasnim tarik nafas lega. Tasnim terpaksa akui, Farid bukan lawan yang mudah. Sakit habis tubuhnya untuk menandingi kudrat seorang lelaki yang gagah seperti Farid.
Silap besarlah kau terfikir nak setubuhi aku. Pipi Farid yang dah sama bengkak dengan muka Tasnim, ditepuk perlahan. Memanggil lelaki itu agar beri reaksi. Aku tak cakap dengan patung!
"Bangunlah.. Tangan kau ni, angkat lah.. Pukul aku lagi.." tangan Farid yang dah terkulai itu dipegang Tasnim dan ditampar-tampar ke mukanya sendiri. Hanya kedengaran suara Farid mengaduh sakit.
"Kaki kau ni tak nak naik sepak kepala aku macam tadi ke? Kenapa terkiok ke kanan ke kiri kaki kau ni?" Tasnim bergerak ke bahagian kaki lelaki itu pula. Dengan selamba kaki yang salah parking itu Tasnim tarik luruskan. Kasar perlakuannya.
Menggelupur Farid. Hanya badan je gerak. Kaki dan tangannya lembik terkulai. Bukan tangan sahaja, habis setiap jari jemari dipatahkan oleh Tasnim.
"Aku dah cakap.. Hal rumah tangga orang jangan masuk campur.. Hak orang jangan kau sentuh.." bebel Tasnim lagi..
Dalam lemah, Farid masih nak bersuara. Tasnim jadi sakit hati pula melihatnya. Dengan selamba disikukan kuat perut lelaki itu. Menyembur sedikit darah dari mulut Farid.
"Kau ingat kau suami aku? Aku diam bila Haeydar lempang aku sebab aku hormat. Itu syurga aku. Kau siapa nak sibuk? Tangan kau bukan taraf boleh sentuh aku. Apa aku nak buat untuk ajar kau?"
Tasnim senyum jahat. Dengan agak terincut-incut, Tasnim tarik rambut Farid ke sudut tepi katil. Lelaki itu yang dah patah semua tulang dah tak mampu berdiri.
Pasrah je dia bila ditarik tubuhnya. Hanya mampu mendesis kesakitan bila kaca-kaca yang bertaburan dilantai mencucuk kulit badannya saat diseret oleh Tasnim. Berdoa agar masih bertemu hari esok. Boleh tahan gilanya seorang Tasnim. Sampai nyawa-nyawa ikan dia dikerjakan.
Aku salah pandang kau sebelah mata. Aku tak tahu kau mental!
"Masa depan kau ada dalam genggaman aku. Hari ini kau dah jumpa lawan kau." telefon bimbitnya dihidupkan. Dengan senjata yang dia ada ni, Tasnim percaya Farid bukan lagi sesiapa dimasa hadapannya.
"Aku simpan sesuatu yang boleh hancurkan nama, karier dan hidup kau. Jangan buat semak dalam hidup aku lagi." Kepala itu ditunjal sebelum Tasnim merebah badan diatas katil. Argghh! Penat!
Malam masih muda. Manusia di bawah masih memekak bersuka ria tanpa mengetahui ada manusia yang bertarung nyawa diatas. Tasnim melepaskan lelah. Biar aku berehat sekejap sebelum berambus dari sini.
ns216.73.216.66da2


