Kenapa agaknya talak tu dekat tangan lelaki? Sebab kalau kat tangan aku, dah lama aku talak talak talakkan jantan tak guna macam Haeydar tu! Walaupun bukan laki aku, geram je aku nak..
Aishh! Wajah tak berperasaan orang disebelah, Wani pandang tak puas hati. Dia boleh buat tenang? Macam yang sedang bersanding saat ini bukan suami dia.
"Apa??" Tasnim buat muka tak faham. Pandang orang macam nak telan. Aku buat salah apa?
"Kau tahu tak siapa yang ada dalam Tv tu?" Wani berangin.
"Artis. Pelakon wanita paling laku di abad ini. Takkan kau tak kenal?" jawab Tasnim habis sempoi. Tak cukup terkenal lagi ke kalau dah kawin sampai berkali-kali resepsi.. Minggu ni sahaja dah berapa banyak majlis kahwin dia saja. Kita netizen ni melongo je lah tengok perkahwinan artis kita yang serba gah.
"Aku tahu itu Mimi Mastura. Tapi kau tak rasa apa-apa ke dalam hati tu bila tengok laki kau, tengku Haeydar bersanding dengan minah tu? Like seriously.. Kau ni sejenis apa? Tak ada hati ke?" dada Tasnim yang tepat terletak posisi hati itu ditunjal kasar oleh Wani. Geram!
Tasnim menepis perlahan. Kalau ye pun marah jangan ditunjal-tunjal hati aku ni. Ingat tak sakit ke? Dah lah perlakuannya kasar.
Tasnim kerut kening. Emotional tak bertempat pula minah ni. Bukan Tengku Haeydar tu laki kau pun.. Yang kau terlebih sakit hati dah kenapa, kawan...
"Aku jenis manusia yang tak nak fikir banyak. Dia nak buat apa, dia buat. Satu masa nanti dia mendapat. Simple."
"Simple? habis tu kau nak jadi apa? Tunggul? Dia sedap kelek bini baru, tayang sini sana. Kau ada apa terperuk kat hujung kampung ni? Kerja tak ada, laki kena rembat dek orang, anak pun dah mati.. Pulak itu digantung tak bertali.
Aku ingat, lepas kau belasah si Farid tu kau dah jadi cerdik sikit.. Tapi sekarang macam makin bertingkat berlipat kali ganda pekat likat bodoh kau tu.!"
Terkebil-kebil Tasnim. Amboi marah sangat Cik Wani kita. Tengok TV je pun!
Remote TV digapai. Siaran itu segera dimatikan. Tiada lagi siaran langsung majlis resepsi wedding of the year pelakon wanita kesayangan ramai itu dipaparkan di dada TV. Gelap. Segelap masa depan Tasnim bila direnung bagai nak dibunuh dirinya oleh Sazwani Nasir.
"Ambil je pisau dekat dapur tu, Wani. Kau tikam je budak bertuah ni. Menyakitkan hati aku je tengok muka tenang dia. Jantan macam tu ada hati lagi nak dipandangnya. Kalau aku lah, tak dapat diludah muka tu, TV ni haa aku ludahkan. Biar TV aku pun.. Tak beli pakai duit dia. Asal aku puas. Mana nampak muka dia je, memang wajib bagi aku untuk ludah seludah - ludahnya! "
Mak ujie yang memang simpan sakit hati dengan menantu hantunya itu pun ikut berang dengan lagak tenang si anak. Kalau aku, dah lama minta fasakh.
Rela tak berlaki dari ada, tapi perangai macam haram. Keturunan cipan kacuk haram agaknya. Mak Ujie mendengus kuat. Sebal!
Itulah kau abang! Aku nak anak jantan! Kalau jantan tak ada menyusahkan macam ni. Anak kau ni sebiji macam kau. Bebal. Slow. Nasib baik kau dah ke tanah bang.. Kalau ada kat depan mata aku ni.. Kau aku siku-sikukan.. Hati aku panas ni bang! Marah Mak Ujie.
Begitu lah dia. Membebel bagai lakinya masih disitu. Dia senang begitu. Biar yang dibebelkan itu orang yang dah tak ada. Terasa suaminya kekal disitu bagaikan dengan lembut menenangkan dirinya yang sentiasa baran. Samad.. Samad.. Aku rindu kau.. Dimana kan ku cari gantimu?
"Rilek lah.. Orang tu elok je bahagia. Yang kita kat sini nak memekak buat apa? Buat sakit tekak, sakit hati je."
"Kau dah tahu orang tu bahagia.. Kau buat apa lagi kat sini? Pejabat agama tu dah lama tunggu kau. Isi borang, tunggu pihak sana panggil. Masuk mahkamah, settle. Kau cari jantan yang lebih berguna dari tu. Kalau kau degil sangat, aku dengan rela hati pergi pinangkan budak Zhafran tu untuk kau! "
Zhafran? Eeeuww tak nak lah. Orang tak ada feel lah.. Rengek Tasnim pula.
" Feel tak feel. Sebelum aku hempuk kau dengan kerusi malas aku ni baik kau pergi gelanggang. Wani.. Kau bawa budak terencat emosi ni jauh dari aku. Tak pasal nanti aku jadi Tengku Haeydar tak guna nombor dua. Ingat ye Tasnim, kau lembik lagi.. Jangan harap boleh pijak lantai rumah aku ni. Aku tak ada anak lembik macam kau."
Wani segera tarik tangan Tasnim. Kalau dah Mak Ujie cekak pinggangnya sambil lengan disinsing tinggi, petanda dia harus selamatkan keadaan. Ikut je lah apa yang wanita tua itu mahukan sebelum dia kotakan apa yang diungkapkannya pula. Kes naya nanti.
Dasar anak beranak sama je perangai. Sorang dalam lembik-lembiknya kemain lagi perangai keras kepalanya sangat menguji. Seorang lagi pula panas baran extra keras kepala, nak betul tang dia sahaja. Tak padan dengan tua. Pening Wani nak melayan kedua - duanya.
============================
"Baby.. Sampai bila you nak tunggu perempuan tu minta dilepaskan? Can u just ceraikan dia?" dada bidang itu Mimi peluk erat. Menyangkut dagunya di situ. Suka berada dalam dakapan lelaki itu. Suami dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Senang bila kini Haeydar miliknya. Mana Tasnim? Mimi sengih kemenangan. Kau kalah Tasnim.
" No. Stay away. Jangan campur urusan i. I tahu apa yang i buat. Dia buat Farid macam tu, secara tak langsung dia dah cabar i. You just wait. I akan pastikan dia merana sebab berani canggah apa yang dah i tetapkan untuk dia."
Tangan lembut Mimi yang melingkari tubuhnya ditolak melepaskan diri. Haeydar bawa langkah turun dari katil.
" You nak pergi mana baby?" Mimi dah mula merengek. Lelaki itu memang begitu. Pantang anginnya diusik pasti melenting, hilang mood tiba-tiba. Sering kali Mimi makan hati dengan tingkah si suami.
Haeydar buat tak tahu. Dia sarungkan baju tshirt ke tubuh. Ringkas. Ada kerja yang perlu dibereskan.
" Honey.. Takkan u nak tinggalkan i seorang diri kat sini?"
"Just shut up." Jam tangan dikenakan di pergelangan tangan. Minyak wangi disembur semerbak. Dia berlalu gegas.
"I am not Tasnim! Jangan mimpi nak layan i sedingin ini. Can u please wake up? Tasnim is not here. Didepan you bukan Tasnim yang bodoh, yang hanya menurut, pasrah dan ikut telunjuk you! I Mimi Mastura! I takkan izinkan you layan i macam mana you layan dia! I tak sebodoh dia, tak semurah, tak se 'desperate' Tasnim!
I perempuan hebat. Dekat luar sana semua jantan berebut nak jadi pasangan i. You jangan buat i hilang sabar. Bila-bila masa i boleh cari pengganti lebih hebat dari you.
I bukan perempuan low class level bawah macam isteri pertama you. Dah kena hina, dipijak-pijak maruahnya pun masih lagi tersua-sua nak berkehendakkan you. Jangan sesekali you letak i satu level dengan your mistress!" hambur Mimi panjang.
" you cakap apa? Mistress apa?" Haeydar pandang garang.
" Tasnim is your mistress . You nak u ambil, time tak nak you buang. Jangan mimpi you boleh buat benda yang sama pada i. Langkah mayat i dulu!" sampai terjerit kecil Mimi jadinya. Emosi benar dia tika itu. Kau salah Haeydar kalau rasa boleh pijak aku.
Terhenti terus aksi Haeydar memulas tombol pintu bilik. Dia tertawa sinis.
" You tak tahu macam mana i layan Tasnim. So, stop comparing. I keluar dulu. Bila balik nanti i tak nak tengok you dengan muka harimau tak siap ni. I bukan budak kecil yang boleh you arah-arah." pintu ditutup rapat.
Annoying! Tak puas hati, Mimi melempar bantal di katil ke arah pintu yang sudah tertutup itu. Sebal. Berselerak bilik jadinya.
Mimi meniarap dan sembam muka ke tilam. Tersedu- sedan dia lepaskan tangisan. Aku tak bahagia!
Sikap Haeydar yang mudah berubah angin mendera jiwanya. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya saat bersama dengan Mimi. Apa dah jadi dengan Haeydar? Teringatkah lelaki itu pada Tasnim?
Mustahil! Tasnim tak mungkin ada dalam hati Haeydar. Atau Tasnim ada buat jahat pada hubungan mereka? Tasnim gunakan Mak Esah?
Mana tahu kalau Tasnim buat Haeydar gilakannya semata-mata untuk balas dendam? Mimi dah tak senang duduk. Pengaruh drama membuatkan Mimi sering over thinking dan fikirkan yang bukan-bukan.
Aku mesti dapatkan ustaz! Kalau ustaz tak boleh, aku akan cari bomoh. Apa saja akan aku buat untuk tolong Haeydar pulih semula.
Tasnim.. Kau memang perempuan kampung jahat! Licik permainan kau!
ns216.73.216.66da2


