Tasnim tersedak. Teruk juga. Habis berair mata. Siapa mengumpat aku ni? Satu tangan tiba-tiba mengusap belakang tubuhnya setelah menghulurkan segelas air untuk Tasnim teguk.
Cepat je Tasnim larikan belakangnya dari disentuh. Tak suka!
"Sorry.. My bad. I tak sengaja. Tindakan reflek tengok you batuk teruk sangat." Zhafran tarik tangannya dan ambil semula tempatnya di depan Tasnim. Tasnim jeling tak suka.
Alahai Tasnim jangan jeling-jeling i macam tu please.. Makin tergoda i dibuatnya. Zhaf hanya bersuara dalam hati. Cakap betul-betul? Dia tak berani.
" Thanks Tasnim. Bagi i peluang spend time dengan you. Walau hakikatnya you cuma gunakan i." Zhafran tertawa dalam kata. Tasnim menjeling.
Ini semua mak punya pasal. Entah mana dia dapat akal sampai sanggup gunakan anak orang untuk puaskan rasa sakit hati sendiri. Sanggup tu diimport watak Zhafran dalam cerita ini semata-mata nak buat si menantu durjananya dapat balasan setimpal.
Tasnim tak sangka pula selama ini Zhafran itu ada kena mengena dengan Haeydar. Macam Detective Conan Mak Ujie punya gerak kerja. Cekap, pantas, laju. Tahu-tahu dah ada planning baru. Sekarang kami dalam mood mengajar menantu derhaka untuk jejak kebumi nyata. Camera role.. Everybody take action!
****
Kalau dah jodoh tak kemana.
Zhafran ukir senyum pada Tasnim. Bagaikan mimpi terima undangan oleh emaknya Tasnim untuk datang bertandang hari ini. Tidak sesekali lepaskan peluang, laju saja Zhaf kosongkan jadual kerjanya.
Entah kenapa wajah cemberut yang tak pernah manis saat disapa anak matanya itu tak pernah gagal mencuit hati lelakinya.
Tasnim, masam-masam muka kau, masam lagi muka dan mood aku kalau sehari tak tengok muka masam kau. Zhafran cuma berani berpick up line dalam hati.
Nak dilontarkan buat pendengaran Tasnim, Zhafran tak berani. Terlalu banyak kenangan pahit yang Tasnim beri padanya. Zhafran tersengih pula. Lucu bila teringat kembali tahap allergik Tasnim untuknya.
Apalah yang kau dah guna-gunakan aku? Siang malam asyik kau je yang aku mahukan. Dapat pandang je pun dah cukup happy. Sanggup aku buat kerja gila sekolah kat kampung ni semata-mata nak selalu pandang kau, si jantung hati.. Walapun dari jauh. Obseskah aku?
Tasnim yang duduk bertentangan dengan Zhafran dah buat muka. Menyampah betul aku tengok muka dia ni. Tersengih-sengih. Bagi backhand kang baru tahu!
"Maniskan muka tu sikit, Tasnim. Depan tetamu tolong beradab." tegur si emak. Dari tadi dia perhati je riak muka tak puas hati campur jengkel yang terpeta di muka si anak. Tasnim kalau tak suka memang tak disorok-sorok riaknya.
"Minum Zhaf.. Buat macam rumah sendiri. Makcik jemput zhaf ke sini ni berhajat.."
Zhaf telan liur. Nak pinang aku untuk anaknya ke? Bagai bulan jatuh ke riba. Yabeda beduuuu.. Sorak zhaf dalam hati. Riak terujanya cuba dikawal sebaik mungkin.
"Hajat apa makcik?"
"Tolong buat menantu makcik derita. Balas setiap apa yang dah dia buat pada Tasnim. Makcik tahu kamu siapa. Kamu bukan cucu Deraman pun. Dan makcik tahu apa hubungan kamu dengan Haeydar."
Zhafran tertelan liur. Mak ujie tahu? Tasnim?
"Tak payah tengok muka dia. Tasnim bukan ambil kisah pun pasal kamu. Dia tak tahu apa-apa. Sejujurnya makcik tak berkenan apa yang dah Haeydar buat pada Tasnim. Kamu tolong buat Haeydar buka mata. Kalau betul-betul tak mahukan Tasnim, lepaskan. Jangan digantung tak bertali."
" Kenapa bukan Tasnim yang tamatkan segalanya? Islam itu adil. Isteri pun ada hak untuk lepaskan diri dari rumah tangga yang tak menjamin apa-apa." Zhafran pelik. Kenapa nak susahkan keadaan? Pejabat agama kan ada?
" Entah lah dia tu. Apa yang dia tunggu pun makcik tak tahu." keluh Mak Ujie. Masih bengang dengan Tasnim.
"Makcik selalu restu kalau kamu nak jadi menantu makcik. Goodluck."
Zhafran terkedu dengar kata-kata yang ditutur oleh Mak Ujie. Aku tak salah dengar ke? Ini greenlight ke? Wajah Zhafran berubah cerah. Bersinar!
"Apa ni mak.. Orang tahu la apa yang patut orang buat. Tak suka lah, mak nak libatkan orang lain pula. Boleh tak mak percayakan Anim? Tahulah Anim cara nak ajar jantan tu. Mak tak perlu susah-susah. Anak mak ni tak bodoh. Saja je Anim buat-buat bodoh."
"Kamu tak bodoh.. Tapi kamu slow sangat!"
"Malaslah cakap dengan mak! Orang nak masuk bilik! Zhaf, kau kawin la dengan mak aku. Sesuai sangat korang berdua. Suka menyibuk." bentak Tasnim sambil buka langkah. Bilik dituju.
"Saya akan tolong awak Tasnim. Be my PA. Kita sama-sama sakitkan hati Haeydar. Put your trust on me. I will help you."
I will heal you.. Sambung Zhafran dalam hati.
Mati langkah Tasnim. Perlu ke? Tanpa bantuan Zhaf, aku masih boleh buat Haeydar tersungkur melutut kat kaki aku.
" Thank you but no thanks. Aku tak nak pergunakan sesiapa. Dan aku tak nak termakan budi kau. Lelaki kaya semua tak boleh pakai. Sesuka hati letak nilai orang lain bawah telapak kaki."
"I rela dipergunakan Tasnim. I cintakan you. Walau tak memiliki, i tetap nak yang terbaik untuk you. Kebahagiaan you, kepuasan i. Satu dunia boleh ejek i, tapi demi you, i sanggup Tasnim. Manfaatkan posisi dan kuasa i Tasnim. Stay by my side. I will show you the best love game ever."
Tasnim seperti terumpan dengan kata-kata Zhafran. Mak Ujie terpempan. Another tragic love story.. Bisiknya. Kenapa mesti merana demi cinta?
Dia geleng kepala lagi. Terlalu ramai manusia yang rela bekorban demi cinta. Malas nak buat semak telinga, Mak Ujie berlalu ke dapur. Makan nasi goreng pagi tadi lagi syok.
Tiba-tiba Mak Ujie jadi allergik pula dengan cinta. Eee rasa nak muntah. Sesudu nasi goreng disuap kasar ke mulut.
eee nak muntah aku! Bluekk !
*****
Aku rasa jadi anak Samad tak berapa menyeronokkan. Hidup bebas macam Mak Ujie lebih serasi dengan jiwa aku.
Demi jodoh seboleh mungkin Tasnim ubah diri sendiri. Dia yang dah biasa kasar, seboleh mungkin cuba berlagak baik. Tapi apa yang Tasnim dapat? Ayu? Tahi kucing..
Tasnim gelak sahaja. Lembik-lembik ni bukan jiwa aku. Betul kata Paan. Buat apa nak jadi orang lain. Tasnim adalah Tasnim. Rambut barunya dikibas kiri ke kanan. I love my new style.
Wajah seseorang yang berada di sisinya di kerling sekilas. Aku bukan nak ambil kesempatan pada kau, tapi dah kau yang rela dipergunakan oleh aku.. Apa lagi yang boleh aku buat?
Zafran disebelah senyum senang melihat gadis itu mula hadiahkan senyuman untuknya. Akan aku korbankan segalanya untuk kau. Bisik hati lelakinya.
Tengku Haeydar terkedu. Fokus langkah kakinya memasuki ballroom itu agak terganggu dengan kemunculan seseorang yang dicari setiap malam.
"Kenapa baby?" Mimi Mastura yang menyedari kelainan pada Haeydar mula menegur. Arah mata Haeydar tertangkap olehnya.
"Dia buat apa dekat sini? You jemput dia?!"
"Mana ada."
Tumpuan kembali pada kamera yang berpusat ke arah mereka. Mimi lekas melakar senyuman. Tak mahu tertangkap muka cemberutnya dek lensa. Ini masa depan kerjayanya.
She looks hot. Liur tertelan. Cepat-cepat Haeydar alih pandangan. Bukan sekarang Haeydar. Sabar.
"Are you okay?" bisikan Zafran disebelah buat Tasnim kembali ke dunia.
Akan tiba masanya kau melutut di kaki aku Haeydar..
"Sangat okey."
"You memang betul-betul nak tengok dia jatuh ke?" Cukup lembut pandangan yang Zhafran beri padanya. Tasnim mengeluh. Hati berbelah bahagi untuk pergunakan lelaki ini. Kenapa aku baru sedar yang lelaki ini terlalu sukakan aku?
"Kalau i tak nekad, i takkan menempel dengan you kat sini..lupa ke macam mana i layan u selama ni?" Bahasa Tasnim pada Zhafran dah berubah. Tidak lagi beraku kau dengan lelaki yang selepas ini menjadi sandaran buat Tasnim melawan dua manusia yang menjengkelkan hatinya.
"Tak.. I tak pernah lupa. You tak pernah nak dekat dengan i. Layan i pun bahu sejuk, lebih kurang je. Tapi perlu ke you hidup macam ni? Kenapa nak jadi bayang-bayang dia kalau you sendiri boleh lakar bahagia sendiri. The best revenge is to be happy with your current life."
"U tak tahu apa yang i rasa. Kecewa. I marah. Sangat marah. Pernah ke you jumpa dengan suami yang durjana? Sedekah isteri sendiri pada lelaki lain. Bukan i yang tergedik-gedik nak jadi bini dia. Bukan i yang lamar dia. Apa hak dia nak buang i sesuka hati? Bila nak, dia kutip. Bila rasa i dah tak diperlukan, buang! Dia bunuh anak i! " Tasnim mula beremosi.
" Ok.. Ok. Cool down.. I turutkan apa yang u nak. Cool down okey.. Ramai yang tengok kita." Zhafran memujuk. Kini mereka sedang menghadiri satu fashion show yang melibatkan Mimi Mastura sebagai model utama jenama bertaraf antarabangsa itu. Dah dua hari Tasnim berkhidmat sebagai PA nya..
Alhamdulillah.. Termakbul juga doa Zhaf untuk memperisterikan Tasnim walau hanya dalam konteks berbeza. Personal assistant is the boss' wife during working hour.. Zhafran happy!
Itu sudah cukup Tuhan. Terima kasih untuk nikmat ini. I love you, God !
ns216.73.216.66da2


