Keesokan paginya, aku harungi perhimpunan rasmi sekolah dengan badan kat padang, tapi otak melayang entah ke mana. Sebaik saja perhimpunan tamat, aku heret kaki masuk ke dalam kelas 5 Kreatif.
Sebaik saja aku letak beg atas kerusi, mata aku tertangkap sesuatu. Ada sekeping nota kecil berbentuk segi empat tepat terselit betul-betul di bawah botol air aku. Jantung aku terus rentak tekno. Perlahan-lahan, aku capai nota tu, buka lipatan dia, dan baca tulisan tangan yang sangat kemas kat dalam tu.
'Assalamualaikum Balqis. Cikgu cuma nak awak tahu yang kata-kata cikgu semalam bukan satu gurauan. Cikgu betul-betul serius dengan niat cikgu, dan cikgu tak ada niat langsung nak memaksa awak. Cikgu akan beri awak ruang dan masa untuk berfikir sedalam-dalamnya. Tapi, kalau awak rasa awak sedia dan sudi beri 'green light' untuk cikgu teruskan niat ni, balik sekolah petang nanti cikgu tunggu dekat kawasan simpang hadapan luar sekolah. Awak cari kereta Honda Jazz warna silver, plat WRQ 8878.'
Dup! Dap! Dup! Dap!
Laju nak mampus jantung aku mengepam darah masa tu. Kereta Honda Jazz silver! Plat WRQ 8878! Mak datuk, biar betul mamat ni?!
Kelam-kabut aku lipat balik nota tu sekecil yang mungkin, lepas tu terus sumbat masuk dalam poket paling dalam kat beg sekolah aku. Aku toleh kiri kanan dengan muka cuak. Fuh, nasib baik budak-budak kelas aku masing-masing tengah sibuk bising, tak ada yang perasan drama sebabak aku tadi. Sumpah, kalau nota ni jatuh ke tangan orang lain, mati katak aku kena heret masuk bilik pengetua!
Masa yang ditunggu-tunggu (atau sebenarnya aku yang gerun) akhirnya tiba. Loceng waktu rehat berbunyi.
Kitorang bertiga macam biasa, terus mengusung kaki ke 'port' rasmi kitorang kat hujung kantin. Mujur hari ni tak ada budak Form 1 yang cari nahas duduk kat situ lagi. Hari ni mak aku bekalkan nasi goreng pattaya yang dibalut kemas dengan telur dadar kat luar. Macam biasa, separuh daripada nasi goreng tu aku potong dan tolak ke depan Sarah.
"Pergh, nasi goreng pattaya! Sayang gila aku kat mak kau, Balqis," kata Sarah dengan mata bersinar. Dia terus capai sudu dan makan dengan penuh selera, langsung tak ada rupa macam tengah sentap pasal kes aku terlanggar Cikgu Hakim semalam. Rileks je member.
Farid pulak kat sebelah tengah sibuk menyuap mi sup sambil mata dia melilau cari kelibat awek Form 4 dia kat celah-celah kelompok budak kantin. Belajar malas, ngorat anak dara orang nombor satu.
Aku pegang sudu aku, tapi nasi goreng tu cuma aku kuis-kuis perlahan. Nota dalam beg tadi terasa macam batu besar yang tengah hempap belakang badan aku. Aku pandang Farid, lepas tu aku pandang Sarah yang tengah khusyuk mengunyah.
Aku berdehem sikit. Masa untuk buka parlimen.
"Wei, Sarah... Farid..." aku mulakan soalan dengan nada yang dicover sehabis baik supaya tak nampak gelabah. "Aku nak tanya korang satu benda lah. Agak-agak kan... kalau korang kat tempat aku, apa korang rasa... pasal Cikgu Bad?"
Sarah suap sesudu besar nasi goreng pattaya ke dalam mulut sebelum memandang aku dengan muka selamba.
"Cikgu Bad? Hmm, okey je kalau dia dengan kau. Dia kan jenis nerd, kau pun spesies average biasa-biasa. Ha, ngam sangat lah tu," kata Sarah, sempat lagi bagi backhanded compliment kat aku. "Tapi... kalau kau dengan Cikgu Hakim, haa yang tu memang no no! Tak sesuai langsung, okayyy! Kau jangan nak mengada-ada!"
Terserlah sangat aura gedik dan jeles si Sarah ni bila sebut nama Cikgu Hakim. Aku cuma mampu menggelengkan kepala. Padahal dia tak tahu, abang singa pujaan dia tu yang sebenarnya dah skodeng aku selama tiga tahun!
Tengah syok Sarah mengunyah, Farid yang kat sebelah tiba-tiba condongkan badan dia. Mi sup dia dah ditolak ke tepi.
"So, macam mana? Kau dah fikir ke belum? Kau nak terima ke tak ni?" tanya Farid dengan muka penuh suspen, tak sabar nak tahu jawapan aku.
Sarah terus berhenti mengunyah. Sudu kat tangan dia diturunkan. Dia pandang aku, lepas tu dia pandang Farid dengan muka terpinga-pinga.
"Wei, apa ni? Terima apa ni? Korang ada sorok apa-apa dari aku ke?" serang Sarah, radar membawang dia dah mula bergegar.
Aku hela nafas dalam-dalam. Memang niat aku nak pecahkan lubang pun hari ni. "Okey, sebenarnya macam ni... semalam masa Cikgu Bad panggil aku masuk bilik guru tu, dia bukan nak denda aku. Tapi... dia confess yang dia ada perasaan kat aku sejak tiga tahun lepas. Dan dia cakap, lepas habis kertas terakhir SPM nanti, dia nak hantar rombongan merisik ke rumah aku."
"Hah?!" Terbeliak mata Sarah.
"Lepas tu," aku cepat-cepat sambung sebelum dia sempat memotong. "Sebab otak aku tengah blank gila masa keluar dari bilik guru tu, aku jalan tunduk bawah... sampai aku pergi terlanggar Cikgu Hakim. Ingat tak masa kau keluar dari toilet lepas tu kau kejar Cikgu Hakim sebab rotan dia tercicir? Haa, masa tu lah!"
Sarah terdiam kejap. Otak genius dia tengah proses maklumat sedebuk yang aku bagi. Tapi alih-alih, muka dia terus berubah jadi cemberut. Dia hempas sudu atas meja kantin.
"Sampai hati korang, kan?" Sarah peluk tubuh, mulut dia dah memuncung sedepa.
"Eh, dah kenapa pulak kau ni?" aku dah mula cuak.
"Kau, Farid! Kenapa kau tahu dulu?! Kenapa aku orang terakhir yang tahu pasal benda besar macam ni? Korang berdua memang sengaja nak pinggirkan aku, kan!" bidas Sarah, sah... minah ni dah merajuk sebab dia bukan orang pertama yang pegang hot tea ni!
"Wei, mana ada!" aku terus pegang lengan Sarah, cuba nak memujuk singa betina ni sebelum parlimen kantin kitorang bertukar jadi parlimen gaduh. "Semalam masa balik sekolah, kebetulan aku jalan kaki berdua dengan Farid. Otak aku masa tu dah mereng tahap nak gila, tu yang terlepas cakap kat dia dulu. Bukan sengaja nak rahsiakan dari kau pun."
Farid kat sebelah cuma tayang muka toya sambil bersiul acah-acah tak bersalah. Kurang asam betul.
"Merajuk lah macam ni," gumam Sarah, tapi mata dia masih menjeling kat baki nasi goreng pattaya aku. Dah merajuk pun selera makan tetap ada.
"Dah, tak payah nak merajuk sangat. Aku ada benda lagi gempak nak bagitahu kau ni," aku terus seluk poket beg sekolah, pastikan tak ada mata-mata lain yang memandang, sebelum aku tunjuk sikit bucu nota kecil daripada Cikgu Bad tadi.
"Pagi tadi, Cikgu Bad letak nota bawah botol air aku. Dia cakap dia betul-betul serius. Dia tak nak paksa aku, tapi dia nak aku tahu yang dia bukan main-main. Dan yang paling gila..." aku dekatkan mulut kat telinga Sarah dengan Farid, berbisik macam ejen perisik negara.
"Dia cakap... balik sekolah petang nanti, dia akan tunggu aku dekat simpang depan. Kalau aku bagi green light untuk teruskan hubungan ni, dia minta aku datang kat kereta dia. Kereta Honda Jazz warna silver, plat WRQ 8878."
Aku pandang muka Sarah dengan Farid silih berganti. "So sekarang ni... apa pendapat korang? Aku patut pergi ke tak?"
Lepas habis parlimen nasi goreng pattaya waktu rehat tadi, aku ambil keputusan untuk ikut nasihat Sarah dengan Farid. Betul kata diorang, tak guna aku serabut kepala otak berteka teki itu ujian psikologi ke apa. Langkah terbaik adalah hadap, masuk kereta, dan tanya sendiri apa sebetulnya niat dan perancangan masa depan Cikgu Bad terhadap aku.
Sebaik saja loceng penutup sekolah berbunyi, aku berpisah dengan Farid. Aku kuatkan semangat menapak ke simpang depan luar kawasan sekolah. Dari jauh, mata aku dah tertancap pada sebuah kereta Honda Jazz warna silver yang tengah parking kat tepi bahu jalan.
Plat WRQ 8878. Sah, memang ini keretanya.
Jantung aku rasa macam nak lari maraton masa tangan aku tarik pemegang pintu sebelah penumpang hadapan. Perlahan-lahan, aku boloskan diri masuk ke dalam perut kereta yang berbau wangian herba maskulin yang tenang.
Sebaik saja pintu ditutup, Cikgu Bad yang duduk di kerusi pemandu terus menoleh ke arah aku. Dia ukir satu senyuman yang cukup manis—senyuman sama yang selalu buat iman aku goyang selama tiga tahun ni.
"Assalamualaikum, Balqis. Terima kasih sebab sudi datang," sapa Cikgu Bad lembut. Dia betulkan cermin mata dia yang herot sikit. "Awak okey? Sihat? Nak pergi makan dulu ke sebelum cikgu hantar balik?"
"Eh... eh tak apa, cikgu. Saya okey," jawab aku, suara kedengaran tersekat-sekat sikit sbb punya lah malu nak mampus duduk berdua dalam kereta macam ni. Tapi, memandangkan misi aku masuk sini adalah untuk menuntut penjelasan, aku terus buang rasa segan tu jauh-jauh. Aku pusing badan menghadap dia.
"Cikgu... saya masuk ni sbb saya nak tanya betul-betul. Cikgu memang betul-betul serius ke pasal nota pagi tadi? Apa sebenarnya niat dan perancangan cikgu?" serang aku dengan soalan maut. Direct, tak ada tapis-tapis lagi.
Cikgu Bad tersentak sekejap, tak sangka kut aku spesies budak perempuan yang tegas bila sembang pasal masa depan. Dia lepaskan keluhan kecil, tangan dia diletakkan atas stereng kereta. Pandangan dia dilemparkan ke depan, merenung jalan tar yang lengang.
"Sebenarnya, Balqis... cikgu pernah bertunang dulu. Masa tu cikgu baru je start mengajar. Tapi, jodoh kitorang tak panjang. Putus tengah jalan," kata Cikgu Bad perlahan. Aura dia bertukar sedikit sayu. "Sebab kes tu, hati cikgu tertutup rapat untuk mana-mana perempuan dalam masa yang lama. Cikgu ingat cikgu dah tak nak fikir pasal kahwin... sampailah cikgu kenal awak. Bila tengok awak, hati cikgu tiba-tiba terdetik balik rasa nak bercinta."
Aku terkedu kejap. "Kalau saya tak salah tanya... kenapa cikgu putus tunang dulu?"
Cikgu Bad ketawa tawar, ada rasa ralat kat hujung tawa dia. "Kantoi, Balqis. Bekas tunang cikgu tu curang kat belakang cikgu. Kantoi sampai tahap dia pergi check-in hotel dengan lelaki lain. Sakit dia... tuhan je tahu. Sebab tu cikgu trauma."
Suasana dalam kereta terus bertukar sepi sekejap. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Aku pandang Cikgu Bad dari tepi. Kesiannya dia... murni-murni macam ni pun ada orang sanggup khianat macam tu sekali.
"Cikgu tahu... cikgu ni biasa-biasa je," Cikgu Bad tiba-tiba pecahkan kesunyian. Dia pandang aku balik dengan senyuman kelat. "Cikgu tak hensem, tak sasa, dan tak gagah macam Cikgu Hakim yang digila-gilakan budak sekolah tu. Tapi... cikgu betul-betul dah tertarik dengan awak, Balqis."
Zup! Nama Cikgu Hakim pulak yang dipetiknya.
Masa tu, hati aku terus rasa serba salah yang amat sangat. Aduh... nak bagitahu ke tak eh? Tapi kalau aku tak cakap sekarang, sampai bila-bila mamat nerd depan aku ni ingat dia bertepuk sebelah tangan!
Aku genggam tali beg sekolah aku kuat-kuat, pejam mata jap, lepas tu terus luahkan rahsia tiga tahun aku.
"Cikgu... sebenarnya... cikgu tak payah lah nak bandingkan diri cikgu dengan Cikgu Hakim tu. Sebab... dari dulu lagi, cikgu memang taste saya. Saya... saya memang minat dekat cikgu pun sebenarnya," kata aku laju-laju dengan muka yang dah membahang panas tahap maksima. Sumpah, rasa nak hantuk kepala kat dashboard kereta sekarang jugak sbb malu!
Sebaik saja ayat tu keluar dari mulut aku, aku nampak muka Cikgu Bad terus berubah. Sup-sap, senyuman dia terus melebar sampai ke telinga! Punya lah dia gembira sampai mata dia mengecil kat sebalik cermin mata tu. Tapi, semata-mata nak jaga ego seorang guru, dia cepat-cepat buat muka ketat balik. Acah-acah macho tak nak tunjuk yang dia tengah bahagia nak mati kat situ. Cover line habis!
Cikgu Bad berdehem sikit, konon-konon nak kembalikan suara tegas dia.
"Ehem... okey. Kalau macam tu... kalau awak pun okey dengan cikgu, why not hujung minggu ni awak bawa cikgu pergi jumpa family awak?" kata Cikgu Bad selamba.
"Ha?! Jumpa parents saya?!" mata aku dah nak terkeluar.
"Yelah, kenal-kenal macam tu je dulu. Sembang santai dengan mak ayah awak. At least... biar diorang tahu anak dara diorang ni tengah bercinta dengan siapa sekarang. So, nanti bila kertas terakhir SPM dah habis dan cikgu datang bawa rombongan merisik... tak ada lah mak ayah awak terkejut beruk sangat nanti. Kan?" Cikgu Bad angkat kening sebelah, tayang muka kemenangan dia.
Mak datuk... mamat nerd ni kalau bab-bab advance plan masa depan, memang tak boleh bawa bincang langsung! Serangan jantung kali kedua aku dibuatnya!
ns216.73.216.69da2


