Kisah aku dengan Cikgu Bad ni tak bermula dengan babak dramatik macam aku terjatuh lepas tu dia sambut, tak ada maknanya. Aku ni dahlah tingkatan dua, ketinggian pun cukup-cukup makan je. Nak jadi atlet bola jaring? Kirim salam jelah, memang tak layak langsung! Sukan kegemaran aku cuma satu—badminton. Itu pun sebab boleh main santai-santai bawah bumbung, tak payah nak berjemur tengah padang.
Tapi, hari malang aku tiba masa sekolah tengah sibuk buat pemilihan atlet untuk Hari Sukan. Acara wajib: lari pecut.
Mak datuk, lari pecut? Memang taklah! Gila apa nak paksa paru-paru aku bekerja keras tengah panas terik ni? Jadi, menggunakan kebijaksanaan aku yang tak seberapa ni, aku pun menyelinap masuk ke zon selamat—belakang tandas blok akademik.
Aku ingatkan taktik aku ni dah cukup licik, sampailah aku dengar bunyi tapak kasut menghampiri. Jantung aku dah rentak tekno masa tu. Sekali aku kalih... mak kau! Cikgu Bad tengah berdiri tegak depan aku. Rupanya, beg sukan dia ada betul-betul sebelah tempat aku mencangkung! Dia cuma nak datang ambil botol air dia je pun. Kantoi live ya kawan-kawan.
"Awak buat apa kat belakang tandas ni? Niat nak ponteng ke?" tanya Cikgu Bad. Suara dia tenang, tapi cukup buat aku gelabah beruk.
"Eh... eh tak cikgu! Saya... saya cuma tak nak lari. Saya tak suka lari pecut," jujur gila jawapan aku. Dah kantoi kan, pasrah jelah kalau kena heret jumpa Cikgu Hakim singa tu.
Tapi, Cikgu Bad ni sejenis manusia yang ada empati. Dia jenis yang faham jiwa remaja sbb dia pun pernah jadi student. Dia tak marah, tak melenting. Sebaliknya, dia betulkan cermin mata dia, lepas tu pandang aku dengan senyuman nipis dia tu.
"Habis tu, selain lari, awak suka sukan apa?"
"Badminton, cikgu," jawab aku laju.
"Badminton harini tak boleh. Saya tak bawa alatan," kata Cikgu Bad sambil silang tangan kat dada. "Macam ni lah. Saya boleh bagi awak pelepasan daripada lari pecut hari ni. Tapi... ada syarat."
………………………..………………………..…………………
Sementara itu, dari atas astaka padang, sepasang mata helang sedang tajam memerhati.
Cikgu Hakim, lengkap dengan t-shirt berkolar yang menampakkan susuk badannya yang tegap dan wajahnya yang cerah berseri, sedang berdiri tegak. Di tangannya, sebatang rotan disiplin dihayun perlahan—imej bad boy yang sentiasa berjaya membuatkan budak-budak perempuan sekolah tu menggelitis tak tentu arah.
Tapi, fokus Cikgu Hakim hari ni bukan pada budak-budak yang skirt pendek atau yang rambut berwarna. Pandangan dia terus tertancap pada satu sudut di belakang tandas blok akademik. Tempat di mana seorang budak perempuan bernama Balqis sedang mencangkung.
Hakikatnya, ini bukan kali pertama Cikgu Hakim nampak Balqis menyorok di situ. Sebagai ketua guru disiplin, mustahil taktik budak tingkatan dua tu boleh lepas dari radarnya. Dia tahu Balqis selalu ponteng lari pecut. Tapi, dia sengaja biarkan. Sengaja buat-buat tak nampak.
Kenapa? Sebab dalam diam, Cikgu Hakim tertarik dengan Balqis.
Di mata Cikgu Hakim, Balqis ni unik. Walaupun kepala agak 'masuk air' dan gila-gila, Balqis tak pernah buat masalah disiplin yang berat. Malah, dia kagum tengok macam mana Balqis sentiasa menjaga batas. Balqis tak pernah layan ulat-ulat bulu yang cuba nak try dia, dan satu-satunya lelaki yang boleh rapat dengan dia cuma Farid—itu pun sebab kawan baik dari kecil.
Hari ni, ego Cikgu Hakim runtuh sikit. Kaki dia mula melangkah menuruni tangga astaka. Dia dah tekad, hari ni dia nak mulakan first step untuk berinteraksi dengan Balqis. Dia nak guna alasan 'tangkap ponteng lari' untuk tegur budak manis tu.
Namun, baru tiga anak tangga dia turun, langkah Cikgu Hakim mati.
Dari arah bertentangan, dia nampak kelibat Cikgu Badrul berjalan menuju ke arah tempat menyorok Balqis. Cikgu Hakim mengetap bibir. Rotan di tangannya digenggam erat. Dari jauh, dia terpaksa menyaksikan Cikgu Bad menegur Balqis, dan beberapa minit kemudian... Balqis keluar dari kawasan tandas sambil berjalan seiringan dengan cikgu PJ nerd tu.
Cikgu Hakim mengeluh kecil, matanya mengekor rapat langkah dua susuk tubuh itu ke tapak lompat jauh.
"Potong line betul lah, Bad..." gumam Cikgu Hakim perlahan, nadanya keras tapi terselit rasa ralat yang amat sangat.
………………………..………………………..…………………
Aku pandang dia dengan mata bercahaya. "Syarat apa cikgu?"
"Awak kena pilih antara dua ni. Lompat jauh, atau lompat tinggi. Awak tak boleh 'skip' semua benda. Adil, kan?"
"Apalagi, aku pun pilihlah lompat jauh. Sekurang-kurangnya tak adalah penat sangat kena lari berkilo-meter macam hamba abdi.
Tapi tulah, bila aku berjalan keluar dari kawasan tandas beriringan dengan Cikgu Bad menuju ke tapak lompat jauh, mak aii... semua mata memandang! Kawan-kawan aku dah buat muka pelik—macam mana budak average yang tadi lesap tiba-tiba boleh muncul balik dengan Cikgu PJ nerd ni?
Bila tiba giliran aku, aku buat muka bersahaja je. Niat dalam hati memang nak buat aci-aci kuaci, lompat setakat cukup syarat bagi Cikgu Bad puas hati. Lepas tu aku boleh blah duduk bawah khemah makan ais krim.
Aku ambil lajak sikit, lari... dan nah kau! Sekali aku lompatt... mak datuk, jauh gila babi aku mendarat atas pasir tu!
Aku lupa satu benda. Walaupun aku ni tak tinggi, tapi badan aku ni jenis genit, berat pun baru 40kg. Ringan gila! Memang sejenis senang nak melayang kalau kena gaya.
"Perghhh! Jauh siot!"
"Bapak ah, Balqis!"
Satu tapak lompat jauh tu bersorak, wei! Aku yang tengah terduduk atas pasir terus terpinga-pinga. Masa aku tengah sibuk tepuk-tepuk pasir kat seluar track, aku nampak Cikgu Bad berjalan ke arah aku sambil pegang tali pita pengukur. Dan ya... dia tengah tersenyum manis gila sampai nampak lesung pipit/gigi dia yang tersusun rapi tu.
"Okey, Balqis. Rekod awak paling jauh setakat ni. Nama awak sah masuk acara lompat jauh untuk Hari Sukan nanti," kata Cikgu Bad dengan nada tenang tapi penuh muktamad.
Puk! Rasa macam kena tampar dengan realiti. Aku punya lah plan nak ponteng Hari Sukan sebab malas nak berjemur, alih-alih nama aku pulak yang terpampang sebagai wakil rumah sukan! Sungguh, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya melompat ke tapak lompat jauh jugak.
Aduhhh... nampaknya lepas ni kena tepek sunscreen tebal-tebal lah jawabnya kalau tak nak muka aku rentung!"
ns216.73.216.69da2


