Orang selalu nampak kitorang bertiga ni gelak-gelak macam tak ada masalah hidup. Tapi hakikatnya, kitorang ni masing-masing tengah bawa 'beban' sendiri kat bahu.
Tengok macam Sarah. Aku tahu ramai menyampah dengan perangai dia yang tak bersyukur dan acah-acah mean girl tu. Tapi kalau korang duduk kat tempat dia, korang akan faham kenapa dia stress. Ayah dia cuma pekerja kilang yang kena selalu buat overtime kalau nak duit lebih. Mak dia pulak suri rumah yang hari-hari pening kepala usung kereta Kancil nak hantar adik-beradik Sarah yang seramai lima orang tu pergi sekolah.
Sarah ada seorang abang yang beza tiga tahun dengan kitorang. Abang dia sumpah bertanggungjawab gila. Sepatutnya sekarang abang dia fokus belajar untuk SPM, tapi lepas je loceng sekolah berbunyi, abang dia terus sarung jersi kerja kat 99 Speedmart demi nak bantu ringankan beban ayah diorang. Sarah hari-hari hadap realiti sempit tu sampai dia jadi seorang yang defensive kat sekolah. Dia tak nak orang nampak dia susah, jadi dia pakai topeng mean girl.
Sebab tu, aku selalu mintak mak aku masakkan bekal lebih. Mak dengan ayah aku kerja kerajaan. Kitorang hidup tak mewah, tapi serba cukup. Ayah ada usahakan tanah kelapa sawit kat kampung. Mak aku pulak anak Felda—tanah pusaka kat sana diusahakan bersama-sama dengan adik-beradik mak yang lain. Diorang gajikan orang untuk jaga dan tuai hasil, lepas tu setiap bulan, duit untung daripada usaha tanah tu akan dibahagi sama rata antara mak dengan adik-beradik dia. Alhamdulillah, ada la duit masuk buat tampung apa yang kurang. Mak aku ni sejenis yang rajin buat bekal. Walaupun sekadar nasi goreng kosong, pada aku dah cukup nikmat.
Ada satu hari tu, aku tengok Sarah termenung, rupanya dia tak ada duit langsung nak beli makanan. Sejak hari tu, aku selalu 'pau' mak aku mintak bekal lebih kononnya aku lapar, padahal separuh tu aku bagi kat Sarah. Mak aku okey je, dia pun pemurah.
Tapi, jangan ingat hidup aku ni perfect. Kat rumah, aku ni ibarat melukut di tepi gantang. Mak ayah aku selalu bandingkan aku dengan kakak sulung aku yang bijak pandai sampai dapat tawaran biasiswa JPA masuk universiti awam. Abang aku pun boleh tahan genius, dulu PMR dapat 7A 1B—tapi tulah, yang 'B' tu subjek Pendidikan Islam, kantoi malas hafal surah, hahaha!
Tapi aku? Masa UPSR dulu, aku cuma mampu bawa balik 2A je. Automatik aku jadi anak yang bukan favourite. Kakak dengan abang selalu dapat perhatian dan ganjaran lebih, manakala aku? Dapat bekal nasi goreng jelah. Sebab tu lah aku tekad nak belajar rajin-rajin. Aku bukan nak bersaing dengan budak genius kelas depan, tapi aku cuma nak mak ayah aku pandang aku dengan rasa bangga... sekali pun cukuplah.
Dan kawan baik aku, Farid... nasib dia lagi haru. Dari luaran, famili dia nampak macam serba ada. Tapi dalam rumah? Farid ni sebenarnya membesar dalam broken family. Ayah yang dia panggil 'ayah' sekarang tu bukan ayah kandung, tapi ayah tiri. Dan mak dia pulak... sebenarnya bini nombor dua. Panjang gila kalau nak sembang pasal konflik keluarga Farid ni. Jiwa dia dah lama rekah, sbb tu lah kat sekolah dia jadi malas dan pasrah duduk kat kelas corot.
Jadi, korang nampak tak? Kitorang bertiga ni sebenarnya rapuh. Tapi bila kitorang duduk berkumpul—si genius yang tertekan, si average yang tersisih, dan si corot yang patah hati—kitorang rasa selamat. Kitorang jadi ubat untuk luka masing-masing."
ns216.73.216.69da2


