Kalau korang jangkakan aku ni jenis heroin yang rambut beralun ditiup angin masa first meeting, korang dah salah cerita. Nama aku Balqis. Muka? Biasa-biasa je, tapi mak aku cakap kalau aku senyum, manis dia boleh bawa potong kaki. Aku pun bukan budak kelas hujung, dan tak koser lah nak bersaing dengan budak-budak genius kelas pertama tu. Pendek kata, aku ni average dalam semua benda. Kepala aku memang gila-gila sikit, tapi jangan risau... aku masih tahu beza antara 'masuk air' dengan kurang ajar.
Sebab perangai aku yang easy-going ni, adalah jugak yang cuba-cuba nak pancing line. Dari abang senior, kawan sekelas, sampai lah ke budak skema... semua pernah cuba nasib. Tapi sori bro, Balqis tak layan. Aku layan korang semua sekadar kawan je.
Bukan apa, aku sedar diri aku ni tak genius. Jadi aku ada satu misi besar kat sekolah ni—belajar rajin-rajin. Kalau orang pandai baca buku sekali terus lekat kat otak, aku ni jenis kena usaha dua tiga kali ganda. Mana ada masa nak fikir pasal cinta monyet ni.
Tapi... manusia hanya mampu merancang. Aku ingatkan benteng fokus aku ni dah cukup kebal, sampailah kehadiran cikgu PJ baru tu buat aku terduduk sekejap.
Umur dia lewat 20-an. Badan dia tak adalah sasa macam Zul Ariffin, tapi tegap, fit, dan kemas. Dia pakai cermin mata, jenis yang soft-spoken tapi dalam masa yang sama ada tegasnya yang tersendiri. Muka dia tak adalah hensem taraf pelakon televisyen, tapi dia ada satu kelebihan—dia terlampau murah dengan senyuman. Dan asal dia senyum je, manis dia memang lain macam.
Jujur, aku tertarik. Tapi setakat tu jelah. Aku masih waras untuk sedar diri yang dia tu guru aku, dan aku ni cuma anak murid yang tengah sesat nak faham subjek Sejarah. Jadi, perasaan ni aku simpan kemas-kemas dalam hati buat tatapan sendiri. Sekadar suka dalam diam, sebagai penyeri hari-hari aku kat sekolah. Tak lebih dari tu... buat masa sekarang.
Tapi kalau korang tanya kawan-kawan aku, diorang mesti cakap aku ni dah buang tebiat. Bagi diorang, cikgu PJ tu biasa-biasa gila. Dengan cermin mata bingkai petak dia tu, kawan-kawan aku label dia sebagai 'cikgu nerd' yang tak ada langsung vibe bad boy or pikat talian abang sasa. Pendek kata, bukan kegemaran budak-budak perempuan zaman sekarang lah.
Tapi entahlah, pada mata aku, imej nerd dia tu la yang buat dia nampak tersangatlah menarik. Bila dia betulkan cermin mata dia sambil tersenyum nipis masa tiup wisel kat padang... aduh, hati aku pulak yang rasa macam kena tiup.
Tapi macam yang aku cakap tadi, aku tahu batas. Aku simpan sendiri je pandangan aku ni. Biarlah kawan-kawan aku kutuk dia nerd ke apa, asalkan dalam hati aku, cikgu nerd ni la penyeri hari-hari aku kat sekolah. Peminat rahsia dari jauh, gitulah.
Kalau nak sembang pasal cikgu rebutan, satu sekolah ni gilakan Cikgu Hakim. Dia tu cikgu disiplin. Badan fit, tegap, lagi tegap sikitlah daripada Cikgu Bad. Kulit pulak cerah, muka ada vibe bad boy yang mahal walaupun kerja dia merampas vape dengan gunting rambut orang. Garang dia? Jangan cakaplah, macam singa! Tapi entah kenapa, kalau Cikgu Hakim lalu kat koridor sambil heret rotan, aduh... menggelitis semua budak perempuan acah-acah takut tapi mata masing-masing bersinar.
Kawan-kawan aku pun sama, pakat terjerit-jerit dalam hati kalau Cikgu Hakim pandang sekejap. Tapi bagi aku? Cikgu Hakim tu nampak seram je lebih. Buat apa nak tergilakan singa kalau ada 'cikgu nerd' yang kalau senyum, boleh sejukkan hati yang tengah gundah-gulana?
Ya, nama cikgu PJ kesayangan dalam diam aku tu, Cikgu Badrul. Kawan-kawan sejawat dia panggil Cikgu Bad. Tapi pada aku, tak ada benda yang 'bad' pun pasal dia. Dia terlalu baik, terlalu murah dengan senyuman bingkai petak dia tu.
ns216.73.216.69da2


