PUKUL 8 malam Syed Hilman sampai ke rumah kerana banyak urusan kerja yang perlu dia selesaikan setelah Aria sudah pergi dari syarikat mereka. Syed Hilman terkejut melihat Emma tidak berseorangan di ruang tamu menunggunya..
“Baru balik, Hilman?” tegur Puan Maimon ramah melihat kepulangan menantu kayanya.
“Ha’ah, mak. Banyak kerja sikit tu yang balik lambat ni…” jelas Syed Hilman yang tidak mahu mak mertuanya fikir bukan-bukan tentangnya yang biarkan Emma keseorangan di rumah. Ketika ini Syarifah Mazni menemani Syed Helmi ke luar bandar atas urusan kerja.
Syed Hilman hampiri Emma yang duduk di sofa. Pipi Emma dicium lembut. Syed Hilman perasaan wajah masam isteri kesayangannya itu. “Sayang, kenapa ni? Tak sihat ke?” tanya Syed Hilman lembut.
Emma mengerling Puan Maimon bagi isyarat. Puan Maimon terus buat-buat mengeluh berat.
“Hmmm…mak ada terserempak dengan bekas bini kamu. Mak rasa marah sangat apa yang dia cuba buat pada Emma dan bakal cucu mak jadi…” Puan Maimon cuba perhati reaksi Syed Hilman yang sudah berubah wajah.
“Mak pun bagi la warning kat perempuan tu cakap jangan cuba nak nak buat apa-apa tak baik kat kandungan Emma tapi perempuan tu pula mengamuk dan cakap…” Puan Maimon tidak sambung cakap. Dia pura-pura kelihatan sedih dulu.
“Perempuan tu nak saman Emma sebab dia tuduh anak mak ni orang ketiga. Dia sengaja nak saman Emma sebab nak duit dari kamu. Dia nak habiskan duit kamu dengan ugut nak saman Emma…”
Lakonan Puan Maimon berkesan kerana Syed Hilman sudah berang kerana terpedaya.
“What? Aria nak saman Emma?” Syed Hilman berang kerana Aria tetap mahu balas dendam pada Emma atas kehendak dirinya sendiri yang mahu memilih Emma.
“Mak mungkin ada buat dia rasa marah tapi mak tak sangka pula dia rupanya simpan dendam lagi walau korang dah bercerai. Perempuan tu betul ke nak bercerai dengan kamu, Hilman? Mana tahu lepas ni dia ugut minta kamu rujuk semula dengan dia? Macam mana?”
Sebenarnya Puan Maimon masih risau jika ada kemungkinan Aria sendiri yang merampas Syed Hilman semula daripada Emma.
Puan Maimon mengerling Emma sebelum menambah lagi perasa dalam lakonannya. “Mak Cuma risaukan Emma dengan bakal cucu mak je. Bekas bini kamu tu mesti ada agenda rahsia. Entah-entah dia berpura-pura je setuju nak bercerai dengan kamu sebab ada agenda lain.”
“Aria!” Syed Hilman ketap gigi. “Patut la kau rela je sign kan…”
“Sayang, apa kita nak buat ni? Macam mana kalau betul-betul perempuan tu tak nak lepaskan you? Sanggup ke you tengok I jadi dengan baby kita jadi mangsa?”
“You jangan risau, sayang…Aria takkan dapat I kembali. Tak kiralah dia ugut macam mana sekali pun. Lagi buat I benci pada dia.” Syed Hilman cuba yakinkan Emma.
Puan Maimon simpan senyumnya. Barulah dia rasa senang hati melihat dengan matanya sendiri tahap kebencian Syed Hilman pada bekas isterinya. Dengan ini bolehlah Puan Maimon sekeluarga menumpang kesenangan anak menantunya tanpa ada rasa risau.
“You tahukan I cintakan you dan sayang kan our baby.”
Puan Maimon buat-buat terharu mendengar pengakuan Syed Hilman. “Mak tahu Hilman orang yang berkemampuan. Boleh sayang dan jaga anak mak. Beruntung mak rasa, anak mak diketemukan dengan lelaki yang baik seperti kamu,” puji Puan Maimon.
“Mak jangan risau. Saya takkan biarkan sesiapa sakiti Emma dan bakal anak kami. Terutamanya, Aria.”
Sebut saja nama Aria buat Syed Hilman naik angin. Dia tahu apa nak buat dengan Aria nanti. Bukan mudah Aria mahu balas dendam padanya jika itu yang bekas isterinya mahukan. Aria kini bersendirian untuk lawan dia, fikir Syed Hilman.
“Kalau macam tu lega la hati mak sikit…Boleh la mak balik sekarang…” ujar Puan Maimon.
“Mak nak balik dah? Tidur jelah sini,” pelawa Syed Hilman.
“Hisy! Tak payah la. Mak tak nak kacau kamu berdua…” balas Puan Maimon tersenyum-senyum memandang Emma dan Syed Hilman bergilir-gilir.
Emma paut lengan Syed Hilman dengan manja. Suaminya itu turut faham maksud mak mertuanya.
“Kalau macam tu saya suruh orang hantar kan mak ya…”
Puan Maimon angguk setuju tapi sempat dia bagi isyarat pada Emma.
“Sayang, kita dah lama tak balik kondo yang you bagi mak dengan Emi duduk tu.” Kalau dulu kondominium tersebut jadi tempat persembunyian hubungan Syed Hilman dan Emma.
Syed Hilman terfikir sejenak. Memang sudah lama dia pulang ke kondominium yang sudah dijadikan tempat tinggal keluarga mertuanya.
“Hmmm…mesti barang dapur dah banyak habis…Dengan bil lagi…”
Syed Hilman tepuk dahinya. “Alamak! Sorry, mak…Akhir-akhir ni saya busy sangat sampai lupa pula nak top up barang dapur rumah mak semua.”
Syed Hilman yang rasa bersalah laju keluarkan salah satu kad kredit miliknya dan hulurkan pada Puan Maimon.
“Mulai sekarang mak guna je kad saya ni kalau nak beli apa-apa. Takut lambat pula tunggu saya nanti,” suruh Syed Hilman.
Puan Maimon pura-pura segan mahu ambil padahal dalam hati sudah gembira sakan. Selama ini mana pernah dia berbelanja sakan menggunakan kad kredit.
“Eh, tak apa ke bagi mak guna ni,” tanya Puan Maimon ketika kad kredit sudah bertukar tangan.
“Tak apa, mak guna je. Saya memang ikhlas nak bagi mak supaya Emma pun rasa gembira bila keluarganya gembira hidup selesa.” Syed Hilman memeluk bahu Emma dengan erat.
Keluar saja dari rumah ini nanti Puan Maimon nak menjerit kegembiraan kerana tak sabar nak gunakan kad kredit menantunya untuk beli barang-barang yang sudah lama dia teringin miliki.
Bagus Emma! Bukan kau saja boleh jadi kaya sorang-sorang tapi mak juga…
SETELAH Aria tanya kemungkinan mereka perlu ada anak, buat Aria lagi berasa malu. Aria cuma mahu tahu kerana Tengku Ziyad Sayf tadi ada mengatakan mereka perlu bina keluarga yang akan menerus legasi keturunan Sayf.
“Tadi kan Tengku cakap…Errr…” Aria masih tersasul memanggil panggilan yang biasa dia memanggil Tengku Ziyad Sayf. “You kan cakap yang atuk you nak you ada keturunan sendiri.”
Jadi tak salahkan Aria mahu tahu jika Tengku Ziyad Sayf tetap mahu turuti syarat datuknya yang satu itu juga.
“Kita tak perlu ada anak kalau you tak nak.” Tengku Ziyad yakinkan Aria. “Lagipun atuk I takkan tahu hal anak ni tak ada dalam plan kita. So you tak perlu risau.”
Dia tidak mahu anak? Aria tanya pada diri sendiri. Sudah tentu Aria mahu miliki anak sendiri. Kalau tidak, dia tidak berusaha bersungguh untuk dapatkan anak ketika menjadi isteri Syed Hilman. Dirinya pun merana bila kehilangan anak yang sedang dikandungkan.
Punyai anak dengan Tengku Ziyad Sayf? Boleh ke mereka punyai anak walau tiada rasa cinta antara Aria dengan Tengku Ziyad Sayf? Aria perlu fikir betul-betul kerana ini akan melibatkan masa depan dia dan bakal anak mereka nanti jika Aria dan Tengku Ziyad Sayf perlu menunaikan permintaan datuk lelaki itu juga. Masalahnya? Mampu ke Aria hamil sekali lagi?
“Kalau you nak anak kita boleh fikir cara lain. Zaman sekarang dah banyak rawatan dan cara yang boleh kita guna…” Cadang Tengku Ziyad Sayf dengan tenang.
Maknanya Aria perlu berusaha lagi seperti dulu dengan pelbagai rawatan tapi adakah Aria menginginkannya?
“Boleh tak…Boleh tak nanti I tidur bilik lain dulu buat sementara?” tanya Aria gemuruh.
“Yes sure. I tak kisah kalau you nak ada bilik sendiri dulu,” balas Tengku Ziyad Sayf tanpa teragak-agak.
“This marriage will be a respectful one. I takkan paksa you buat sesuatu tanpa kerelaan you.”
Aria saling bertentang mata dengan Tengku Ziyad Sayf.
“I janji, Aria. I takkan curang dengan you. I takkan sakiti hati you atau khianat you.” Tengku Ziyad Sayf beri jaminan. “I harap you pun sama juga.”
Aria nampak keikhlasan Tengku Ziyad Sayf. Sekurang-kurangnya Aria memang tahu yang Tengku Ziyad Sayf bukanlah lelaki yang ada sejarah tidak baik dengan mana-mana perempuan kerana sikap lelaki itu yang dingin susah buat perempuan lain mahu dekati tapi manusia boleh berubah juga kan?
Jadi Aria akan pegang kata-kata Tengku Ziyad Sayf tapi Aria tetap akan berhati-hati kerana Aria tak mahu dikhianat sekali lagi.
“Just remember, you perlu cuba hidup bersama I at least one year. Jika you tak mampu nak teruskan perkahwinan kita, I akan hormat kehendak you.” Tengku Ziyad Sayf ingatkan semula.
Aria angguk faham. Itu yang dipersetujui oleh mereka untuk cuba bina perkahwinan demi matlamat masing-masing.
“At least one year.” Ulang Tengku Ziyad Sayf.
“Yes. At least one year. I faham…” ujar Aria tenang.
Tiba-tiba kening Tengku Ziyad Sayf bertaut sebelum dia bersuara… “Tak perlu ada tekanan yang melibatkan perasaan kita. Biar perasaan tu wujud sendiri.”
Saat itu Aria tiba-tiba jadi keliru. “What?”
Dengusan kerana debaran yang Tengku Ziyad Sayf rasa di dadanya buatkan Aria semakin bingung dengan reaksi lelaki itu. Tengku Ziyad Sayf menarik nafas dalam-dalam dan kemudian kelihatan seperti menyerah saja dengan perasaannya tika ini
“Jom I hantar you balik rumah. You kena tukar baju dan bersihkan diri you dulu. Then, esok I akan hantar you ke hospital semula. Pasal mama you jangan risau. Malam ni you rehat puas-puas dulu,” ajak Tengku Ziyad Sayf setelah berjaya mengawal perasaannya.
Aria hanya menurut kata saja. “Okey.”
Tengku Ziyad Sayf dan Aria keluar dari restoran. Fuad sudah menunggu mereka dalam kereta, kemudian keluar dan bukakan pintu untuk Aria.
“Terima kasih Fuad,” ucap Aria.
Lelaki itu hanya balas dengan senyuman saja.
“Hantar Aria ke rumah dia dulu,” arah Tengku Ziyad Sayf setelah berada dalam kereta.
“Baik, Tengku.”
Dalam perjalanan, Aria hanya memandang Tengku Ziyad Sayf tanpa henti. Masih tak percaya yang Aria dan Tengku Ziyad Sayf saling terjebak dalam kehidupan masing-masing.
Tengku Ziyad Sayf menoleh ke arah Aria yang memandangnya tanpa henti seolah-olah banyak yang Aria sedang fikirkan. Dia menarik nafas panjang sebelum buka mulut. “You rasa terbeban ke nak jadi isteri I?”
Berkerut dahi Aria dengan pertanyaan Tengku Ziyad Sayf. “Kenapa nak rasa beban pula?”
“Yalah…Konflik keluarga I tak pernah habis. You juga akan kena tempias nanti bila dah kahwin dengan I…”
Aria pandang Tengku Ziyad Sayf lagi. “Selama ni you boleh je handle. So, why I nak rasa terbeban. I takut you yang rasa beban nak jaga I dengan mama I yang sakit tu.”
Tengku Ziyad Sayf ukir senyuman.
“I tak rasa terbeban pun kerana ni keputusan I sendiri. Maknanya I dah bersedia nak hadapi segalanya bersama you lagi-lagi I sendiri yang berharap dengan bantuan you. Macam you cakap, kita berdua akan capai apa yang kita impikan bersama-sama…” Aria yakinkan Tengku Ziyad Sayf.
“Pilihan I tak pernah salah…”
“I harap kali ni I tak buat pilihan yang salah lagi,” ujar Aria penuh makna.
“I jamin Aria. You takkan buat kesilapan yang sama.”
“Well…Kita tengok nanti…” Aria buat muka.
Tengku Ziyad Sayf ketawa kecil melihat mimik muka Aria.
“Ziyad…”
Tengku Ziyad Sayf senyum lagi kerana Aria memanggil namanya.
“I’m just curious. Apa yang berlaku pada you dengan Hilman sampai korang bermusuh? Bukan dulu korang pernah rapat ke? I pernah tanya Hilman tapi dia tak pernah bagi jawapan yang jelas pada I. So boleh I tahu dari you?” tanya Aria yang sudah lama ingin tahu.
Mati senyuman Tengku Ziyad Sayf. Dia memandang Aria bersama keluhan berat. “Dia khianat I.”
“Khianat you? Pasal apa?” tanya Aria terkejut.
“You tak perlu tahu la apa yang pernah berlaku pada kitorang. Lagi pun cerita lama. I pun dah malas nak ingat lagi.” Tengku Ziyad Sayf mengelak dari bercerita.
“Well… Memang perangai Hilman la kut suka khianat orang-orang yang pernah wujud dalam hidup dia,” kutuk Aria.
“Dulu you patut bagi amaran pada I tau?” ujar Aria tak puas hati.
Aria kenal Syed Hilman dan Tengku Ziyad Sayf pada tahun yang sama dan hubungan kedua-dua lelaki itu masih rapat lagi ketika itu. Bila Aria mula bercinta dengan Syed Hilman, tiba-tiba Tengku Ziyad Sayf dan Syed Hilman menjadi musuh. Sebab itu hubungan Aria dan Tengku Ziyad Sayf tak pernah berpeluang jadi rapat kerana Syed Hilman tidak benarkan Aria rapat dengan Tengku Ziyad Sayf.
Aria nampak Tengku Ziyad Sayf teragak-agak. Tengku Ziyad Sayf mengetap rahang sebelum bersuara.
“You were so in love. I tak rasa you akan percaya kata-kata I dulu…”
Aria terasa dengan kata-kata Tengku Ziyad Sayf yang ada benarnya. Aria mengeluh perlahan… “Betul la tu… Dulu mungkin I takkan percaya sebab semua yang berlaku dalam hubungan kitorang hanya yang indah-indah saja sampai la apa yang berlaku.”
“Hmmm…” Tengku Ziyad Sayf faham apa yang Aria rasa.
Tiba-tiba telefon bimbit Aria berbunyi sesudah mereka sampai di depan rumah Aria. Tertera nama Syed Hilman di skrin. Panjang pula umur Syed Hilman yang tiba-tiba muncul setelah Aria dan Tengku Ziyad Sayf bercakap tentangnya.
“Hisy! Nak apa lagi mangkuk hayun ni?” rungut Aria geram. Telefon bimbitnya masih berdering lagi.
“Block him,” arah Tengku Ziyad Sayf yang kelihatan jengkel.
Aria buat muka tapi cepat-cepat dia ikut arahan Tengku Ziyad Sayf. “Done!” Aria tunjuk pada Tengku Ziyad Sayf.
“Fuad akan dapatkan nombor baru untuk you. I tak nak musuh I kacau bakal isteri I lagi,” ujar Tengku Ziyad Sayf yang berbaur seperti cemburu.
“Okay…okay… Sekarang I masuk dulu ya…Thank you hantar I…” Aria cepat-cepat keluar dari kereta sebelum Tengku Ziyad Sayf suruh dia kemas barang-barangnya malam ini juga jika lelaki itu fikir Syed Hilman akan bertandang ke rumah Aria pula.
Dalam kereta Tengku Ziyad Sayf tak lekang matanya melihat Aria sampai menghilang ke dalam rumah.
Tengku Ziyad Sayf mula berfikir pasal Syed Hilman. “Ya, dulu aku sanggup lepaskannya. Sekarang tak lagi Hilman. Jangan salah kan aku sebab kau yang tak tepati janji.”
ns216.73.217.22da2


