EMAK kepada Emma, Puan Maimon terus datang jenguk Emma di rumah Syed Hilman selepas serang Aria di Rumah Kasih yang menyebabkan mak kepada musuh anaknya itu diserang serangan jantung secara mengejut.
Puan Maimon tak sangka perkara itu boleh berlaku. Niatnya cuma mahu balas menyakiti hati Aria yang selama ini buat Emma rasa tergugat.
Kebetulan Syed Hilman tiada di rumah ketika ini kerana berada di tempat kerja. Lagilah Puan Maimon boleh berbincang dengan Emma tentang penceraian Syed Hilman dan Aria.
“Emma, kamu yakin ke yang Hilman takkan rujuk dengan perempuan tu lagi?” Dorang dah pergi mahkamah kan?”
“Yalah mak. Hilman dan lafaz cerai depan hakim pun. Mak jangan risau la. Emma ni satu-satunya isteri Hilman sekarang,” ujar Emma bangga.
“Kamu kena pastikan yang Hilman tak terfikir nak rujuk semula dalam tempoh iddah ni,” pesan Puan Maimon.
Emma gelak kecil. “Buat apa Hilman nak rujuk dengan perempuan tu? Bukan perempuan tu boleh bagi anak kat Hilman.”
Mata Puan Maimon mula bersinar-sinar. “Ini la peluangnya kita jadi orang kaya-raya. Mak tak sabar nak pakai beg mahal. Kasut mahal…Haa…barang kemas kiri kanan tangan semua…” ujar Puan Maimon teruja.
Puan Maimon sudah lama teringin hidup senang sebab itu dia tidak kisah anaknya jadi penyondol suami orang. Asalkan suami orang itu, orang kaya.
“Mak dah daftar Emi kat kolej private tau,” ujar Puan Maimon lagi. Tak perlulah adik Emma tunggu tawaran dari universiti tempatan untuk sambung belajar kerana ada abang ipar yang boleh tanggung mereka sekeluarga.
“Kehidupan kita sekarang dah jauh beza dari dulu. Mak gembira sangat.”
“Ya mak. Hilman dah janji akan jaga dan tanggung kita semua sebab dia cintakan Emma. Bertuah Emma rasa dapat jumpa dengan Hilman.”
Siapa sangka hanya mengandungkan zuriat Syed Hilman, Emma dapat memiliki semuanya yang sudah lama dia teringin dari dulu lagi. Emma memang mahu kehidupan mereka sekeluarga berubah menjadi senang. Tak kiralah apa cara sekalipun.
Tapi Emma masih tak puas hati bila mengenangkan apa yang Syed Hilman tetap berikan pada Aria.
“Tapi tulah… Hilman tetap nak bagi perempuan tu duit. Emma harap satu sen pun perempuan tu tak dapat duit Hilman lagi,” rungut Emma tak puas hati.
“Hilman bagi duit kat bekas bini dia untuk cerai ke?” tanya Puan Maimon yang terkejut.
“Ya, ma…Banyak pula tu…” muncung Emma.
“Wow!” Bulat mata Puan Maimon. “Kenapa kamu biarkan Hilman bagi juga. Perempuan tu tak layak dapat satu sen pun. Kamu juga cakap Hilman dengan mak mertua kamu tu mengamuk sakan bila perempuan tu cuba apa-apa kan kamu. Patutnya kamu halang perempuan tu dapat apa-apa.”
Tersentak Emma dengar kata-kata Puan Maimon. Bukan dia tak mahu halang tapi dia pun baru tahu juga.
“Hilman cakap ni cara mudah untuk cepatkan proses cerai dorang. Kalau perempuan tu tuntut hak dia macam-macam lagi lama dan rumit proses dia. Lagi macam-macam perempuan tu boleh dapat.”
Muram wajah Puan Maimon. Dia sudah berhadapan dengan Aria dan dia tahu keupayaan wanita itu yang tak takut menentang. Jadi lebih baik Puan Maimon merelakan duit menantu barunya itu dapat pada perempuan yang berjaya Emma tewaskan.
“Kamu jangan leka…Walau kamu dah dapat segala-galanya, jangan biarkan orang lain pula rampas dari kamu,” pesan Puan Maimon pada Emma.
Emma tersenyum. Tak mungkin Emma akan biarkan Syed Hilman menduakannya seperti Aria. Buat malulah penyondol kena sondol pula!
“MAMA…jangan tinggalkan Aria…Please mama…” Aria merayu sambil memegang tangan Puan Amina yang terbaring di atas katil. Mata Aria bengkak menangis sekali lagi.
Aria langsung tidak meninggalkan Puan Amina sejak mamanya dimasukkan ke dalam hospital. 24 jam Aria berada di sisi Puan Amina. Tidak makan atau minum dan biarkan semua panggilan telefonnya tak berjawab. Puan Amina ditempatkan ke wad ICU untuk pemantauan setelah kena serangan jantung.
“Cik jangan risau…Puan Amina sudah stabil. Dia perlu banyakkan rehat dan kami akan jalankan beberapa test untuk jantungnya,” ujar Doktor Wahid yang merawat Puan Amina.
“Terima kasih doktor…” ucap Aria lemah walau hatinya sudah lega yang keadaan Puan Amina sudah stabil.
“Apa kata cik rehat dulu. Cik pun perlukan rehat yang cukup untuk jaga Puan Amina,” pesan Doktor Wahid.
Aria hanya angguk sebelum Doktor Wahid beredar.
Aria tersandar lemah. Kenapa banyak sangat dugaan yang menimpa padanya tanpa henti.
Tak! Dugaan takkan berhenti kalau datangnya daripada orang yang sama. Aria kepal tangannya menahan marah. Jadi Aria perlu hentikan semua orang yang cuba cari pasal dengannya lagi. Aria mula terfikir seseorang. Pantas Aria keluar dari bilik Puan Amina.
Aria berdiri di hujung koridor sambil hubungi seseorang.
“Encik Fuad…”
“Ya, Puan Aria. Ada apa puan call saya? Tak dapat call, Tengku?”
Aria teragak-agak mahu jawab. Aria terus hubungi Fuad setelah Tengku Ziyad Sayf tidak menjawab panggilannya. Nasib baik Tengku Ziyad Sayf menyuruh Aria simpan nombor telefon Fuad untuk hal kecemasan. Kata lelaki itu, Fuad boleh bantu Aria terlebih dulu. Nampaknya Fuad bukan semata-mata pemandu peribadi Tengku Ziyad Sayf.
“Saya nak jumpa Tengku.”
“Baik… Puan tunggu je. Sekejap lagi Tengku akan sampai,” ujar Fuad tanpa Aria maklumkan di mana dia berada sekarang.
Selama Aria menunggu kedatangan Tengku Ziyad Sayf, otaknya sudah mula merencana sesuatu. Dengan keadaan Puan Amina sekarang buatkan Aria makin benci pada Syed Hilman dan Emma. Sebelum ini Aria memang rancang untuk biarkan saja mereka berdua kerana Aria mahu teruskan kehidupan tanpa ada kaitan dengan mereka lagi. Apa yang sudah berlaku buatkan Aria tidak mahu biarkan saja Syed Hilman dan Emma bahagia atas deritanya.
Aria tidak terkejut melihat Tengku Ziyad Sayf muncul dengan cepat. Aria tak tahu kenapa tapi dia rasa mula tenang bila Tengku Ziyad Sayf kini berada di sisinya.
“Aria…”
Tiba-tiba saja air mata Aria mula mengalir bila Tengku Ziyad Sayf menyebut namanya.
Tengku Ziyad Sayf hampiri Aria dan menariknya dalam pelukan. Aria tidak sedar dia sudah menangis teresak-esak sambil balas pelukan Tengku Ziyad Sayf.
“Tolong I, Tengku… I have no one else to ask but you…” ujar Aria bersama tangisan.
“You didn’t have to ask,” balas Tengku Ziyad Sayf dengan nada yang menyenangkan. “Mama you akan pulih segera. I akan pastikan mama you dapat rawatan yang terbaik.”
Aria melepaskan pelukan Tengku Ziyad Sayf. Dia pandang wajah lelaki yang tiba-tiba saja menjadi tempat Aria rasa selamat dan tenang. Aria melarikan matanya bila bertentang mata dengan Tengku Ziyad Sayf.
Selepas menarik nafas yang panjang, Aria memandang semula Tengku Ziyad Sayf dan bersuara kembali… “Mengenai permintaan Tengku, I bersedia tunaikan…”
“Apa dia?” Tengku Ziyad Sayf tergamam.
“I terima lamaran Tengku. I agree to marry you,” ujar Aria jelas.
Buat pertama kali Aria melihat wajah tergamam Tengku Ziyad Sayf yang selama ini kekal tenang. Kali ini Tengku Ziyad Sayf betul-betul terkejut. Mulut Tengku Ziyad Sayf ternganga seketika sebelum bersuara dengan yakin. “I akan pastikan you takkan menyesal, Aria.”
“YOU kena makan. Macam mana you nak jaga mama you kalau you tak ada tenaga?” Tengku Ziyad Sayf menolak semangkuk sup ke arah Aria. “Sup ni boleh buat you rasa segar…You nampak tak bermaya sangat. Dah kurus pula tu…”
Dahi Aria berkerut. Dia tak boleh nafikan rungutan Tengku Ziyad Sayf. Berat Aria memang turun mendadak sejak akhir-akhir ini. Aria menurut kata, sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya tanpa ada rasa selera.
Tadi Tengku Ziyad Sayf memaksa Aria berehat seketika dari terus jaga Puan Amina. Dia tidak mahu Aria pula jatuh sakit. Sudahlah Aria baru lepas keguguran. Itu pun Tengku Ziyad Sayf tidak tahu bagaimana Aria uruskan dirinya sendiri kerana wanita itu sudah pesan tidak mahu berjumpa buat seketika kecuali berhubung dalam telefon.
Aria mula rasa segar setelah menghirup sup yang terasa enak di tekaknya. Barulah selera makannya kembali semula.
“You betul-betul nak saman perempuan tu? You nak Hilman kehabisan duit selamatkan perempuan tu dari kena saman dengan you?” Tiba-tiba Tengku Ziyad Sayf tanya.
Aria pandang Tengku Ziyad Sayf. Aria baru saja bercerita pada Tengku Ziyad Sayf tentang serangan mak Emma terhadapnya dan ugutan yang telah diberikan Aria pada wanita itu. Tengku Ziyad Sayf menahan rasa amarahnya setelah dengar cerita Aria tadi.
“I saja ugut. Ingat dorang je boleh ugut I. Bukan I hairan pun duit Hilman tu macam dorang. I lagi nak cepat cerai dan bebas even I masih berdendam lagi.”
Kalau Aria mahu, dari sebelum bercerai lagi dia boleh saman Emma sebagai orang ketiga.
“I malas la nak turun naik mahkamah. Bukan I tak boleh balas dendam dengan benda lain kan?” soal Aria.
“Good. Jangan buang masa you. Setakat duit Hilman tu, I boleh bagi lebih dari tu. We’ll get even in smart way. You serah je pada I.”
Tengku Ziyad Sayf terdiam sejenak sebelum bersuara lagi. “Lepas kita kahwin, you akan jadi lebih kaya dari dorang…”
Kata-kata Tengku Ziyad Sayf buatkan Aria tersedak. Laju Aria minum segelas air untuk melegakan tekaknya. Apa? Muka Aria memang muka nak jadi orang kaya ke?
“Atuk I akan balik sini lagi 3 bulan. Sesuai la dengan tempoh iddah you. So, I akan perkenalkan you sebagai girlfriend I terlebih dulu pada atuk kemudian kita bincang pasal kahwin,” ujar Tengku Ziyad Sayf sambil menongkat dagunya menampakkan wajah kacaknya.
“Tak rasa cepat sangat ke?”
“Lagi bagus cepat kan?”
Aria mengeluh perlahan. Memanglah dia setuju untuk berkahwin tapi pada masa sama Aria takut juga apa kata orang nanti terhadap dirinya yang habis iddah sudah kahwin baru. Dia tetap perempuan. Orang akan mengutuk. Bukan macam Syed Hilman yang orang takkan mengutuk tiba-tiba tunjuk ada isteri baru.
“Ada sesuatu yang bermain dalam fikiran you ke?”
“I cuma risau tanggapan orang lain pada I nanti kalau cepat sangat kita kahwin.” Jujur Aria. Tadi pun Aria rasa bersalah menangis dalam pelukan Tengku Ziyad Sayf sedangkan dia patut menjaga batas dan pergaulannya dalam tempoh iddah.
“You jadi isteri yang baik untuk I je. Tak payah jadi baik semata-mata takut tanggapan orang lain terhadap you,” balas Tengku Ziyad Sayf dengan tegas.
Aria terdiam. Mungkin bersama Tengku Ziyad Sayf, dia tidak perlu takut pada orang sekelilingnya.
“Tengku cakap atuk you tiba-tiba paksa Tengku kahwin. Why?” Aria ubah topik.
Tengku Ziyad Sayf merenung ke dalam anak mata Aria. “Untuk mewarisi legasi Sayf, I perlu ada keluarga yang stabil untuk lahirkan keturunan Sayf yang seterusnya. Itu syarat untuk I teruskan tradisi keluarga I jika I mahu mewarisi kekayaan atuk I.”
Tengku Ziyad Sayf diam sejenak walhal Aria mendengar dengan penuh minat.
“Tu pun salah satu syarat atuk juga sebelum dia serahkan saham syarikat pada I. I kena kahwin dan I perlu saham atuk atas sebab tertentu,” cerita Tengku Ziyad Sayf lagi.
Aria mula tertanya-tanya. Matanya ralit melihat Tengku Ziyad Sayf turut menjamah makanan di hadapannya selepas bercerita serba sikit padanya.
Seketika kemudian, Arian sambung bertanya pada Tengku Ziyad Sayf lagi.
“Kenapa Tengku perlukan saham dari atuk Tengku?”
Tengku Ziyad Sayf berhenti suap makanannya. Dia memandang Aria dan beri jawapan pada wanita itu. “To secure it, means…I lebih akan berkuasa dan berpengaruh kuat.”
Tengku Ziyad bersandar pada kerusinya. “You tahukan hubungan keluarga I tak baik sejak papa I kahwin baru.”
Aria angguk. Dia ada dengar pasal ini daripada Syed Hilman dulu.
“Sepatutnya jawatan yang disandang oleh adik tiri I dalam SAYF Holding adalah milik I tapi papa I guna pengaruh dia untuk buat semua pemegang saham memilih adik tiri I kerana I tak sebulu dengan papa I…”
“That’s why Tengku tubuhkan Blooms Publishing,” ujar Aria.
Tengku Ziyad Sayf angguk. “I tak nak duduk di bawa adik tiri I. So, I buka la company sendiri dan memilih jadi pesaing company you dulu.”
Aria geleng kepala. Tengku Ziyad Sayf lebih memilih untuk terus menjadi pesaing musuh tradisinya dari berada dalam satu syarikat dengan adik tirinya.
“I rancang untuk ambil balik apa hak I…” ujar Tengku Ziyad Sayf dengan tekad.
Aria lupa akan hal yang berlaku dalam keluarga Tengku Ziyad Sayf. Kecoh 3 tahun lepas bila Tengku Ziyad Sayf yang merupakan anak lelaki pertama tidak dilantik menjadi CEO bagi syarikat keluarganya.
“I minta maaf sibuk tanya hal keluarga Tengku.”
“Don’t worry. I akan pastikan dapat semua milik I dan teruskan legasi Sayf. Lagi-lagi dengan bantuan dari you..” ujar Tengku Ziyad Sayf tenang.
“Sebab kita akan kahwin je?” soal Aria. Dia cuba fikir adakah perkahwinan mereka akan bantu Tengku Ziyad Sayf memiliki segala yang dihajat olehnya.
“Tengku lupa ke? I ni dah jadi janda. Entah-entah keluarga Tengku takkan suka pada I?”
“I tak nafi akan ada tentangan dari papa I. Sebab dia sendiri nak I kahwin dengan Helena sebab tu hubungan kami diaturkan oleh kedua belah keluarga tapi sekarang dah tak penting lagi. I tahu atuk akan respect pilihan I. Cukup atuk terima you je. Yang lain I tak peduli,” ujar Tengku Ziyad yakinkan Aria.
“And please, Aria…don’t underestimate yourself.” Tengku Ziyad Sayf ketawa kecil melihat wajah berkerut Aria yang mungkin masih takut bila fikir pasal keluarganya.
Buat pertama kali sejak bertemu semula, Aria melihat Tengku Ziyad Sayf ketawa sebegitu. Bertambah kacak wajah Tengku Ziyad Sayf bila ketawa buatkan Aria ralit memandangnya. Lagi-lagi bila Tengku Ziyad Sayf ukirkan senyuman sampai ke telinga buatkan Aria rasa terpesona.
Tengku Ziyad Sayf merenung Aria hingga buat Aria rasa kurang selesa kerana debaran di hatinya.
“You are worth so much than you think… I tahu kemampuan you untuk jadi isteri I. You bagus dalam semua hal. I akan bantu bina kerjaya you semula supaya you tak rasa rendah diri lagi.”
“Tenkgu nak jadi banker I ke? Nak set up company baru untuk I pula?” perli Aria.
“Why not? I juga boleh dapat untung dan bangga dengan kebolehan you. I tahu kualiti dalam diri you, Aria. You cuma perlu percayakan I je… Kita berdua akan dapat capai matlamat kita bersama.” Tengku Ziyad Sayf yakinkan Aria sekali lagi.
Aria tarik nafas dalam. Sebelum Aria cari keyakinan dalam dirinya semula, Aria perlu yakin pada Tengku Ziyad Sayf.
“Okay… I trust you…” jawab Aria yakin.
“Good. Sekarang habiskan makanan you,” suruh Tengku Ziyad Sayf.
Aria sambung makan sehingga habis. Begitu juga Tengku Ziyad Sayf. Nampaknya malam ini Aria akan jaga Puan Amina tanpa perut kosong.
“Memandangkan you bakal jadi isteri I nanti, I akan mula jaga you. I akan suruh Fuad carikan seseorang untuk sediakan makan minum selama you jaga mama you di hospital. Of course I akan teman you jaga mama you bila I ada masa lapang nanti. You kena makan dan tidur secukupnya tau.”
Belum apa-apa lagi Tengku Ziyad Sayf sudah mengatur hidup Aria.
“Dan I nak you pindah ke penthouse I.”
Aria terkejut. “Tengku gila ke? Mana boleh I pindah rumah Tengku. I belum jadi isteri Tengku lagi la. Iddah I pun masih belum habis.” Aria cuba ingatkan Tengku Ziyad Sayf.
“You ingat I tak tahu hukum ke? Penthouse I bukan sebuah je?”
Aria gigit bibir. Manalah tahu Tengku Ziyad Sayf ini terlebih moden fikirannya. Tengok lifestyle ada mungkinnya.
“I nak you pindah ke penthouse I yang sebelah penthouse I tinggal sekarang.”
Pening Aria nak faham. “Maksud Tengku?”
“You jadi jiran I dulu sebelum jadi isteri I…” balas Tengku Ziyad Sayf selamba.
“I rasa tak perlu la Tengku. I bukan tak ada rumah.” Aria menolak.
“Aria, you perlu ada seseorang di sisi you untuk bantu you lalui masa sukar dalam hidup you sekarang. Yang paling penting sekali, I tak nak Syed Hilman atau sesiapa datang kacau you lagi. I tak jamin lepas ni I boleh bersabar lagi dengan dorang semua…” ujar Tengku Ziyad Sayf tegas.
“I dah pernah lalui dan I faham apa yang you rasa. So, tak ada sebarang rundingan. You akan pindah hujung minggu ni juga. Faham?” Tengku Ziyad Sayf tidak beri pilihan pada Aria yang perlu patuh pada arahannya.
Sebaliknya kata-kata Tengku Ziyad Sayf bermain-main dalam fikiran Aria berulang kali. “I dah pernah lalui dan I faham apa yang you rasa.” Aria mula tertanya-tanya. Apakah yang dimaksudkan oleh Tengku Ziyad Sayf? Konflik keluarganya? Atau Tengku Ziyad Sayf alami kesukaran dalam hidupnya selepas kematian arwah mamanya?
“Hubungan kita mesti kena nampak real. Kita tak boleh biarkan orang lain syak sesuatu tentang hubungan ekspress kita ni, terutama atuk. So, before atuk I balik sini, kita kena luangkan masa bersama-sama untuk rapatkan hubungan kita.” Rancang Tengku Ziyad Sayf yang tidak mahu hubungan mereka nampak seperti lakonan.
“We will go through normal relationship stages…Untuk buat orang percaya,” tambah Tengku Ziyad Sayf.
Aria angkat kening. Jadi dia dan Tengku Ziyad Sayf perlu nampak seperti pasangan normal macam orang lain?
“Hubungan kita akan bermula dengan perkenalan, pertunangan dan perkahwinan,” jelas Tengku Ziyad Sayf.
“So, bukan perkahwinan rahsia? Macam dalam drama?” soal Aria.
“Kenapa I nak berkahwin secara rahsia dengan you?” soal Tengku Ziyad Sayf pula dengan senyuman sengetnya. “Kan I dah cakap yang I perlukan you untuk tunaikan syarat atuk dan miliki saham dia. Of course la I kena show off my beautiful wife nanti. And you soon to be my beautiful wife.”
Aria diserbu rasa malu bila hujung kata Tengku Ziyad Sayf memujinya.
“I akan suruh my lawyer draf our agreement sebelum kita jadi official couple kalau you nak request apa-apa syarat dalam perkahwinan kita.” Tengku Ziyad Sayf bersuara semula sambil butangkan lengan baju kemejanya.
“Macam I cakap, kita bukan kahwin kontrak tapi I akan hormat pilihan you. So let me know kalau you have any request. I pun ada nak request something kat you.”
“Apa dia?” tanya Aria berdebar-debar.
“Mulai saat ni…no Tengku…Tengku…For now, you can call me, Ziyad.”
“For now?” Aria angkat kening.
Tengku Ziyad Sayf angguk. “Lepas kahwin, pandai la I nak request panggil apa pula…” ujar Tengku Ziyad Sayf selamba.
Aria mengetap bibirnya. Dia mula tak keruan dan pandang sekeliling sebelum dia meluahkan apa yang menganggu dalam fikirannya saat ini. Pipinya sudah rasa membahang sebelum Aria tanyakan sesuatu pada Tengku Ziyad Sayf.
“Are we supposed to have a child? Itu pun dalam perancangan you ke?”
ns216.73.217.22da2


