T.Z.S
I still waiting you accept my offer.
TERSENTAK Aria baca mesej daripada Tengku Ziyad Sayf. Sudah dua minggu Tengku Ziyad Sayf melamar tapi Aria masih tidak berikan jawapan walau dia tidak berniat mahu menolak terus tawaran daripada Tengku Ziyad Sayf setelah berfikir berulang kali.
Aria mengetap bibir sambil meneliti dirinya di hadapan cermin dalam bilik air. Aria melihat matanya masih sembab dan wajah yang tidak maya. Diri Aria nampak tidak terurus. Berbeza sekali dengan dirinya ketika masih berbahagia dengan Syed Hilman dulu. Aria cuba berusaha melupakan kesakitan dari penceraiannya walau dia tahu masa akan mengubatinya.
Aria masih teringat kedatangan Syed Hilman ke rumahnya tempoh hari selepas dia pulang dari hospital. Bekas suaminya itu masih mahu sibuk cari pasal dengannya.
“You pergi mana hah? Siapa hantar you balik tu?”
Aria tidak pedulikan Syed Hilman. Dia terus meluru masuk ke dalam pagarnya sebelum Aria laju tutup dari benarkan Syed Hilman masuk juga.
“Siapa hantar you balik?”
“It’s none of your business…” balas Aria kasar.
Syed Hilman mendengus kasar dengan layanan dingin Aria. Syed Hilman sendiri tidak tahu kenapa dia masih datang ke rumah bekas isterinya ini lagi. Bukan ada apa-apa yang boleh dia tuntut lagi.
“You dah ada pengganti I ke?” soal Syed Hilman yang nampak geram.
“Kalau ya? Apa masalah you? Jangan nak sibuk hal I…”
“You tak tahu ke dalam tempoh iddah, I boleh paksa you rujuk dengan I semula. So jangan you berangan nak cari cepat pengganti.” Syed Hilman cuba menakutkan Aria dengan ugutannya.
Aria ketawa kuat mendengar ugutan Syed Hilman. Nampak sangat Syed Hilman sudah gila.
“Paksa la…Kita tengok siapa yang meroyan nanti. I yang kena paksa rujuk dengan you atau bini baru you yang meroyan kena jadi madu I lagi. Silap hari, dia buat-buat jatuh terjun bangunan pula.” Sinis Aria.
Syed Hilman ketap gigi menahan geram kerana Aria langsung tidak rasa takut dengan ugutannya.
Aria terus masuk ke dalam rumah tanpa pedulikan Syed Hilman yang tidak berganjak pergi.
Sampai sekarang Aria masih rasa pelik dengan tingkah Syed Hilman.
“Nasib baik dah jadi bekas laki aku. Kalau tak, dengan aku sekali jadi gila macam mangkuk tu,” omel Aria depan cermin.
Jari Aria bermain dengan rambut panjangnya yang dah mula kusut masai kerana tak terjaga selama beberapa minggu ini. “Hmm…bila last aku pergi salon hah?” rungut Aria.
Tiba-tiba Aria mengeluh perlahan bila memandang wajahnya dalam cermin. “Aku dengan Helena? Macam langit dan bumi kalau nak bandingkan.”
Aria tengok dirinya pada cermin. Aria sedari dia memiliki kecantikan tersendiri tapi Helena lebih jauh tahapnya nak bandingkan dengan Aria. Helena bukan setakat pewaris hartawan tapi dia juga model terkenal yang wajahnya selalu terpampang di muka depan majalah fesyen. Helena juga popular dan selalu dipuji oleh pengguna media social.
“Tengku memang gila ke apa? Helena kut? Turun jela ego tu pergi pujuk model popular tu. Offer macam-macam kat aku boleh pula?” bebel Aria depan cermin.
Aria boleh bayangkan jika Tengku Ziyad Sayf dan Helena berkahwin. Dua buah keluarga yang kaya dan berpengaruh bergabung menjadi sebuah keluarga. Sudah tentu Tengku Ziyad Sayf akan dapat kelebihan.
Aria ambil telefon bimbitnya dan balas mesej Tengku Ziyad Sayf tadi.
ARIA
Bila you free? I dah ready nak sambung discuss dengan you lagi.
T.Z.S
Anytime…
Laju dan pendek Tengku Ziyad Sayf balas.
ARIA
You tak busy ke?
T.Z.S
I will make time for you.
Aria pandang skrin telefonnya. Nampaknya Tengku Ziyad Sayf betul-betul anggap dirinya begitu penting. Aria terus bersiap kerana dia mahu pergi ke Rumah Kasih. Aria sudah rindu akan Puan Amina.
ARIA bawa Puan Amina berjalan-jalan ambil angin di taman Rumah Kasih sebelum dia pulang. Udara segar pada petang itu buat Aria rasa tenang. Lagi-lagi bila Puan Amina berada di sisinya.
“Jom duduk kat sana tu…” ajak Puan Amina.
Aria senyum dan angguk. Laju dia menolak kerusi roda Puan Amina menghampiri kerusi-kerusi batu yang berdekatan.
“Aria rasa nak bawa mama tinggal sekali dengan Aria la lepas ni…” ujar Aria.
Puan Amina hanya ukirkan senyuman saja.
“Kenapa? Mama tak suka tinggal dengan Aria ke?” tanya Aria dengan bibir sudah muncung.
Puan Amina pegang pipi anaknya itu sambil berkata lembut. “Mama tak nak susahkan Aria. Mama nak Aria buat apa yang Aria suka tanpa halangan lepas ni.”
Aria diam. Sekarang Aria sudah bersendirian jadi dia perlu fikir merancang hidupnya semula. Tiba-tiba Aria terbayang wajah Tengku Ziyad Sayf.
“Ma…”
Puan Amina pandang wajah Aria yang seperti mahu tanyakan sesuatu padanya.
“Hari tu mommy Hilman cakap apa je dengan mama pasal Aria dan Hilman…” tanya Aria perlahan. Dia mahu tahu apa yang Syarifah Mazni katakan pada Puan Amina tentang rumah tangganya.
Puan Amina sentuh tangan Aria lembut.
“Dia cuma…dia cakap jodoh Aria dengan Hilman tak panjang je. Aria dengan Hilman dah tak sehaluan,” balas Puan Amina tenang. Walau dalam hati susah nak percaya yang Aria dan Syed Hilman boleh tidak sehaluan sedangkan selama ini dia nampak mereka sebagai pasangan yang selalu beri sokongan antara satu sama lain.
Aria rasa lega. Sekurang-kurangnya Syed Hilman halang Syarifah Mazni berkata sesuatu yang akan buat Puan Amina terkejut. Lagi-lagi perkara yang baru berlaku tempoh hari. Aria tahu Syed Hilman masih hormati Puan Amina kerana bekas suaminya itu memang melayan Puan Amina dengan baik dari dulu. Mungkin Syed Hilman masih ada perikemanusian terhadap Puan Amina.
“Mama tahu kan…Dalam perkahwinan mesti ada masalah macam tu juga…”
“Kau! Aku nak cakap dengan kau!”
Belum sempat Aria habiskan kata-katanya tiba-tiba ada seorang wanita yang lingkungan usia seperti Puan Amina datang mendekati mereka. Wanita itu nampak marah. Aria mula pelik kerana tidak mengenali siapa wanita itu.
“Maaf? Puan siapa?” tanya Aria.
Wanita yang berambut sanggul dengan pakaian kasual tersebut memandang Aria dengan tajam dan bersuara kasar. “Kau memang tak kenal aku… tapi aku tahu apa kau dah buat pada anak aku.”
Aria tersedar wanita itu adalah mak kepada Emma. Aria terkejut macam mana mak Emma boleh mencarinya sampai ke sini sedangkan hanya Aria dan Syed Hilman sekeluarga yang tahu mamanya berada di pusat penjagaan Rumah Kasih.
“Perempuan macam kau selalu salahkan perempuan lain sedangkan anak aku sendiri tak pernah tahu yang Syed Hilman suami orang masa bekas laki kau tu cuba nak mengurat anak aku dulu. Sekarang apa kau dah buat pada anak aku hah?” tengking mak Emma.
Aria tak sangka kena serang depan Puan Amina yang sudah terkejut dengar kata-kata mak Emma.
“Anak aku tu dah kahwin dengan Syed Hilman secara sah atas restu bekas keluarga mertua kau. Dan sekarang anak aku dah mengandung pun. Berani kau tolak dia nak cuba bunuh cucu aku.” Mak Emma menempik Aria dengan kuat.
“Tolong mak cik…Saya tak nak cakap pasal ni depan mak saya…Apa kata…” Aria cuba halang mak Emma tapi wanita itu tidak peduli. Lagi mahu cari gaduh dengan Aria.
“Oh! Mesti mak kau ni tak tahu kan yang anak dia cuba nak jadi pembunuh.” Sinis mak Emma.
“Mak cik!” Kuat suara Aria. Dia menoleh ke arah Puan Amina yang bertambah terkejut dengan tuduhan wanita itu pada Aria.
“Aria…betul ke?” Puan Amina sudah pegang dadanya.
“Panjang cerita dia ma…” ujar Aria sambil menolak kerusi roda Puan Amina untuk mengelak dari terus bertengkar dengan mak Emma. Lagi-lagi bila Aria melihat Puan Amina seperti menahan rasa sakit di dadanya.
“Hei, perempuan! Aku belum habis cakap lagi la!” Mak Emma mengejar Aria dari belakang. “Jangan sebabkan bekas laki kau pilih anak aku tak bermakna kau boleh apa-apa kan cucu aku yang belum lahir lagi tu,” marah mak Emma yang sudah berjalan sebelah Aria.
“Bukan saya yang buat anak mak cik jatuh. Dia yang pura-pura jatuh,” bentak Aria pertahankan dirinya. “Lebih baik mak cik pergi dari sini, kalau tak…”
“Aria…berhenti…” suruh Puan Amina dengan tegas.
“Betul ke apa mama dengar? Hilman ceraikan Aria sebab perempuan lain? Bukan sebab korang dah tak sehaluan macam Syarifah Mazni katakan?” ujar Puan Amina dengan mata yang sayu.
Aria pandang Puan Amina serba salah. Kalau boleh Aria tak nak Puan Amina tahu punca penceraiannya yang akan buat Puan Amina bertambah sedih kerana Aria diceraikan disebabkan Aria tidak boleh berikan zuriat untuk keturunan Syed Hilman.
“Oh, mak kau tak tahu lagi eh sebab apa kau kena cerai? Sampai bila kau nak sorok dari mak kau? Mak kau perlu tahu sebab apa anak dia ni kena tinggal.” Sinis mak Emma sambil berjalan di hadapan Puan Amina yang duduk di atas kerusi roda.
“Kalau kau nak tahu, Syed Hilman ceraikan anak kau yang mandul ni sebab dia dah jatuh cinta pada anak aku. Sekarang dorang dah berkahwin dan gembira tak sabar nak tunggu kelahiran anak dorang tapi anak kau cuba bunuh cucu aku yang tak bersalah tu.”
Air mata Puan Aminah mengalir dengan laju. “Tak…anak saya takkan buat macam tu…”
Puan Amina cuba pertahankan Aria kerana dia tahu anaknya tidak sejahat itu walau hati anaknya telah dikecewakan.
“Mak cik tolong pergi dari sini. Jangan cuba cari pasal dengan saya. Mak cik tak kenal siapa saya lagi?” Aria bagi amaran.
“Aku tak peduli siapa kau. Aku nak kau bertanggungjawab atas perbuatan kau.”
“Anak mak cik yang patut bertanggungjawab apa yang dia dah buat pada rumah tangga saya,” tempik Aria berani lawan.
“Eh, bekas laki kau tu yang tergilakan anak aku la.”
“So? Mak cik duduk la diam-diam tengok anak mak cik yang kononnya bahagia dengan bekas suami saya tu. Mak cik tak perlu masuk campur hal kami.”
“Aku tak kira! Aku akan saman kau. Aku nak kau bayar ganti rugi pada anak aku dengan apa yang kau dah cuba buat pada Emma,” tempik mak Emma lagi.
“Nak saman? Hah! Saman la kalau mak cik nak saman saya,” tempik Aria pula.
Mak Emma terkejut melihat Aria yang tampak berani pada matanya.
“Saya pun akan saman anak mak cik juga yang pernah jadi orang ketiga dalam rumah tangga saya!” ugut Aria. “Saya ada bukti!”
Mak Emma hilang kata-kata.
“Mak cik nak tengok semua bukti yang saya ada? Saya boleh tunjuk bukti anak mak cik jalinkan hubungan dengan suami orang yang waktu itu belum lagi ceraikan bini dia yang berada depan mak cik ni.”
Aria pula yang ugut mak Emma. “Bukan saya yang perlu bayar ganti rugi pada mak cik tapi anak mak cik yang mungkin tak mampu nak bayar ganti rugi pada saya dan kemungkinan saya boleh sumbat Emma dalam lokap.”
Aria sudah rasa kemenangan berpihak padanya kerana mak Emma tak mampu lawannya lagi.
“Atau saya boleh buat Syed Hilman serahkan semua aset dia pada saya supaya mak cik dan Emma tak dapat satu sen pun merasa duit Hilman kalau mak cik tak nak saya sumbat anak mak cik dalam lokap. Mak cik nak ke?”
“Kau! Kau memang perempuan banyak muslihat,” marah mak Emma.
“Baru la buku bertemu ruas kan?” Sinis Aria.
Mak Emma mula rasa malu bila orang ramai yang berada di situ lihat cara dia memalukan Aria tadi kini memandang serong padanya pula. Nampaknya dia salah buat percaturan. Aria bukan perempuan lemah yang mudah dia ambil kesempatan untuk kesenangan mereka anak-beranak dari terus sakiti bekas isteri Syed Hilman itu.
“A…Aria…sudah…” Halang Puan Amina dari biarkan Aria terus bertengkar dengan wanita tersebut. Nada Puan Amina mula lemah. Tangannya memegang dada dengan kuat. Puan Amina sudah tercungap-cungap.
Aria yang melihat keadaan Puan Amina mula rasa panik. Silap dia terus bertengkar dengan mak Emma sampai lupa keadaan Puan Amina yang baru saja nak berasa sihat. Sekarang Puan Amina mungkin jatuh sakit semula kerana terkejut.
“Ma…mama…” Aria cuba menenangkan Puan Amina tapi tiada guna kerana Puan Amina tiba-tiba terus pengsan.
“Mama…” jerit Aria kuat. “Tolong! Tolong mama saya!” Aria jerit meminta pertolongan.
Kelam kabut beberapa kakitangan penjaga Rumah Sakit berlari ke arah Puan Amina dan Aria.
“Puan Amina kena heart attack. Cepat call ambulan,” ujar salah seorang kakitangan sambil beri bantuan kecemasan pada Puan Amina.
Aria sudah menangis teresak-esak. Dia risau akan kehilangan Puan Amina dengan cara begini.
“Tolong selamat kan mama,” rayu Aria sambil melutut di tepi kerusi roda Puan Amina.
Mak Emma yang panik mula beredar dari situ dengan cepat.
Aria yang melihat terus membuak-buak rasa marahnya. “Kau! Kau yang buat mak aku jadi macam ni!”
ns216.73.217.22da2


