ARIA masih tak percaya dengan permintaan Tengku Ziyad Sayf. Otaknya cuba proses permintaan Tengku Ziyad Sayf yang tak masuk akal. Permintaan Tengku Ziyad Sayf cuma satu tapi boleh buat Aria rasa nak pengsan.
Kegilaan apa yang merasuk Tengku Ziyad Sayf?
“You pun tahu I ada segala-galanya kecuali seorang isteri…Dan I tak perlu apa-apa dari you kecuali jadi isteri I. Lagipun you sendiri dah berjanji nak tunaikan permintaan I?” ujar Tengku Ziyad Sayf dengan tenang kembali tidak seperti kali pertama tadi dia melamar Aria untuk berkahwin dengannya.
“Memang la I dah janji nak tunaikan permintaan Tengku tapi bukan permintaan macam ni…” rungut Aria. “Before ni pun I ada cakap yang I akan cuba tunaikan permintaan Tengku, bermakna I pun tak yakin boleh atau tak.” Aria cuba pusingkan cerita.
“Then, you should try…” balas Tengku Ziyad Sayf selamba.
“Tengku la patut cuba cari perempuan lain nak buat isteri,” balas Aria laju. Tiba-tiba Aria teringat seseorang.
“Kejap…”
“Bukan ke Tengku tengah bercinta dengan Helena?” soal Aria laju. Baru dia teringat tentang wanita itu.
Helena, bukan setakat model terkenal yang sudah aktif dalam peringkat antarabangsa juga anak seorang hartawan. Kiranya memang sepadanlah Tengku Ziyad Sayf dan Helena yang sama-sama cantik dan kacak serta keluarga kaya-raya.
“Our relationship is over…” balas Tengku Ziyad Sayf tanpa perasaan.
Buntang mata Aria. Kenapa masih belum kecoh lagi?
“Bila masa putus? Tak keluar news pun?”
“You pun suka baca gossip juga ke?” perli Tengku Ziyad Sayf.
Kata bekas pemilik saham BookRead Publishing yang ada menerbitkan pelbagai jenis majalah termasuk hal-hal berkaitan gossip. Sekarang pun, BookRead Publishing ada terbit majalah versi digital mengikut peredaran zaman.
“Kenapa tiba-tiba putus?” Aria ingin tahu. Selama ini hal hubungan Tengku Ziyad Sayf banyak keluar dari mulut Helena berbanding lelaki itu.
“Hmmm… sebab dia tak nak kahwin… and she dumped me.”
“Dah tu pergi la pujuk paksa dia kahwin dengan Tengku? Buat apa paksa I.”
Apa yang difikirkan oleh Tengku Ziyad Sayf? Takkan Tengku Ziyad Sayf tidak kisah hubungannya bersama Helena berakhir begitu saja. Kenapa Tengku Ziyad Sayf seperti tidak peduli akan Helena berbanding dengan Aria yang bersedih ditinggalkan suami? Siap Tengku Ziyad Sayf peluk dan pujuk Aria supaya tidak bersedih. Aria mula persoalkan dalam hati.
“Helena beri peluang untuk I pujuk dia but I miss the chance because I met you…”
“So salah I la, Tengku hilang peluang sebab tolong I?”
Tengku Ziyad Sayf geleng kepala. “I tak salahkan you sebab I tak rasa pun ada peluang sebenarnya,” balas Tengku Ziyad Sayf tenang.
“Hal Helena dengan I dah habis dan I tak nak peduli kan lagi. Sekarang I cuma pedulikan hal I dengan you. I nak you tunaikan permintaan I sesuai dengan apa yang you dan janjikan.”
Keluhan berat terlepas dari bibir Aria kerana desakan Tengku Ziyad Sayf.
“Aria…I mungkin tak sekaya keluarga I yang lain tapi I tetap lebih kaya dari bekas suami you. I boleh tanggung segala keperluan you termasuklah mama you. Dan I sendiri nak mengalu-alukan you dalam Blooms Publishing. You boleh dapat position yang you nak.”
Aria dan Tengku Ziyad Sayf saling berpandangan.
“But I know what do you want?” Tengku Ziyad Sayf menatap dalam anak mata Aria.
“I akan pastikan Syed Hilman dapat pembalasan dengan apa yang dia dah buat pada you. I boleh tolong you balas dendam kat bekas suami you. Itu kan yang paling you inginkan? Balas dendam?”
Tengku Ziyad Sayf menongkat dagu sambil mengecilkan matanya lalu berkata lagi. “I janji, Syed Hilman akan dapat balasannya.”
Kata-kata Tengku Ziyad Sayf memberi kesan pada Aria. Ya, dia memang mahu balas dendam pada Syed Hilman sekeluarga.
“I akan buat Syed Hilman dan keluarga dia melutut pada you dan menyesal dengan perbuatan mereka pada you. I akan buat mereka lebih menyesal memilih perempuan tu dari you. Masa tu you boleh pijak maruah mereka yang datang menuntut kemaafan dari you.”
“Tapi kenapa Tengku sanggup nak tolong saya untuk balas dendam. Kita bukan sesiapa, Tengku?” Akhirnya Aria bersuara.
“Kita berada dalam situasi yang sama Aria. I perlukan you untuk tunaikan kehendak keluarga I dan you perlukan seseorang yang lebih berpengaruh untuk bantu you balas dendam.”
“Maksud Tengku?”
“Keluarga I mendesak untuk berkahwin dalam masa terdekat. Kalau you ditimpa masalah ni lebih awal dan I tolong you, mungkin Helena pun tak ada peluang dari awal lagi.”
Aria mula faham maksud Tengku Ziyad Sayf. Nampaknya hubungan lelaki itu dan Helena cuma kerana desakan keluarga. Patutlah Tengku Ziyad Sayf dengan mudah cari pengganti bakal isterinya.
“You jangan risau, keluarga I memang mendesak untuk I berkahwin tapi mereka takkan halang dengan siapa yang I nak kahwin. I lebih tahu siapa yang layak untuk jadi isteri I. You tak perlu fikir apa-apa. Apa yang boleh I cakap, perkahwinan ini akan mendatangkan keuntungan untuk kita berdua.”
“So kita akan kahwin kontrak?” soal Aria yang mula berminat.
“You pun banyak tengok drama eh?” Hujung bibir Tengku Ziyad Sayf ternaik.
“Habis tu?” tanya Aria tak puas hati.
“Hmmm… tiada kontrak antara kita tapi I akan repect you. I takkan paksa buat benda yang you tak inginkan…”
Aria perhatikan wajah Tengku Ziyad Sayf betul-betul. Boleh percaya kata-kata lelaki ini?
“Kalau you rasa nak pertimbangkan cadangan I ni, I boleh bagi you peluang untuk cuba tapi you mesti kena jadi isteri I selama setahun paling kurang. Lepas tu I you boleh buat keputusan you sendiri sama ada nak teruskan perkahwinan kita atau tidak.”
“So semuanya bergantung pada I? Selama mana perkahwinan ni I nak?”
Tengku Ziyad Sayf angguk sambil menyelak rambut panjangnya ke belakang. Tengku Ziyad Sayf menarik nafas panjang dan meneliti wajah Aria sebelum bertanya lagi pada wanita itu. “Do you agree, Aria?”
Aria masih tak mampu nak berikan jawapan.
SYED HILMAN pegang surat cerai yang sudah ditandatangani sambil matanya melirik ke arah Emma yang sedang lena. Akhirnya Syed Hilman dapat menunaikan janjinya pada Emma dengan berakhir sudah rumah tangganya bersama Aria.
Syed Hilman masih tak percaya yang Aria terima saja syaratnya walau pada awalnya Aria persoalkan. Sebelum ini Syed Hilman perah otak nak buat macam mana Aria bersetuju untuk bercerai dengannya sampailah Syarifah Mazni yang bagi idea padanya untuk buat Aria tiada pilihan lain.
Tapi bila Syed Hilman lihat betapa tekadnya Aria tadi yang mahu berpisah dengannya terus hati dia rasa terkesan juga. Lagi-lagi kata-kata bekas isterinya itu tadi.
“I menyesal. I menyesal semuanya… I menyesal mencintai you, Hilman…Mulai sekarang I hanya akan membenci segala-galanya tentang you.”
Syed Hilman meraup wajahnya dengan kasar. Kenapa hatinya rasa sakit bila Aria mengatakan tiada cinta lagi terhadapnya. “Argh!!”
“Asal aku nak fikir pasal Aria lagi? Bukan aku yang tak sabar nak ceraikan dia?” rungut Syed Hilman perlahan agar Emma tidak terjaga. Kenapa Syed Hilman masih ada rasa serba salah?
Syed Hilman mula terbayang kenangan 4 tahun bersama Aria. Terlalu banyak kenangan untuk dilupakan sekali gus walau perasaan cintanya mudah beralih arah.
Rumah tangga mereka tidak pernah sunyi walau tidak ada anak. Aria dan Syed Hilman suka berkongsi minat yang sama. Ada saja benda baru yang mereka akan cuba bersama-sama.
“Jauh sayang termenung?”
Syed Hilman tersentak. Emma sudah bangun dari tidurnya.
“Apa kat tangan sayang tu?” tanya Emma dengan wajah ingin tahu.
“You dah bangun…” Syed Hilman cuba betulkan suaranya. “Hmmm…surat cerai I. Aria dah sign..” Jujur Syed Hilman.
Wajah Emma mula bersinar kegembiraan mendengar berita penceraian Syed Hilman dan Aria.
“Really, sayang? Bagus la dah selesai semua…” Emma terus merangkul leher Syed Hilman. Hatinya gembira sangat.
“Sayang mesti happy kan? Dah bebas dari perempuan tu. Terima kasih sayang lindungi I dan baby. Sekarang baru la I rasa boleh hidup tenang bersama dengan you…” Emma cium pipi Syed Hilman berulang kali.
Kegembiraan Emma buatkan Syed Hilman lupa perasaan kelirunya tadi yang masih rasa ada serba salah pada Aria. Lagi-lagi bila Emma mula bermanja dengannya kerana hati isteri barunya itu sudah kembali tenang. Syed Hilman terus memeluk Emma dengan erat.
“Ya, kita dah boleh hidup tenang.” Syed Hilman membelai rambut Emma. “Kita akan jadi keluarga yang paling bahagia.”
Mereka berpegangan tangan sebentar sebelum Emma menarik tangannya dari genggaman Syed Hilman sambil tersenyum manis. Emma dengan malu-malu menyelitkan rambutnya pada telinga lalu tangannya merayap membuka butang baju kemeja Syed Hilman.
“I miss you…I miss you your touch…” ujar Emma manja sambil meraba-raba dada Syed Hilman yang sudah terdedah.
“I tahu kita tak boleh buat lebih-lebih sebab baby tapi kita masih boleh sentuh each other kan…” bisik Emma lalu bibirnya merayap ke leher Syed Hilman.
Syed Hilman mula tergoda. Emma sangat pandai melayan dan buat dia rasa selalu inginkan perempuan itu.
“You ni atas katil hospital pun sempat nakal eh?” Syed Hilman cuit pipi Emma bersama senyuman gatal.
“Kalau atas katil rumah you yang terlebih nakal sayang…” jeling Emma manja.
Syed Hilman terus memagut bibir Emma dengan asyik. Tangannya juga merayap seperti Emma.
“I love you, Hilman…”
“I love you, too…”
“Jangan berani you cintakan orang lain lepas ni tau, sayang…”
Usikan Emma buat Syed Hilman tersentak.
“N…no…sayang…I hanya cintakan you seorang saja. I janji perasaan I takkan pernah berubah pada you…”
Kata-kata itu pernah juga Syed Hilman ungkapkan pada Aria.
AKHIRNYA Aria dibenarkan keluar dari hospital. Doktor yang merawat Aria juga beritahu keadaan sudah pulih sepenuhnya kerana tiada sebarang komplikasi yang berlaku. Aria rasa lega. Berbaloi dia menahan diri bermalam di hospital selama dua hari.
“You kena ingat pesan doktor. You masih tak boleh buat kerja berat dan kena banyak rehat.”
Aria buat-buat dengar saja kata-kata Tengku Ziyad Sayf yang sentiasa melawatnya selama dua hari ini.
“Jawapan I masih sama Tengku. I tak boleh tunaikan permintaan, Tengku. I masih trauma lagi dengan perkahwinan yang hancur berkecai,” luah Aria yang mengharapkan Tengku Ziyad Sayf faham perasaannya.
“I tak sama dengan Syed Hilman. I berbeza dengan bekas suami you tu…”
Tengku Ziyad Sayf masih tak mahu mengalah memujuk Aria terima lamarannya.
“Okey apa kata you letak syarat dalam perkahwinan kita?”
Aria sudah tak tahu nak menolak Tengku Ziyad Sayf. Akhirnya Aria gunakan alasan cinta.
“Kita tak cintakan satu sama lain, Tengku.”
“Dulu you berkahwin sebabkan cinta tapi yang jadi pada you? Lelaki yang pernah cintakan you yang khianat you juga. Kita memang tak cintakan satu sama lain tapi I tahu yang I takkan khianat you. And maybe we will fall in love together?”
“Hmmm… jatuh cinta? Dan lepas tu baru Tengku akan khianat I. Macam tu? Belum dapat lagi memang la pandai cakap,” perli Aria.
Setelah Syed Hilman mengkhianati perasaan dan kepercayaan, tak mungkin Aria mudah letakkan kepercayaan pada orang lain. Apatah lagi perasaanya.
“Mana Tengku tahu yang Tengku takkan khianat saya?” Aria persoalkan kesetiaan Tengku Ziyad Sayf.
“Sebab tu I cadangkan you letakkan syarat dalam perkahwinan kita. Atau you sendiri nak I letakkan syarat untuk I yakinkan you yang I takkan sesekali khianat you?” Tengku Ziyad Sayf kekal tenang berunding dengan Aria.
“I akan beri separuh harta I pada you kalau I khianat you,” ujar Tengku Ziyad Sayf tegas.
Buntang mata Aria. “Tengku dah gila?”
“Tak…I masih waras lagi… Ni cara untuk I buktikan pada you yang I tak bermain-main dengan kata-kata I…”
“Tengku tak perlu buktikan pun,” keluh Aria.
Kenapalah Tengku Ziyad Sayf masih mahu memperisterikannya? Atau sebab…
“Tengku buat semua ni sebab bukan nak tolong balas dendam untuk I kan tapi…Tengku sendiri yang nak guna I untuk balas dendam pada musuh Tengku?”
Aria tak tahu apa sebab Tengku Ziyad Sayf dan Syed Hilman bermusuh sedangkan kedua buah keluarga pernah rapat antara satu sama lain. Selepas Aria berkahwin dengan Syed Hilman tiba-tiba hubungan kedua buah keluarga itu renggang dan Syed Hilman terus bermusuh dengan Tengku Ziyad Sayf.
“I tak perlu gunakan you untuk balas dendam pada musuh I…I boleh buat dengan cara yang paling teruk sekali,” ujar Tengku Ziyad Safy dengan lagak.
“Macam I cakap situasi kita sama. I perlukan isteri. You perlukan orang macam I untuk musnahkan kebahagian bekas suami you. Win-win situation. So apa masalahnya?”
Aria tidak menjawab. Dia sudah letih nak berdebat dengan Tengku Ziyad Sayf.
“Kenapa I nak cari orang lain kalau you dah berjanji nak tunaikan permintaan I?” Tengku Ziyad Sayf ingatkan Aria janjinya lagi.
Aria tunduk pandang lantai. Apa-apa pun Aria sudah berjanji untuk balas jasa Tengku Ziyad Sayf.
“I akan bagi masa untuk you fikir lagi. Macam I cakap perkahwinan ni akan menguntungkan kita berdua jadi I harap you akan fikir sebaik-baiknya… Sekarang biar I hantar you balik dulu..”
Aria hanya menurut kata. Mungkin di rumah nanti dia akan fikir sekali lagi.
Dalam kereta, Aria hanya mendiamkan diri saja. Tiada apa yang mahu dibualkan lagi dengan Tengku Ziyad Sayf. Lelaki itu pun membisu dari tadi duduk di sebelahnya.
“Tengku…” panggil pemandu peribadi Tengku Ziyad Sayf.
Tengku Ziyad Sayf pandang Aria yang mengelamun dari tadi. Nampaknya Aria masih tidak perasan siapa yang berada di depan rumah wanita itu.
“You kena halau dari rumah juga ke?” soal Tengku Ziyad Sayf tiba-tiba.
Aria tayang wajah masamnya. “Tu rumah I la…Ni je sempat I bolot harta musuh you…”
Aria bertuah kerana rumah yang menjadi tempat tinggal dia bersama Syed Hilman dulu sudah ditukar ke atas namanya.
“So buat apa ex you terpacak kat luar rumah you tu? Kita belum kahwin lagi takkan dia dah gila talak?”
Aria terkejut mendengar kata-kata Tengku Ziyad Sayf. Terus dia memandang luar cermin kereta dan bulat matanya lihat Syed Hilman berada di luar rumahnya.
“Mangkuk ni nak apa lagi?” Aria mendengus marah.
Ketika tangan Aria mahu buka pintu kereta, Tengku Ziyad Sayf halang Aria dari keluar.
“You nak jumpa dia ke?”
“Kalau I nak masuk rumah terpaksa la I hadap mangkuk tu,” balas Aria geram. Banyak tanya pula Tengku Ziyad Sayf.
“Kalau I tak bagi?”
Terpinga-pinga Aria memandang Tengku Ziyad Sayf yang wajahnya berubah dingin semula.
“Fuad, drive now…”
“Baik, Tengku…”
“Kita nak pergi mana ni?” tanya Aria yang sudah kelam kabut bila kereta Tengku Ziyad Sayf sudah meninggalkan kawasan perkarangan rumahnya.
“Pusing-pusing satu taman perumahan you,” jawab Tengku Ziyad Sayf.
Bulat mata Aria. Tengku Ziyad Sayf buat kerja gila apa ini?
“I’m very sure your ex still waiting you…Why not kita biar kan dia tunggu you lama-lama. You boleh dating dengan I pusing satu taman…”
“Jangan nak merepek. Kalau tak, I lambat terima lamaran you,” gertak Aria.
“Fuad, patah balik…”
Tak sampai 5 minit kereta Tengku Ziyad Sayf berhenti di depan rumah Aria.
“Thank you so much. I hargai pertolongan you, Tengku.” Aria terus buka pintu kereta dan keluar melangkah ke rumahnya.
Dalam kereta Tengku Ziyad Sayf memandang langkah Aria sambil mengepal penumbuknya apabila melihat Syed Hilman hampiri wanita itu.
“Bodohnya kau, Hilman. Kau tak tahu betapa berharganya perempuan yang kau dah lepaskan. Biar aku tunjuk pada kau…”
ns216.73.217.31da2


