AISYA membeliakkan sepasang mata seluas-luasnya. Dari posisi berdiri, dia berjalan mengelilingi kereta yang telah dipandunya pagi tadi dan kini dia mengambil tempat mencangkung di sisi kereta itu pula. Apa yang dilihatnya barusan sukar sekali untuk dihadam. Berkali-kali dadanya diurut, juga berkali-kali dahinya ditepuk. Saat hati mula bisa menerima kenyataan, tubuhnya langsung terasa bergoncangan. Matanya dipejam sesaat untuk bertenang namun..arghh...wajah sinis Lufian yang bertandang.
Arggh...lelaki itu pasti mengamuk nanti!
'Kejamnya dunia! '
Dan ketika itu juga Aisya merasa kolam air matanya ingin meledak, tangannya juga ikutan mengigil. Sungguh dia takut, tetapi dia tahu, dia harus menemui Lufian untuk mengakui kesalahannya dan dia sudah bersedia untuk mendengar leteran lelaki itu nanti.
Bibir merahnya diketap rapat. Dengan hati yang berdebaran, dia memusingkan tubuhnya, kaki yang terasa terbeban digagahkan juga untuk memasuki bangunan putih itu semula.
"Abang........." Aisya meleretkan panggilan manjanya sebaik sahaja memunculkan diri di ruangan kerja suami 'kesayangannya' itu. Dia tidak perduli jika harus mengalah di hadapan lelaki itu. Dengan wajah yang tidak malu dia datang mendekati posisi dirian suaminya dan dengan muka yang tidak malu juga dia membawa tangan kiri lelaki itu ke pelukannya.
'Abang??'
"Apasal you ni? Dah buang tabiat??" Soal Lufian sinis sambil membetulkan ikatan tali lehernya. Sengaja dia membiarkan sahaja tubuhnya ditarik oleh wanita cantik itu tanpa dibalas.
"Abang.....jangan marah Ecah...Ecah tak tahu pun macam mana boleh jadi macam tu..." Dengan nada yang kegementaran, Aisya masih berkira-kira untuk meluahkan punca jiwanya merusuh.
'Ecah??'
"You nak cakap apa sebenarnya, Aisya? Jangan buang masa i boleh tak? I nak pergi ambil anak-anak dah ni..." Lufian mengeluh malas dengan sikap isterinya.
"Abang...sorry abang...." Aisya menarik lagi kedua-dua belah tangan Lufian ke bibirnya.
"Sorry?? Apa dosa you kali ni?? Kalau you nak ambik hati i supaya i benarkan you keluar dengan babun tu, lupakan je lah. Apapun yang berlaku, i tak akan benarkan!" Lufian terus beramaran keras tika hatinya sedikit mengagak niat sebenar wanita nakal itu.
"Tak ..bukan pasal tu. "Aisya menunduk. Tangan kasar Lufian semakin kuat tergenggam.
"Habis tu?? Cakaplah cepat"Lufian mendesak lantaran mula bosan dengan permainan kata isterinya .
"Janji abang tak marah..."
"You tak cakap ,macam mana i nak marah??"
"Abang...kereta kak Hanim. Pancit empat-empat tayar.." Aisya memejamkan matanya seusai mengungkapkan kata-kata itu, berdebar-debar dadanya menanti respon dari mulut suaminya.
"Apa????"
***
"Aduh.... macam mana boleh jadi macam ni?! Berat sangat ke pipi you ni Aisya sampai pancit empat tayar sekaligus macam ni?? Orang makan bagi lemak kat badan, you bagi gemuk kat pipi sampai kereta ni pun tak sanggup nak bawa pipi tembam you tu. Tak habis-habis buat hallah!"
Aisya bertekuran wajah saat melihat lelaki itu mula membebel. Dia tahu kos menukar tayar kereta itu bukanlah murah tetapi dia tidak minta pun semua ini berlaku.
"Pagi tadi ok je.. Tadi masa balik, Ecah tengok dah jadi macam ni. Ecah tak tahu macam mana boleh jadi macam ni..Maafkan Ecah ,bang..." Aisya seakan merayu. Saat itu juga dia mula teresak-esak di sisi suaminya. Pinggang Lufian juga dipaut erat, kerana dalam kekalutan seperti itu dia sudah tidak perduli jika tertangkap hubungan sebenar dengan lelaki itu lantaran rasa berdosa dan serba salahnya lebih kuat menerkam.
"Hissshh...macam-macam hal! Dahlah, i dah lambat dah ni. Nanti anak-anak tunggu lama! Jom!" Kerana panik melihat isterinya yang sudah menangis, Lufian terus menarik tangan halus itu berlalu.
"Habis tu, kereta kak Hanim macam mana? "Aisya masih membatu, tidak sedikitpun berganjak walau ditarik tubuhnya oleh Lufian.
"Nanti i suruh Firas aturkan. Dah, jom.."
"Pergi mana?"
"Aih..baliklah.. Ke you nak tidur sini?" Bentak Lufian sedikit keras. Geram hatinya melihat sikap 'bertarik tali' wanita nakal itu.
"Tapi..Ecah ada...."
"You nak i mengamuk sebab kesalahan you ni ke atau you nak ikut i balik dengan rela hati?? Pilih!" Lufian mengeraskan suaranya kerana mula bengang dengan kedegilan Aisya. Melihat keteganganan nada dan riak suaminya, Aisya laju menakur ke bawah. Tidak berani lagi menentang kegarangan Lufian.
"Ikut abang.." Jawab suara halus itu perlahan.
"Cepat!"
Aisya terus mempercepatkan gerakan kaki menuruti langkah suaminya. Jiwanya benar-benar dihurungi rasa serba salah saat ini. Wajah tegang Lufian sesekali dikerling. Sudahlah kereta itu dibawa lari tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu, sekarang ini tayar terpancitlah pula.
Masuk sahaja ke dalam kereta , Aisya terus memekakkan telinga dan mempamerkan koyakan bibir manis yang dibuat-buat kerana bebelan panjang berjela dari mulut suaminya begitu jelas menusuk . Jika tidak memikirkan semua permasalahan ini berpunca dari silapnya, sudah lama Aisya menjawab.
"Tu lah degil sangat! Selalu melawan cakap i. You ingat i suka-suka je ke nak atur hidup you? I ni lebih bijak dari youlah, Aisya. Lain kali telinga itu letak dekat-dekat dengan mulut i ni. Dahlah pagi tadi main lari macam tu je! Biadap sangat.."
Bla...Bla...Bla...!!
Dalam ketakutan, sempat juga Aisya bercurian mengherotkan bibir untuk mengajuk setiap percakapan Lufian yang begitu menyakitkan hatinya.
Siapa tidak sakit hati, dari hadapan bangunan tempat kerja mereka, pergi ke pusat jagaan harian anak-anaknya lalu sehinggalah ke hadapan rumah mereka, Lufian membebel tanpa henti. Sudahlah dengan bebelan merapu yang aneh-aneh, sampaikan topik babun yang tidak bersalah pun dia bangkitkan.
'Urgh..dasar Lufian!!'
******
AISYA menyusun pinggan yang baru habis dicuci di atas rak berdekatan dengan singki. Tangan basahnya dilapkan dengan sehelai kain. Lufian dan anak-anaknya sedari tadi sudah masuk ke kamar usai sahaja menikmati malam. Kerana rasa bersalahnya juga, dia menyanggupkan diri memasak menu permintaan Lufian walau hatinya memberontak sebal. Dia tahu lelaki itu mengada-ngada sahaja. Suka mengambil kesempatan. Dan lelaki itu juga sempat menitipkan 'pesan' kepadanya sebelum berlalu ke atas. Kegasangan lelaki itu memang sukar diperkatakan. Kemahuannya tanpa mengira hari!
Terkumat-kumit mulut wanita itu meleteri sikap Lufian sambil mengagahkan kaki menaiki lantai tingkat atas dengan hati yang sungguh terbeban.
Tergontai-gontai sahaja gerakannya lantaran terbelit dengan rasa gusar yang keterlaluan. Kerana tayar kereta tak guna yang mengempis empat-empat biji secara tiba-tiba itu, dia kini bakalan menjadi santapan terbesar suami miangnya pula.
("Esok i bagi ganjaran untuk you. You memang terbaiklah Firas!")
'Ganjaran??' Aisya membulatkan sepasang mata cantik miliknya. Telinga juga difokuskan untuk mendengar setiap barisan kalimat yang kedengaran penuh dengan misteri dari mulut lelaki itu.
("I saja je suruh you pancitkan tayar kereta tu. Tak apalah, bukannya mahal mana pun")
'Pancitkan tayar kereta? Sengaja??'
( "Adalah. Sebab i nak ajar bi..er..adik ipar i tu, siapa suruh dia buat hal dengan i. Degil sangat budak tu!")
"LUFIANN...........!!!!!!!!!!!!"
"Astaghfirullah hal azim..." Tanpa menunggu, Lufian terus mencampakkan Iphonenya ke atas katil namun malangnya boleh pula alat telekomunikasi tersebut terlantun lalu menyembam terus ke atas lantai. Lantas terlongolah mulut lelaki itu bersama serautan wajah kalutnya. Bukan kalut disebabkan kejatuhan Iphonenya melainkan berkalut dengan kemunculan Aisya yang tiba-tiba sahaja di situ. Sudahlah dengan membawa wajah bengisnya. Lufian termati kata sejenak. Entah menghilang ke mana keberanian seorang Lufian. Wajah suci yang penuh bersahaja tanpa dosa juga langsung lenyap bahkan berganti dengan riak gelisah dan ketakutan yang berbakul-bakul.
"Oooo...ni kerja you rupa-rupanya!! Mati-mati i ingat salah i! Apa niat you sebenarnya, Lufian??!" Lufian terkedu. Tiada lagi riak merendah diri pada wajah Aisya. Jika tadi wanita itu sungguh lembut dan sopan melayaninya sehingga lauk yang hendak dimakan pun diceduk oleh tangan Aisya untuknya. Jika tadi, dengan penuh kelunakkan nada, Aisya memanggilnya 'abang' namun kini dengan kasar wanita itu terusan melaungi namanya.
"Err..tak...abang..boleh explain. Abang...err...."
"Nak explain apa lagi?? Dah terang-terang ni kerja you dengan abang Firas kan??!" Ayat Ludian laju dikerat tanpa belas oleh jerkahan suara lantang Aisya. Turun naik nafasnya menahan hati yang teramat sakit.
"Aisya..dengar dulu...abang cuma..."
"Cuma apa? Cakap! Cuma apa?? Nak kena ni!" Lufian terus membuka langkah seperti polong kena sembur tatkala melihat gerakan larian Aisya yang sudah menerpa ke arahnya.
"Stop! Jangan lari!! Masak you i kerjakan nanti, Lufian!!" Aisya separuh menjerit ketika melihat suaminya semakin laju membawa diri mengelilingi bulatan sofa di dalam kamar beradu lelaki nakal itu.
"Abang explain...Dengar dulu! Janganlah macam ni...Aisya...Aisya....!"Lufian yang sudah tersungkur di atas lantai terus menjerit saat tubuhnya ditindih kasar oleh harimau betina yang berwajah bengis itu bersama bisa jari jemari ketamnya yang begitu menyakitkan.
"Nii....rasakan ni. Padan muka you! Berani kenakan i lagi! Benci!!" Aisya terus bangkit setelah merasa puas mengetam kulit perut suaminya. Biar 'hantu raya ' itu lebih serik dan cepat bertaubat.
"Aargghh...sakit...tolong.. Ecah sayang...tolong abang..." Dalam sakit menahan cubitan, Lufian sempat meledakkan tawa nakalnya. Entah mengapa hatinya sungguh terhibur melihat kebengisan Aisya.
"Benci!"
Bummmm.... !!.
Lufian yang tadinya asyik tergelak mengekeh terus terhinjut bahu saat daun pintu kamarnya dihempas kuat dari luar. Walau kulit perut yang diketam oleh Aisya itu terasa sakit memedih, namun bibirnya tetap menguntum senyum bahagia. Dengan koyakan bibir manis, Lufian terus membiarkan tubuhnya terbaring di atas lantai, kakinya juga saling bersilangan dan dengan posisi seperti itu jugalah dia mula melayan perasaannya.
'Ecah...Ecah..geram abang!'
****
"PERGI mana??" Lufian tanpa rasa segan silu langsung menceroboh masuk ke dalam bilik tidur Aisya. Terbuntang luas matanya saat melihat penampilan indah wanita itu. Saat itu juga dia merasa menyesal kerana telah memasal dengan isterinya. Baru tadi dia kefikiran mahu 'menuntut' namun harapan dan angan-angan hanya tinggal debuan saat dia tertangkap dan ketahuan berbuat pasal di belakang wanita cantik tersebut.
"Keluar.." Aisya hanya menjawab sepatah tanpa mahu beralih wajah sedikitpun dari arah cermin besar itu.
"N0! I tak benarkan!"Aisya hanya tersenyum sinis saat bentakan berbaur amaran keras dari mulut suaminya kedengaran melewati cuping telinganya.
"Dan i tak perduli!" Aisya tidak akan berganjak dari pendiriannya. Lelaki nakal seperti Lufian harus diberi pengajaran!
"You jangan sampai i ikat you, Aisya!" Lufian yang mula tercabar terus melantunkan peringatan terakhir kepada isterinya. Kekerasan kepala wanita itu benar-benar menjentik kesabarannya.
"Ada i kisah??"
"Ok..ok... Abang minta maaf..." Akhirnya Lufian mengalah. Nadanya direndahkan , riaknya juga diredupkan denga harapan agar hati keras isterinya mampu dilembutkan.
"Abang minta maaf. Boleh blahlah dengan maaf you tu!" Aisya tersenyum sinis. Dengan selamba sahaja kata-kata suaminya diajuk.
Lufian terusan mengeluh lagi. Kian huru-hara jiwanya tika melihat Aisya dengan riak yang bangga mewarnakan bibir dengan rona yang begitu kemerahan. Dia tidak rela jika bibir kegemarannya itu menjadi tatapan mata lelaki lain di luar sana!
'Over sangat! Argh!'
" Boleh tak jangan degil sangat??" Hambur Lufian lantang sambil menapak merapati isterinya.
"Tak boleh!"
"Ok. Kalau you nak tengok wayang, kita pergi sekali.."Lufian terus merentap lembut lengan kecil Aisya. Tangan halus yang sedang memegang gincu itu, ditarik mendekat dan alat solek itu terus dirampas dan dengan tampang yang bersahaja juga objek itu langsung dilemparkan ke dalam tong sampah.
"Buanglah! Buang je semua ni. Bukan i beli dengan duit i pun. I beli dengan duit 'abang' tahu tak. Bagus juga you buang, nanti i claim duit dengan you lepas i beli produk yang mahal-mahal...Bestnya..." Aisya menayangkan roman kejahatan.
"Okay..okay... Aisya beli je apa yang Aisya nak beli tapi dengan syarat jangan keluar. Tapi kalau Aisya nak keluar tengok wayang sangat, kita pergi sama...Abang ikut..!" Aisya meluaskan tatapan tajamannya saat mendengar usulan kata dari mulut suaminya.
"NO..! Tak nak! Ewww...i keluar dengan kawan-kawan i. Lagipun anak-anak i siapa nak jaga nanti?"
"Kita hantar rumah babah dan ummi.."
"Tak boleh! I nak spend time dengan kawan-kawan i je. Muda-muda semua. You tak layak masuk team kitaorang" Lufian mendengus kasar. Kata-kata Aisya benar-benar menyakitkan hati.
"Tua sangat ke muka i?"
"Muka you tak tua tapi umur you yang tua. Tak sesuai nak join kitaorang. Dah i nak jalan ...." Lufian mengerutkan dahinya saat melihat tadahan tangan wanita itu terhala ke arahnya.
'Takkan nak duit lagi? Baru pagi tadi dia memindahkan duit nafkah ke akaun isterinya. Melebih dah perempuan cantik ni..!'
"Nak duit lagi? Berapa??" Soal Lufian dengan riak sebalnya.
"Bukan nak duit tapi nak tangan...Nak salam suami." Aisya menayangkan senyuman manis. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki nakal itu.
'Ingatkan hebat sangat! Elleh..dia sendiri pun cemburu juga..!'
"Bagitahu dulu tempat yang you semua nak pergi tu!" Aisya menarik muka masam saat Lufian dengan sesuka hati sahaja mencium pipinya berkali-kali.
"GSC Sunway. Kenapa??"
"Saja..Kalaulah you tak balik, senang i mencari, pergilah...i benarkan.." Aisya terus berlalu walau sedikit aneh dengan 'kebaikan' Lufian yang tiba-tiba itu.
"Senang abang menyusul nanti..." Diam -diam Lufian menyungging senyum yang penuh dengan makna. Dia tidak akan membiarkan wanita cantik itu keluar rumah tanpanya. Sudahlah dengan penampilan yang begitu memukau hati.
************
"ECAH......!! Aku tak sangka you datang juga akhirnya.!"Fila terus melompat senang tatkala melihat kemunculan sahabat kesayangannya di situ. Tadinya, Fila begitu terkejut ketika menerima panggilan dari Aisya yang mengatakan dia akan menyertai mereka pada malam itu.
"Aku terlepas ... Bestnya..." Dengan rasa tidak malu, Aisya sudah bergoyang tubuh di hadapan Fila dan Yaya tanpa memperdulikan mata -mata di sekitar itu.
"Abang ipar kau tak marah?"
"Aku lawan..."Ujar Aisya sambil menayang wajah kemenangan. Nasib baiklah kenakalan 'abang iparnya' terungkai tadi, dapatlah juga Aisya bersuka ria malam itu. Jika tidak, pasti dia sekarang sedang menjadi mangsa kemiangan lelaki tersebut.
"Wowww....bestnya..! Tahniah..!" Fila bertepuk tangan.
"Hai Yaya...lamanya tak jumpa kau .Rindu!!" Aisya dan Yaya langsung berpelukan. Selain Fila, Sylvia juga merupakan sahabat baiknya. Cumanya Sylvia jarang sekali keluar bersama mereka kerana sekarang ini Sylvia sedang sibuk membantu orang tuanya mengusahakan restoren mereka yang baru dibuka dua bulan lepas.
"Aku pun rindu.. Makin tembam pipi kau ni Cah..Geram aku tengok!!" Aisya memuncungkan bibir apabila Yaya dengan selamba sahaja mencubit kedua belah pipinya seperti yang dilakukan wanita itu selalu.
"Kau kata aku gemuk??
"Mana da...aku kata pipi kau, bukan badan kau. Body you slim apa, cuma pipi kau ni je...tembam!" Ujar Yaya sambil mengulum senyum geram. Kalaulah Aisya itu budak kecil, sudah lama wajah comel itu digomol rakus.
"So, kita nak tengok cerita apa?"
"Cerita hantu..."Yaya menjawab sambil memperlihatkan wajah menakutkannya. Dia tahu Aisya sejenis yang penakut.
"Eeee..takde cita lain ke??" Aisya menyoal dengan riak sebal.
"Kau takut ek??"
"Tak!! Mana ada takut! Ok..kita tengok cita hantu..Tapi sebelum tu..i nak pergi toilet jap. Korang nak ikut?" Aisya laju mengalih topik saat menyedari kenakalan Fila yang sudah mahu mengusiknya.
"Tak nak. Kau pergilah, kami tunggu kat sini..."Ujar Yaya bersama senyuman manis terukir di bibir.
Aisya mengangguk sambil mula menyusun langkah memasuki tandas yang kelihatan sedikit suram dengan kemalapan lampunya yang berwarna senja.
' Apasallah tandas ni gelap semacam?Ee...seram aku?'
Sudahlah hanya ada Aisya seorang.
Selesai mencuci tangan, Aisya terus mempercepatkan langkahannya keluar dari situ. Boleh pula kepala otaknya melukis gambaran pontianak, hantu jembalang dan pocong pada detik-detik genting seperti itu. Kerana rasa ketakutan, Aisya terus memejamkan mata seketika sedang kakinya laju berjalan.
Bubbbbb..!
Bayang hantu raya kian jelas tergambar saat tubuhnya menabrak tubuh seseorang. Tetapi wangian itu....Dan Aisya bertambah terkejut saat ada tangan yang menyentuhi pinggang rampingnya.
'Wanginya bau hantu raya ni..tapi...bau ni macam aku kenallah. Dan..cara dia pegang...' Aisya laju membuka mata.
"You?? Buat apa kat sini??" Aisya yang sungguh terkejut dengan kemunculan Lufian terus menyoal. Lelaki tua itu kelihatan begitu macho dan kacak mengenakan jaket kulit hitam pada tubuh sasanya membuatkan Aisya terpegun tanpa kata seketika.
'Hensemnya abang...'
"Nak tengok wayang..."Dengan riak dan nada yang bersahaja Lufian menjawab yakin.
"Dengan siapa??"Aisya menyoal lagi. Bimbang jika ada wanita lain yang terheret sama oleh lelaki nakal itu. Rasa tidak senang hati pula dia melihat penampilan suaminya malam itu.
'Urgh..sengaja!'
"Seorang. I ajak bini i tapi dia tak nak!" Ujar Lufian selamba sambil membetulkan jaket pada tubuhnya. Dia sedar tatapan tidak teralih pandangan mata cantik Aisya melekat mati pada wajah dan tubuhnya. Bahkan tangannya juga sedang digenggam kemas dan erat oleh wanita itu.
'Padan muka, tadi bukan main kata abang tua!'
"Cakap janganlah kuat-kuat! Kang terdengar orang pula! Apasal you pakai macam......"
"Cah..Cepatlah!"Aisya terus melepaskan tangan Lufian dan laju menoleh saat ada suara lantang yang melaung namanya.
"I masuk dulu! Jangan sampai orang tahu pasal kita. Kalau tak siap you!" Lufian hanya ketawa sinis mendengar amaran isterinya. Dia tahu Aisya sedang dalam kegelisahan. Cemburu tetapi enggan mengaku. Dan dengan selamba sahaja, dia menuruti langkah kaki Aisya ,namun sedikit berjarak jauh.
"Siapa tu Cah? Kau kenal ke? Kau cakap apa dengan dia?" Fila laju menyoal sambil melirik-lirik ke arah seorang lelaki tampan yang berdiri tidak jauh dari posisi mereka.
"Tak.. aku tak kenal pun orang tu.
Aku tegur pun nak minta maaf je sebab aku terlanggar dia tadi." Aisya menjawab dengan yakin. Geram hatinya melihat Lufian mengambil tempat berdiri yang hanya berjarak beberapa meter sahaja.
Dia tahu lelaki itu memang sengaja!
"Ye ke?Tapi kami nampak kau pegang dia. Macam suami isteri!" Yaya terus menerkam disusuli dengan gelak tawa dua wanita itu. Hanya Aisya yang mengerutu wajah dengan rasa yang sungguh tidak senang.
"Ishh..takkanlah aku nak kahwin dengan pak cik tu?! Buat lawakla korang ni..."Aisya juga masih menyangkal. Sengaja dia memperkuatkan suaranya biar didengar jelas oleh Lufian.
"Pak cik?? Tak macam pak cik pun. Hensemnya dia Cah..Kau ada tanya nama dia tadi tak?" Fila menayang wajah miang dihiasai dengan tawa gedik Yaya. Membulat penuh terus bukaan mata Aisya.
'Hensem??'
"Tak..dahlah! Jom! Gatallah korang ni!"
"Issh..kejaplah.. Aku nak pergi tanya nama dia dulu..."
"Fila...Fila! Eeee...gatallah dia ni!" Aisya terus mengejar Fila yang sudahpun bergerak mendekati Lufian. Sakit hatinya melihat kesungguhan sahabatnya itu.
"Hai abang...seorang ke?" Dengan nada lunak, Fila terus menyapa dan kesempatan itu tidak akan Lufian sia-siakan untuk mengenakan isteri nakalnya yang sedang giat berjual mahal.
"Hai.. A'aah..seorang je.."Ujar Lufian penuh kelelakian ditambah pula dengan senyuman kacaknya.
"Girlfriend? Wife? Err...tak ikut?" Meliuk-liuk tubuh Fila terusan menyoal.
"I tak kahwin lagi. Duda..."
'DUDA?! TAK GUNA PUNYA LAKI!'
"Jomlah Fila....!"Aisya terus merentap kasar tangan halus Fila. Sakit hatinya melihat kegedikkan wanita itu dan Lufian pula melayan sahaja. Tak sedar diri langsung!
"Hisssh...kejaplah! Err....abang nak join kitaorang tak??" Lufian tersenyum lebar saat ditawarkan dengan peluang yang begitu ditunggu-tunggu. Renungan membunuh Aisya langsung tidak diendahkan.
"Eh, boleh ke??"
"Filaa!!" Aisya terus membentak geram. Ikutkan mahu sahaja dia menarik telinga dua-dua manusia itu. Yang seorang gedik, yang seorang lagi tua tak sedar diri!
"Apa?? Bisinglah...ehhhe..abang..Jomlah "
"Kawan you tak suka i, maaflah..."Lufian berpura-pura menayang wajah sedih. Sengaja dia mahu berangkat kaki dari situ.
"Tak..dia ok je..Jom.."Aisya mengetap gigi dan kesabarannya benar-benar sudah memuncak tika melihat Fila dengan selamba dan tampang tidak bersalah menarik tangan suaminya dan.....lelaki gatal itu hanya merelakan sahaja!
'Eeeee...kau pegang tangan laki aku!'
"Fila!!! Jangan pegang dia boleh tak!" Aisya terus membentak sambil meleraikan sentuhan tangan Fila terhadap suaminya dengan kasar. Sempat juga menyinggahkan tumbukannya pada dada Lufian dan tangan suaminya yang sudah digenggam terus disorok ketat ke belakang tubuhnya.
"Apasal kau ni, Cah?!" Fila yang mula bengang terus menyoal. Sakit hatinya melihat sikap aneh Aisya yang hendak mengamuk tiba-tiba itu.
"Orang yang kau pegang ni sebenarnya....argghh.......su..!!"
ns216.73.217.15da2


