"........suami kakak aku. Dia abang ipar aku!" Fila dan Yaya ternganga mulut saat mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut sahabat mereka itu. Sementara Lufian pula hanya menyungging senyuman nipis kerana dia sudah mengagak memang jawapan seperti itu yang akan dilontarkan oleh isterinya. Masih tak nak mengaku tapi cemburu habis! Ecah..Ecah..!
"Hahhhh?? Abang ipar kau?? Hensem macam ni abang ipar kau? Bukan kau kata abang ipar kau tu tua ke? Lepas tu kau kata abang ipar kau jahat? Tapi yang ni segak sangat, baik pulak tu! "Aisya mencerlungkan matanya seakan tidak percaya dengan 'kejujuran' Fila berkata-kata. Sudahlah di depan suaminya pula. 'Tak guna kau Fila!'
Aisya sempat mengetap bibir kegugupan saat terpandang kerutan wajah Lufian yang sedang merenung tajam ke arahnya.
"Fila!!!!"
"Opppss...sorry...." Fila tersengih serba salah saat menyedari ketelanjuran bicaranya sebentar tadi sementara Lufian sudah melopong saat mendengar barisan kata-kata yang terluah dari mulut Fila.
"Ecah mengumpat abang kat kawan-kawan Ecah?" Kerana kegeraman juga, Lufian terus meloloskan tangannya dari genggaman Aisya dan dengan selamba pula dia menadahkan tangannya ke arah Fila. Biar isterinya itu merasa kapok.
'Berani sangat mengumpat suami! Macam biadab je perangai macam tu!'
"Hishhh...lepas..lepas! You err...abang ..ikut Ecah!!"Bentak Aisya kuat lalu memukul berkali-kali tangan Lufian kerana dia ingin mencuba memisahkan sentuhan dua tangan manusia itu daripada bersatu.
"Laaa....kenapa pulak? Biarlah dia nak duduk dengan aku nanti!" Fila tetap berusaha menarik lengan 'si duda' kacak yang begitu mencuri hatinya, namun sikap Aisya yang meroyan tidak tentu pasal itu benar-benar menyakitkan hati.
"Tak boleh! " Aisya masih menegah keras. Sakit hatinya melihat Lufian yang hanya diam menampilkan sebuah wajah suci seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Tak apalah Cah..Biar abang duduk dengan kawan Ecah ni je.."
"Argghh.. jahat!! Benci korang semua!!" Bengang dipermainkan oleh manusia-manusia di situ, Aisya terus berlalu membawa seribu satu muka masamnya. Laungan lantang Lufian yang berkali-kali merempuh deria pendengaranya diabaikan sahaja. Dia tahu lelaki itu sedang mengejar pergerakannya.
'Tahu takut ..padan muka abang. Gatal!'
********
"UMMI..." Aisya menunduk diri untuk menyalami ibu mertuanya. Lufian yang sejak dari tadi memeluk erat pinggang rampingnya sesekali dijeling dengan riak menyampah. Dia tahu lelaki itu memang sengaja menunjukkan kemesraan mereka kerana ingin mengambil kesempatan terhadap setiap inci tubuhnya. Semenjak diberi cahaya lampu hijau, perangai gatal Lufian semakin menjadi-jadi saban hari sampaikan naik bertingkat-tingkat rasa sakit hati Aisya terhadap sikap suami tuanya itu. Jika disua dengan peluang, Lufian tidak akan mensia-siakan kesempatan itu untuk menyentuhi Aisya biarpun sedikit.
"Babah dah tidur ke mi?" Soal Lufian dengan tenang sambil melangkah ke ruang tamu. Pautan pada bahu Aisya langsung tidak beralih malah semakin dieratkan. Renungan tajam Aisya pula langsung tidak diendahkan ,bahkan cubitan pedas Aisya yang sedang memeluk pinggangnya juga ditahan sahaja walau kulit terasa perih menahan rasa. Kedatangan mereka ke situ kerana ingin menjemput anak-anak yang ditinggalkannya tadi. Walaupun begitu terkejut dengan kemunculan Lufian bersama anak-anak sebentar tadi, kedua-dua orang tua Lufian itu sangat gembira dengan kejutan yang diterima. Terubat juga rasa rindu mereka pada cucu-cucu tersayang.
"Ada...dalam bilik temankan budak-budak tu..." Puan Sri Malika menjawab bersama senyuman senang. Berbunga mekar hati wanita tua itu melihat kemesraan anak dan menantu kesayangannya. Hanya Aisya sahaja yang terlihat sedikit kurang selesa, barangkali malu.
"Mya dan Aliff mana mi? Senyap je..."Giliran Aisya bersuara. Dia sebenarnya sedang menebalkan muka kerana merasa segan dipeluk di hadapan mertuanya. Sikap Lufian benar-benar sudah keterlaluan. Tak boleh ke tangan tu diturunkan sekejap?? Melampau sangat!
"Dah tidur. Dalam bilik ummi. Korang pun tidur sini je lah malam ni. Ummi dengan babah rindulah nak tidur sama dengan budak-budak tu..." Kata-kata dari bibir Puan Sri Malika langsung membuatkan
Aisya mencerlungkan bebola matanya meluas, perasaannya langsung dilanda rasa kegelisahan tika membayangkan diri bakalan beradu sekamar dengan si tua miang itu nanti.
"Tapi ummi...."
"Ala....taknak la bertapi-tapi. Bukan selalu pun... Bagilah peluang dengan baba dan ummi bermanja dengan cucu-cucu kami..." Puan Sri Malika mula memasang wajah sayunya, berharap agar riaknya mampu memujuk menantu kesayangannya itu.
"Boleh kan sayang? Kesian babah dengan ummi..." Lufian turut memujuk, sambil menongkatkan wajahnya pada bahu Aisya. Dalam hatinya sedang ligat bersorak keriangan dengan usulan umminya. Aisya bercurian mengeluh. Tak sudah-sudah hatinya memaki tindakan lelaki yang tidak tahu malu itu. Sudahlah beronar di hadapan Ummi.
'Memang muka dia ni sejenis yang tebal agaknya!'
"Err...bolehlah ummi..." Puan Sri Malika terus tersenyum senang apabila pujukan mereka akhirnya berjaya juga. Dia terus bangkit dari tempat duduknya ,untuk menuju ke dalam bilik. Tidak sabar rasanya ingin memeluk cucu-cucu kesayangan.
"Dahlah.. Kita pun naiklah Cah..Lewat dah ni. Mengantuk pulak abang..Jom sayang.." Lufian terus menarik tangan Aisya agar ikutan bangkit. Puan Sri Malika ikut tersenyum senang ketika melihat kemesraan yang diperlihatkan oleh anak dan menantunya. Dia yakin saat ini anak sulungnya itu sudahpun menemui kebahagian yang sudah lama hilang dahulu. Tidak menyesal dia berlakon dan mengesa pasangan itu untuk berkahwin lapan bulan lepas.
"Gatal!" Hambur Aisya dengan perasaan geram sambil menolak kasar pautan tangan Lufian pada bahunya sebaik sahaja mereka menapak di dalam kamar tidur Lufian.
"Apa?? Suka hati i lah! I mengaku memang i gatal.." Balas Lufian dengan riak sinis. Semakin terhibur hati si nakal itu melihat kegarangan Aisya.
"You ni memang tak tahu malu kan? Depan ummi bukan main lagi bersayang bagai, tapi belakang ummi you tak habis-habis sakitkan hati i! Dahla tadi bukan main lagi you biarkan Fila tu pegang-pegang you kan? Orang tua macam you ni memang tak sedar diri kan? Kenapa you pandai-pandai keluar rumah tak bagi tahu i? Dahlah segak semacam! You ingat perempuan kat luar tu tergoda dengan you ke? You ingat..........Lufian! You nak kemana? You dengar tak i cakap apa??" Aisya menengking saat melihat Lufian dengan wajah tidak kisah berlalu masuk ke dalam bilik air.
"Cakap je.. sambil-sambil i tukar baju ni. I dengar ..cakap je, jangan berhenti..cakap sampai esok pun i sanggup dengar.." Aisya yang sedang berdiri di depan pintu kamar mandi itu langsung menjongket kening apabila mendengar kata perlian suaminya namun untuk ketika itu, dia tidak perduli kerana ada yang lebih penting untuk diperbahaskan saat itu.
"Dengar tahu.. Buka telinga you tu luas-luas... You sukalah kan perempuan-perempuan kat luar tu ramai yang minat kat you?! You ni kan..ishh..geram i tahu tak! You lupa ke you tu dah kahwin? Dah ada anak...Haaa...satu lagi! Yang you pandai-pandai pergi cakap dengan mereka yang you tu DUDA apasal hah?? You memang nak i mati cepat ke?? Kalau dah tua, buatlah perangai dah tua.! Tak payah mengada-ngada sangat!"
"Iish..tak nak lah cakap pasal mati-mati ni.."Lufian yang baru keluar dari dalam kamar mandi terus mencelah bersama kerutan wajahnya namun celahan katanya dikerat dengan laju juga oleh amaran keras Aisya.
"Diam! Orang lain umur you dah ada sepuluh anak tahu tak! You je yang tak sedar diri! Berperangai macam orang muda!" Aisya membentak sambil terus mengekori pergerakan kaki Lufian.
"Aih....You ni..."
"I suruh you diam tadi kan? Diam! Diam! You dengar apa yang i nak cakap dulu! ... You dengar sini Lufian, lain kali kalau you berani buat hal lagi, i tak akan teragak-agak untuk belasah you. You jangan cabar i! Faham tak?!" Aisya yang sudah kelelahan mengucap kata terus berhempas punggung pada birai katil sambil kedua-dua tangan disilangkan ke dada. Renungan tajamnya juga terpanah tepat ke muka Lufian yang tidak tahu malu membuka baju di hadapannya. Tadi kata hendak menukar baju, tapi ni membuka bajulah pulak! Memang sah dia ni sejenis yang berkulit muka tebal! Dia ingat orang tergoda sangat dengan badan sasa dia tu!
"Dah? Habis dah membebel?? Apa tadi? Sepuluh anak you kata??" Aisya langsung terkedu saat baru menyedari ayat bebelannya tadi umpama mengali kubur sendiri. Dan rasa gugupnya kian bercambah tatkala melihat susuk Lufian yang semakin dekat merapati posisi duduknya bersama serautan riak miang pada wajah. Aisya laju bangkit dari pendudukannya lantaran ingin menyelamatkan diri daripada serangan seekor buaya yang ketandusan kasih sayang .
"Sekarang you bagi peluang i membebel lagi, bukan dengan suara tapi dengan........"
"Lufian! Lepaslah! You ni dah gila agaknya! Abang, lepaslah!! argghh...." Aisya terus menjerit kuat saat tubuhnya diangkat dan dilantun terus ke atas katil tanpa amaran. Terkumat-kumit mulutnya memarahi tindakan suaminya. Namun Lufian pula langsung tidak memperdulikan bentakan isterinya, bahkan semakin asyik dia mengerjakan tubuh Aisya terhias dengan gelak tawa nakalnya dan senakal itu juga senyumannya terkoyak saat melihat tindak balas Aisya.
'Tadi kata tak nak, tapi direspon baik juga.....Ecah..Ecah...!'
*****
"TAK NAK jalan sekali ke? Sombongnya....."Lufian menyempatkan usikan nakal kepada Aisya yang bertekad sungguh mahu pergi ke pejabat menggunakan perkhidmatan Grab, dengan alasan bimbang jika rahsia mereka terbongkar. Pagi tadi, pasangan suami isteri itu terpaksa bangun seawal jam enam pagi untuk pulang ke rumah mereka sendiri kerana barangan kerja mereka semua ada di situ sementara anak-anak ditinggalkan sahaja di bawah jagaan Puan Sri Malika dan Tan Sri Zaril atas permintaan kedua-dua orang tuanya.
" You ni dah tak reti bahasa ke?? I dah cakap yang naik Grab kan? Kalau nak ikut you, alamatnya tak masuk kerjalah kita berdua nanti. Perangai miang you tu bukan boleh bawa bincang pun!" Bentak Aisya kegeraman. Sesekali jarum jam tangan yang sudahpun memanah ke arah angka sembilan di kerling berkali-kali. Jangan ditanya mengapa mereka berdua kelewatan pagi itu. Semuanya sudah tentu disebabkan kebuayaan Lufian yang tidak lelah-lelah mahu mengawan. Semuanya berpunca dengan 'kebiadapan' Lufian menceroboh kamar mandi Aiysa pagi tadi. Mentang-mentang hanya ada mereka berdua sahaja di rumah. Kegasangan lelaki itu benar-benar sudah berada pada tahap kritikal agaknya dan kerana tergoda dengan aura dan pujuk rayu lelaki itu juga, Aisya akhirnya tertewas dengan rela tanpa dipaksa.
"Elleh..tak payah merungut sangat. You suka juga kan? I minta sikit je, you yang bagi lebih. "
"You jangan nak memandai-mandai ek. Ada kasut ni terbang atas muka you tu nanti! You yang paksa i!"
"I raba sikit je, you yang........hujan dulu..."
"Isshhh..Tak senonoh!!. Dahlah, tak ada masa i nak melayan sikap gatal you ni! I nak jalan!" Aisya terus berlalu bersama wajah bengangnya. Sikap galak Lufian benar-benar menyakitkan hati!
"Eh...pergi macam tu je? Salamlah dulu..." Lufian memasang kerutan wajah saat melihat Aisya hanya selamba sahaja melintasinya.
"Tak nak!!!" Aisya membentak kuat. Kali ini dia tidak akan mahu menunduk kepada lelaki nakal itu.
'Perdulikanlah kalau dia nak kata aku ni biadap ke apa ke...!'
"AISYA! "
Aisya terus memalingkan tubuhnya semula kerana terkecut perut dengan panggilan keras suaminya. Dengan wajah penuh kecemberutan, tangan Lufian terus ditarik dan dicium penuh 'hormat'.
"Hati-hati. Jangan nakal!" Aisya mendengus geram saat dihadiahkan kucupan hangat kepadanya seperti biasa namun kali ini bukan pada pipi atau dahi melainkan tepat pada bibirnya yang terwarna terang dengan rona kemerahan.
"You ni memang tak tahu malu kan? Suka hati je!!"Aisya terus menghamburkan rasa geramnya namun sekali lagi bibirnya menjadi mangsa pagutan lelaki itu.
"Kalau i malu, i juga yang merana! Terima kasih Ecah sayang, sebab...sudi layan abang.. Abang berpuas hati sangat!" Ungkap Lufian bersama serautan riak nakal terlakar pada wajah, dan tawanya terus terlontar nyaring saat melihat isterinya sudah berhentak kaki berlalu pergi.
'Malulah tu!'
***********
"LUF...!" Lufian yang sedang leka menghadap komputer terus mendongak muka. Riak yang tadinya tegang dan tertekan dengan pekerjaan, spontan terlorek manis.
"Woi, Kevin?! Bila you balik Malaysia?" Lufian terus berdiri lalu berjalan mendekati susuk Kevin. Dua sahabat itu langsung berpelukan erat.
"Minggu lepas. I kebetulan lalu tempat you ni, tu yang i singgah. I menganggu ke??" Soal seorang pemuda yang tak alah juga tampannya itu. Putih melepak kulitnya sehingga menampakkan urat-urat biru yang bersambung pada tubuh.
"Duduk Vin. Tak... tak ganggu pun. I cuma terkejut je. Ye laa, dulu you yang tiba-tiba je menghilang, sekarang ni muncul balik pula." Bebel Lufian sambil ikut melabuhkan punggung.
"Laa... i bukan menghilang, tapi i kena pergi untuk tengokkan mama i kat London tu. You tahulah, semenjak mama dengan arwah papa bercerai, kesihatan mama jadi terganggu sikit.." Lufian terangguk-angguk simpati saat mendengar luahan hati Kevin yang mula bermendung wajah. Dia pernah mendengar cerita kehidupan tentang Kevin, tetapi siapa orang tua lelaki itu dia tidak pernah kenal. Apa yang dia tahu, keluarga Kevin memang bermasalah.
"So, mama you macam mana sekarang? Siapa yang tengokkan dia kat sana? "
" Mama dah okay sikit dah. I dah bawa mama balik sini dah. Dia ada kat rumah tu. Maid i yang tengokkan. Lagipun, kami balik Malaysia ni pun sebab ada hal. "
" Hal? Macam berat je bunyi tu Vin?" Kevin sempat mengeluh sebelum mengukir senyuman hambar terhadap lelaki segak di hadapannya. Penampilan sahabatnya itu langsung tidak berubah walau sudah hampir setahun mereka tidak bersua.
" Lebih berat dari apa yang you fikir, Luf. Mama i minta...i carikan adik i yang hilang berpuluhan tahun lepas." Kevin terus menyatakan kekhuatiran rasa yang sudah lama tertanam subur. Kepada siapa dia mahu meluah jika tidak kepada Lufian.
"Adik you hilang?? Macam mana boleh hilang?? I tak tahu pun you ada adik, Vin?"Lufian terus menyoal bertalu-talu.
" Panjang sangat ceritanya, Luf. I pun terkejut sangat bila mama i bagitahu semua tu. I betul-betul tak sangka yang i ada adik. Bukan senang nak mencari orang yang dah hilang selama tu, Luf. Berpuluh tahun mama i pendam rasa sakit hati dia seorang diri, i betul-betul tak sangka papa sanggup buat mama sampai macam tu sekali! Hanya ....arwah papa yang tahu semua rahsia tu Luf."
"Sabar Vin..Berat sangat dugaan yang you lalui. Kesian mama you. I janji, i akan tolong you semampu yang dapat..." Lufian ikut tersentuh ketika melihat sahabatnya sedang menyeka air mata sendiri.
"Thanks Luf.. You apa khabar? I tengok makin berisi je. You tak terfikir nak cari mama baru ke untuk anak-anak you tu?" Kevin terus mengantikan suasana air mata tadi dengan pertanyaan yang sedikit berbaur usikan. Dan dia terus ketawa saat melihat Lufian sudah mula menarik wajah masam.
"You ni..muncul-muncul je tanya benda tu. Yang you tu pula, bila?? Sekurang-kurangnya i pernah kahwin. You tu masih teruna lagi tau..Kita ni seumur je Vin, ke nak tunggu umur you masuk 50 baru nak terbuka hati tu...?" Lufian terus mengomel panjang. Geram pula hatinya melihat sikap tidak sedar diri Kevin. Namun dengan selamba sahaja, Kevin menghamburkan tawanya .
"I...errr...tunggulah..belum sampai seru..Jodoh i masih sesat. Harap i bertemu jodoh sebelum 45 tahun lah. Eh ,luf, you free tak? I nak ajak you keluar minum. Tu pun kalau you..tak sibuk lah..."
"Boleh. I pun taklah sibuk sangat. Jomlah..i belanja.."
"Haa...tu yang i suka..! Jom Luf..."Dua lelaki itu terus bangkit dan berjalan beriringan ke luar. Sesekali kedengaran tawa riang bergema menghiasai setiap langkahan bergaya mereka.
" Eh Luf ..i pinjam toilet kejap, you tunggu i dulu.." Kevin tersengih sambil mengaru kepala saat merasa tandas sedang melaung-laung ke arahnya.
"Pergilah. You jalan lurus je, lepas tu belok kiri.". Lufian mengangguk sambil berlalu menuju ke arah sofa di luar ruangannya.
****
"SYA... Betul ke you tak nak ikut kitaorang? Tak lapar ke? Lewat dah ni you tahu tak? Nanti you makin sakit..." Hannah memujuk lagi untuk ke sekian kali. Kedegilan Aisya benar-benar mengusik kesabarannya.
"Tak nak.. I belum lapar lagi. Nanti kalau i lapar, i keluar je lah..!" Aisya menjawab malas. Sikap tidak faham bahasa ahli-ahli team 'Cantiks' itu benar-benar membuatkan hatinya bertambah geram.
"Ke you ada date dengan 'abang Firas'?" Aisya menajamkan tatapannya saat mendengat tawa nakal tiga manusia gedik itu yang sedang asyik mengusiknya.
"Hisshh..mana ada! I dengan dia tak ada apa-apalah... Adik dia tu, kawan baik i.Sebab tu lah i panggil dia abang..Puas hati korang?!"
"Laaa...kacau sikit dah marah.." Maira laju mengusapi belakang Aisya yang sedang berbaring wajah di atas meja kerjanya.
"Bukan marah, geram je dengan korang.. Menuduh tak tentu pasal. Happylah korang kan, bolehlah korang masuk mengurat dia nanti..." Aisya menjawab sinis. Sakit hatinya setiap kali 'disatukan' dengan Firas. Kang terdengar pula oleh Lufian, bertukar menjadi babunlah Firas dibuatnya.
"Kalau Tuan Firas, bagi kat mereka ni je. I dah tempah Abang Lufian....Kan dik? Akak keluar dulu ye dik..Adik akak nak pesan apa-apa tak?" Hannah laju bersuara terlengkap dengan liukan tubuhnya.
"Tak payah! Hee..sakit hati i tengok korang ni! Pergilah!" Aisya yang sudah ketipisan rasa sabar terus menghalau. Namun, tidak sedikit pun ahli-ahli cantik itu berkecil hati, malah menjadi-jadi pula gelak tawa mereka bergaung merdu sambil berlalu pergi.
Aisya bangkit dari tempat duduknya sebaik sahaja ahli-ahli team 'cantiks' itu menghilang. Tengkuknya yang terasa lenguh sesekali diurut. Sesekali dada yang terasa penuh ditekap. Sudah hampir tiga kali dia berulang alik pergi ke tandas untuk memuntahkan isi perutnya namun hanya angin kosong yang keluar. Seperti inilah yang akan dirasainya jika hendak datang bulan. Saat ini, dia hanya mahu berbaring namun mustahil kerana dia sedang berada di tempat kerja.
Sambil memegang kepala yang terasa memberat, Aisya berjalan lemah menuju ke arah pantry, tekak yang sedari tadi memuntah kosong terasa kering minta dibasahi. Setiap langkahnya terhayun lemah sambil berpaut tangan pada muka dinding namun dikuatkan juga hentakan kakinya agar menyembam pada permukaan lantai. Namun langkah yang lemah tadi langsung termati saat lengannya di rentap dengan kuat oleh tangan seseorang dari belakang lalu membuatkan Aisya laju memaling wajah.
"ECAH.....:
"Kau? Buat apa kat sini? " Keras suara Aisya menyoal saat sekeping wajah yang begitu dibenci tiba-tiba datang menyapa. Pertama kali memandang lelaki itu beberapa tahun lepas, dia seakan melihat dirinya di dalam insan itu. Entah kenapa? Namun ada sesuatu yang begitu menghasutnya untuk menanam rasa dendam terhadap manusia itu dan ceritanya hanya dia dan lelaki itu yang tahu kerana selainnya telah dulu pergi menghadap Ilahi.
"Perlu ke kau tahu? Pelacur bodoh macam kau ni boleh pula bekerja kat company besar macam ni kan, ke kau bagi kawan aku tu rasa bawah kau dulu?! Heh perempuan, berani kau kerjakan aku hari tu kan! Kau malukan aku depan semua orang! Aku ingatkan kau ni jenis-jenis perempuan suci yang tak pernah jejakkan kaki kat tempat macam tu, tapi rupa-rupaya aku silap. Perempuan macam kau yang lebih kotor sebenarnya!"
"Binatang!! Kevin! Kau tak ada hak nak hina aku. Sekurang-kurangnya aku lebih baik dari keturunan kau! Perosak!"
"Kau tu yang keturunan pelacur! Perampas! Murah! Jual tubuh sampai sanggup rosakkan hubungan orang lain! Sama macam kakak kau yang dah mampus tu!!"
"Lepaslah, binatang!" Aisya menempik juga menepis kasar tangan Kevin yang mencuba menyentuhi pinggangnya.
"Laaa... Tak payah nak belagak suci sangatlah! Kau dengan kakak kau mesti sama je kan?? Rahsia kakak kau, si sundal yang dah mampus tu ada kat tangan aku,Ecah! Aku akan pastikan dendam keluarga aku terbalas!
PE LA CUR!" Kevin terus menarik rambut Aisya, lalu menghimpit tubuh wanita itu rapat pada dinding.
Pappppp!
"Kau tahu tak, kau dengan keluarga kau sama je, keturunan sial! Kau dengar sini, kau tak ada hak untuk hina kakak aku! Kalau orang tua tu tak ugut Kak Hanim, semua ni takkan berlaku! .Memang patut pun bapak kau mati, Kevin!" Sekasar ungkapan itu juga, Kevin menarik tangan Aisya agar memeluk lehernya.
"Lepaslah Aisya...You nak buat apa ni? Tolonglah.. i dah tak ada hati dengan you.."
"Apa semua ni?!" Satu laungan lantang membuatkan Aisya dan Kevin menoleh serentak. Wajah bengis Lufian yang bertandang membuat Aisya menelan liur kegugupan seketika.
"Luf... Dah kenapa dengan staff you ni?? Dia nak cium i! Gila ke?!"
"Aisya!" Wajah Aisya langsung menghadap dinding saat satu tamparan hinggap tepat pada pipi kanannya dan itu merupakan kali pertama seorang lelaki yang dia sayang mengasarinya. Saat hatinya mula menanam rasa cinta terhadap lelaki itu tetapi lelaki itu juga yang tega menyakitinya hanya kerana ingin membela manusia sampah yang sedang berdiri tepat di hadapannya.
"Dahlah Luf, i..ok......" Kevin cuba menenangkan keadaan walau di dalam hati sedang riang meraikan kemenangan. Puas hatinya melihat wanita murah itu ditampar oleh 'suami' sendiri. Suami? Sudah pasti dia tahu semua tentang Aisya. Dia tidak bodoh! Apa hubungan Aisya dengan Lufian pun dia tahu. Sebab itu dengan senang hati dia membawa diri mendatangi 'sahabat baiknya' itu.
"You.... kenal... Aisya??" Kevin dapat melihat kemarahan pada raut wajah sahabatnya itu dan dia pasti akan memanfaatkan pertanyaan itu sebaik mungkin.
"Dia ni... bekas teman wanita i.! Dia tak dapat terima bila i taknak teruskan hubungan dengan dia!"
"Kau tipu! Aku tak pernah ada apa-apa hubungan dengan kau!"
"Diam Aisya! You pergi berambus!!Pergi!" Tengking Lufian kuat. Jika bukan disebabkan dia melihat sendiri wanita itu mengucupi bibir sahabatnya, sudah pasti dia akan terusan tertipu dengan permainan licik Aisya.
"Abang...Ecah tak buat macam yang abang nampak...Ecah boleh explain..." Aisya kian merintih sayu dalam esakan saat tubuhnya didorong kuat oleh tangan suaminya sendiri. Tangan itu yang dia anggap akan melindungi dirinya, tetapi tangan itu yang sanggup menghalaunya hanya kerana jantan sial itu.
"Abang........"
"You....i pecat ,Aisya! Berambus!!" Lufian menekan mati suaranya, biar tidak sekeras tadi namun sudah cukup memerihkan hati Aisya. Untuk seketika, Lufian melihat Aisya itu seperti Hanim. Seorang wanita yang terlalu banyak menoreh pada kepingan hatinya. Seorang wanita yang sanggup berbuat khianat di belakangnya. Mengapa adik beradik itu sama sahaja?
"Kau memang binatang!" Dengan nada keserakan, Aisya terus mengherdik manusia bedebah yang sedang bercurian tersenyum sinis ke arahnya. Rasa dendam dan marahnya terhadap Kevin menyala-nyala dengan marak sekali ketika itu. Dengan kesakitan hati yang teramat, dia terus menyergap tubuh Kevin, lalu ditumbuknya dengan kuat dada lelaki itu sehabis tenaganya.
"AISYA!!"
Juga herdikan Aisya tadi berbalas dengan jerkahan keras tiada tolak banding dari mulut seorang CEO Red Universal Holdings. Kerana keterlukaan yang terlalu sakit menyerang hati, Aisya terus merenung tajam ke arah Lufian bersama beribu rasa sebak. Mulutnya sudah tidak mampu berbicara lagi. Apa yang pasti, jiwanya benar-benar sakit dengan perlakuan suaminya sendiri. Mudahnya mempercayai orang lain berbanding dengan isteri sendiri.
Dengan linangan air mata juga, akhirnya wanita itu berlalu pergi tanpa kata mahupun tolehan mata. Tuduhan meluru Lufian, benar-benar menyesakkan dada.
'Kalaulah abang tahu apa yang binatang ni nak buat dengan Aisya dan Kak Hanim.....'
******
"Tuan....!"Firas menoleh saat ada suara-suara halus yang memanggil-manggil ke arahnya. Peluh yang masih memercik pada wajah diseka kasar. Ketika itu, dia baru sahaja pulang dari menghadiri janji temu di luar.
"Kenapa ni cantiks?? Cemas semacam je...Kena kejar hantu ke??" Firas berkerut kening saat melihat tiga wajah yang biasanya manis penuh kegedikan tiba-tiba menyambarinya dengan riak yang begitu aneh.
"Tu...tuan Lufian.." Hannah duluan bersuara, namun ceritanya pula tergantung di tengah jalan membuatkan Firas bertambah penasaran.
"Kenapa dengan dia?" Soal Firas lagi, namun masih tenang alunan suaranya. Memang seperti itu peribadi seorang Firas, dia jenis yang tidak cepat melatah walau seteruk apapun permasalah yang berlaku.
"Tuan Lufian..tampar ...Aisya.."
Della laju mencelah saat merasa kelembapan Hannah sebagai seorang ketua itu berkata-kata.
"Apa?? Kenapa dia tampar?? Aisya kat mana sekarang ni?"Firas terus berubah riak. Bimbang bergaul marah barangkali.
"Kami tak tahu tuan, tapi kami syak, semua ni ada kena mengena dengan lelaki tadi." Ujar Hannah perlahan sambil berketapan bibir. Hatinya masih terkejut dengan riak garang Lufian yang tidak pernah dilihatnya selama ini. Jika majikannya itu marah sekalipun, tidak pernah seteruk tadi.
"Lelaki mana??" Soal Firas kehairanan
"Lelaki kelab malam... Er...hari tu...Ecah ikut kami ke kelab. Time kitaorang..menari , Aisya duduk seorang. Lepas tu...lelaki tadi pergi kacau Aisya, dan...dia..raba Aisya. I rasa dia berdendam dengan Aisya sebab Aisya malukan dia hari tu. Aisya pukul kepala dia pakai gelas sampai berdarah..."
"Aisya pergi kelab??" Firas terus melompong seakan tidak percaya. Setahunya, Aisya bukanlah sejenis kaki clubbing. Wanita itu peribadinya penuh kelembutan dan hal itu yang membuatkan Firas tertarik hati.
"Err..kami yang ajak.. Kami yang salah." Hannah laju mengaku sambil menunduk terus.
"Korang ni kan....Nakal! Dah..i nak you bertiga jumpa Lufian ,terangkan keadaan sebenar dulu! Kesian Aisya!" Ahli-ahli team 'cantiks' itu laju membuka langkah mengikuti gerakan Tuan Firas menuju ke ruangan Tuan besar mereka.
Ruangan kerja Lufian terus dirempuh tanpa ketukan. Kesemua mereka saling berpandangan saat melihat Lufian sedang mengalirkan air mata.
"Luf...you okay?"
"Apasal ni??" Soal Lufian sedikit kasar sambil menyembunyikan wajah basahnya. Dia tidak mahu ketahuan menangis oleh para pekerjanya itu.
"Ni...mereka ni ada hal nak bagitahu dengan you.." Ujar Firas sambil berjalan mendekati meja kerja Lufian.
"Cakaplah!"
"Tuan....sebenarnya...Lelaki tadi tu....errr...." Seperti tadi juga, Hannah langsung kematian kata. Dia laju menunduk saat menyedari pandangan tajam dari mata Lufian terhala tepat kearahnya.
"Korang nak cakap apa sebenarnya?? Maira! Hannah! Della!" Kerana hilang sabar, Lufian terus meninggikan suaranya.
"Lelaki tadi tu..orang yang...raba Aisya masa kat kelab hari tu!Dia yang buat hal! Kami rasa dia berdendam dengan Aisya sebab Aisya...pukul kepala dia dengan ...gelas..sampai berdarah!" Entah dari mana datang keberanian Maira untuk bersuara. Segugup manapun dia, maruah ahli baru mereka harus dipertahankan.
"Tapi dia tuduh Aisya yang goda dia!".Della ikutan bersuara.
"Kawan tuan tu jahat! Opps..sorry tuan!" Hannah laju bertekup mulut, bimbang jika dia bakalan dimarahi oleh lelaki kesayangannya itu.
"Kami nampak tadi tuan, dia yang paksa Aisya cium dia! Tak guna punya jantan! Kami nak serang dia tadi, tapi...kami takut tengok tuan mengamuk ..." Terkancing terus mulut Lufian. Wajah ketiga-tiga wanita itu ditatap tajam silih berganti. Air mata yang termati tadi, mengalir deras kembali. Tanpa perduli lagi, dia terus bangkit berdiri.
"You nak ke mana Luf??" Soal Firas terpinga-pinga.
"I nak CHECK CCTV!" Ujar Lufian tegas sambil terus berlalu meninggalkan ruangan itu.
"I hairanlah tengok Tuan Lufian tu, cara dia kongkong Aisya tu lain macam.....macam....."
"MACAM APA??" Firas terus mencelah. Wajah Maira yang tadinya berkata-kata ditatap lama. Mungkinkah wanita itu merasa sama seperti yang dia rasa??
ns216.73.217.15da2


