ARGHHHHH.....! Shit...! Shit...!
"Buat malu je! Kenapalah aku ni bodoh sangat sampai terpeluk terkangkang kat orang tua tu! Heee...bodohnya kau Aisya! Mesti dia tengah ketawakan kau sekarang ni! Padan muka!" Aisya menekup wajah merahnya yang terasa panas membahang tika ini.
Tuk..tuk..tuk..
Bunyi ketukan dari arah luar sedari tadi merusuhkan jiwanya. Bunyi ketukan yang bertalu-talu ditambah pula dengan suara Lufian mendayu-dayu memanggil namanya.
"Aisya...you okay tak? Masih nangis lagi tak? Masih nak i peluk tak?"
'Peluk?? Ah, sial!! Dia perli aku!! Kurang ajar punya laki!'
Aisya berketapan bibir ,kerana saat ini dia membayangkan wajah jahat Lufian yang sedang asyik menertawakannya. Bersorak menang di atas ketewasannya. Ya, sungguh itu pasti. 'Kejahatan' dan 'kekejaman' hati seorang Lufian hanya dia yang tahu.
Lelaki itu sangat menyebalkan! Luarannya sahaja terlihat baik, perduli, roman.....tik, kacak sudah pasti namun keperibadiannya, Aisya yakin hanya dia seorang yang tahu. Kerana apa? Sudah pasti kerana Aisya isterinya, dan setiap hari Aisya yang menjadi mangsa buli Lufian.
"Aisya....ok tak? Bukalah pintu kejap..." Tak lelah-lelah tangan tua itu mengetuk, juga tak hilang-hilang suara garau itu memanggil.
Aisya menyeringai geram. Sakit hatinya dengan nekad seorang Lufian. Dia tahu lelaki itu sengaja. Sudah pasti kerana dia ingin
menuntut 'sesuatu'. Dasar jenis biang penuh kegasangan! Tak padan dengan TUA!
Tidak lelah Aisya memaki. Memaki lelaki itu dan dalam masa yang sama turut memaki dirinya. Ikutkan, mahu sahaja dia terjun dari tingkap. Saat itu dia lebih rela patah kaki daripada parah dengan 'lecuran' kulit wajahnya yang terbakar marak menahan rasa malu. Namun,apakan daya...patah kaki itu sudah tentu sakit! Ah, tidak berani!!
"Aisya??..You ok tak? Bukalah pintu, jangan sampai i kol Jabatan Bomba Dan Penyelamat ,bagitahu yang you lemas terkunci kat dalam..."
Zuppppp....!
Barisan ayat itu benar-benar menyakinkan Aisya yang saat itu dia harus bergerak ke muka pintu. JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT begitu ditekan. Tombol 'daun besar ' itu harus dipulas, pintu itu harus dikuak. Dan 'hantu raya' itu harus dipersilakan masuk dengan segala hormatnya. Kerana jika seorang Lufian mengungkapkan sesuatu, dia pasti akan membuatkan kata-katanya menjadi nyata. Jika tadi dia mengatakan yang dia mahu menghubungi pihak Bomba, sudah pasti dia akan melakukan dengan sungguhan. Itulah Lufian, memaksa dalam diam. Isteri mana yang tidak berdarah hati??
" Argggggggghhhhh!! Malangnya ada suami macam dia ni!!" Aisya mendengus. Dua penumbuknya dikepal menahan sakit hati. Dengan hentakan kaki yang kuat, dia mula berjalan ke arah pintu. Nafasnya ditarik dan dihembus dan dia yakin, dia perlu melakukan 'itu'.
Krekkk....
Terjengul wajah 'monyet' Lufian tepat di muka pintu bersama senyuman manisnya yang boleh mendatangkan penyakit 'Diabetes' jika diamati lama-lama. Oleh kerana itu, Aisya hanya menunduk. Bukan sebab dia malu. Tak...! Dia tak malu! Dia cuma segan dan dia risau jika senyuman manis Lufian itu akan memerangkap dirinya yang teraniaya.
"You okay tak? Kenapa tidur kat bilik ni? Semalam dah janji akan tidur bilik i kan? Kalau you masih nak nangis, boleh je..I dah buka baju. You boleh peluk i suka hati you lepas ni.." Lantunan kata-kata terucap dengan nada yang sungguh tenang ,seredup wajahnya. Namun carikan bibir itu, memiliki maksud yang tersirat dan hanya Aisya yang tahu. Dia tahu, Lufian tidak akan melepaskannya malam ini. Salah siapa? Sudah pasti kesilapan seorang Aisya kerana duluan 'mengusik' lelaki itu tadi. Dan kini dia pasrah saat gerakan tangan Lufian mula mengunci pintu dan dadanya kian dilanda taufan juga badai besar saat tangan kasar itu mula memimpinnya menuju ke arah katil tanpa ada bicara sekelumitpun. Senyuman nakal Lufian benar-benar membunuh kegagahan hati Aisya.
Dia tidak mampu menentang, kerana sesungguhnya Aisya telah terikat dengan perjanjian yang telah diciptakan olehnya sendiri.
Ya..dia merelakan dirinya menjadi santapan suaminya sendiri.
****
"ECAH!!!!!!" Aisya yang baru hendak melangkah keluar dari kereta milik arwah Hanim yang dipandunya pagi tadi laju menoleh ke arah suara itu ,suara yang dia kenal sangat. Suara teman sehidup sematinya.
"Fila....!! Ya Allah Fila.. Aku rindukan kau sangat-sangat...! Rindu...rindu!!" Aisya terus berlari meluru mendapatkan Fila. Keduanya saling berpelukan erat, ketat dan kemas.
Mana tak rindu, hampir tiga minggu tidak bersua. Jika dulu, hari-hari mereka akan menghadap muka masing- masing sampai naik jelak rasanya.
"Cah..awalnya kau datang hari ni... Cantiknya kereta kau Cah..Amboi..kau baru kerja dah naik kereta mewah macam tu. Kau jadi designer ke atau kau jadi 'gundik' bos?"
"CHOI! Mulut kau ni pun....Aku cilikan baru kau tahu!" Aisya terus mencarut saat dipersoalkan tentang dirinya oleh Fila. Dan dia menambahkan bisa jelingan tajamnya saat melihat Fila terbahak-bahak di hadapannya.
"Alaa..tu pun nak marah...Apamacam keje kat sini? Ok tak? Abang aku baik tak? Bos korang baik tak?Hensem tak?"
Aisya berkerut dahi saat disoal bertalu-talu oleh wanita itu. Datang- datang terus menyoal siasat orang. Macam biadap je...
'Sibuk je nak tahu...!'
"Oklah..semua ok"Jawapan yang pendek dan malas terhambur dari mulut Aisya. Untuk memperkatakan tentang 'bos' itu benar-benar mematikan mood cerianya. Selepas peristiwa malam tadi, dia terus menarik muka atau lebih tepat, dia sedang merajuk. Suami 'kesayangannya' itu tidak henti-henti mengusiknya. Tidak cukup mengusik dalaman, luarannya juga terusik dengan rakus dan sesuka hatinya sahaja. Mentang-mentang si isteri tidak 'mampu' melawan.
Oleh sebab merajuk juga, Aisya bertekad untuk 'mencuri' kereta kakaknya. Pagi tadi dia bangun seawal jam lima pagi ketika suami dan anak-anaknya sedang polos beradu. Dia tidak mahu bertentang mata dengan suaminya hari itu. Malu!! Segala barangan yang akan dibawa oleh anak-anaknya ke 'Daycare Centre' disediakan sepantas kilat. Dalam keadaan mamai, Mya dipaksa bangun untuk mandi dan sesudah anak itu bersiap,disuruhnya tidur lagi. Begitu juga Aliff. Mujurlah anak-anaknya tidak banyak melawan. Memang anak-anak yang baik. Atas didikan siapa? Sudah pasti hasil didikan seorang mama tiri yang baik dan cantik. Cerita di dapur pula, dia hanya sempat menyediakan sarapan roti bakar untuk para 'kesayangannya' dan setelah itu seawal jam tujuh pagi dia sudahpun meloloskan diri dari rumah besar itu.
"Woi, jauhnya kau mengelamun! Teringatkan abang Mikha ke??" Aisya mencebik saat nama Mikha dipetik. Sudah berhari-hari dia ' hilang hubungan ' dengan lelaki muda yang tak alah tampan itu. Nombor telefon Mikha juga sudah disekat tetapi bukan perbuatan dirinya,melainkan perbuatan 'hantu raya' kesayangannya tempoh hari. Namun, tiada pula rasa rindunya terhadap Mikha melainkan hanya rasa simpati dan serba salah kerana memainkan perasaan lelaki itu. Agak kejam kalau dia mengatakan yang dia....sudah kesirnaan perasaan kasih terhadap Mikha dan rasa cinta itu pergi kepada siapa, dia sendiri tidak pasti.
" Mana ada termenung ingatkan dia tu! Lagipun..kami dah putus!" Fila melopong besar saat ayat yang agak kejam itu bertandang ke dalam deria pendengarannya.
"Apa?? Putus?? Kenapa tiba-tiba??" Pertanyaan itu langsung dilantunkan bersama satu riak aneh. Bukan riak simpati melainkan riak bercurian mengukir senyum. Senyum gembira pastinya.
'Kalau Ecah dah break dengan Mikha, senanglah abang Firas masuk jarum. Mesti lebih banyak lagi ganjaran yang akan aku dapat. Tak sabarnya nak bagitahu abang.....!!'
Kenapa kau senyum??" Fila laju menekup mulutnya apabila tertangkap bersenang hati dengan 'khabar duka' itu oleh Aisya.
"Er..mana ada senyum. Muka aku memang macam ni kan. Jenis-jenis manis . Sama macam abang Firas."
Ujar Fila selamba. Tidak dapat disangkal, keturunan Abdul Mizan memang murah dengan senyuman. Yang tu, Aisya mengaku sangat.
"Kau nak tahu kenapa aku putus dengan bab...err..abang Mikha?"
Fila laju mengangguk. Memang dia mahu tahu. Kenapa pasangan romantik itu tiba-tiba berpisah tanpa ada angin dan ribut?
"Kenapa? Cakaplah!"
"Sebab.... abang ipar aku tak bagi aku kawan dengan dia."
"Apa?? Tapi kenapa ? Mikha tu baik je ..Kenapa abang ipar kau tak setuju pula?" Fila pura-pura bersimpati walau pada dasarnya dia sedang bertepuk tangan kegembiraan.
"Entah.. Abang ipar aku tu sejenis yang aneh! Mood dia bertukar-tukar.. Kau tahu kan yang dia memang kongkong aku sangat-sangat..!"
"Ya..tu aku tahu. Kan kau pernah cakap tapi aku tak sangka pulak yang dia sanggup putuskan hubungan korang berdua. Kalau ikutkan dia tak ada hak untuk kawal hidup kau sampai macam ni sekali.. Kau tak ada plan ke nak lari dari rumah?"
"Kau gila? Anak-anak aku macam mana ?"
"Anak-anak kau? " Fila terus berkerut kening dengan kata-kata itu.
"Err..maksud aku anak-anak buah akulah! Kau tahu kan mereka tu keluar je dari dalam perut , aku yang jaga!"
"Kesian kau Cah..Terikat mati dengan kehidupan abang ipar kau. Dia tu tak reti-reti cari bini baru ke? "
"No! Mana boleh!! oppsss...." Aisya laju menekup mulutnya saat terlanjur menghamburkan tentangan bernada jeritan ke arah sahabatnya itu. Fila melopong kembali. Dia memandang Aisya sedikit aneh.
"Kenapa tak boleh?? Kau pun nak kongkong abang kau tu ke?" Soal wanita itu kepolosan.
"Mana ada..maksud aku,arwah kakak aku baru je pergi, anak-anak buah aku pula tak biasa dengan orang luar... Selagi mampu, aku bertanggungjawab atas mereka."Bersungguh-sungguh Aisya mengucapkan kata-kata itu. Sempat mengurut dadanya juga.
"Macam manalah muka abang ipar kau tu kan? Hensem ke tak? Kalau hensem, bolehlah aku isi borang jadi kakak ipar kau! Lagipun dia tu kaya raya kan??" Fila mula memasang angan-angan.
"NO!!!! AKU BUNUH KAU FILA!!" Arghh!! Ini kali ketiga Fila melopong lagi. Wajah bengis Aisya benar-benar menakutkannya.
"Kau ni marah sangat dah kenapa?? Bukan laki kau pun? Orang cakap je...Seramlah life kau ni Ecah!" Fila menelan air liur ketakutan dengan sikap hantu Aisya yang muncul tiba-tiba itu.
"Aku ....aku cuma...nak...er..pastikan mama tiri anak-anak buah aku tu baik, bertanggungjawab. Tu je..."
"Habis , aku ni jahatlah?? Tergamak kau Cah! Ikutkan..aku nak je putus kawan dengan kau!" Fila menarik wajah masam, tubuhnya yang sedang dikapuk oleh sepasang tangan miliknya sendiri terus dipusing membelakangkan Aisya. Biar wanita tahu itu yang dia sedang merajuk.
"Alaaa...tak..bukan tu maksud aku..Er..maksud aku..kau kan muda lagi..Mana sesuai jadi mama tiri diaorang. Abang ipar aku tu 39 tahun kau tahu. Tua! Kau baru je 24 tahun..! Tak..tak..tak sesuai langsung..!!"
"Kau susah apa? Sekarang ni aku nak tanya kau, kau rasa kau dapat jaga anak-anak buah kau tu dengan baik tak??"
"Mestilah.. Aku yakin benda tu..!" Aisya menjawab dengan tampang kebanggaan.
"Nah.. Kita ni seumur je Ecah oii..Kau 24 tahun sama dengan aku. Maksudnya , aku pun layaklah jadi kakak ipar kau!"
"Kau kacau su...er...abang ipar aku, mampus kau aku kerjakan Fila!" Fila menelan air liur saat diberi amaran keras oleh sahabatnya itu.
"Ishhh..kau ni.. Cara kau menentang macamlah dia tu laki kau! Over sangat!"
"Tak... Dia BUKAN suami saya!"
"Kejap aku ,kejap saya..dahlah..Malas aku melayan kau! Ni..aku datang ni sebab nak ajak kau tengok wayang malam nanti. Nasib baiklah kau awal datang pagi ni.Tak perlulah aku tunggu kau lama-lama..."
"Kau tukar nombor baru ke ? Ke...handphone kau rosak??"
"Mana ada tukar. Rosak pun tak. Upgrade lagi adalah.. Kau nak tengok? Ni haaa....Kau hade??" Dengan wajah bangga , Fila mengeluarkan Iphone 12 Pro Max dari dalam beg tangannya dan terus dirampas laju oleh Aisya.
"Makk ai...kaya kau Fila. Kau duduk rumah menganggur pun mampu pakai Iphone ni. Tak sedar dirilah kau ni....!" Ujar Aisya selamba sambil membelek-belek alat telekomunikasi tersebut.
"Eh..kau cakap boleh tak tengok kiri kanan? Jangan main terjah je! Kalau jealous tu, cakap jelah! Ni abang Firas belikan untuk aku tau tak!"
"Abang Firas? Bukan korang salu bergaduh ke?"
"Er...memanglah...er..tapi abang aku sayang sangat dengan aku. Dia ikhlas belikan untuk aku. Tak ada niat lagi.." Fila menayang wajah sucinya. Kalaulah Aisya tahu yang Iphone itu dimiliki oleh Fila atas usaha pujuk rayunya kepada Aisya agar bersetuju bekerja di Red Universal Holdings, pasti berdarah telinga Fila mendengar bebelan berbisa Aisya.
'Hehe..hidup kenalah berakal. Jika ada kesempatan yang baik tu, gunakanlah dengan bijak. Jangan sia-siakan!'
****
"Good morning ,Aisya cantiks.." Hannah yang baru datang dengan lenggang-lenggoknya menyapa. Hannah dan kegedikannya memang tidak dapat dipisahkan. Kadangkala, Aisya yang termalu melihat cara wanita itu tetapi apakan daya, buruk-buruk pun sahabatnya sendiri juga.
"Morning Hannah.. Cantik you hari ni.." Aisya cuba memaniskan kata-katanya walau tidaklah jujur sangat. Hanya ingin mengambil hati.
"Awww... You baik sangat. Thanks sayang. I tahu i cantik..."Aisya sempat menahan muntah saat mendengar penngakuan tidak malu dari mulut wanita itu namun dilayankan sahaja dengan senyuman dan anggukan.
"You dah breakfast? Kalau belum..i ada beli kuih tadi. Kita share ek... Lagipun, nanti kita semua ada meeting dengan bos. Biasanya lama. Tapi lama-lama pun i tak kisah, asal ada abang hensem tu untuk dipandang...Ditinggalkan i berdua dengan dia kat bilik meeting tu hingga ke malam pun i rela.. Asal ada Tuan Lufian ..Oh..pujaan hati dinda!" Aisya mencerlungkan biji matanya saat mendengar ayat buaya betina yang terluah dari mulut Hannah. Ketua team 'cantiks'. Ikutkan mahu sahaja dia bangkit dari dudukannya dan menarik rambut Hannah sampai putus, botak terus pun tidak apa!
'Lufian tu suami aku tahu tak! Apa masalah perempuan-perempuan kat dunia ni? Banyak-banyak lelaki, suami aku yang korang gilakan! Terdesak sangat ke?? Merenyam tak habis-habis!!'
"I..dah ..breakfast. You makanlah.."Tolak Aisya ,sedaya upaya suaranya dilunakkan lantaran saat itu dia sedang mengawal diri dari mengamuk. Sudahlah hati sedang sakit dengan perangai hantu suami 'kesayangannya' , sekarang ini para wanita yang tidak sedar diri turut membakar jiwa sucinya.
' Tadi Fila, sekarang ni Hannah. Lepas ni siapa pula yang berani merenyam dengan laki aku?? Cakap , siapa?!'
"Aisya...Tuan nak jumpa dengan you, sekarang.!" Satu lontaran halus milik Maira lantas membuatkan Aisya terkedu seketika. Wajah Maira terus ditatap.
"Kenapa?"
"Entah.. Dia cuma pesan suruh aku panggil you je.." Aisya mengeluh kecil. Jawapan Maira langsung tidak membantu. Ligat hatinya bertanya-tanya kenapa dia dipanggil. Sudahlah dia mahu mengelak, tetapi apakan daya. Keadaan selalu sahaja tidak menyebelahinya.
"Alaa you pergi jelah! Abang ipar you juga kan? Jangan lupa sampaikan salam akak nanti ye dik.."Aisya mengherotkan bibirnya saat titipan salam oleh Hannah yang terhias dengan tawa-tawa ahli kumpulan 'Cantiks' ditinggalkan kepadanya. Gatal!
Dengan rasa yang malas, dia membuka juga langkahnya menuju ke bilik Tuan Besar CEO. Ditemankan dengan wajah masam dan pahitnya. Berhadapan dengan lelaki itu selalu membuatkan hati seorang isteri yang bernama Aisya gugup, lagaknya seperti pasangan baru bercinta sahaja.
Pintu besar itu dikuak kasar tanpa diketuk. Sengaja Aisya berbuat seperti itu, biar Lufian tahu yang dia tak pernah ditakuti sesiapapun. Persetankan hal yang telah berlaku malam tadi! Dia tidak mahu ingat!
Belum jauh langkahnya memasuki ruangan besar itu, dia sudah menangkap tawa -tawa halus penuh keriangan menerjah gegendang telinganya. Paling menyakitkan hati, tawa itu milik seorang wanita dan milik lelaki yang sudah pasti suaminya.
"Abang!! "Laung Aisya lantang sebaik sahaja matanya disapa dengan satu pemandangan di mana suaminya sedang tersenyum gembira berbual dengan seorang wanita. BERUSIA! '
Arghh.....Dia betul-betul buat??'
Lufian dan wanita tadi terus menoleh. Semakin sakit hati Aisya melihat wanita iu dengan selamba sahaja mengukirkan senyuman ke arahnya. Dan Aisya yakin, itu adalah senyuman memerli.
"Abang?? Siapa ni you??"Soal wanita itu penuh kelunakkan suaranya. Aksi gediknya sama sahaja seperti Hannah. Meliuk ke kiri ke kanan bagai ditiup angin.
Lufian terus menelan air liurnya. Dia tidak pasti apa maksud kebengisan wajah Aisya .
"Er..dia ...staff i. Aisya.." Aisya menarik nafas geram saat diperkenalkan sebagai 'staff' oleh suaminya sendiri. Namun, disabarkan juga hati panasnya kerana dia beranggapan, mungkin Lufian sekadar mahu bersikap profesional sedikit kerana sekarang ini mereka sedang berada di tempat kerja.
"But..why ..she call you abang? Like....oppss...sorry..Maybe i salah fikir.."
"Maybe i salah fikir.."Aisya bercurian mengajuk percakapan wanita gedik itu namun hanya di dalam hati. Bengkang- bengkok mulutnya terbentuk.
"Dia..dia.." Aisya terus mengoyak senyum kemenangan kerana dia pasti, Lufian akan memperkenalkan sebagai seorang 'wife'. Biar wanita gedik itu sedar diri.
"Adik ipar i.."
Argghhhh!!! Aisya mengepalkan jari jemarinya, matanya juga dibulatkan, sekencang itu juga nafasnya tersedut dan terhembus. Bertambah marak rasa bengang Aisya melihat wanita gedik itu tertawa kecil dan mengangguk-angguk. Dan Lufian pula hanya tersenyum tanpa ada rasa bersalah langsung. 'Tak guna !Nanti kau!'
"Oh..kalau macam tu i minta dirilah dulu Luf.. Ada masa you kol je i, kita setkan date for our dinner..I tunggu tau.." Wanita itu sempat mencuit hidung mancung Lufian dan tindakan itu benar-benar membuatkan Lufian dan Aisya terkejut.
"Aisya..akak jalan dulu. See you..."Aisya hanya membatu saat wanita itu berlambaian ke arahnya. Biar wanita itu menganggapinya biadap, dia tak perduli sama sekali!
Sebaik sahaja susuk wanita itu menghilang, Aisya terus meluru ke arah sebuah meja yang menempatkan sekotak tisu. Dengan raku tisu itu ditarik ,kemudian dibawanya bersama untuk mendekati Lufian.
Lufian membulatkan matanya saat Aisya dengan selamba sahaja mengelap hidungnya berkali-kali. Sudahlah kasar semacam. Seperti hidungnya terlekat dengan sesuatu yang sangat mengotorkan.
"Apasal ni?? Dahlah!" Lufian membentak kerana dia sungguh merasa rimas dengan perlakuan mendadak isterinya.
"You suka kan perempuan gedik tu pegang you?! Ooo...nak set date untuk dinner??!! Siapa perempuan tu?! Cakap sebelum i pergi gunting rambut dia! And kenapa you pandai -pandai cakap yang i ni adik ipar you? You nak i tunjukkan bukti yang you ni suami i ke dengan si gedik tu? Gatal you ni tak padan ke tua kan?! Tak cukup satu!!" Lufian terus membatu dengan hamburan kasar dari mulut isterinya. Kepala yang langsung tidak gatal digaru berkali-kali. Wajah garang Aisya ditatapnya selama mungkin.
" Bila masa dia pegang i?" Soal Lufian tenang, setenang nada katanya.
"Tadi! You sengajakan biarkan perempuan tu pegang you! Tak malu ke?!" Aisya menjawab kasar, sekasar raut wajahnya.
"Pasal dinner tu dia yang nak.Bukan i.."
"Habis tu kenapa you tak tolak?? Sebab you memang berniat nak keluar dengan dia kan??!"
" Perempuan tu sebenarnya...."
"Siapa?! Cakap!!"Aisya terus mencantas dengan jerkahannya. Dia tak perduli sama sekalipun jika suaranya bakalan tertembus sehingga ke luar.
"Ka....kawan...Kawan je... Tapi kenapa you marah bila i kata you adik ipar i? Memang tu yang you nak kan? Kalau i cakap you ni wife i, malam-malam karang meranalah i!" Kali ini Lufian sudah mengulum senyum. Jika wujud piala perdebatan, sudah pasti benda itu akan menjadi miliknya berturut-turut.
Jeda.
"You yang buat perjanjian ni kan? Tapi sekarang, you nak marah-marah pula. Ke you sebenarnya....cemburu?"
Cuppp..
Aisya menajamkan renungannya saat pipi kirinya menjadi perhentian bibir basah Lufian. Berdarah-darah hatinya melihat kenakalan Lufian yang sedang seronok menghamburkan tawa. Bukan tawa biasa, melainkan tawa yang sungguh melorek luka pada deria pendengaran juga pada sekeping hati milik wanita itu. Memang dia yang selalu tewas. Aisya sudah terbiasa.
Lufian terus mendekatkan jarak tubuh mereka, tubuh Aisya yang sedang berdiri di sisi meja dikunci denga kedua tangannya, dan dia mula merasa menang saat wajah Aisya mula berona kemerahan dan tatapan mata wanita itu juga dibuang menjauh dari pandangannya. Segaris senyuman sinis terlukis pada bibir lelaki itu.
"Aisya..Aisya...you ni memang sew..."
Emmmphh...
Lufian termati kata saat kepalanya ditarik membawah, bibirnya juga dipagut rakus oleh Aisya yang sedang berjengket kaki.
Uhh..Pucuk dicita ulam mendatang!
Lufian dengan senang hati terus membalas lebih rakus lagi kucupan berahi yang berpunca dari sikap nakal sang isteri.
Namun saat merasa dirinya kekurangan nafas dan ketika itu juga Aisya sudah kembali ke alam nyata, wanita itu terus menumbuk dada Lufian dengan pukulan padu yang dia miliki.
Saat itu juga dia memaki-maki dirinya kerana gagal menahan diri tika mendekat dengan lelaki itu. Argh.. dia akui, dia mudah tewas dengan tamparan nafas hangat Lufian, bauan maskulin lelaki itu juga benar-benar melemaskannya!
'Celaka..!Celaka..!'
Bubb...!
"Gatal! You suka hati je kan!" Jerkah Aisya meluru. Dia tidak perduli biar tuduhannya itu kelihatan begitu bodoh sekalipun. Dia harus mempertahankan dirinya daripada membiarkan diri menanggung rasa malu yang berbakul-bakul.
"Apa? You yang cium i dulu!" Lufian juga enggan mengalah kerana dia pasti yang dia berada di pihak yang benar.
"You yang miang! You yang mulakan!" Aisya masih berkeras. Malah tengkingannya itu berbonuskan sebuah tatapan tajam.
"You yang dulu, Aisya...!"
"You..!! You..!! You...!!"
"You nak i cek CCTV??"
Sial! CCTV?? Aisya terus menelan liur kasarnya! Dalam kekalutan, sekali lagi dada Lufian menjadi persinggahan kepalan penumbuknya. Tanpa menunggu lebih lama lagi, Aisya terus berlalu membawa rasa malunya yang dihangati dengan wajah yang membahang kepanasan.
"Padan muka.. Kalah! Kalau jatuh cinta tu, mengaku jelah..!"Aisya menekup telinganya saat mendengar perlian pedas bersama dekahan dari mulut 'hantu raya' kesayangannya itu.
"Malam ni i nak keluar dengan Mikha, tengok wayang! I tak perduli you bagi atau tak!"
"AISYA!!!" Lufian mengetap rahangnya saat melihat isterinya sudah berlalu pergi dengan riak kemenangan.
'Berani melawan, tunggu apa yang abang akan buat!'
ns216.73.217.15da2


