LUFIAN mengetap bibir menahan geram. Matanya asyik menatapi keligatan Aisya menyiapkan sarapan pagi.
Bangun dari tidur sahaja, bibirnya sudah terhias mati dengan senyuman. Langsung tidak teralih sedikitpun. Lelaki mana yang tidak senang hati apabila tidur yang selama ni sendiri, tiba-tiba berteman. Bukan sekadar berteman, berbonuskan rengekan dan desahan manja seseorang lagi. Mula-mula bukan main giat lagi berjual mahal. Hujung-hujung, dia yang lebih-lebih meminta. Isteri nakal!
"Apasal tengok-tengok orang ni?! Lapar nak makan tangan i??" Aisya yang sedari tadi menahan rasa malu dengan tatapan miang suaminya terus menyerang. Mata nakal Lufian langsung tidak berganjak dari tubuhnya bahkan kian melekat-lekat. Miangnya! Dasar tua daun keladi!
"Mata i..suka hati i lah nak tengok apa pun. Tapi kalaulah dapat tengok pemandangan awal pagi tadi pun seronok juga . 'Tingginya gunung itu'..!" Sengaja Lufian menayangkan riak bersahajanya malah siap berketapan bibir pula. Seronok rasa mengusik isteri nakal itu.
"Gatal! Tak padan dengan tua! You jangan lupa perjanjian kita! I tak nak kawan-kawan i tahu pasal kita. Kalau tak ,siap you i kerjakan!" Bentak Aisya sambil berlalu ke ruang tamu untuk memberi botol susu kepada anak-anaknya. Ya, perjanjian antara sepasang suami isteri itu telahpun dimanterai. Lufian bersetuju untuk merahsiakan siapa dirinya kepada Aisya tetapi dengan syarat Aisya perlu memenuhi kehendaknya sebagai seorang suami. Awal pagi tadi sahaja sudah empat kali lelaki itu 'mendapat'. Padan muka si isteri nakal. Mengadu penat tak sudah, dan pada akhirnya kesemua mereka telajak ketiduran sehingga hampir ke tengah hari . Semakin lebar senyuman Lufian melihat gaya 'DIVA' Aisya berjalan. Terhinjut-hinjut kaki si nakal itu bergerak, kadangkala bawah perutnya dipegang seperti menahan kesakitan.
"Kenapa jalan macam tu?" Sengaja Lufian menyoal walau dia sudah mengetahui punca isterinya berjalan seperti itu.
" Siapa yang buat i jalan macam ni, siapa??" Aisya memulang pertanyaan dengan nada geram. Matanya dibulatkan untuk merenung wajah nakal Lufian.
"Tapi you yang minta...aa .. aa..lagi abang...nak lagi.." Lufian memainkan semula desahan manja Aisya awal pagi tadi.
"Diam!!" Aisya membentak. Sakit hatinya melihat perangai jembalang Lufian.
"Abang... laju lagi pleasee...laju..."
"Lufian!!" Lufian terus memasang kaki untuk menyelamatkan diri saat Aisya mula mengejarnya. Terkekeh -kekeh suara garau itu melantunkan gelak nakalnya. Anak- anak yang sedang berbaring menyusu mula bangun dan bertepuk tangan seperti biasa. Babak kejar mengejar oleh mama dan daddy paling mereka suka.
"Daddy..run daddy run...!! Mama...cepat! tangkap daddy!!!"
"Penakut! Ingatkan berani sangat! "Aisya mengeraskan suaranya sambil melajukan gerakan pengejarannya. Azamnya hanya satu, iaitu membelasah suaminya yang miang itu. Menyakitkan hati sungguh!
"Kalau i penakut, i takkan dapat dengar jeritan manja youlah pagi tadi..." Ujar Lufian bersama gelak namun kata-kata 'tidak bermoral ' itu amat diperlahankan, kerana tidak baik untuk pendengaran anak-anaknya.
"Benci!!! Benci!!! Orang tua miang!"
"Tua tua i pun , you cari juga kan ?!"
" You.....argggh.... I nak jalan. " Kerana kesakitan hati yang teramat, Aisya akhirnya mengalah. Beg tangannya terus dicapai. Janjinya kepada Firas akan masuk ke pejabat sebelum tengah hari kerana kurang sihat. 'Sakit kerana ulah suaminya sendiri'. Untungnya Firas dengan senang hati memberi kebenaran tanpa banyak kata.
"Tunggulah kejap. Makan pun tak sempat ni. I laparlah you. Maklumlah dah pakai banyak tenaga awal pagi tadi." Ujar Lufian bersahaja.
"Gatal! Tu je dalam otak you kan? You uruskan anak-anak nanti. I dah lambat. Bos i masuk office hari ni. Kalau dia tahu i lambat, matilah i! Semua ni salah you!" Aisya terusan membebel.
"Bos you takkan marahlah. Percaya cakap i. Entah-entah bos you pun lambat masuk. Kalaupun dia marah you, you berhenti je. Apa susah sangat. I mampu tanggung isteri i"
"Senang je kan you cakap. Macamlah you tahu semua benda sangat! Dahlah, i nak jalan. I naik Grab."
"Heh...salam suami dulu. Berapa kali i nak ingatkan?" Lufian mengeraskan suaranya saat melihat Aisya mahu berlalu.
"Jadi penyabar sikit boleh tak? I tahulah!"
"Kalau i bukan jenis penyabar, i takkan tunggu sampai lapan bulan lebihlah untuk rasa badan you.." Bisik Lufian.
" Orang tua gatal! Tangan!!" Lufian menghulurkan tangannya saat diminta Aisya yang sudah menunduk di hadapannya.
"Ingat, jangan jumpa BABUN tu lagi. Kalau i dapat tahu, siap you Aisya!" Sempat menitipkan amaran keras kepada isterinya setelah dahi luas milik wanita itu dikucup hangat.
"Orang tahulah!"
" Orang memang tahu, tapi you tu tahu ke tak?" Aisya hanya mendengus mendengar kata-kata merapu suaminya. Makin dilayan, makin menjadi!
"Mya, Aliff..Mama jalan dulu. Nanti ikut daddy k. " Aisya mencium pipi anak-anaknya sebelum berlalu pergi. Sempat menyuakan sekepal penumbuknya kepada Lufian namun dibalas dengan tiupan 'flying kiss ' oleh Lufian bersama gelak jahat. Namun, diam-diam Aisya mengulum senyum bahagia juga.
'Abang...nakal tahu tak!'
'Nanti you , sayang Aisya! Sombong sangat dengan abang...!'
Lufian memerhatikan isterinya yang sudah menghilang di sebalik pintu besar rumah itu bersama senyuman 'kejam' yang tidak pudar dari bibirnya.
*******
"SYA....you ok ke? Masih sakit ke? Maaflah. Sebab you ikut kitaorang ,you kena kacau malam tadi. " Ahli-ahli team 'Cantiks' itu terus mengerumuni 'ahli baru ' mereka yang baru sahaja masuk bekerja bersama tampang bersalah mereka. Aisya senyum sahaja. Memikirkan hal malam tadi, membuatkan dia mahu tergelak. Bukan main bersungguh-sungguh lagi ' member cantiks' itu membantunya. Sehinggakan hampir lunyai wanita seksi malam tadi bersama rakan-rakannya, mereka kerjakan.
"Tak apalah... Salah i juga, i yang nak ikut korang.." Aisya menjawab bersahaja bersama senyuman manis. Kalaupun dia sakit, bukanlah disebab hal malam tadi, melainkan hal awal pagi tadi yang hanya diketahui oleh dia dan Lufian.
"Err..Sya.. apa hubungan you dengan....Tuan Lufian?" Aisya berkerut dahi saat disoal Della dengan pertanyaan itu. Ya, dia baru teringat. Malam tadi hatinya sempat berpenasaran bagaimana rakan-rakannya boleh mengenali Lufian namun dia tidak sempat pula untuk bertanya.
"Tuan Lufian?? Maksud you?" Soalnya kembali.
"Tuan Lufian...CEO kita tu. Kenapa dia boleh datang malam tadi? " Maira laju mencelah kerana dia juga tidak sabar mendengar jawapan dari wanita cantik itu.
Bubbbb!
Aisya hampir terduduk dengan barisan kata-kata Maira. Sedikit pendek namun meninggalkan kesan yang begitu menusuk pada sebentuk hati miliknya. Entah mengapa wajahnya terasa panas yang teramat ketika itu.
"Dia.. CEO kat sini ke??" Aisya masih dalam pertanyaan. Dia benar-benar mahu memastikan kebenaran ayat yang baru sahaja menerjah ke gegendang telinganya sebentar tadi.
"Yalah..You tak tahu?? " Soal Hannah dengan riak hairan. Dari malam tadi mereka juga begitu penasaran dengan kemunculan bos besar mereka itu. Dan apabila melihat ahli baru mereka pulang mengikuti bos besar itu kian bertambah-tambahlah pula rasa ingin tahu mereka.
Aisya menggeleng. Bibirnya digigit.
"Habis macam mana you boleh kenal dengan dia?? Cakaplah, cepat.." Hannah menambahkan pertanyaan desakannya. Geram pula hati wanita itu melihat kelembapan Aisya merungkai sebuah misteri.
"Dia...er..sebenarnya..dia...abang ipar i.." Aisya mengetap bibir saat mengucapkan ayat itu. Ya, dia yakin, jawapan itu yang terbaik. Takkanlah hendak mengaku lelaki tua itu suaminya. Malulah!
"Abang ipar?? Biar betul? Maknanya you adik arwah Puan Hanim?" Aisya angguk bermaksud mahu mengiyakan telahan Della.
"Tapi ..... macam mana you boleh tak tahu yang abang ipar you CEO kat sini? Peliklah you ni Sya..." Maira sempat menayangkan riak anehnya kepada Aisya.
"I ...tak rapat sangat dengan dia..Dia tu annoying giler. Garang dengan i!" Aisya dengan yakin lagi menjawab. Kedengaran penuh kedustaan, namun itulah hakikatnya.
'Lufian memang seorang suami yang sungguh menjengkelkan!'
"Laaa.... Yeke? Patutlah kitaorang tengok muka dia ketat giler malam tadi! Jarang-jarang Tuan Lufian marah tahu? Dia jenis yang sporting je.. Dahlah hensem, hot meletup lagi tu. Beruntung kalau dapat buat laki. I sumpah kalau dia jadi hubby i, seminggu i tak keluar bilik!" Semua ketawa besar ketika Hannah melantunkan kata-kata itu bersama aksi kegedikannya.
Hanya Aisya yang mencebik tanpa tawa . Selain kegugupan dengan perkhabaran mengejut itu, dia juga menyampah dengan kegedikan wanita-wanita itu yang sedang sibuk mengagung-agungkan Lufian.
'Suami i tahu tak!'
"Aisya...." Team 'cantiks' itu serentak menoleh ketika ada suara garau kedengaran terhala ke arah mereka.
"Tuan Firas..........." Seperti biasa, Hannah akan meleretkan panggilan manjanya kepada Firas. Lelaki hitam manis itu juga kelihatan tampan walau tidak mampu mengalahkan 'kepanasan' penampilan Tuan CEO mereka.
"Hi cantiks...dah lunch?" Firas hanya melayan sahaja kegedikan wanita-wanita itu namun matanya lebih tertumpu kepada Aisya.
"Mestilah dah.." Mereka menjawab serentak, sempat meliuk-liukkan tubuh tanda ingin mengusik 'Tuan Firas'.
Memang patut pun mereka berada dalam satu team, gedik-gedik semuanya.
"Aisya.. Ok dah ke?" Pandangan Firas kini hanya kepada Aisya. Wanita itu kelihatan tersenyum hambar sahaja, seperti ada yang mengetuk kotak fikirannya.
"Okay..Thanks.." Jawab Aisya pendek.
"Jom...abang ada hal nak cakap dengan Aisya.."
"What?? 'Abang??" O. M. G! " Terhambur tawa-tawa kuat para wanita lincah itu kedengaran tatkala mendengar Firas menggelarkan dirinya 'abang' kepada Aisya.
Malah kesemuanya juga terus bertepuk tangan tanda merestui hubungan Tuan Firas dengan ahli baru mereka.
"Abang nak kenalkan Aisya dengan bos kita." Ujar Firas dengan sengihan ketika bunyi-bunyi dehaman para wanita gedik kedengaran semakin samar menghiasai perbualan mereka. Dia dan Aisya sudah sedikit menjauh dari kelompok wanita-wanita tadi.
Zuppp.
Kata-kata itu membuatkan Aisya menelan liurnya sendiri namun rasa tersekat pula. Hendak menolak, apakan daya. Dia pasti dirinya akan ditertawakan oleh musuh kesayangannya itu nanti.
"Dia...dah ..masuk ke?" Aisya memberanikan diri untuk bertanya meski kedengaran sedikit gugup alunan suaranya.
"Tuan ada dah dalam bilik dia. Jom.."
"Err..kalau tak jumpa, tak boleh ke?"
"Laa..kenalah jumpa... Tu bos kita, Aisya tahu tak.." Firas terus ketawa kerana merasa lucu dengan wajah aneh yang dicorakkan oleh Aisya.
"Kenapa ni? Takut macam nak jumpa hantu je?" Aisya merenungi Firas dengan bulatan mata ketika disoal dengan ayat pertanyaan seperti itu.
'Memang pun hantu! Malah lebih seram daripada hantu!'
"Eer..tak. Mana ada takut. Jom.." Aisya sedaya upaya memaniskan wajah walau pada dasar ,rasa gugup sudah begitu jauh menujah sekeping hatinya.
Dan rasa itu bertambah kuat saat pintu bilik CEO itu ditolak ke dalam oleh tangan kanan Firas tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.
"Sibuk ke ?" Firas menyapa dengan senyuman apabila melihat sebatang tubuh sahabatnya sedang menunduk ke bawah meja.
" Taklah. Ni ha.. kertas-kertas ni buat hal!" Suara itu kedengaran sedikit nada mengadu.
'Ah shit! Suara itu! Suara hantu kesayanganku!'
Aisya semakin tidak senang hati. Telapak tangannya terasa basah dengan peluh.
Dadanya kian berombak tika melihat si pemilik tubuh itu mula meletakkan kertas-kertas yang bertaburan ke atas meja. Alangkah indahnya jika mampu ku matikan masa!
Aisya berketapan bibir seperti selalu dan wajahnya ditundukkan ke bawah. Tidak sanggup bertentang mata dengan si nakal itu.
"Luf..staff baru kita..." Firas bersuara dengan riak yang sungguh aneh tatkala menyedari Aisya tidak berganjak langsung dari belakang tubuhnya. Berkali-kali dia memusing kepala ke belakang.
"Aisya??"
"Kenal ke?" Firas yang sudah tercengang terus menyoal saat mendengar nama wanita itu disebut jelas oleh Lufian sedangkan dia belum lagi memperkenalkan nama 'Aisya' . Sudahlah berselit dengan senyuman licik pada bibir Lufian.
"Gila tak kenal. Bi......"
"Abang..abang ipar i.. " Aisya laju mengerat kata-kata Lufian. Sempat dia menjeling tajam ke arah suaminya yang hampir-hampir terlepas cakap itu.
'Berani pecah rahsia, abang juga yang merana! Aisya takkan bagi, baru padan muka abang!'
Lufian terus tertawa kecil meski hatinya sedikit terluka dengan kedinginan Aisya.
'Buruk sangat ke aku ni sampai dia malu nak mengaku suami? Tunggu....aku balas!"
"Abang ipar?? Betul ke Luf? Maksudnya Aisya ni adik arwah Hanim?" Firas yang masih terkejut menyoal lagi.
"Eer..haa..betullah tu. Aisya yang cakap dia adik ..ipar i kan..Kalau dia dah cakap macam tu, maksudnya betullah." Ujar Lufian sambil bercurian menguntum senyuman sinis. Dan dia dapat melihat Aisya ikut menyungging senyuman menang ke arahnya, seolah-olah dirinya sedang diejek oleh wanita nakal itu.
"Hishhh...benda ni pun..."Firas berkerut kening lagi saat melihat Lufian membebel sendiri sambil menarik-narik ikatan tali lehernya jelas menampakkan dia tidak selesa.
"Kenapa dengan tali leher tu..?"
"I tak suka pakai tali leher ni tapi ORANG GAJI i tu la. Memandai je letak. Putus telinga agaknya, tak faham-faham bahasa." Aisya mencerlungkan matanya besar-besar saat mendengar aduan dari mulut seorang Lufian. Turun naik nafasnya menahan rasa marah. Mahunya tidak bengang, makan , minum, kasut, pakaian sehingga yang di dalam tu pun dan semua yang berkaitan dengan Lufian , dia yang uruskan. Tetapi, sampainya hati Lufian mengelarnya orang gaji? Kurang ajar punya suami!
"Tu lah.. I suruh you kahwin lagi! Biar terjaga sikit kebajikan you tu. Tapi you tak nak dengar cakap i!" Aisya membulatkan mata sekali lagi saat mendengar bebelan berbaur cadangan gila dari mulut Firas.
'Suka hati je suruh orang kahwin! Habis aku ni nak letak kat mana?? Aku ni bini dia tahu tak?!'
"You dah ada calon untuk i ke? Kalau ada, kenalkan je dengan i, manalah tahu i berkenan. Kalau boleh carikan yang berusia sikit. Baru nampak matang dan berotak. Taknaklah yang muda, buat menghabiskan duit je. Hari-hari keluar rumah! "
Bubbbbb...!
Dua pasang mata lelaki itu terus menghunus tepat ke arah Aisya dan hanya Firas yang terus memandang wanita itu dengan riak cengangnya.
"Kenapa Ecah?" Lufian pura-pura menyoal dengan tampang yang perduli walau pada dasarnya dia sedang asyik bersorak -sorai merayakan kemenangannya. Bukan dia tidak nampak, isteri nakalnya itu yang menendang kaki meja kerjanya barusan dan kini wanita itu sedang menarik wajah masam yang teramat di tempat duduknya.
'Padan muka! Abang iparlah sangat!'
*******
LUFIAN menayangkan senyuman sinisnya saat menyedari tatapan Aisya tepat terhala ke arah mukanya. Dia tahu isteri nakalnya itu sedang tidak berpuas hati. Namun wajah singa betina itu sama sekali tidak menakutkan sedikitpun baginya.
Semakin lebar senyuman licik Lufian tergaris. Tubuhnya terus dibaringkan ke atas sofa di ruang tamu itu, siap bersilang kaki lagi.
"YOU sengaja kan?" Aisya terus menyerang seperti biasa. Panas terik hatinya melihat wajah bersahaja lelaki itu. Langsung tiada tampang berdosa atau bersalah setidaknya.
"Sengaja apa?" Soal Lufian tanpa menoleh ke arah Aisya yang sedang berpeluk tubuh berdiri tidak jauh dari posisi pembaringannya.
"Sengaja jadi CEO kat situ sebab you nak dekat-dekat dengan i kan, supaya senang you nak buli i kan??.." Aisya terus menuduh meski dia sedar kata-katanya itu langsung tidak masuk akal.
"Perasan.. You ingat you tu cantik sangat... Satu lagi, siapa yang beria-ria sangat kerja kat situ? I dah larang dah hari tu, tapi you nak juga kan. Cakap je yang you rindukan i. You yang nak dekat-dekat dengan i. Tak perlu tipu.." Lufian juga tidak jemu membela diri. Dia akan pastikan ,dia juga akan menang dalam perdebatan mereka kali ini kerana wanita itu yang melancarkan peperangan terlebih dahulu.
"You tu yang perasan, you ingat you tu hensem sangat? Guard depan gate tu lagi hensemlah dari you!"
"Mamat-mamat bangla tu yang you kata hensem? Lain macam taste you ni, Aisya." Lufian bernada mengejek.
"Hishh you ni kan..!" Aisya yang sudah tidak kuat menahan rasa geram terus mencapai kereta mainan Aliff lalu dilemparkan ke arah Lufian namun dengan mudah sahaja tertangkap kemas oleh lelaki itu bersama gelak tawa kemenangannya. Aisya mendengus geram yang teramat. Tanpa menunggu lama, dia terus melangkah naik ke atas tubuh Lufian lalu menyinggahkan cubitan jarinya pada kedua-dua belah pipi suaminya. Dada Lufian juga menjadi mangsa tumbukan tangan kecilnya. Namun ,Lufian sama sekali tidak terkesan sedikitpun. Malah semakin menjadi-jadi gelak jahatnya.
"You ingat you hensem sangat ke sampai you suka hati suruh abang Firas carikan perempuan untuk you?! Suka hati je kan! Tak malu!!" Lufian terpempan saat mendengar hamburan marah dari mulut wanita itu. Kemudian dengan wajah sucinya, dia terus meledakkan tawa sekali lagi. Kedua-dua telapak tangannya dilekapkan pada pipi merah Aisya agar wajah itu tepat menatapnya, agar pandangan mata wanita itu tidak akan teralih sedikitpun
"Jap....you mengamuk ni sebab....you cemburu kan?"
"Tak! I tak cemburu!! I benci you, Lufian!" Aisya terus membelasah dada Lufian tanpa henti. Biar lelaki itu serik. Biar lelaki itu tidak berani lagi untuk mengatal.
"Oooo... Kalau i keluar dengan babun tu, you marah kan? Tapi kalau you menggatal, tak salah pulak? Nak yang berusia konon! Benci!!"
HAHAHAHAHAHAHA....!!
Rumah besar itu hampir bergegar dengan ledakan gelak taufan Lufian sehingga Aisya terpaksa bertekup telinga.
"Kenapa ketawa??" Aisya menyoal dengan nada jeritannya.
"You panggil boyfriend you tu BABUN? Ni yang buat abang makin sayang ni.." Ujar Lufian penuh kesinisan bersama sisa tawanya.
"Mana ada i panggil dia babun. You ni yang pekak! Orang tua macam you memang selalu ada masalah pendengaran!" Aisya masih membentak. Dia benci dengan senyuman jahat suaminya. Tidak bolehkah lelaki itu mengalah sedikitpun?
"Sebab i tualah i nak cari wife yang berusia. Baru padan sikit, sama -sama pekak. Tak nak bini muda, buat menyemak je..!" Lufian menjawab dengan raut seribu satu keyakinan terpancar jelas pada wajahnya.
"Abang!! Benci...!! " Lufian yang tadinya beriak nakal penuh dendam terus terkedu saat Aisya mula menyembamkan wajah pada dadanya bersama esakan yang mendayu-dayu penuh kekesalan. Dan tangisan itu menjadi semakin kuat saat Lufian mula mengusap belakang Aisya yang sedang tertiarap di atas tubuhnya.
Dalam bersimpati, Lufian sempat mengukirkan senyum apabila isteri nakalnya terumum tewas dalam perdebatan mereka kali ini. Lufian membangkitkan tubuh mereka yang sedang saling melekap dengan mudah sahaja kerana tubuh Aisya jauh lebih kecil dari tubuhnya sementara Aisya masih lagi menyorok wajah pada pelukan Lufian. Terhinjut-hinjut bahunya, tersedu-sedu juga esakannya.
"Sorry...abang tak bermaksud nak buat Aisya menangis.."Lufian mula memujuk sambil mencuba untuk meleraikan pelukan mereka kerana dia ingin menatap wajah Aisya. Dia juga ingin mengungkapkan kata maaf kepada isteri 'tercintanya' itu. Namun ,Aisya tetap mengeraskan tubuh malah dia terus menguatkan lagi pautan pada tubuh Lufian kerana sesungguhnya dia sedang menahan malu. Malu lantaran ketahuan cemburu, malu juga lantaran menyedari dirinya sedang berada dalam pelukan musuhnya dan dia malu kerana mula merasakan yang dia sudah TERJATUH CINTA pada lelaki nakal yang bernama Lufian.
'Argghh...tak mungkin!!'
ns216.73.217.15da2


