"CAKAPLAH you siapa?! Kalau setakat berstatus abang ipar, baik you belah! You ingat you boleh sesuka hati control hidup girlfriend i??" Lufian yang sudah terlalu berang dengan keangkuhan kata-kata Mikha terus mengetap gigi menahan sakit hati. Ikutkan mahu sahaja dia melanyak muka manusia itu.
"AISYA ni sebenarnya....."
"Dahlah.. Abang..Aisya balik dulu. Kita settle lain kali k...Sorry..." Aisya yang sudah kerunsingan hati terus memotong kata-kata Lufian. Dia tidak mahu benda yang memalukan berlaku di situ.
"Baby, no! Baby stay dengan abang kat sini. Biar MANGKUK ni je yang berambus!"
"Dahlah...Please..Kita settle lain kali." Aisya masih meneruskan usaha memujuknya meski hampir kehabisan rasa sabar menghadap kedegilan teman lelakinya.
"Kenapa nak tunggu lain kali?! Settle sekarang ni je sebab lepas ni i takkan benarkan you jumpa BABUN ni!" Lufian mencelah dengan nada suara yang cukup tegas.
"Babun kau panggil aku, Celaka...!!" Mikha yang sudah keberangan terus menyambar baju Lufian.
"Mikha! Dahlah!!"Aisya terus menolak cengkaman tangan Mikha kerana dia tidak rela melihat musuh kesayangannya disakiti oleh lelaki itu.
"Mikha?? Baby panggil nama abang? Baby sanggup bela mangkuk ni daripada boyfriend baby sendiri?" Mikha melopong tidak percaya. Jelas menampakkan riak hampanya. Lufian terus ketawa kemenangan.
"Sor...sorry..tapi please..Janganlah gaduh kat sini. Malulah.."
"Baby..baby..! Geli i dengar!! You masuk kereta sekarang, sebelum i robohkan restoren ni!"Tanpa berpamitan mahupun pun bicara, Aisya terus mencapai beg tangannya berjalan keluar dari tempat itu meninggalkan Mikha yang membungkam di situ kerana dia lebih takutkan amaran keras dari mulut suaminya.
'Sampai hati baby! Baby lebih pilih untuk ikut dia! Tak guna punya mangkuk!! Aku pecahkan kepala kau, baru kau tahu!!"
***
Lufian menajamkan tatapannya tepat memanah ke arah muka Aisya. Sikap dan riak wanita berhati batu itu benar-benar menambah marak pada hawa panas kemarahannya. Langsung tiada tampang sesal pada wajah wanita itu melainkan tampang selamba yang tidak berdosa.
"NI yang you buat belakang i kan?! You kata you nak pergi kerja, tapi rupa-rupanya pergi mengatal dengan jantan lain. You anggap i ni apa, Aisya? " Lufian terus menghamburkan rasa keberangannya. Lengan Aisya masih berkali-kali cuba dipegang biar berkali-kali juga sentuhannya ditepis kasar oleh wanita yang berkepala batu itu.
"Dia boyfriend i!" Aisya menjawab selamba. Sengaja dia mengukirkan senyuman sucinya kepada Lufian. Biar lelaki itu terseksa menahan hati yang sedang terik membahang.
"Habis tu i ni siapa??" Soal Lufian membentak.
"You jangan lupa Lufian, kita kahwin bukan sebab cinta! Tak ada apa-apa perasaan sayang sedikitpun. Kadang-kadang, i rasa perkahwinan kita ni satu kesilapan besar yang i pernah buat!" Ujar Aisya penuh yakin biarpun hatinya tidak sepenuhnya memaksudkan kata-kata itu. Hanya ingin menyakitkan hati Lufian.
"So sekarang ni you nak kata yang you menyesallah?!"
Jeda.
Aisya sempat menggulung-gulungkan rambutnya menggunakan jari telunjuk. Saja ingin memanaskan keadaan. Biar lelaki itu menunggu lama jawapan dari mulutnya.
"Cakaplah!"Bentak Lufian lantang dan sekuat itu juga pukulan tangannya pada stereng kereta.
" Bukan mudah untuk i lupakan dia! Dua tahun lebih kami bersama. You ingat senang-senang i nak lepaskan dia?!"
"I tak kira, i nak you putuskan hubungan bodoh you dengan dia sama ada you setuju ataupun tidak. Keputusan i muktamad!"
"Hubungan bodoh you kata?!" Aisya menyeringai kegeraman.
"Memang pun hubungan bodoh! You tu isteri i tahu tak?! Jangan buat i ni macam lelaki tak bermaruah. Biarkan isteri sendiri merayap dengan jantan lain! You jangan cabar i Aisya! Kalau i tahu you keluar lagi dengan babun tu, you siap!"
"You ingat i takut?! Kalau i masih keluar dengan dia, you nak buat apa? Hah..cakap!! Setakat muka macam you, you ingat i takut sangat?!" Aisya mengherdik dengan niat mahu mencabar. Biar lelaki itu tahu tiada siapa yang takutkan dia. Berlagak kuat sangat!
"You nak tahu apa yang i akan buat?!" Lufian yang memang sakit hati kerana dicabar oleh wanita itu terusan membentak.
"Cakaplah! Buat kalau you berani sangat...You ...aargghh..." Herdikan lantang terus mati berganti dengan rontaan dan pukulan pada dada Lufian tika bibir lelaki itu dengan mudah sahaja menyambar bibir mungil Aisya . Semakin kuat Aisya melawan, semakin dalam kucupan hangatnya. Biar wanita itu sedar diri, siapa yang lebih berhak menyentuhinya.
"Kurang ajar you ni kan!!" Jerkah Aisya sebaik sahaja kucupan hangat mereka terlerai. Air liur milik Lufian yang melekat pada mulutnya, dikesat kasar.
"Siapa yang kurang ajar sebenarnya ?? I ke you sendiri?! Keluar mengatal dengan jantan lain, lepas tu nak berlagak baik sangat!! Siap pegang tangan bagai macam tak ingat dosa! " Hambur Lufian penuh kesinisan.
"I benci you, Lufian!"
"Bencilah..Benci puas-puas!! I ni memang tak ada makna pun kat mata you kan! You ingat amaran i Aisya, you keluar dengan babun tu , you siap!!" Lufian beramaran keras sambil menemukan dahi mereka rapat-rapat bersama pandangan mata yang sungguh tajam.
"Berapa kali you nak ulang benda yang sama?! I tahulah! Telinga i tak pekak lagi tahu tak?! Satu lagi, nama dia Mikha bukan BABUN!!"
" Ada i kisah? Memang telinga you tu tak pekak, tapi otak you tu yang pekak! Bebal! Tak faham-faham!!"
"I tak takut! I berhak buat apa yang i nak!"
"Berani buatlah! You buat hal lagi, i rogol you, Aisya.."Lufian menayang senyuman kejam yang sungguh keterlaluan.
"Lufian!!! Benci! Benci!"Aisya membentak sambil kelam-kabut mahu membuka pintu kereta untuk keluar dari situ.
"Nak pergi mana?!"
"I nak balik office. I ni kan kerja makan gaji je, bukan macam you!"
"Takda...kita balik rumah terus!"
"Mana boleh, hari ni first day i kerja. You ingat you boleh buat sesuka hati je ke?! You jangan nak hancurkan semua impian i Lufian!"
"Siapa punca semua ni?! I ke you?!"
Streettttttttt...
Pedal minyak terus ditekan kuat meninggalkan kawasan itu tanpa Lufian perduli dengan jeritan dan pukulan Aisya lagi. Mata tajamnya lebih tertumpu ke arah jalan, biar wanita nakal itu serik. Berani sangat curang kan?! Padan muka!!
******
Aisya menjengukkan kepalanya beberapa kali ke luar kamar. Keadaan yang sunyi sepi di kala kemalaman pekat mula bertandang, sedikit membawa kelegaan pada hati gusarnya.
Kerana sakit hati dengan Lufian, dia bertekad untuk menghubungi Hannah. Mujurlah dia sempat bertukar nombor telefon dengan wanita itu pagi tadi. Kerana sakit hati juga, Aisya mengurung diri dari sekembalinya mereka ke rumah petang tadi sehinggalah lewat malam. Berkali-kali pintu kamarnya diketuk, bermula dari suara Aliff dan Mya sehinggalah ke suara bapa mereka yang tidak jemu-jemu mengajaknya makan malam, namun Aisya tetap berkunci diri di dalam kamar itu.
Biar Lufian tahu erti penyesalan. Biar Lufian merasa susah mengurus anak-anaknya yang nakal. Dia mendengar dengan jelas Aliff meraung mencari 'mama' namun kerana sakit hati dengan sikap bapa budak-budak tersebut Aisya tetap berusaha memekakkan telinga.
Aisya meniliki penampilan dirinya yang sedikit seksi itu pada pantulan cermin . Rambut yang bergaya persis gelombang besar berona keperangan juga dress pendek tanpa lengan yang terkena pada tubuh genitnya benar-benar menyempurnakan penampilan seorang Aisya.
Memang dia mengaku dirinya ketika itu sedikit keterlaluan, namun kerana rasa sakit hati pada Lufian, membuatkan dia begitu yakin dengan gayanya.
Setelah yakin semuanya cantik tanpa cacat cela , Aisya memanjangkan kepalanya sekali lagi untuk menjenguk ke luar sebelum membawa tubuhnya bergerak.
Dia menarik nafas lega sebaik sahaja berjaya lolos dari dalam rumah besar itu. Dengan langkahan yang sedikit laju, Aisya terus berlari menuju ke arah sebuah kereta Honda Civic berwarna putih yang sudah bersiap sedia menunggunya di hadapan pagar.
"Aisyaaa..... Finally you join juga team kitaorang....'Cantikss' !!" Jeritan riang para wanita seksi itu bergema sebaik sahaja Aisya melangkah masuk ke dalam kereta. Semuanya kelihatan elegan dan bergaya walau tidak cukup kain.
"Sorry...i susahkan you alls untuk jemput i.." Aisya menayang riak serba salahnya.
"Mana ada susah, kitaorang happy sangat you sudi follow ..bertambah meriahlah member dalam team 'cantiks'. You jangan risau, i akan pastikan malam ni pengalaman yang paling seronok dalam hidup you." Ujar Maira dengan senyuman manisnya.
"Betul tu Aisya...Malam ni kita enjoy!!!Huuuuuu......" Hampir bergegar kereta itu dengan jeritan kegedikan ahli-ahli team 'cantiks' itu dan tidak terkecuali juga dengan Aisya yang sudah mula masuk air.
Belum masuk kelab lagi, mereka sudah bergoyang tubuh mengikuti rentak lagu disco di dalam kereta yang sudah bergerak laju itu.
streettttttt.....
Kereta itu diberhentikan tepat di hadapan sebuah kelab malam yang sangat popular di ibu kota itu. Tanpa menunggu , member-member team 'cantiks' itu melangkah keluar dengan penuh gaya kegedikkan . Siulan dan usikan para jejaka mereka abaikan sahaja kerana tujuan mereka ke situ bukan untuk memburu buaya melainkan untuk bersuka ria.
"You pandai minum tak Sya?" Hannah yang sedang mengerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu sedikit menjerit tepat pada telinga Aisya. Hendak bercakap perlahan, takut tidak terdengar.
"Tak..i tak nak minum. I tak pandai.."Laju sahaja Aisya menolak. Tujuannya ke situ hanyalah untuk melepak atau lebih tepat mengubati rasa sakit hati terhadap Lufian, bukan untuk menikmati air kencing syaitan itu.
"Ala..tak best arr...you try lah..sikit je...buat panaskan badan tu...."Della juga ikutan memujuk. Kalau tak minum, tak lengkaplah aktiviti team 'cantiks' itu menurut mereka.
"Sorryla you all...i tak boleh.." Tolak Aisya bersungguh-sungguh .Terjentik juga rasa menyesalnya menyumbatkan diri ke tempat seperti itu namun untuk berpatah balik sendirian dia tidak berani kerana mata-mata buaya di situ tak alih-alih menatapnya.
"It's okay. Kalau you dah terbuka hati untuk merasa, just let us know.."Hannah bersuara dengan nada jeritannya lagi sambil meneguk minuman 'nikmat' mereka .Tubuh yang begitu seksi diliukkan tanpa segan sementara Aisya terusan berdiri kaku di posisinya.
Akhirnya, Aisya mengambil tempat duduk sendirian sambil memerhatikan rakan-rakannya menari sakan tidak jauh darinya. Sempat menahan geli tatkala melihat wanita-wanita itu tanpa malu membiarkan tubuh mereka menjadi tempat persinggahan tangan-tangan para buaya.
"Hi princess..nak i teman tak?"Satu suara penuh mengoda benar-benar membuatkan Aisya tersentak dan laju sahaja dia menyisi kepala untuk melihat pemilik suara itu.
"Tak..tak...!" Aisya terus bergeleng kepala kepada seorang lelaki yang kelihatan tampan namun dari caranya jelas menunjukkan sikap buayanya.
"Laa..sombongnya. Cantik-cantik macam ni ,takkan nak duduk sorang je..tak bestlah. Jomlah, abang temankan..."Lelaki itu masih bersungguh-sungguh memujuk. Penampilan indah Aisya benar-benar membuatkan dia meronta ingin berkenalan.
"I dengan members i. I tak perlukan you!"Aisya mengeraskan nada penolakannya.
"Tapi i perlukan you. You cantik sangat,sayang...I love you..."Ungkap lelaki itu sambil memulakan sentuhan nakalnya pada pinggang ramping Aisya. Kerana begitu terkejut , Aisya terus berdiri lalu menjerit kuat ke arah lelaki itu. Musik rancak yang tadinya mengila langsung terhenti. Kini Aisya dan lelaki tadi yang sudah tersungkur memegang kepalanya yang berdarah menjadi tatapan semua mata-mata di situ.
"Kenapa Sya??" Soal Hannah yang sedikit kehuyung-hayangan laju sahaja menyoal. Begitu juga dengan ahli-ahli team 'Cantiks' yang lain. Dengan riak kebimbangan, mereka terus mendapatkan Aisya yang sudah mengigil menahan air mata.
"Tak guna punya perempuan! Kau nak bunuh aku ke?!" Herdik lelaki tadi dengan nada kasarnya. Tatapannya kepada Aisya begitu mematikan.
"Dia raba i!!"Aisya mengadu sambil keesakan dalam pelukan Hannah.
"Tak.. You yang goda i! "
"Baby..kenapa darah ni??"Seorang wanita seksi tiba-tiba muncul lalu berlari mendapatkan lelaki tadi.
"Dear..perempuan tu goda i. Bila i tak layan , dia marah then dia pukul kepala i. Sakit dearr..." Lelaki tadi mula mengarang cerita.
"Tak! Dia yang ..."
"Dia tipu dear..Dia perangkap i!"
"Tak guna kau perempuan...!" Wanita tadi terus bangun dan menerpa ke arah Aisya. Lalu berlakulah aksi tarik menarik rambut, dan kejadian bertambah kacau saat semua member team 'Cantiks' dan team wanita seksi itu ikut turun padang untuk membantu ahli kumpulan mereka yang teraniaya. Jeritan dan pukulan padu saling berbalas, sehinggalah..............
*********
"TERIMA kasih tuan.."Lufian berdiri sambil bersalaman dengan pengawai polis berbangsa India itu. Hatinya yang sakit sedaya upaya ditenangkan, wajahnya yang ketat, sedaya upaya dimaniskan , nafasnya yang mengencang juga sedaya upaya diperlahankan. Dia tidak mahu mengamuk di situ, bimbang jika dirinya pula yang disumbatkan ke dalam kelak menganti sang isteri 'kesayangan' yang nakal!
Lufian yang sedang terlena begitu terkejut apabila menerima panggilan dari Aisya yang meminta dia datang ke balai untuk mengikat jamin dirinya. Sempat Lufian membebel, entah bila wanita itu keluar tanpa pengetahuannya. Sudahlah pergi ke kelab malam, dengan berpakaian yang begitu menyeksakan lagi. Suami mana yang tidak sakit hati?!
"Tuan.....terima kasih tuan...." Ucap ahli-ahli team 'Cantiks' itu secara serentak lantas membuatkan Aisya sedikit tercengang saat wanita-wanita itu memanggil suaminya 'tuan' , seperti sudah mengenali suaminya sahaja.
'Ah...barangkali mereka sekadar merasa terhutang budi dan mahu mengucap terima kasih sebab abang membantu mengikat jamin mereka'
"Ingat, bukan free! I akan potong dari gaji!" Kata- kata tegas dari mulut Lufian itu membuatkan Aisya melopong sekali lagi.
'Potong gaji??'
Dia ingin bertanya, namun wajah suami tercinta yang begitu tegang tanpa senyuman begitu menakutkan Aisya. Yang terlihat hanyalah pisau-pisau tajam yang baru diasah dari pandangan mata seorang Lufian.
'Takut.....!'
Aisya yang begitu terkelu bertambah terkelu lagi apabila Lufian melemparkan jaket kulit hitam yang telah ditanggalkan dari tubuh ke arahnya tanpa kata bicara.
Aisya yang sedia memahami arahan Lufian, hanya menurut. Jaket kulit hitam milik Lufian itu disarungkan ke tubuhnya, agar dapat menutupi bahagian bahu dan dadanya yang sedikit terdedah.
Aisya kemudian terus membuka langkah apabila merasa tangannya ditarik kuat oleh Lufian. Hanya sempat berpamitan dengan rakan-rakannya melalui lambaian tangan.
"You're too much ,Aisya!!" Hanya sebaris ayat yang begitu keras nadanya, dan begitu ditekan kuat oleh suara garau yang sedikit mengeletar menahan rasa marah itu.
Aisya masih lagi menunduk tidak berkutik. Hanya sempat menoleh ke tempat duduk belakang yang menempatkan anak-anaknya yang kelihatan polos terlena.
vroommmmmm...
Kereta mewah milik Lufian dibawa meluncur laju meninggalkan perkarangan balai polis itu. Sepanjang perjalanan, tiada lagi bicara. Hati yang terlalu memberat merasa dosa dan serba salah kian tertoreh luka saat melihat Lufian berkali-kali mengesat air matanya. Aisya tahu, suaminya menangis tanpa suara. Namun untuk menegur dia tidak berdaya. Sesungguhnya dia takut, kerana dia tahu tahap kemarahan Lufian saat itu benar- benar sudah memuncak.
Sesampai sahaja mereka di rumah, Lufian terus keluar. Tubuh kedua-dua anaknya dicempung sekaligus dengan mudah sahaja dan dibawa menuju ke dalam bilik tidur mereka. Juga senyap tanpa bicara.
Aisya terus melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia ingin menangis, tetapi entah mengapa saat itu dia terlupa cara-cara untuk menangis. Dia juga mahu berbicara, tetapi sama sahaja seperti tadi, mulutnya terasa berat untuk dibuka.
Dengan langkah yang longlai, dia mencapai tuala lalu dibawa ke kamar mandi.
***
Aisya menarik tombol pintu kamar mandinya dari dalam. Hampir setengah jam membersihkan diri. Namun kaki hampir tertanggal dari tubuh rasanya saat melihat figura Lufian berdiri tegak di tengah-tengah ruangan beradunya bersama serautan wajah tegang . Aisya mengetap bibir. Tiada lagi rasa malu berkemban di depan Lufian, perasaannya saat itu hanyalah perasaan takut. Takut kerana telah membuat silap.
"MELAMPAU!" Hanya satu perkataan yang berjaya terungkap. Turun naik dada dan bahu lelaki itu terlihat menahan hembusan nafas kencangnya. Dan jari-jemari Aisya terus bermain dengan helaian tualanya yang masih tersarung pada tubuh.
"I.....i... minta maaf......" Ungkap Aisya terketar-ketar. Air mata yang semakin laju mengalir diseka rakus. Tatapan matanya diberanikan untuk menentang pandangan suaminya.
"Cakap dengan i, bila you keluar?" Soalan yang terlantun dari mulut seorang suami tanpa bentakan, tanpa herdikan . Namun , justeru nada seperti itu yang membuatkan Aisya berdebaran dada. Dia lebih rela dibentak, dijerkah oleh suaminya daripada disoal dengan intonasi seperti itu.
"Pukul.....11 tadi...masa...masa ..you dan anak-anak dah tidur."Jawab Aisya menahan rasa gugup. Panahan mata merah Lufian sesekali dibalas.
"Cakap dengan i, kenapa you buat macam ni? Kenapa you pergi tempat macam tu?" Lufian masih menyoal datar. Tanpa ketinggian suara.
Diam.
"Cakap Aisya.."Lufian mengarah datar namun ayat itu begitu ditekan mati. Dan saat itu juga, Aisya sudah melihat air mata suaminya mengalir lagi.
"I ....i sakit hati..dengan you.. I minta maaf.. I salah...Maafkan i..." Ungkap Aisya berkali-kali sambil menarik kedua-dua tangan Lufian dan dikucupnya berkali-kali.
"Salah ke i desak you untuk putuskan hubungan you dengan lelaki tu? Salah ke i menegur isteri i sendiri? I ni suami you, Aisya! I tahu, i tak layak untuk you tapi i tak minta banyak pun, Cukup hanya you hormat i. You nak i berdiam diri je ke dengan apa yang you buat? Jahat-jahat i, i tak pernah duakan you Aisya! I SETIA dengan you!! Sebab i pernah rasa ,sakit diduakan oleh orang yang kita sayang tu macam mana! I PERNAH rasa semua tu! You saksi semua tu kan dan i tak nak benda ni berlaku sekali lagi!" Hambur Lufian dengan nada yang begitu kuat. Segala rasa sakit yang terkunci di dalam hati setelah sekian lama akhirnya meletus keluar juga.
"Daripada i butakan mata i biarkan you buat benda yang salah, lebih baik i bunuh diri Aisya! You nak i mati kan? Tu yang you nak kan?!"
"Abang..abang....jangan..Aisya minta maaf...ampunkan Aisya .."Aisya terus mengejar pergerakan Lufian yang sudah mahu melangkah keluar dari kamarnya. Tangan lelaki itu direntap laju. Tubuh lelaki itu dipeluknya erat, membiarkan dada Lufian kebasahan dengan air matanya. Dia tidak perduli. Yang dia tahu, dia perlukan kata keampunan dari suaminya saat itu juga.
Lufian menarik nafas panjang. Wajahnya yang basah dibanjiri air mata dikesat kasar. Tubuh Aisya ditolak keluar dari rangkulannya. Membiarkan wajah mereka berlaga seketika.
"Tahu tak macam mana nak minta maaf dengan suami lagi selain peluk?" Soal Lufian bersama suara seraknya. Terselit senyuman nakalnya di sebalik cebikan sedunya. Aisya terusan berketapan bibir pada posisi diriannya. Dia tahu maksud Lufian. Dada yang berombak tadinya kini terasa diserang badai besar pula. Ya..ya.. Dia tahu niat Lufian. Sepasang mata bengkaknya dipejam kerana saat itu dia kebuntuan mahu seperti apa.
Meneruskan atau menolak?
ns216.73.216.250da2


