"NI nak pergi kerja ke nak pergi fashion show?!" Lufian membeliakkan matanya ketika melihat penampilan Aisya yang kelihatan begitu anggun berdiri di hadapannya. Geram pula dia melihat gaya Aisya pagi itu. Amboi...bukan main lagi bermakeup tebal bagai!
'Hishhh...ingat cantik sangat ke?! Tapi....memang cantik pun bini aku ni!'
"Suka hati i lah! I nak goda bos i .?"Aisya menjawab sinis. Rambut yang jatuh ke dada ditolak ke belakang dengan penuh gaya seorang diva.
"Elleh..baru kerja dah nak menggatal.." Lufian memerli bersama senyuman ejekan sementara tangannya disibukkan menyarungkan stokin pada kaki.
"Bos i hensem tau. Hensem dari you and...lebih muda dari you! "Sengaja Aisya berkata seperti itu agar lelaki itu sedar diri dan menjadi sakit hati.
"Ada i kesah! Muda kalau jenis buaya pun,apa guna!" Lufian mencemuh dengan riak menyampah. Memang dia sakit hati ketika itu, bukan sakit hati dengan 'bos' Aisya, melainkan kesakitan hati dengan isterinya sendiri.
"Mana you tahu dia buaya?! You jangan memandai-mandai nak menuduh bagai! Entah-entah, dia lebih BAIK DARI YOU!!" Cemuh Aisya sambil menghempaskan punggungnya di sisi Aliff yang sedang berbaring menyusu botol.
"Baik dari you!!" Aisya bangkit, dan terus mengejar pergerakan Lufian yang mahu melarikan diri selepas mengajuk kata-katanya.
"Apasal lari? Ingatkan berani sangat!" Aisya separuh menjerit sambil mencuba mengepung gerakan larian Lufian yang sedang berusaha meloloskan diri dengan mengelilingi sofa di ruangan tamu itu.
"You ingat i takut you? Sikit pun tak!" Lufian sedikit membentak namun diseliti dengan gelak nakalnya.
"Kalau tak takut, berhentilah..Hadap muka i!"
"Tak nak...!"
"Abang!!" Jerit Aisya kuat kerana begitu seksa menahan rasa geram. Semakin sakit hatinya tatkala melihat kedua-dua anak tirinya bertepuk tangan menyoraki aksi kejar mengejar mereka.
'Ingat mama main-main ke?!'
"Abang?? " Lufian terus menguntum senyuman yang begitu jelas menyakitkan hati Aisya.
"Mana ada i panggil abang!! I benci you, Lufian!" Aisya terus menghentikan usaha pengejarannya. Dengan wajah yang masam 'tahap gaban', dia terus menghempaskan punggung di atas sofa dengan kedua tangan bersilang pada dada.
"Ek elleh... Kacau sikit dah marah.."Lufian memerli dengan gelak jahat sambil bergerak mendekati pendudukan Aisya untuk mengambil beg kerjanya yang terletak di sisi wanita itu. Puas hatinya melihat cebikan masam dari bibir isteri 'tercinta'.
'Padan muka!'
"Mya , Aliff.. jom.. Daddy lambat dah ni.."Lufian yang sudahpun menunduk untuk mencapai begnya terus mengarah lembut anak-anaknya yang kelihatan masih bersantai menghadap televisyen.
"Haaaa.....dapat!!"
Melihat kelalaian Lufian, Aisya terus menerkam tubuh suami 'kesayangannya' membuatkan Lufian terbaring di atas lantai. Dan tarikan Lufian pada tangan Aisya, spontan menemukan tubuh mereka.
"Yayy...!! Mama...Daddy!!"
Kedua -dua anak itu ikutan menjatuhkan diri mereka pada pelukan orang tuanya dengan tawa riang yang bergema memenuhi seisi rumah besar itu.
"Arggh...berat.. Daddy boleh mati kalau macam ni..." Lufian mengeluh menahan beban berat tiga manusia yang sedang menghempap di atas tubuhnya.
"Yayy....anak -anak mama tolong mama ya. Daddy nakal!!" Aisya ketawa besar ketika melihat anak-anaknya berguling-guling di atas mereka ,tetapi yang paling parah menanggung beban sudah pasti Lufian kerena dia yang terbawah .
"Okay..okay..Daddy kalah..Korang menang.... Bangun...Tak kesian daddy ke?" Lufian menolak lembut tubuh-tubuh kecil yang sedang bergelimpangan pada tubuhnya.
"Padan muka!"Aisya yang juga mahu ikutan bangun terus memerli sinis. Puas hatinya melihat ketewasan suaminya.
"Padan muka!"Lufian yang masih berbaring terus mengajuk.Namun belum sempat Aisya,menghinggapi tumbukan padunya pada dada sasa suaminya , Lufian terus menarik kepala Aisya agar mendekati wajahnya.
Cupp!
Aisya membuntangkan mata saat pipi kanannya menerima ciuman dari bibir lelaki itu.
"Berani melawan lagi, abang kiss kat bibir tu!"Lufian membisikkan amarannya pada telinga Aisya dengan perlahan kerana takut didengari oleh dua insan kecil yang masih asyik menyoraki mereka.
"Eee...."Aisya yang baru tersedar lantas mendengus geram ketika melihat Lufian yang sudahpun berdiri bersama senyuman nakalnya. Hendak bangkit untuk membalas dendam ,dia sudah tidak berani ketika memikirkan amaran lelaki itu sebentar tadi.
Tunggulah..ada hari Aisya balas abang!' Gumam Aisya sendirian sambil mengukir senyum.Bekas ciuman Lufian tadi disentuh perlahan sebelum ikut membangkitkan diri untuk menuruti langkahan suami dan anak-anaknya yang sudah dulu menapak di luar rumah.
**********
"You balik pukul berapa nanti?" Soal Lufian sebaik sahaja berhenti di hadapan sebuah bangunan separuh kaca dan bercat putih. Sempat memanjangkan kepala untuk meniliki keadaan di luar.
"Tak tahu. "Jawab Aisya sepatah.Langsung tidak bergerak dari tempat duduknya kerana sejujurnya, dia sedang menahan rasa gementar. Maklumlah, hari pertama berkhidmat .
"Habis, apa yang you tahu?" Perli Lufian sinis.
"Yang i tahu, bos i lagi hensem dari you!" Aisya terus memulang kata berintonasi sinis kepada lelaki itu.
"I DOAKAN semoga bos you tu tua dan you jatuh cinta mati dengan dia!" Lufian mencebik menyampah dengan kata-kata Aisya.
"Aamin!"Jawab Aisya sepatah, lalu mahu turun dengan hati yang sebal juga bersama wajah 'peria'nya. Sakit hatinya melihat sikap hantu Lufian.
"Tak ada adab dah ke? Salam suami!" Lufian sedikit membentak. Dengan raut campuran peria dan cuka, Aisya terus menadahkan tangannya untuk menyalami lelaki yang memegang 'title' suami kepadanya itu.
Semakin menjadi-jadi wajah cemberut Aisya ketika dahinya menjadi tempat persinggahan bibir basah Lufian.
"You ni suka hati je kan?!"
"You ni suka hati je kan?!
"Hissshhh...."Aisya yang sudah lama menyiapkan jari jemarinya terus mencubit perut Lufian membuatkan lelaki itu langsung meringis kesakitan.
"Sakitlah!"Lufian mengaduh dengan kerutan dahinya menahan pedih pada kulit perut.
"Sakitlah!"Lufian terus memecahkan tawa yang kuat saat melihat corakan pada wajah Aisya yang sedang mengajuk percakapannya tadi. Ini kali pertama Aisya berbuat seperti itu! Sumpah, comel sangat!!
"Marah-marah pun ,cantik juga isteri abang ni..." Ungkap Lufian bersama tawa nipisnya sementara Aisya hanya cebik menyampah.
"Text i you balik pukul berapa nanti!" Lufian sempat berpesanan sebelum wanita itu melangkah keluar dari dalam keretanya dan dia hanya ketawa saat menerima jawapan jelingan tajam dari mata wanita itu.
***
Aisya mengukir senyum sebaik sahaja diperlawa masuk ke dalam ruangan kerja yang agak besar milik Firas.
Wajah si hitam manis yang kelihatan sungguh ceria itu ditatap sedikit lama. Tak sedar, bibirnya turut berjangkit senyuman saat sepasang matanya ralit memamahi setiap inci wajah Firas. Wajah yang tak pernah mati dari senyuman dari pertama kali bersua pandang.
Namun yang membuat dia tersenyum kali ini bukanlah lelaki yang bernama Firas, melainkan wajah nakal musuh kesayangannya yang tidak jemu bertandang pada dasar benak.
Walaupun selalu berdebat dengan lelaki itu, namun sukar untuk Aisya menyangkal rasa rindu kepada lelaki yang bernama Lufian. Bahkan ,kadangkala Aisya merasa, rindu terhadap Lufian lebih besar daripada rindunya kepada Mikha, si tangkai hati.
"Abang harap, Aisya happy kerja kat sini. Kalau Aisya ada apa-apa masalah, cari je abang. Aisya jangan risau, staff-staff kat sini semua baik-baik. Bos pun baik. Tapi dua hari ni bos tak adalah.Sebab dia ada hal kat luar." Suara garau Firas yang sedang berbicara panjang lantas mematikan lamunan Aisya.
"Terima kasih...er..nak panggil macam mana ek?" Aisya berkira-kira dengan panggilannya saat merasa panggilan 'abang' jelas sekali tidak sesuai digunakan di situ memandangkan Firas juga merupakan pegawai tinggi di situ dan dia sedar dia perlu bersikap profesioanal.
"Panggil abang je. Abang tak kisah." Ujar Firas dengan tampang senang sambil ralit menatapi wajah cantik Aisya yang selalu menganggu lena malamnya. Dia lebih suka wanita cantik itu memanggilnya abang. Terasa romantik sahaja.
"Tapi ...nanti apa pula kata staff lain.."Aisya menampakkan roman sedikit serba salah.
"Kita kat sini sporting semua . Jangan risau. Kejap lagi abang kenalkan Aisya dengan staff-staff kat sini. Sekarang ni, mari abang tunjukkan meja kerja Aisya."
"Terima kasih,abang Firas. Kalau abang tak tolong, Aisya takkan dapat kerja kat sini." Ucapan ikhlas dari bibir Aisya terus matikan gerakan kaki Firas.
" Hal kecik je. Lagipun kalau bos tak approve pun abang tak boleh juga buat apa-apa." Tutur Firas bersama sobekan bibir tampannya.
"Eer...abang..bos tu..tua ke?"
"Ish..taklah..muda dan...single lagi. Kenapa Aisya tanya?" Soal Firas sambil ketawa kecil.
"Taklah..tanya je.. Jomlah .."
****
"Hai Aisya... I ..Hannah. ".Aisya menunduk hormat sempat juga berkerut dahi meniliki penampilan seksi wanita di hadapannya itu. Kalau ikutkan, mukanya tidaklah cantik sangat tetapi jika dilihat dari bentuk badan, fuhhh..tinggi lampai mengalahkan model terkenal.
"Hai Hannah.." Aisya menyapa pendek bersama senyuman manis. Walau sedikit segan melihat penampilan 'daring' dan mencolok mata wanita itu, Aisya tetap bersenang hati dengan keramahannya.
"Kalau you ada apa-apa masalah kat sini, you boleh je bagitahu i. Jangan malu tahu, kami kat sini semua baik-baik." Ujar Hannah sambil menyibuk tangannya membantu Aisya menyusun barangannya di atas meja.
"You dah lama ke kerja kat sini?" Soal Aisya yang mula tertarik dengan kebaikan Hannah.
"Dalam....lima tahun..." Jawab Hannah dengan senyuman bangga.
"Lamanya.. Seronok ek keja sini?"
"Mestilah seronok. Staff kat sini semua baik-baik. Bos pun...hensem...hot.." Aisya ketawa ketika melihat tingkah gedik Hannah yang sempat terpamer.
'Hensem? Hot?'
Nampaknya telahan Lufian yang menyebut bosnya itu tua, salahlah!
'Padan muka abang!'
"Nanti you ikut kitaorang lunch sama ye..."Hannah memperlawa dengan nada ceria. Walaupun dia seorang wanita, tetapi hatinya juga jatuh cinta dengan kecantikan Aisya. Walau tidak setinggi dan seramping dirinya, namun pipi tembam Aisya benar-benar membuatkan dia suka menatap.
"Err...Hari ni tak dapat lah..sorry..i ada lunch date ."Aisya menolak lembut.
"Dengan boyfriend ke dengan husband ?"
Aisya hanya mengukir senyuman dengan pertanyaan itu lantaran merasa serba salah untuk menerangkan kedudukan sebenarnya.
"Tak pe..Eh,you nak ikut kitaorang malam ni tak?. You cantik..Mesti seronok kalau you join team kitaorang."
"Team? Maksud you?"
"Clubbing....!! I jamin you akan happy kalau ikut kitaorang..Jomlah...." Hannah mengangkat tangannya sambil mengerakkan tubuhnya meliuk ke kiri kanan mengikut rentak lagu yang dinyanyikan sendiri seolah-olah sedang berada di kelab malam.
"Maaflah..I ..tak pernah pergi tempat macam tu..Tak biasalah.."Aisya juga menolak baik. Senakal mana pun dia, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke tempat seperti itu kerana selalu diberi amaran keras oleh arwah kakaknya.
"Alaa..you ikut je, i jamin you akan gilakan tempat tu nanti..Lagipun,kita bukan setakat pergi untuk suka-suka je..Sekali dapat juga 'release tension' dan penat dari kerja...Jomlah...." Hannah juga tidak lelah memujuk.
Aisya masih sahaja menggeleng dengan senyuman tanda menolak baik perlawaan itu.
*************
Makan tengah hari untuk sepasang kekasih ketika itu terhias dengan senyuman manis yang tidak lekang pada barisan bibir mereka. Tatapan mata juga saling berlaga penuh bermakna dan ertinya hanya mereka yang tahu.
"Abang happy sangat baby kerja kat situ. Senanglah kita jumpa nanti. " Mikha akhirnya melantunkan kata-kata bahagianya.
"Kan...Aisya pun tak sangka tempat kerja abang dekat-dekat sini je.." Aisya yang mengetap bibir , sedikit kesipuan dengan pandangan mengoda Mikha.
"Ok tak kerja kat situ? Kawan-kawan baby ok tak?"
"Staff-staff kat situ semuanya baik -baik. Cuma , Aisya belum jumpa bos Aisya lagi. Sebab mereka kata ,bos Aisya ada hal kat luar. Lepas dua hari baru dia masuk office."
"Tak kisahlah...Yang penting sekarang ni , abang rasa happy sangat-sangat sebab tak apa yang boleh halang kita berjumpa lagi."Mikha mengenggam tangan Aisya lalu dibawa ke bibirnya.
"Aisya!!"
Senyuman manis yang meniti bibir wanita itu langsung mati ketika wajah suami 'tercinta' yang menyapa pandangan matanya. Lidah yang becok berbicara tadi terus terkelu, liur yang ditelan juga terasa kelat.
Entah mengapa hati wanita itu terasa serba salah ketika tertangkap bermain kayu tiga di belakang suami 'tercinta ' itu.
Aisya terus menarik tangannya daripada genggaman teman lelakinya.
"You balik sekarang!"Lufian yang sudah berdiri di hadapan meja pasangan kekasih itu, terus mengarah keras.
"Woo...you siapa bro? You jangan nak cari mati dengan i!!"
"I tak ada urusan dengan you. Baik you diam!"Lufian membentak dengan pandangan sinisnya ke arah Mikha.
"Dia girlfriend i! You siapa??!!" Mikha yang sudah mengoyak senyuman kemenangan bertutur yakin dengan nada sinisnya.
"You nak tahu i siapa??!!"
ns216.73.216.250da2


