BERKERUT kening Lufian, terlengkap wajah tampannya dengan senyuman nakalnya ketika menatap gambar Aisya yang dimuat turun ke dalam akaun Instagram. Memang rutin Lufian seperti itu, 'bercurian 'stalk' IG Aisya tanpa wanita itu ketahui.
Bukan main manis lagi senyuman Aisya di dalam gambar, berbeza benar dengan caranya ketika di rumah.
Sedang asyik menjadi seorang 'stalker' yang terarif, bunyi derapan kasar kaki seseorang membuatkan Lufian laju-laju keluar dari aplikasi tersebut. Berpura-pura menaip sesuatu pada aplikasi whatsappnya pula.
"I nak pergi shopping. I nak beli baju kerja untuk next week.."Tiba-tiba suara wanita itu kedengaran berbunyi dengan nada sedikit kasar.
Baru tadi Lufian memuji penampilan cantik Aisya di dalam hati, tetapi disebabkan kebiadapan isteri 'tercintanya' itu, terus membuatkan dia mendengus geram.
"Ada i tanya? Pergilah! Selama ni pun bukan you pernah minta izin i pun! Main redah je semua benda......!" Lufian membebel panjang tanpa memandang ke arah Aisya. Matanya sengaja disibukkan ke arah skrin Iphone. Biar wanita itu terasa.
"You ingat i bagitahu you ni sebab i nak minta izin ke? Memang tak lah!" Balas Alysa sambil memeluk tubuhnya sendiri. Sakit hatinya melihat sikap hantu Lufian. Cekik baru tahu!
"Dah tu? Tercegat kat sini buat apa? Pergi je la! "
"You lupa ke tanggungjawab you sebagai seorang suami?!" Aisya spontan meriak wajah manisnya sambil menadahkan tangan ke arah Lufian. Matanya dikenyitkan juga agar mampu mengoda hati batu seorang 'hantu' itu.
"Nak duit cakap je lah terus terang. Tak payah nak buat muka sangat! Ingat cantik sangat ke?!..." Aisya terus tersenyum lebar saat melihat Lufian mencapai dompetnya. Namun senyuman manis itu terus bertukar kepada roman kebengisan saat melihat Lufian dengan wajah selamba sahaja mengeluarkan sekeping note RM1 lalu dihulurkan kepadanya.
"Apa ni...?!" Bentak suara halus Aisya , sedikit tersasar nadanya akibat menahan geram.
"Duitlah..! Nak duit kan?" Lufian menayang wajah suci.
"You ingat cukup ke ?!"
"You ingat cukup ke?"Aisya membuntangkan matanya besar saat Lufian mengajuk kata-katanya. Ketika itu, turun naik nafas Aisya menahan rasa hawa panas yang meruap hebat pada dasar hatinya.
Lufian terus meledakkan ketawa yang kuat ketika memandang riak cemberut Aisya.
Sambil mengakhiri lebihan tawa jahatnya, dia mengeluarkan lagi lima keping note RM100 dan diberikan kepada Aisya.
"You ingat i nak beli kedai pakaian ke?"
Aisya hanya mengambil dua keping note wang tersebut dan memulangkan tiga keping lagi kepada Lufian.
"Bagus isteri abang ni. Pandai berjimat cermat.." Lufian sempat mengusik, tetapi bersama senyuman yang sengaja disiniskan.
"Baru tahu ke? Oklah. I nak gerak dulu. You jangan kerja membuta je. Jaga anak-anak i. kalau i balik tengok mata anak-anak i tu merah,siap you!" Aisya sempat meninggalkan amaran kerasnya kepada musuh kesayangannya siap dengan kepalan penumbuk lagi tertayang tepat yang hanya beberapa inci jauh dari muka di tampan itu.
"Anak youlah sangat! You ingat i tak reti ke jaga dia orang ? Habis tu selama ni yang jaga, siapa?" Lufian menentang sinis. Pedih hatinya melihat Aisya yang tak penat-penat memasal.
"Bisinglah! Memekak...! Ingat amaran i! Bye!" Lufian tersenyum sendiri melihat isterinya yang sudahpun berlalu.
'Marah je kerja...Tak pandai nak berlembut langsung...'
*********
"BABY tahu tak, baby dah banyak berubah dah kebelakangan ni! Nak ajak jumpa pun susah sangat. Baby dah tak sayangkan abang lagi ke??" Mikha menarik wajah masam saat menatapi wajah kekasih hatinya yang kelihatan begitu cantik terpamer di depan matanya.
"Sayanglah...Apa pula tak sayang? Cuma baby sibuklah abang. Mana nak uruskan anak-anak buah baby lagi. Abang tahu kan, mereka perlukan baby. Abang ipar baby kan sibuk dengan kerja. Tak ada siapa nak tengokkan budak-budak tu..." Wanita itu meleretkan pujukan manjanya sambil membalas sentuhan tangan Mikha, teman lelakinya.
"Kalau sayang, baby tak akan biarkan abang menunggu baby lama-lama macam ni. Sampai nak ajak keluar pun ,susah sangat. Ke baby ada orang lain?!" Mikha melontarkan keraguannya yang sekian lama tertanam.
"Mana ada orang lain. Baby sayangkan abang je. Apapun berlaku, baby sayangkan abang je.." Bersungguh-sungguh Aisya mengucapkan kata-katanya. Pandangannya kepada Mikha begitu menampakkan rasa sayang yang begitu mendalam. Bukan mudah melupakan lelaki yang sudah dia kenali hampir dua tahun itu.
"Abang harap, baby takkan permainkan perasaan abang. Abang betul-betul cintakan baby. Please ...janji yang baby akan setia dengan abang."
"Baby janji...Baby sayangkan abang je.." Aisya mengucap kata cinta seolah tidak sedar diri yang sudahpun terikat statusnya.
"Baby...kenapa baby delete gambar-gambar kita berdua kat IG baby? Abang lama dah perasan tahu tak ?"
"Err...tak..sebenarnya..baby tak nak orang ...salah faham dulu. Biarlah orang tahu tentang kita kalau kita dah terikat dengan sah nanti. Abang ipar baby tu...garang..Baby takut."Aisya mula beralasan. Dia sudah menjangka akan disoal seperti itu dan memang itu jawapan yang sudah dia persiapkan.
"Kenapa pulak dia nak kongkong baby?! Setakat abang ipar je kan? Kalau ikutkan, baby dah tak ada kena mengena dengan mereka sekarang ni tahu tak? " Mikha berhujah dengan nada kelantangan dan seketat itu juga serautan wajahnya terbentuk. Biar tidak pernah bersua pandang dengan abang ipar teman wanitanya itu, tetapi daripada penceritaan Aisya, dia yakin Lufian itu seorang yang cukup menyebalkan.
"Bukan semudah yang abang fikirkan. Anak-anak buah baby sangat perlukan baby. Abang ipar baby dah janji dengan arwah kak Hanim, untuk jaga baby selagi...baby....be..lum kahwin..." Aisya bersuara sedikit sayu. Menyebut nama Hanim, hatinya terjentik rasa rindu dan hiba.
"Then, kita kahwinlah...Jom?" Mikha menayang wajah penuh berharapan. Melihat reaksi lelaki itu, Aisya sedikit tertawa.
"Abang ingat kahwin ni macam main masak-masak ke? Biarlah kita sama-sama dah kerja dulu.. Barulah boleh fikir sejauh tu.."
"Abang dah kerja, cukuplah kan? Kalau kita dah kahwin nanti, baby tak perlu kerja. Tinggal rumah je ..jaga anak-anak kita."
"Anak-anak? Jauhnya abang berangan..." Aisya senyum tersipu-sipu.
"Mestilah..abang sayangkan Aisya tahu tak. Hanya ada Aisya kat hati abang ni.
I love you, baby ..." Ucap Mikha penuh kegemeresikan.
"I love you more , abang...Dah jom..Aisya nak beli baju..." Aisya ingin mengelak, tidak betah lagi berhadapan dengan keromantisan lelaki kacak itu.
" Okay.. tak apa, biar abang bayarkan nanti"
" Tak apa. Abang ipar baby ada bagi duit tadi.."Aisya menolak, walau selama mana pun dia mengenali Mikha, namun dia enggan berhutang duit dengan lelaki yang belum pun sah menjadi miliknya.
"Berapa?"Soal Mikha dengan riak meluat. Dia benci abang ipar Aisya, kerana dia dapat merasakan lelaki itu yang menjadi punca Aisya berubah.
"RM200.."
"Mana cukup tu..kedekut betullah abang ipar baby tu! Tak apa, biar abang yang bayarkan nanti..!" Mikha terus ketawa sinis.
"Tak..sebenarnya...dia..." Entah kenapa hati wanita itu sedikit terusik ketika suami 'kesayangannya' dikutuk oleh kekasih hatinya sendiri.
"Dah..dah..jom..."Mikha terus menarik tangan Aisya agar wanita itu segera menuruti langkahannya tanpa menunggu wanita itu melengkapkan kata-kata.
********
"Dik.... Minggu depan jangan lupa suruh Aisya datang pagi, dalam pukul 8.30 jangan awal dan jangan lambat. Bagitahu dia, abang tunggu.." Fila membuat serautan riak meluatnya ketika merasa rimas dengan sikap abangnya yang tak jemu-jemu menitip pesan yang sama.
"Abang ni..tak habis-habis ulang benda yang sama. Dah tak sabar sangat ke?" Hambur Fila dengan herotan bibir menyampahnya.
" Issh adik ni. Abang ingatkan je. Manalah tahu kot kot adik terlupa. Nyanyuk adik ni kan tahap teruk, mengalahkan nyanyuk nenek kebayan.." Ujar Firas bersahaja.
"Abang ni kan..benci tau!" Fila mencapai sebiji bantal dari atas sofa lalu dibaling tepat ke arah muka Firas. Firas terus meledakkan tawa lalu bermulalah aksi kejar mengejar di ruangan tamu rumah banglo bertingkat dua itu.
"Hish... budak-budak bertuah ni. Dah besar panjang perangai serupa budak kecik..!" Bebel Abdul Mizan sambil bergeleng kepala ketika melewati ruang tamu ,tempat yang dijadikan gelanggang gusti oleh dua orang anaknya itu.
"Abang la ni pa..suka sangat sakitkan hati orang.."Fila mengadu dengan riak sedihnya dengan harapan agar berpihak kepadanya.
"Papa...!!"Fila menjerit geram saat melihat Firas menjelirkan lidah ke arahnya.
"Dah..dah .. Firas pergi panggilkan mama. Papa lapar dah ni.." Abdul Mizan mengarah lantang.
"Suruhlah adik pa.." Firas membuat usul kerana mahu mengelak.
"Papa suruh abangkan? Pekak ke?" Fila memekik lantang dengan tampang mendongkol. Sikap abangnya selalu sahaja menyakitkan hatinya.
"Sudahlah tu! Firas!" Abdul Mizan bersuara tegas ketika melihat Firas yang sudah mahu bergerak mengambil sebiji bantal lagi untuk dibalingkan ke arah Fila.
"Ye la ..ye la..!" Firas akhirnya mengalah juga lantaran sedikit ketakutan dengan arahan lantang dari ayahnya sementara Fila sudah mempersembahkah tarian joget Melayu di belakang ayahnya.
*******
"DARI mana?" Lufian menegur keras Aisya yang baru balik setelah dari tengah hari tadi , jam 8.30 malam baru nampak batang hidung.
"Perlu ke you nak tahu? Selama ni you tak pernah cakap pun.."Aisya menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Matanya meliar mencari keberadaan Mya dan Aliff.
"Mana anak-anak i?" Soal Aisya selamba tanpa memandang ke arah Lufian.
" ANAK-ANAK YOU dah tidur..menangis tunggu mama mereka sampai tertidur.." Lufian memerli. Ayat 'anak-anak you' sengaja ditekan kuat.
"Kesiannya...Dah, i nak mandi. Kalau you memang lapar nak bergaduh, tunggu i mandi kejap. I pun banyak benda tak puas hati dengan you..!"Aisya terus berlalu ke bilik dengan senyuman sinisnya.
"Orang lapar makan, dia lapar gaduh.Makluk Tuhan yang teraneh di muka bumi!" Lufian berbicara sendirian sambil berlalu ke kamarnya. Wajah anak-anak yang sudah terlena dipandang satu persatu. Wajah sesuci kain putih,
sedari kecil mereka ketandusan kasih sayang seorang ibu, mujur ada Aisya tempat anak-anaknya menumpang kasih.
Tanpa tersedar, tiba-tiba sahaja air mata lelaki itu mengalir. Cepat-cepat dia menyeka.
'Aduh mata ni pun. Janganlah menangis. Kang terlihat oleh nenek lampir tu, sampai tujuh keturunan aku malu.!'
Lufian tersenyum sendiri, lalu mengambil tempat pembaringan di sisi anak kecilnya. Pipi si mulus itu dikucup perlahan. Kepala Mya juga diusap lembut.
Tubuh yang tadi bergerak-gerak terus dikakukan saat mendengar derapan kaki seseorang mendekati pintu kamarnya. Lufian laju memejamkan mata , ingin berpura-pura ketiduran kerana sesungguhnya dia malas untuk bertikam lidah dengan isteri 'tercintanya' itu. Nasib baiklah lampu bilik sudah ditutup. Jadi,tak nampak sangatlah matanya sedang tidak kesungguhan terlelap.
" Eh... dah tidur? Cepatnya..tadi kata nak gaduh..Takutlah tu! "Aisya mengomel sendirian. Lufian yang mendengar jelas kata-kata itu cuba sedaya upaya menahan senyum.
"Mama minta maaf Mya sayang..mama lambat balik.."Kedengaran suara Aisya kelunakan sambil menepuk lembut paha Mya, juga mengucup kasih pipi anak perempuan yang sudah lama terlena.
Kemudian dengan gerakan yang berhati-hati, dia memanjat katil untuk mendekati tubuh kecil Aliff lagi. Dia rindu ingin merangkul tubuh kecil anak yang cengeng itu,tetapi tangan Lufian yang sedang memeluk Aliff benar-benar menyekat keinginannya.
"Berat juga tangan abang ni. Tangan batu ke?"
Aisya menahan geram sambil membisik bebelan.
'Abang?' Lufian semakin berusaha semampu mungkin menahan senyuman lebarnya.
"Mama rindu Aliff....."Dengan rakus , Aisya mengomol pipi berisi Aliff ,juga dirangkulnya kemas tubuh kecil anak itu.
"Haaaaaaa...!!"
Kerana terperanjat dengan sergahan garau itu, dengan mudah sahaja kaki Aisya menendang kuat tubuh suaminya. Lufian yang sudah kehilangan ruang di atas katil terus berpegang kuat pada lengan Aisya. Sudahnya, kedua-dua manusia itu jatuh terjelopok di atas lantai .Lufian langsung berketapan bibir menahan sakit, dan bertambah sakit lagi apabila tubuh Aisya terhempap menindih tubuhnya.
"Argghh...apahal you ni?! Main sepak-sepak pulak. You ingat i bola?" Herdik Lufian sambil meringis menahan 'kesengsaraan'.
" Padan muka! You yang kejutkan i tadi!!" Aisya ikut membentak kuat tanpa mahu mengambil tahu tentang anak-anak yang sedang terlena di atas katil.
'Biar mereka bangun, biar manusia ni bersusah-payah tidurkan mereka balik!'
"Yang you tergedik sangat sampai nak panjat katil ni apasal?"Lufian menghambur keras.
"I nak tengok anak-anak i..!"
"I nak tengok anak-anak i..!" Lufian mengajuk bersama serautan riak sebalnya. Kerana begitu meluat dengan sikap hantu suami 'kesayangannya' , laju sahaja Aisya meringankan tangannya untuk memukul dada Lufian.
"Aduh .. I nak bangun. Sakit tau tak.?"
"Bangun je la! Mengada sangat!! ." Aisya membentak kemeluatan.
" You ingat you ringan ke? Dah you tak nak berhenti peluk i, macam mana i nak bangun?!"
"ohh..sorry..."Aisya yang baru tersedar akan posisi memalukannya, perlahan-lahan Aisya bangun sambil mengosok pinggang yang terasa kelenguhan.
" Salah you. Semua salah you...!!"Aisya berleter sambil beralih tubuh dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Lufian yang juga ikutan bangun sempat membetulkan selimut anaknya, sebelum menapak mendekati susuk Aisya.
"Kalau pinggang i patah, i suruh you bayar ganti rugi!"
" I mana ada duit..!"
"Sedarpun tak ada duit! Tapi suka sangat cari pasal..!"
"Memang i sedar diri, i tak ada duit! I bukan kaya raya macam you!" Aisya yang sudah lama menahan geram hampir sahaja menjerit.
"Mulut tu elok sikit ek, i tiap-tiap bulan bagi you nafkah, mana you letak? Simpan sangat duit tu sampai berlakon macam tak berduit!"
"Tu untuk saving. Manalah tahu esok lusa you buang i, sekurang-kurangnya hidup i terjamin sikit!" Ujar Aisya bersahaja. Memang itu yang dikhuatirinya kerana dia tahu, dia hanya sebatang kara di dunia ini. Hanya berpegang kepada Lufian.
"Siapa yang nak buang you?! Cakap jangan nak main redah je!!"
"Youlah yang nak buang i!!"
"Youlah yang nak buang i!" Ajukan sahaja yang terbalas dari bibir lelaki itu tersusul dengan senyuman jahatnya.
"I benci you, Lufian! You suka sakitkan hati i.You tunggulah, kalau i dah kerja, i tak akan susahkan you! Satu sen pun duit you i takkan hairan..!"
tskk...tskkk...
"Tak payah nak berdrama sangat! " Lufian yang melihat Aisya mengesat air matanya terus diselubungi rasa serba salah.Namun kerana ego, dia tetap mengeraskan nada suaranya, cumanya tidaklah selantang tadi.
"You kerja kat mana?"Lufian terus meluahkan rasa penasarannya. Kali ini lembut sedikit intonasi suaranya.
"Sibuk sangat nak tahu ,apasal?!"
"Mestilah i kena tahu. Manalah tahu e esok lusa you tak balik rumah, tak pun kena culik hantu raya,senang juga i nak cari!" Sakit hati seorang suami yang bernama Lufian dengan kedinginan isteri 'tercintanya'. Bukan main baik orang bertanya, dijawab dengan nada berkasar pula. Biadap sangat!
"You sukalah kan kalau i kena culik?!" Herdik Aisya sambil mengacukan pucuk tatapan meruncing matanya ke arah Lufian.
"Bila masa i kata i suka! Suka sangat menuduh! Cakaplah you kerja kat mana sebagai apa? " Bentak Lufian yang sudah mencuba menahan marah.
"Red Universal Holdings, sebagai designer je. Bukan pangkat tinggi-tinggi macam you. Puas?" Aisya menjawab sinis.
"Apa ??!! I TAK SETUJU!!"
ns216.73.216.250da2


