Hisyam tiba dia sebuah bistro di mana dia dan Azman sudah bersetuju untuk bertemu. Hisyam di mindanya sibuk merangka ayat untuk memohon bantuan rakannya. Apakah ini peluang untuknya?
Hisyam berjalan memasuki bistro tersebut, dia mencari cari Azman dalam hiruk pikuk manusia di dalam bistro tersebut.
"Syam! Syam!! Sini.."
Hisyam terdengar orang memanggilnya, dia menoleh dan kelihatan Azman sedang memanggilnya di meja, di sebelah Azman ada seorang perempuan muda, sangat seksi di mata Hisyam.
"Eh Man, lama tak jumpa, last masa majlis aku dulu" Mereka berdua bersalaman sambil berpelukan
"Haah Syam, last kat situ la. Aduhh kenapa kau ni Syam, aku nampak dah tak hensem macam dulu, ni baju apa kau pakai ni, baju bundle ke?"
"Eh Man, kau jangan la cakap macam tu, malu aku dengan isteri kau ni ha"
"Hahaha, kau takyah malu Syam. Ni bukan isteri aku, walaupun dah macam isteri aku. Hahaha, ni Hana, Hana, ni Hisyam kawan I dari dulu dulu. Berhingus sama sama."
"Hi saya Hana, nice to meet you"
"Hi Hana, nice to meet you too"
Hisyam malu untuk bersalaman dengan Hana, kerana gadis ini sangat cantik rupa parasnya.
Hisyam dan Azman sibuk bersembang sehingga tidak ketahuan waktu sudah larut.
"Adui Syam, kelakar jugak kita dulu, hahaha. Alamak, dah lama kita borak ni, tapi, kau masih belum cerita, hal sebenar kau nak jumpa aku out of the blue macam ni"
"Ohh hal tu. Sebenarnya Man, aku nak mintak tolong dari kau, pasal.."
"Pasal apa? Duit?" Azman memotong ayat Hisyam.
"Eh, macam mana kau tau? Aku tak cerita lagi"
"Biasalah Syam, member lama lama ni kalau tetibe nak jumpa, kalau tak pasal nak pinjam duit, mesti nak mintak hutang, hahaha, betul tak?"
"Hahaha, betul lah tu" Hisyam memaksa satu ketawa untuk mengiyakan kenyataan Azman, sedangkan dia sedang merasa malu dan tebal muka.
"Berapa kau nak pinjam?" Azman terus menanyakan kepada Hisyam.
"Sebenarnya aku nak bayar hutang hutang bisnes aku, aku fikir nak gulung tikar. Aku nak mula hidup baru, tapi untuk mula hidup baru tu hutang hutang ni semua aku kena settle atau hidup aku nanti jadi lebih melarat"
"Hutang? Berapa kau hutang? Tak sayang ke kau nak tutup bisnes yang kau bangunkan dulu?
"Kalau ikutkan sayang Man, tapi aku dah tak ada pilihan, aku tak sanggup biarkan isteri aku hidup serba kekurangan macam ni, makan nasik lauk telur dengan kicap hari hari semata nak berjimat supaya aku boleh berbisnes walaupun bisnes aku tak untung apa pun, yang tambah lagi hutang."
"Ooo, kau tak jawab aku lagi, berapa kau hutang?
"Ermm, hutang supplier 7k, hutang bank 175k. Hutang hutang kedai aku ambik barang rumah belum kira lagi"
" Fuhh banyak jugak kau hutang ni Syam. 175k? Kau jual la kereta kau, boleh bayar at least separuh."
" Aku dah jual dulu, untuk buat modal bisnes aku konon nak naikkan sales tapi tak jadi. Sekarang aku ada motor je satu, tapi kalau aku jual moto kapcai ni berapa la aku dapat. Lepastu kalau aku takda moto macam mana aku nak pergi kerja lepas ni?"
"Syam..syam..hutang 175k tu tinggu, aku boleh bagi kau pinjam 7k, langsaikan hutang dengan supplier kau tu. Tapi untuk 175k tu tak mampulah aku, tapi itu aku ada cara."
"Syukur Man, kau boleh tolong aku langsai hutang dengan supplier aku dah bersyukur, tapi kau cakap nak settle hal bank tu kau ada cara?"
"Ada..kau jangan risau. Eh baby, you boleh tolong belikan I rokok tak kat 7E depan tu, you beli la apa apa untuk you jugak, habiskan 100 ni, takpa take your time" Azman meminta Hana untuk membeli rokok kerana ingin 'talk in private' dengan Hisyam.
Setelah Hana beredar, Azman sambung bicaranya.
"Aku terus terang dengan kau Syam, aku ni kerja runner, runner apa kau tau? Aku runner untuk vip vvip, aku bekalkan diorang nikmat dunia. Kau faham?"
"Nikmat dunia? Err kau runner dadah ke?" Hisyam perlahankan suaranya.
"Eh bodo kau ni, bukan dadah, perempuan! Aku supply perempuan dekat vip, vvip yang terlampau banyak duit, diorang boleh beli apa je termasuk perempuan"
Terbeliak mata Hisyam mendengar kata kata Azman.
"Tu Hana tadi tu, japgi aku kena hantar dia bekerja. Dia ada booking hari ni. Kau tau berapa dia dapat? 10k Syam untuk satu booking. Tapi dia tak makan semua, dia dapat 20% je yang selebihnya duit bos aku dan duit aku, tapi perempuan perempuan ni bijak, diorang layan aku baik baik, jadi dorang dapat lebih la duit diorang tu"
Hisyam terdiam, memikirkan respon kepada apa yang diperkatakan Azman, 10k satu malam. 2k satu hari, sebulan dah berapa??
"Kau tau pajak gadai Syam?"
"Err..aku tahu, kenapa Man?"
"Aku boleh tolong kau tapi aku perlukan gadaian. Sorry la Syam, tak semua benda kat dunia ni free. Apa kau boleh gadai dekat aku?"
"Aku tak ada harta banyak Man. Motor aku, bisnes aku, tu je aku ada"
"Bini kau?"
"Hah? Bini aku?"
"Haah, bini kau, gadai dekat aku. Aku akan pastikan kau dapat duit tiap tiap bulan, hutang kau dengan bank tu settle, amacam??"
Hisyam bangun dari duduknya, merasa amarah berkobar di dada.
"Kau gila Man? Kawan jenis apa kau ni? Tu bini aku Man!" Hisyam menggengam tangannya sudah bersedia untuk memberi satu tumbukan padu ke muka Azman.
"Eh braderr, aku bagi kau pilihan ni, satu kau hidup senang, bebas hutang, boleh jalani hidup stress free cuma kau kena korbankan orang yang kau sayang, atau kau boleh teruskan hidup macam ni. Makan nasik dengan telur boleh ubah jadi makan pasir minum air longkang, kau pilih" Azman berunding dengan Hisyam dan nampaknya umpan akan mengena.
Hisyam kembali duduk dengan pelbagai persoalan bermain di fikirannya.
"Kau nak 7k? Sekarang jugak aku boleh bagi, kau ikut aku pergi rumah aku. Aku bagi cash, amacam?"
Hisyam mengenangkan nasibnya, apakah ini saja jalan keluar yang ada? Dia menimbang segala pilihan yang ada dan akhirnya..
"Ok, aku setuju, tapi aku nak duit tu sekarang dan kau tunggu aku inform kat kau pasal bini aku. Hal ni kena bincang.
"Haaa baguss bagus..good good. Jadi kalau macam tu, jom ikut aku balik. Rumah aku dekat je dari sini, sambil tu kau boleh tengok kat mana tempat aku nak hantar Hana."
Hisyam mengangguk dan mengikut saja seperti anjing yang telah dirantai lehernya.
Sepanjang perjalanan, Hisyam hanya mendiamkan diri. Di dalam kereta Azman dan Hana sibuk berborak seperti sepasang kekasih walaupun hakikatnya ia hanyalah hubungan bapak dan anak ayam. Kereta memasuki di sebuah perumahan mewah, di kiri dan kanan hanya kelihatan rumah banglo megah.
Azman berhenti di sebuah banglo di hujung perumahan elit ini. Kelihatan di banglo itu ada 2 buah kereta Vellfire parking di bahagian depan dan beberapa orang pemandu peribadi sedang duduk di luar pagar sambil menghisap rokok.
"Ok baby, dah sampai. You dah habis kerja, you contact Wong, nanti dia pickup you ok. I ada hal sikit dengan Hisyam. Make sure jangan lupa prosedur ye? Have fun, makan besar you malam ni" kata Azman kepada Hana.
"Hihihihi, ok sayang, makan besarnya apanya, I yang kena makan. Mmmmuahhh!" Satu kucupan diberi Hana ke bibir Azman. Hana berjalan menuju ke rumah banglo tersebut. Para pemandu peribadi hanya memandang Hana atas bawah, terkesima dengan kecantikan di bawa Hana.
"Syam, kau tau siapa booking Hana? Menteri yang nak happykan pelabur yang nak melabur kat negara kita ni. Bila fikir balik, besar jasa si Hana tu ye? Hahahaha, walaupun kena kekah." Azman tersenyum sambil memandang Hisyam yang sudah berubah trmpat duduk di hadapan. "Dah la, jom". Kata Hisyam.
"Aku bagi kau 10k, lagi 3k tu aku anggap bayaran upah deposit. Kau guna la untuk apa kau nak" Di rumah, Azman menghulur sebuah beg berisi wang kepada Hisyam. Hisyam menggigil memegang beg tersebut memikirkan akibat dari rundingan ini.
"Aku hantar kau balik, apa apa mesej aku, jangan lupa".
117350Please respect copyright.PENANAssyHanZKhx