"Aduh..aduhhh macam mana ni? Stress aku!"
Hisyam mengeluh di meja makan sambil membelek belek bil dan buku kira kiranya. Situasi bisnesnya sekarang semakin parah. Hutang bank dan supplier menggunung, banyak barangan tidak terjual. Servis baik pulih komputer dan telefonnya pula mendapat kritikan yang teruk dari pelanggan gara gara alat ganti yang digunakannya tidak berkualiti.
"Masak aku macam ni, hutang tak boleh nak bayar, orang dah tak nak datang kedai aku, macam mana nak hidup ni? Serabut sial"
Ayu datang dari dapur membawa secawan teh o kepada suaminya, dari dapur dia sudah mendengar keluhan suaminya, sebagai seorang isteri, dia merasa kesian dan pada masa yang sama amat risau dengan masa depannya. Sudah berbulan, dapur mereka jarang berasap. Peti ais sentiasa kosong dan nafkah yang diterima tiap bulan sebelum ini sudah lagi tidak dihulur Hisyam.
"Abang mengomel apa tu bang, sudah sudah la. Nak buat macam mana bisnes dah tak boleh nak jalan, abang lepaskan ego tu, kita tutup bisnes tu, abang cari la kerja, kerja kilang ke kerja dekat kedai baju ke asalkan bulan bulan kita ada duit bang, sampai bila kita nak hidup macam ni?"
"Tutup bisnes saya? Awak tak faham Ayu, saya bina bisnes ni dengan tangan saya sendiri, guna duit simpanan saya, dah habis beribu untuk naikkan bisnes ni, ni semua maruah saya, kalau orang tau saya dah papa kedana macam ni, mana saya nak letak muka?"
"Abang pikir muka abang je? Muka saya ni macam mana? Saya malu tau bang, orang mengata saya, saya dah tak cantik macam dulu, baju pakaian saya semua dah tak bertukar dah lusuh. Orang mengata cakap Abang tak reti jadi suami biarkan isteri hidup macam ni!"
"Habis tu apa awak nak saya buat? Tutup bisnes, cari kerja, lepast tu hutang hutang semua ni sapa nak bayar?! Awak ingat duit kerja tu boleh settle ke semua hutang ni, saya hidup 40 tahun lagi pun tak boleh settle awak tau tak?"
Ayu terdiam, dia ingin membalas tengkingan suaminya tapi dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Matanya sudah berkaca, Ayu bangun dengan perlahan menuju ke bilik tidur. Dia merebahkan badannya, kelihatan air mata mengalir dan sedu yang lembut kedengaran.
Hisyam yang tadi sedang marah merasa menyesal. Ini bukan salah Ayu, tetapi salah dirinya sendiri. Hisyam berdiri di muka pintu, melihat isterinya sedang menangis teresak esak.
"Ayu..abang tak sengaja, abang minta maaf. Ayu.."
"Takpe bang Ayu faham, Ayu isteri tak guna tak mampu nak tolong abang, Ayu tak kerja, Ayu tak ada duit. Kalau ada duit ni, dah lama Ayu tolong abang, apa cara sekali pun, Ayu akan tolong abang, Abang ingat Ayu suka ke tengok keadaan abang macam ni? Ayu rindu suami Ayu yang dulu."
"Abang..abang minta maaf" Hisyam tidak tahu mengatakan apa lagi untuk memujuk Ayu.
"Dah la bang, yang penting kita cari jalan keluar. Abang cari kerja, atau abang cari kerja untuk Ayu, apa saja Ayu sanggup buat untuk abang."
Hisyam hanya mengangguk, dan beredar dari bilik. Dia duduk di sofa, berfikir fikir tentang apa yang harus dia lakukan. Tiba tiba dia teringatkan kawannya, Azman. Kawan rapat sejak muda dahulu, kali terakhir mereka bertemu ketika di majlis perkahwinannya. Azman kelihatan sangat mewah kehidupannya.
"Kalau aku mintak tolong dia, agak agak dia nak ke tolong aku?" Hisyam membisik di hatinya. Dia mencapai telefonnya, dan terus mencari nama Azman, dia menekan butang 'Call' dan menunggu respon kawan baiknya.
Tuttt..tuttt...tuttt..tutttt.tuttt..tuttttt
"Hello, Syam? Apahal kau call aku?"
"Az..Azmann..."
ns18.217.111.22da2