Disaat kau diuji, ingatlah bahawa Allah sang pencipta mahu mengangkat darjatmu disisinya. Saat kau berlapang dada, reda dan terima.. Syurga buatmu. Saat kau kecewa dan menyalahkanNya ketahuilah kau antara orang yang rugi. Rugi serugi ruginya.
Tasnim seka air mata. Peristiwa tangkap khalwat dah seminggu beralu. Bermula lah detik kehancuran buat seorang wanita yang bernama Tasnim Aima. Haeydar Hakimi benar-benar buat Tasnim tanggung rasa kecewa yang bukan sedikit. Seluruh hidupnya dipertaruhkan demi kepuasan seorang lelaki angkuh, sombong, tak berhati milik Tengku Haeydar.
Saat melihat wajah sayu si emak yang dah terkelu tak bersuara lagi, hati Tasnim disiat hebat. Ini kali terakhir aku merayu pada kau Haeydar. Kau boleh jahanamkan hidup aku, tapi jangan sesekali kau sentuh mak aku!
Tasnim mengiringi tubuh Mak ujie yang disorong masuk ke rumah orang tua. Satu-satunya ehsan yang dia minta dari Tengku Haeydar. Bersusah payah dia merayu pada Haeydar. Mujur lelaki itu bersetuju untuk tidak libatkan mak lagi dalam urusan egois mereka. Mak dah tua. Bukan salah emak lahirkan anak macam aku. Jadi dia tak perlu ikut campur terkena tempias badai yang melanda antara Haeydar dan Tasnim.
Tumpah air matanya. Tangan mak ujie dikucup. Susah Anim nak tinggalkan mak disini. Tapi ini saja yang terbaik untuk mak. Kalau mak ikut Anim, mak akan terseksa.
Mak kuatkan semangat mak semula. Anim tahu mak kuat. Bila Anim dah menang nanti, Anim janji akan ambil mak. Anim janji mak. Demi kebahagian kita. Anim akan bangkit melawan, mak!
Jangan tinggalkan Anim. Kita ada kita je. Anim akan kembali mak. Mak jaga dia baik-baik. Jangan murung terlalu lama. Anim sayang mak. Pipi si ibu dicium lama.
****
Tasnim senyum tawar saat kembali ke kereta. Paan yang tahu walang dihati Tasnim bukan sedikit, tak banyak bicara. Pedal minyak ditekan. Kereta tenang menyusur pergi. Meninggalkan teratak Rumah Kasih Orang-Orang Tua dibelakang.
"Kau kena kuat Anim."
Tasnim diam. Pandangan kosongnya dibawa ke tepi. Memandang dedaun menghijau.
"Perkara yang paling aku menyesal dalam hidup ni.. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Saat harapan itu jatuh menghentak ke bumi, sakitnya tak terkata. Hati aku bagai tersiat. Jiwa aku merana.."
Paan hela nafas. Susahnya hidup tak setaraf.. Sesenang itu kehidupan Tasnim dimusnahkan setelah tiada lagi sisa cinta di hati. Diselaputi oleh dendam kesumat semata.
" Menangis lah Tasnim. Aku ada untuk lap air mata kau."
"Tangisan pun dah tak sudi menemani aku Paan. Kering dah air mata ni sejak hidup aku dimusnahkan. Satu persatu benda yang aku sayang dia rampas. Nasib baik mak aku tak mati. Tapi tengok lah mak sekarang. Kaku, bisu, kelu."
"Allah takkan uji hambanya dengan sesuatu yang tak mampu dipikul. Kau kuat Tasnim. Satu masa kebenaran akan terbongkar juga."
Tasnim gelak sinis.
"Bila kebenaran itu akan terbongkar Paan? Ini bukan novel Paan. Jalan cerita disusun cantik. Aku sendiri tak tahu, masih wujudkah pelangi selepas hujan dalam kehidupan sedih milik aku ini. Kenapa Allah tak tarik saja nyawa aku Paan? Makin lama aku hidup, makin banyak dosa aku mempertikaikan kerjaNya."
Tasnim pandang langit yang membiru. Serta-merta peristiwa dua hari lepas kembali ke ingatan. Kali terakhir aku merayu pada kau Haeydar. Yang terakhir. Untuk mak ujie. Seronok tengok aku begini Haeydar? Tasnim pejam mata. Seboleh mungkin mengusir rasa yang mencengkam jiwa.
****
Melihat keadaan si emak yang parah dan terkaku seakan trauma, empangan air mata Tasnim pecah! Kau tak boleh buat aku macam ni Haeydar. Jangan sentuh mak aku!
Sangat cepat Haeydar buat kerja untuk memusnahkan hidup Tasnim. Seorang Tasnim yang tak mampu gugat kedudukan seorang Haeydar dianggap sebagai lawan yang perlu dimusnahkan. Sungguh tak patut!
Kita perlu bersemuka Haeydar.. Aku dah tak berdaya nak marah. Aku dah tak berdaya. Kalau kau mahu aku melutut. Aku melutut Haeydar! Tasnim kembali ke Kuala Lumpur pula.
Baru semalam Tasnim tergesa-gesa pulang ke kampung selepas dikhabarkan berita rompakan dan kes kebakaran rumahnya. Kini dia kembali menghadap lelaki itu. Dia tahu sangat angkara siapa semua ini. Tasnim perlu hentikan perang antara mereka. Mak Ujie tak ada kena mengena dalam ini cerita!
" Tunggu sekejap. Tengku Haeydar ada tetamu." Kata Mona yang dah kembali berkhidmat dengan Haeydar. Kemana Zhafran? Apa cerita lelaki itu kini? Sudah pulang atau tempoh khidmatnya disana telah dilanjutkan? Entah kenapa Tasnim terputus hubungan terus dengan Zhafran. Langsung tiada khabar dan berita. Dia sendiri tak pasti kenapa.
Tasnim sabar menunggu di sofa depan bilik Haeydar. Tasnim cuma beri senyuman nipis bila ada yang lewat dihadapannya. Senyuman yang Tasnim hulur, banyaknya dibalas jelingan dan pandangan jelek. Ya Tuhan peritnya diperlakukan seteruk ini..
Tasnim tarik nafas panjang. Kau kuat Tasnim. Kuat! Demi mak kau! Kuat Tasnim!!! Mata dikebil-kebil cuba tahan sebak yang mula terbias di kaca mata. Kau dah mudah menangis Tasnim. Takdir buat kau jadi minah cengeng!
"Tengku Haeydar panggil masuk." ujar Mona setelah 30 minit menunggu.
Merayu lah Tasnim.. Kalau itu yang boleh lembutkan hati dia.. Lemah kau hari ini bukan bermaksud mengalah bukan juga bermaksud kalah. Ada masa kita kena sedar kedudukan diri.
Orang bawah takkan boleh lawan yang berkedudukan. Dia ada duit, semua dihujung jarinya termasuk hidup kau Tasnim!
Ikutkan sahaja lah anginnya. Jangan melawan. Kerana kau takkan terlawan dengan kegilaan dan egonya, Tasnim.
ns216.73.216.75da2


