Perhitungan perlu dibuat. Dia patut bertentang empat mata dengan Farid. Biar semuanya jelas. Tasnim buang pandang dan mengeluh seketika sambil menunggu ketibaan yang paling mulia dalam hina, pelakon watak antagonis nombor satu Malaysia, Farid Affendi.!!!!
"Hai darling. Tak sangka darling sudi call abang untuk kita berdating sakan hari ini. Abang sangat berbesar hati." bersama sengihan yang meminta penampar, Farid duduk selamba dihadapan Tasnim.
"Apa yang awak nak Farid? Kenapa ganggu saya lagi? Tak cukup ke dulu saya dah cakap antara kita dah tak ada kena-mengena dah? Baru minggu lepas kita selesaikan hal ini. Kenapa awak buat onar lagi?"
Farid diam. Memerhati lama wajah itu. Dia tak beriak macam orang sengal lagi. Kini dia sudah agak serious. Keluhan dilepaskan. Mari berbincang Tasnim.
"Saya tak cintakan awak Farid. Mustahil untuk saya balas rasa yang ada dalam hati awak lepas apa yang dah terjadi. Saya masih isteri Tengku Haeydar yang sah."
Farid tergelak jahat. Dia menggeleng.
"Kau takkan lama pegang tittle isteri Haeydar. Bukan aku seorang yang ada niat untuk rampas dan pisahkan kau dari dia. Ramai yang tak sukakan kau."
Tasnim diam tak membalas.
" Ikut aku Tasnim, kita mulakan hidup baru. Kau perempuan pertama yang buat hati aku punya rasa seperti ini. Aku akan jaga kau, cinta, sayang kau sepenuh hati aku. Jalan yang kau lalui lepas ini tak mudah Tasnim. Kau perlukan aku. " kata Farid penuh makna.
" Sudah la Farid. Jangan kacau saya lagi. Saya tak nak ada kaitan dengan awak. Walau susah dan sukar macam mana pun takdir saya selepas ni.. Antara kita takkan terlakar sejarah."
"Kau belum kenal siapa Haeydar. Aku buat macam ini untuk kau nampak siapa sebenarnya seorang Tengku Haeydar. Yang kau kenal selama ini bukan Haeydar, itu cuma namanya sahaja. Cari aku bila kau dah buntu. Aku akan selalu ada untuk kau."
Farid bangun meninggalkan Tasnim bersendirian. Bersimpati dengan nasib Tasnim. Mak mertua kau pun dalang dalam hal ini Tasnim. Aku cuma memanfaatkan apa yang patut. Aku tamak Tasnim. Menginginkan sesuatu yang bukan milik aku.
Jangan salahkan aku kalau aku kejam. Salah kau sebab buat aku jatuh cinta. Ya benar.. Jantan tak berguna dan tak ada hati ini dah tewas pada kau, Tasnim..mawar merah harum yang berduri. Indah dipandang, bahaya dipetik.
Tasnim hanya memerhati langkah Farid yang makin menjauh. Wajah diraup kesal.
Kerusi disebelah yang kosong dikerling. Patutnya kau ada disamping aku, Wani. Sebak bertandang ke hati. Sampai hati kau. Disaat aku benar-benar perlukan sokongan dan dorongan kau, kau buang aku. Kau halau aku. Nilai persahabatan kita terlalu goyah Wani. Kau buat aku lebih sedih dengan apa yang menimpa diri. Aku difitnah wani!
***
Flashback.
Malam itu Tasnim sendirian tanpa Wani. Gadis itu ke Kelantan atas urusan kerja. Tinggallah Tasnim seorang diri. Dia kurang sihat. Semenjak dua menjak ini badannya kurang sedap. Hati juga berdebar kencang tak tahu kerana apa.
Tasnim terus menapak ke bilik tidur. Merebah diri. Hanyut dalam lena. Dia kusut seharian ditempat kerja. Semua serba tak kena. Mentalnya didera tanpa sedar. Diserang Puan Sri dan Mimi, bebanan kerja yang tak pernah habis dan serabut serta sesak melayan kerenah Haeydar yang tak habis-habis ingin bermanja dan memujuk rayu diberikan perhatian.
Sungguh Tasnim rimas. Bosan!
Bunyi sesuatu dibawah buat lena Tasnim sedikit terganggu. Mungkin kucing. Dia sambung lena.
Lama Tasnim hanyut dijemput mimpi indah sebelum terjaga. Bunyi kecoh dibawah mengganggu.
Apa pula bising-bising ini? Jiran pun kalau nak buat majlis tak payah la memekak sangat! Kacau betul lah. Pada mulanya Tasnim hanya biarkan, bila beberapa minit tak reda juga, Tasnim bangun dari katil dengan sedikit terhuyung- hayang. Rambut panjangnya serabai. Mata dikerlip payah.
Siapakah gerangan orang ini? Kenapa berkerumun depan pintu rumah tu? Macam mana pintu boleh terbuka? Tasnim gelabah. Siapa pula yang buka?
Tasnim masih terpinga-pinga. Belum benar-benar sedar dari lena. Aku salah masuk rumah ke? Tasnim pandang sekeliling. Susun atur rumah dipandang. Sama. Rumah aku. Tak puas hati dia masuk menjengah ke dalam bilik pula. Betul dah ini bilik aku. Kepala yang tak gatal digaru pula. Rumah aku ni. Tapi siapa mereka?
"Dah terang lagi bersuluh kamu berkhalwat dalam rumah ni. Encik Farid sila ikut kami ke balai."
Tasnim terlopong. Berkhalwat? Siapa? Farid? Dengan siapa pula lelaki itu buat onar? Tasnim garu pelipis.
Macam mana Farid boleh ada dalam rumah aku? Kenapa dia tak pakai baju? Hanya berseluar sahaja. Wait.. Apa yang jadi ini? Bermimpikah aku? Tasnim cubit pipi sendiri. Ada rasa.
" Kamu bawa dia turun. Kita selesai di balai. Dia macam masih terkejut. Tak sangka kot kegiatan maksiat dia terbongkar hari ini." arah tegas satu suara dari bawah kepada seorang penguatkuasa wanita di sebelahnya.
"Saya? Encik maksudkan saya? Nak bawa saya ke balai untuk apa encik? Saya tak buat salah. Ini rumah saya. Saya tak ceroboh rumah orang." Tasnim panik bila seorang lelaki dan wanita mendekatinya diatas.
"Cik sila beri kerjasama. Cik didapati berkhalwat dengan Encik Farid Affendi."
"No!! Salah faham ni encik. Saya tak kawan dengan dia. Saya tak berkhalwat encik. Saya tidur je dari balik kerja tadi. Encik salah rumah ni. Saya tak buat. Saya isteri orang. Ini salah encik. Saya tak buat!!"
PANG!!!!!
Entah kenapa penampar yang diterima Tasnim kini terlalu menyakitkan. Mungkin kerana dia tidak bersedia atau kerana Tasnim masih lagi dalam fasa penafian dengan perkara yang menimpa diri.
Dada Puan Sri berombak marah. " kau memang perempuan tak tahu malu! Kalau nak curang sekali pun, jangan sampai kantoi! Mana aku nak letak muka aku sebab perangai tak elok kau ni?" kepala Tasnim ditunjal kasar.
"Puan Sri.. mama.. Saya tak salah! Saya tak buat kerja terkutuk tu. Demi Allah ma.. Saya tak pernah curang! Saya bukan perempuan jalang. Bukan perempuan jahat. Saya tak tahu macam mana dia boleh ada dalam rumah tu! ." Tangan si emak mertua cuba diraih. Dia terdesak untuk menegakkan kebenaran, tapi tubuhnya ditolak kasar hingga terjatuh.
Tasnim bangun dan menapak pula ke arah Haeydar yang masih berurusan dengan pihak polis. Lelaki itu dari tadi riaknya serious menakutkan. Sedikit pun tak dipandang muka Tasnim semenjak menjejakkan kaki di situ.
"Abang.. Percayakan Anim bang. Anim tak buat semua ni. Tolong Anim. Sekali ni je. Anim merayu. Anim tak pernah curang denga Farid. Anim tak sekotor dan sejijik itu! Anim pernah sedaya tenaga lawan dia dulu, takkan semudah itu abang percaya Anim gadaikan maruah Anim? Anim masih waras, bang! " panggilan abang yang dah lama terkubur dari bibirnya kembali menjadi sebutan Anim.
Dia mahu lelaki itu nampak kejujurannya. Aku takkan sesekali aibkan diri aku dengan perbuatan maksiat. Lengan Haeydar, Tasnim sentuh namun cepat sahaja lelaki itu rentap kasar tangannya.
Tasnim bagai perempuan meroyan mati anak, berlari mendapatkan Puan Sri semula . Dia merayu kuat.
" Mama tolonglah terangkan perkara sebenar pada Haeydar. Ini semua rancangan mama dan Mimi kan? Mama fitnah saya supaya abang benci dan lepaskan saya. Mama tolong lah ceritakan perkara yang sebenar. Tak perlu jatuhkan maruah dan aibkan saya seteruk ini. Saya janji takkan muncul depan mama dan keluarga mama lagi. Tolong saya mama.. Saya tak rela dituduh seteruk ini. " Tasnim merayu dalam tangisan yang dah lama pecah.
" Kau jangan nak tuding jari dekat aku pula. Kau yang menyundal, kenapa nak libatkan nama aku sekali? Dasar jalang. Murahan! " Sekali lagi Tasnim ditolak kuat, menjauh darinya. Jatuh terduduk Tasnim.
Tasnim dah tak tentu arah. Kepalanya diketuk dengan tangan. Aku tak buat! Aku bukan perempuan jalang! Bukan murahan! Aku sayang diri aku! Aku tak buat maksiat. Tasnim menggeleng sambil menangis kuat.
Dia merangkak mendapatkan Farid yang hanya duduk di kerusi menunggu memerhati tidak jauh dari tempat Tasnim terduduk meratap nasib. Lutut Farid disentuh. Tasnim masih di bawah. Sungguh dia lemah saat diuji dengan ujian fitnah berat seperti ini.
"Farid.. Tolonglah saya. Tolonglah berkata benar. Kita tak ada apa-apa hubungan. Minggu lepas lagi saya dah terangkan dekat awak yang saya tak boleh terima awak. Awak janji takkan kacau saya dah. Kenapa awak buat saya macam ni? Ini bukan cinta Farid. Tolong lah.. Saya merayu dekat awak. Kalau awak betul-betul cintakan saya, tolong la jangan pijak maruah saya seteruk ini. Saya tak rela dihina begini.. "
Farid hanya diam mendengar Tasnim merayu. Rahangnya bergerak-gerak. Nafas yang dihela terasa tersekat.
Melihat Haeydar menapak keluar setelah membayar saman, Tasnim berlari mendapatkan si suami pula. Farid hanya beriak biasa.
Lengan Haeydar ditarik kemas.
" Listen to me please. Saya tak jahat. Memang saya nak berpisah dengan awak. Tapi bukan disebabkan hal teruk macam ni. Saya tak rela kita berpisah dan salahnya diletakkan di bahu saya."
Tasnim ambil nafas.
" Anim minta tolong abang, bersihkan nama Anim sebab Anim tak buat semua ini. Anim tahu abang mampu bersihkan nama Anim. Tiada yang mustahil dalam kamus hidup abang. Tolong Anim abang.. Tolong jangan sesekali hukum Anim sebelum dapatkan kebenarannya. Anim dianiaya! Demi Allah Anim tak pernah curang. Abang percaya lah cakap Anim.." Anim teresak teruk.
"Abang nak lepaskan Anim, abang boleh lepaskan. Anim terima, tapi bukan sekarang. Buka dengan cara jijik ni. Cari tahu kebenarannya dulu. Tolong.. Anim merayu.." Tasnim rapatkan kedua tangannya. Benar-benar merayu..
"Lepaskan kau untuk kau bersama jantan lain? In your dream Tasnim. Lepas ini kau akan kenal siapa sebenarnya Tengku Haeydar. Aku akan buat kau rasa tak nak hidup lagi. Welcome to my world, Tasnim Aima."
Dia menapak penuh baran ke arah kereta bersama si emak. Tinggal Tasnim sendiri terjelopok lemah di atas lantai betul-betul depan pintu masuk balai polis.
Farid melepas keluhan yang disimpan tadi. Bahu tasnim disentuh. Tubuh Tasnim di bawa berdiri. Aku akan jaga kau Tasnim.
Tasnim melarikan bahunya. Tak suka disentuh lelaki itu atau mana-mana lelaki lain. Korang kejam!
ns216.73.216.75da2


