"Mana Tasnim?"
Tanpa salam tanpa apa, pintu bilik Zhafran dirempuh. Zhaf yang sedang berdiskusi dengan project managernya tentang projek di Ampang sedikit mengeluh terganggu. Apa ni.. Personal campur aduk dengan kerja. Masa bekerja, fokus kerja lah!
"Aku tanya.. Mana Tasnim? Kenapa dia tak masuk-masuk lagi? Dah berapa hari tak datang kerja. Ingat office ni bapak dia punya ke?" hambur Haeydar.
"Kalau ni office bapak dia.. Kau orang pertama yang dia tendang dari sini." Zhaf bersuara sinis sambil mengangguk memberi kebenaran kepada Aiman yang ingin berlalu keluar memberi ruang pada dua orang bos membuat 'perbincangan'.
"Come on lah bro.. Aku tak nak gaduh dengan kau sebab perempuan. Kita rapat kot. Just tell me where is she?"
"Aku rasa kau tak payah cari dia lagi kot. Dia dah nak move on. Lagipun Tasnim dah failkan tuntutan fasakh. Mungkin satu dua hari lagi kau akan terima surat tu. Aku ucapkan bertabah la bro."
"Soalan aku simple. Mana Tasnim?" satu-satu ayat yang terbit dari mulut Haeydar. Tak ada masa nak dengar apa-apa selain keberadaan Tasnim.
"She is warded. Demam panas. Darah tinggi. Jelas? Kalau jelas sila keluar. Aku pun banyak kerja nak kena settle hari ini dengan nak jenguk Tasnim lagi nanti. So please.." seakan menghalau. Arah pintu ditunjukkan. Dipersilakan anda berlalu..
Tak kiralah kita rapat ke tidak, saat kau sakiti Tasnim aku, aku takkan boleh tipu diri aku untuk tidak marahkan kau. Cukup-cukuplah aku mengalah dengan kau selama ini. Tasnim aku, tak pernah kau hargai. Itu Tasnim aku! Belahan jiwa aku! Kalau tak mampu beri dia bahagia. Lepaskan ke tangan aku!
"Eh Haeydar. Jangan cari Tasnim. Dia tak nak jumpa kau. Sekian. Terima kasih!!" Zhafran bagi penutup Alleycat satu.
Walau dia tahu lelaki ego itu takkan pernah mencemar duli mencari Tasnim disana, tapi sengaja Zhafran menutur begitu. Biar Haeydar sakit hati.
Kau ingat Tasnim kebulur nak tergila-gilakan kau? Hey see my leg.. Aku bakal imam dia lah.. Entah apa yang Zhafran merepek sendiri. Yang penting repekkan itu mampu menghiburkan hatinya yang walang dengan tingkah Haeydar terhadap Tasnimnya.
****
Tasnim tersedar bila terasa pundi kencingnya dah penuh. Alaa leceh! Aku dah la tak suka kena bangun kencing bagai. Rungutnya tak puas hati. Nak kencing pula. Esok tak boleh ke tunggu? Ish.
Dalam bengang, mata belum lagi dibuka sepenuhnya. Selimut yang membalut diri disentap geram. Orang nak tidur pun tak tenang. Tak behave tau pundi kencing ni! Marahnya sendiri. Padahal bukan pundi kencing orang lain punya pun.. Milik diri sendiri. Itu pun nak kecoh. Tak puas hati macam member asrama minta teman pergi tandas malam-malam pula lagaknya.
Baru beberapa langkah, dirinya disaup kemas. Kaki tak lagi jejak di lantai. Dia tahu gerangan itu. Risau sangat. Setiap hari nak temannya. Tak penatkah lelaki itu? Sudah lah dia seharian di office.
"Zhaff.. Its okay lah. I boleh jalan. Put me down."
Pinta Tasnim. Tidaj bersuara. Langkah diatur laju dan kemas. Sekejap je dah sampai ke bilik air. Didudukkan Tasnim di atas kerusi yang disediakan sebelum keluar membiarkan Tasnim menyelesaikan urusannya.
Terdengar bunyi flush dan pintu dibuka, sekali lagi tubuh Tasnim dicempung kemas. Tasnim hanya diam tak membantah.
"Kalau I terima you dulu, mesti sekarang ni kita bahagia kan, Zhaf? I minta maaf sebab I buta. Tak pernah nampak you. I janji, lepas urusan I dengan Haeydar selesai.. I takkan teragak-agak untuk beri you peluang itu. I janji Zhaf. Thank you sebab terlalu sabar menunggu i."
" Langkah mayat aku dulu! " ujar satu suara sambil meletakkan Tasnim ke atas katil. Wajahnya serious. Tasnim menjerit terkejut. Apa lelaki ini buat di sini? Keadaan bilik yang suram dan gelap buat dia yakin dan pasti sahaja manusia tadi ialah Zhafran. Bila dengar suara itu , pantas suis lampu yang dekat dengan gapaiannya disentuh.
Automatik muka Tasnim berubah. Pandangan mata dilarikan. Tak suka lah tengok muka jebon ni!
" Minta fasakh? Jangan mimpi aku akan bekerjasama. Aku akan guna macam-macam cara untuk pastikan kau tak terlepas dari aku. Sekarang kau pejam mata, tidur. Jangan fikir pasal jantan lain. Jangan pernah berangan nak bersama jantan lain!"
Tasnim buat muka. Mengajuk kata-kata Haeydar. Dia tahu lelaki itu takkan nampak perlakuan soroknya.
Dasar anjing.
" Kau cakap apa tadi Anim? Panggil aku anjing?"
Tasnim buat bodoh. Mata dibawa pandang ke dinding. Lebih rela pandang dinding dari bertentang mata dengan Haeydar. Buat apa kat sini? Pergi lah ulik bini cantik superstar kau tu!
"Bising lah kau!"
"Hei.. Sejak bila tak hormatkan aku? Sekarang dah hilang panggilan abang dari mulut ni? Dah pandai beraku kau. " dagu Tasnim ditarik memandangnya. Bibir Tasnim pula diketuk perlahan. Tasnim diam. Malas nak bercakap. Mukanya masam macam buat kedondong.
"Kenapa my desperate wife boleh berubah macam ni? Dah tak tahu cara nak hormat dan santun suami sendiri? Isteri aku tak pernah cakap kasar dengan aku. Tak pernah sakitkan hati aku. Kenapa berubah sedrastik ini? Aku tak suka!"
Tasnim diam. Mukanya kembali ditarik. Kali ni dia pandang pintu bilik pula. Mata berlabuh disitu. Malas nak pandang sesuatu yang menyakitkannya. Luar dan dalam.
Kau bukan dasar anjing sahaja. Dasar setan, dasar krok-krok binatang haram dan dasar jantan edisi paling tak guna di abad ini.
Kau dah buat macam-macam dekat aku. Sampai hati aku sakit. Sampai aku naik gila. Sekarang kau boleh persoalkan kenapa aku berubah? Layakkah orang berjiwa bangkai seperti kau, aku santuni.. Aku hormati?
Kalau aku cakap layak, agaknya bersepai kepala otak aku ditembak senapang gajah oleh Mak Ujie.
Si emak memang sokong 100 peratus tindakan Tasnim untuk menuntut pembebasan diri dari jajahan takluk lelaki yang bernama Tengku Haeydar. Mak Ujie siap nak buat pulut kuning lagi sempena tindakan bijak si anak itu. Kalau tahu Tasnim berpatah semula ke jalan lama mesti Mak Ujie mengamuk habis.
"Tasnim Aima. Abang minta maaf. Abang mengaku abang salah buat Anim macam tu. Abang rindu awak."
Tak terjangka langsung. Tasnim terkelu. Apa yang jantan ni buat? Saat Haeydar tarik dirinya dalam pelukan, Tasnim mati tingkah. Dia di awang-awangan. Apa yang berlaku? April fool ke ini? Tasnim bingung tak percaya. Apa ni???? Dilanggar lori ayam kah Haeydar di siang hari tadi? Adakah dia cuba nak ayam-ayamkan perasaan aku pula kini? Jangan berlakon Haeydar!! Kau bukan pelakon. Cukup lah Farid dan Mimi sahaja yang sumbang tenaga dalam dunia lakonan. Kau, tak payah!
ns216.73.216.66da2


