Ceraikan aku!! Jerit Tasnim kuat. Tersentak, dia bangun dari mimpi yang mengganggu lena. Dahi berpeluh. Dada berombak kencang. Serta-merta tangisannya pecah. Teresak-esak sendiri.
Kenapa kau mesti hina aku macam ni? Haeydar kau memang tak pernah hormat aku sebagai isteri. Suka-suka hati kau je nak paksa dan buat aku macam pelacur!
"Tasnim.. Kenapa ni? Kenapa teriak macam ni? Tell me what happen?" Wani cemas mendapatkan Tasnim.
"Wani..." tubuh itu Tasnim tarik ke dalam pelukan. Tasnim benci dengan apa yang dirasa sekarang. Kenapa perlu ada gentar dihati saat berhadapan dengan Haeydar? Dia takut. Lelaki itu terlalu sukar dijangka. Ternyata Haeydar bukan lawannya.
"Kenapa dengan kau ni? Apa dah jadi? Cakap kat aku!"
"Haeydar dia paksa aku.. Dia gari tangan aku untuk aku layan dia. Aku.. Aku rasa macam pelacur. Dia jahat Wani.. Dia jahat sangat!"
Ya Allah.. Mengucap panjang Wani.
"Aku.. aku takut Wani.. Dia macam bukan suami aku. Aku langsung tak kenal Haeydar versi ini. Dia bukan lelaki yang sama yang aku kahwin dulu.. "
Tangan Tasnim menggigil bila disentuh Wani. Apa yang kau buat ni Haeydar? Wani simpan pertanyaan.
"Aku dah tak nak kerja dekat situ.. Aku tak nak tengok muka dia. Tolong lah aku."
"Tasnim? Apa yang kau nak takut? Kau ada silat kan? Kau hentak je lah dia."
"Dia tak kosong beb! Aku tak terlawan. Cara nak tepis pun dah fail, nak lepas pegangan dia pun tak boleh.. Macam mana aku nak lawan? Can you see that? Dan dia berhak pada aku! Aku benci! Benci dia!! Dia syaitan!! " Tasnim gagal kawal emosi. Terjerit-jerit dibawa amarah. Tiba-tiba meracau sampai ternaik-naik kaki menendang.
" Mengucap Tasnim!"
" Dia rogol aku, Wani.. Dia gari tangan aku.. Dia.." Tangisan Tasnim berlagu pilu. Menyembam mukanya ke dalam pelukan Wani. Wani tergamam.
"Move on Tasnim. Sometime effortless yang lebih boleh mengharu-birukan sesuatu. Percaya pada kun fayakun. Jadi maka jadilah. Lupakan dendam kau. Hidup dengan bahagia. Bebaskan diri kau dari rantai pembelenggu derita. Perkahwinan bermaksud dua hati yang berusaha untuk mengimarakkan sebuah perhubungan. Jangan pernah berharap pada yang tak sudi Tasnim."
"Aku nak cerai.. Wani, Haeydar dia gila. Dia saiko. Dia macam binatang. Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak dah ada apa-apa kaitan dengan dia. Tolong lah.. Suruh dia ceraikan aku.."
"Ok.. Ok.. Calm down.. Esok kita pergi pejabat agama. Dah jom tidur."
Wani tepuk perlahan bahu Tasnim. Mendodoi Tasnim bagai anak kecil agar kembali tenang. Susah hati dia tengok Tasnim begini.
Tasnimnya seorang yang kuat semangat , boleh goyang sampai tahap begini sekali. Pasti teruk perlakuan Haeydar terhadap Tasnim. Haeydar.. Kau memang kejam!
Apa jenis suami yang buat aniaya pada isteri sendiri? Dulu kau sedekah tubuh isteri kau pada jantan lain. Sekarang kau rogol dia? Memang sengaja tempah tiket ke neraka ke? Wujud juga jantan tak guna macam kau. Harap muka je lawa. Harap poket je tebal tapi hidup tak ada jiwa! Tak ada hati! Bangkai!
*****
" Are you okey?" mata Zhafran sibuk membelek muka Tasnim yang agak pucat.
"Kalau tak okey, jom pergi klinik. I boleh batalkan appointment hari ini. Tak penting pun." muka Tasnim yang tak bermaya itu dibeleknya kini. Dagu tasnim di tolak ke tepi. Walang dihati cuba disorok bila terlihat jelas bibir yang sedikit pecah di tepi . Mungkin kesan dari serangan Mimi dan tamparan Haeydar semalam.
" You demam ni sayang." Tubuh itu berbahang panas. Dia yang berdiri sebelah pun dapat rasa bahangnya.
"I taknak kerja dekat sini. I nak pergi jauh dari jantan iblis tu." lemah Tasnim bersuara.
"Kenapa tiba-tiba? You dah tak nak buat dia menderita? You nak dia melutut dekat kaki you kan? Tell me what happen?"
Tubuh tasnim yang lemah itu ditarik mendekat ke arahnya. Dari pengamatannya, bila-bila masa sahaja Tasnim boleh collapse.
"You are not okay Tasnim. Jom I bawa you pergi check dulu." Pantas butang lif ditekan untuk turun pula. Tasnim perlukan rawatan.
Tasnim hanya diam. Kalau ikutkan hati, dia memang tak mahu dah jejakkan kaki disini. Tapi apakan daya. Kerja tetap kerja. Walau dia tahu yang Zhafran takkan pernah marahnya, Tasnim tak mahu mengambil kesempatan atas kelonggaran dan keistimewaan yang diberikan lelaki itu.
Zhafran dengan penuh hemah memapah Tasnim keluar dari perkarangan bangunan menuju ke kereta. Lagak Zhafran tak ubah seperti seorang suami yang terlalu ambil berat pada sang isteri.
Kereta pantas berlalu pergi. Tanpa mereka sedar. Ada satu mata yang memerhati tak lepas dari tadi. Tangan dah mengepal penumbuk.
Dasar kau perempuan murah! Haeydar kau nak, Zhafran pun kau tibai. Muka tu bukan cantik sangat pun!
Haeydar yang masih statik disebelah dipandang sekilas. Takkan jealous kot ?! Jantan memang semua tak boleh dipercayai ke? Mulut cakap lain, hati? Dasar munafik.
"You buat apa dengan dia semalam?" serang Mimi tak boleh nak sorok bengang lagi.
"I buat apa?" Haeydar berlagak selamba. Enjin kereta dimatikan. Dari pintu bangunan lagi dia perhati sahaja tingkah Zhaf dan Tasnim. Makin maju sekarang sampai jalan pun dah kena peluk-peluk bahu bagai. Dia simpan sakit hati.
"I tak suka ada Tasnim antara kita. Kalau you gilakan dia, lepaskan i. I tak ingin dengan jantan tak cukup satu macam you!" pintu kereta dihempas kuat.
Haeydar buat pekak. Langsung tak hiraukan Mimi Mastura.
Tasnim.. Apa patut aku buat pada kau???
ns216.73.216.66da2


