Lepas mendengar cadangan Farid masa rehat tadi, hati aku rasa membuak-buak nak tahu. Waktu balik sekolah petang tu, aku dah tak betah nak berjalan kaki lambat-lambat. Aku menapak laju-laju sampai ke rumah dengan seribu satu persoalan yang masih tak terjawab.
Sampai je rumah, aku paksa diri untuk ketepikan sekejap rasa gelisah tu. Aku setelkan dulu rutin harian aku macam biasa—mandi, solat Zohor, dan terus ke dapur masak menu simple untuk adik aku yang baru balik dari sekolah rendah. Lepas pastikan adik aku dah makan dan selamat menghadap kerja sekolah dia, aku terus melangkah masuk ke dalam bilik tidur.
Pintu bilik aku katup rapat. Aku hempas badan atas katil, terlentang memandang kipas siling yang berpusing. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang semula bila tangan aku mencapai telefon bimbit atas meja sisi.
Aku buka aplikasi WhatsApp, jari aku skrol mencari nama contact 'WRQ 8878'.
Aku tatap skrin tu lama-lama. Status last seen dia langsung tak ada, tanda blue tick pun dia dah tutup dari dulu. Sumpah, aku rasa macam tengah nak hantar mesej dekat ejen perisik negara! Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba buang ego jauh-jauh, lalu jari aku mula menaip baris ayat yang paling natural—acah-acah tanya khabar macam biasa, padahal dalam hati tuhan je tahu betapa aku tengah terseksa nak tahu dia kat mana sekarang.
Balqis:
Assalamualaikum cikgu. Cikgu kat mana tu? Urusan cikgu semua okey ke? Cikgu sihat?
Lepas tekan butang send, aku terus genggam telefon tu rapat ke dada. Satu saat... dua saat... seminit... dua minit berlalu. Mesej aku cuma keluar tanda satu grey tick. Sah! Telefon dia memang tak aktif, atau dia tengah berada di kawasan yang langsung tak ada talian internet.
Rasa sebu kat dada aku makin menjadi-jadi. "Kat mana lah awak ni, Cikgu Bad... Kenapa buat saya macam ni?" gumam aku sorang-sorang sambil mata mula berkaca. Teka-teki cuti seminggu lebih dia dengan misteri hilangnya Cikgu Suri dari sekolah hari ni betul-betul buatkan emosi aku rapuh sangat petang ni.
………………………….……………………………………………
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tanda satu tick dekat WhatsApp 'WRQ 8878' tu langsung tak pernah bertukar jadi dua tick, apatah lagi biru. Panggilan aku pulak hari-hari masuk ke peti simpanan suara.
Benda ni berlarutan gila punya lama. Bukan seminggu lebih macam yang dia janjikan dulu, dah berminggu-minggu! Dah lebih sebulan dah ni! Dia langsung tak ada hantar apa-apa berita, seolah-olah mamat bernama Cikgu Badrul tu tak pernah wujud pun dalam dunia ni.
Dan yang paling buat kepala otak aku nak meletup, bukan Cikgu Bad je yang tak muncul-muncul kat sekolah... Cikgu Suri pun sama! Lebih pelik lagi, pihak pentadbir sekolah langsung tak bising pasal kehilang diorang. Tiba-tiba je, kitorang masuk kelas tengok dah ada cikgu pengganti baru untuk subjek Bahasa Inggeris dan PJ.
Aik? Dah ada pengganti tetap? Pelikkk... pelik gila-gila! Aku ada cuba merisik tanya kawan-kawan kelas lain, malah Farid pun ada cuba borak-borak dengan abang guard sekolah, tapi semua orang tak tahu apa-apa. Pihak sekolah macam kunci mulut rapat-rapat pasal apa yang terjadi dekat dua orang guru tu.
Keadaan yang tergantung tak bertali ni betul-betul menyeksa jiwa aku. Tapi, demi maruah dan masa depan, aku paksa juga diri aku hadap dewan peperiksaan hari-hari. Aku jawab setiap kertas soalan SPM dengan hati yang lara dan kosong. Aku tak boleh gagal. Aku kena buktikan aku boleh dapat lebih dari 4A walaupun jiwa aku tengah rabak.
Kringggggggg!
Loceng panjang berbunyi dari pejabat sekolah, menandakan waktu peperiksaan untuk kertas terakhir SPM hari ni dah tamat secara rasmi.
"Yeahhhh! Bebas!"
"Merdekaaa!"
Suasana dalam dewan peperiksaan terus berubah jadi gamat. Sebaik saja melangkah keluar dari dewan, semua student tingkatan 5 bersorak gembira gila-gila. Ada yang berpelukan air mata jantan, ada yang sibuk ambil baju sekolah pakai marker pen buat kenangan, dan ada yang dah plan nak konvoi motor malam ni juga. Farid dengan Sarah dari jauh dah melompat-lompat panggil nama aku sambil pegang botol air. Diorang punya gembira tu macam dah konfirm dapat 9A+.
Tapi aku?
Di tengah-tengah lautan manusia yang tengah bersorak gembira meraikan kebebasan diorang, aku cuma berdiri kaku. Aku berjalan perlahan menuju ke arah tembok koridor, menyandarkan badan, dan termenung jauh memandang ke padang sekolah yang sunyi.
Padang sekolah tu... tempat Cikgu Bad selalu tiup wisel arahkan kitorang lari.
Aku pandang ke luar pagar sekolah, tempat di mana sebuah kereta Honda Jazz silver plat WRQ 8878 selalu menunggu aku dulu. Kosong. Tak ada apa-apa melainkan debu jalanan.
Hari ni... hari terakhir SPM. Hari yang sepatutnya Cikgu Bad tepati janji dia untuk datang bawa rombongan merisik ke rumah aku kalau kitorang serasi. Tapi sekarang, jangankan rombongan merisik, bayang dia pun aku tak nampak.
Di mana awak sebenarnya, Cikgu Bad? Kenapa awak tinggalkan saya macam ni selepas awak buat saya jatuh cinta? Dan apa kaitan kehilangan awak dengan Cikgu Suri? Air mata yang aku tahan berminggu-minggu akhirnya tumpah juga kat pipi, perlahan, di sebalik hingar-bingar suara kawan-kawan yang tengah merdeka.
Sambil air mata aku perlahan-lahan menitis ke pipi, aku cepat-cepat kesat pakai lengan baju kurung sekolah. Tak nak bagi sesiapa nampak, terutamanya Sarah dengan Farid yang tengah seronok kat tengah dataran tu. Aku cuma nak layan rasa sebu dalam dada ni sorang-sorang.
Puk!
Tiba-tiba bahu aku ditepuk perlahan dari arah belakang. Jantung aku terus tersentak, berdegup kencang gila-gila! Otak bodoh aku ni secara automatik terfikirkan satu nama. Cikgu Bad ke?! Dia dah balik ke?!
Laju saja aku pusingkan badan dengan harapan yang mengunung tinggi. Tapi... sebaik saja mata aku memandang susuk tubuh di depan aku, senyuman yang baru nak terukir terus mati. Lutut aku rasa macam nak lembik.
Bukan Cikgu Bad.
Yang berdiri tegak di depan aku sekarang ialah Cikgu Hakim.
Singa disiplin sekolah yang paling digeruni oleh semua student. Pegawai yang tangan dia sentiasa pegang buku rekod salah laku dan rotan. Sumpah, aku terus terpaku kat dinding koridor.
Tapi peliknya... hari ni Cikgu Hakim langsung tak bawa rotan. Malah, ekspresi muka dia yang selalunya ketat macam nak makan orang tu, tiba-tiba berubah 180 darjah.
"Kenapa awak tak berseronok kat bawah tu, Balqis?" Cikgu Hakim bersuara, nada suara dia kedengaran sangat santai dan tenang.
Aku terkebil-kebil, lidah aku tiba-tiba jadi kelu nak menjawab. "Eh... eh, tak ada apa-apa, cikgu. Saja rehat kat sini."
"Pergilah join kawan-kawan awak tu. Hari ni... kalau awak buat hal pun, saya dah takkan denda awak lagi," Cikgu Hakim berseloroh, siap pakej tersenyum-senyum memandang aku. "Awak dah merdeka, Balqis. Tugas saya sebagai warden disiplin awak dah selesai sebaik saja loceng terakhir tadi berbunyi."
Aku paksa diri untuk ukir senyuman tawar, sekadar nak menjaga adab dengan guru. Tapi dalam hati, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Senyuman Cikgu Hakim tu nampak semacam. Pandangan mata dia... macam tengah menyelami kesedihan yang aku cuba sorokkan tadi.
Logik akal aku mula berfungsi kembali. Cikgu Hakim ni kan orang kuat pentadbiran sekolah, rapat pula tu dengan semua cikgu lelaki. Takkanlah dia langsung tak tahu kenapa Cikgu Bad dengan Cikgu Suri ghaib serentak secara mengejut beberapa minggu lepas?
"Cikgu..." Tiba-tiba keberanian aku datang mendadak. Aku genggam jemari sendiri, tekad nak cari jawapan yang dah berminggu-minggu menyeksa jiwa aku. "Saya... saya nak tanya sesuatu boleh?"
Cikgu Hakim angkat kening, senyuman dia masih bersisa di bibir. "Tanyalah. Apa dia?"
"Cikgu Badrul... dengan Cikgu Suri... betul ke diorang dah tak mengajar lagi kat sini? Diorang pergi mana sebenarnya, cikgu?"
Sebaik saja soalan tu keluar dari mulut aku, aku nampak senyuman di bibir Cikgu Hakim terus mati secara perlahan-lahan.
………………………….…………………………………………
Aku tak tahu macam mana aku boleh melangkah keluar dari pagar sekolah petang tadi. Kaki aku melangkah longlai menapak balik ke rumah dalam keadaan fasa auto-pilot. Suara hilai tawa budak-budak lain yang tengah merayakan kebebasan SPM langsung tak mampu nak tembus masuk ke dalam gegendang telinga aku.
Sampai je kat rumah, aku terus berkurung dalam bilik. Rutin harian semua aku tolak tepi. Aku hempas badan atas katil, tekup muka kat bantal, dan tangisan yang aku tahan sepanjang jalan tadi akhirnya pecah dengan gila-gila punya kuat.
Setiap kali aku pejam mata, kata-kata Cikgu Hakim kat koridor sekolah tadi bergema satu-persatu dalam kepala otak aku, sebijik macam peluru berpandu yang robek hati aku sampai berkecai jadi abu.
"Saya tak boleh bagitahu sebenarnya, Balqis. Ini rahsia besar pihak pentadbiran... Tapi saya tahu apa hubungan awak dengan Cikgu Bad selama ni. Jadi, saya rasa tak adil kalau awak terus tertanya-tanya dan tak tahu hal sebenar..."
Ayat Cikgu Hakim tergantung kejap masa tu sebelum dia tarik nafas dalam-dalam dan beralih pandang ke padang.
"Cikgu Bad... dengan Cikgu Suri. Diorang kena tangkap basah beberapa minggu lepas dekat sebuah hotel. Kes tu dah sampai ke pengetahuan pejabat pendidikan. Tapi sbb pengetua kitorang masih ada rasa ihsan dan tak sampai hati nak berhentikan diorang secara kasar, pihak sekolah bagi diorang berdua peluang untuk hantar surat resign (meletak jawatan) sendiri sebelum tindakan rasmi diambil."
"Arghhhhh!"
Aku menjerit dalam tangisan yang makin menggila. Dada aku rasa sesak, sakit sangat-sangat sampai rasa macam nak luruh jantung dari tangkai.
Jadi... ini ke sebabnya? Ini ke urusan mengejut yang dia maksudkan dalam WhatsApp malam tu? Ini sebabnya kenapa dia hantar puluhan missed call kat aku? Bukan sebab dia risaukan aku merajuk pasal kes bilik guru, tapi sebab dia gelabah rahsia menjijikkan dia dengan Cikgu Suri dah pecah!
Dan yang paling buat aku rasa bodoh gila-gila... ayat 'nanti cikgu free, cikgu call awak semula' tu... rupa-rupanya sebab dia tengah sibuk turun naik pejabat agama untuk setelkan kes maksiat dia!
"Bodohnya kau, Balqis! Bodoh gila kau!" aku maki diri sendiri dalam esakan yang makin hancur.
Berani mamat tu tabur janji manis dekat aku yang kononnya hati dia cuma ada kat aku seorang. Berani dia buat plan nak datang merisik aku lepas setel SPM! Rupanya di sebalik spek mata nerd dan watak skema dia kat sekolah, dia elok je mengusung cikgu English tu kat luar! Nota contact 'WRQ 8878' kat dalam phone aku pandang dengan rasa benci dan jijik yang teramat sangat. Janji konon nak sehidup semati, alih-alih plot twist dia kahwin paksa dengan ulat bulu tu sebab kena tangkap basah!
ns216.73.216.69da2


