Sebuah sekolah menengah di tengah bandar Kuala Lumpur. Bangunan lama empat tingkat, bunyi hon kereta dari jalan utama tak pernah berhenti, dan suasana pejabat yang sentiasa sibuk dengan guru keluar masuk membawa fail.
Aku, Arif.3569Please respect copyright.PENANApsREFerX2m
27 tahun. Guru muda yang baru posting.
Hari pertama itu aku berdiri di depan pejabat sambil memegang fail penempatan. Berpeluh sedikit walaupun penghawa dingin pejabat terasa sejuk. Mungkin sebab gugup.
“Cari siapa?”
Suara perempuan itu membuatkan aku berpaling.
Seorang wanita berbaju kurung biru gelap sedang berdiri di belakang kaunter pejabat. Tudungnya kemas, wajah matang yang manis, dan senyuman yang cukup tenang untuk membuatkan orang rasa selesa.
Namun yang paling mencuri perhatian aku bukan wajahnya.
Tetapi caranya berdiri.
Tubuhnya sedikit berisi, cukup-cukup sempurna pada pandangan mata lelaki normal. Baju kurung yang dipakainya agak mengikut bentuk badan—tidak keterlaluan, tapi cukup untuk membuatkan mata lelaki mudah tersasar tanpa sengaja.
Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.
“Oh… saya guru baru. Arif.”
Dia tersenyum kecil.
“Ooo… cikgu baru rupanya. Saya Atirah. Kerani sekolah ni.”
Kemudian dia menyambung dengan nada lebih santai.
“Panggil je Kak Tirah.”
Dan entah kenapa, sejak saat pertama itu, suara lembutnya melekat dalam kepala aku.
Hari-hari berikutnya membuatkan aku semakin biasa dengan suasana sekolah.
Dan semakin biasa dengan Kak Tirah.
Dia jenis perempuan yang mudah mesra dengan semua orang. Mulutnya ringan bersembang, suka bergurau, dan kadang-kadang gelak dia boleh memenuhi seluruh pejabat.
Walaupun umur kami beza sepuluh tahun, aku selesa berbual dengannya.
Dia pula sering melayan aku macam adik sendiri.
“Arif dah makan ke belum?”
“Arif, kalau nak print apa-apa bagi dekat akak je.”
“Cikgu muda ni selalu sangat lupa isi borang.”
Aku hanya mampu gelak setiap kali dia membebel kecil.
Tapi dalam masa yang sama, aku mula sedar sesuatu.
Aku terlalu suka memandangnya.
Terutama bila dia berjalan melintasi meja guru dengan langkah perlahan sambil memegang fail. Kadang-kadang kain baju kurungnya tertarik mengikut bentuk pinggulnya yang berisi.
Aku cuba untuk tidak berfikir bukan-bukan.
Dia isteri orang.
Malah ibu kepada empat orang anak perempuan.
Namun sebagai lelaki bujang berumur 27 tahun… aku bohong kalau aku kata aku langsung tak pernah terganggu dengan kehadirannya.
Hubungan kami mula rapat selepas satu kejadian kecil.
Petang itu hujan lebat. Ramai guru sudah balik. Tinggal beberapa orang sahaja di sekolah.
Aku sedang menyiapkan laporan di bilik guru ketika telefon aku mati tiba-tiba.
“Phone habis bateri?” tegur Kak Tirah yang muncul di pintu.
Aku mengangguk sambil ketawa kecil.
Dia masuk dan meletakkan secawan kopi panas di atas meja aku.
“Nah. Minum dulu.”
Aku memandangnya sedikit lama.
Dekat.
Sangat dekat.
Haruman minyak wangi lembutnya jelas menusuk hidung. Bukan jenis yang kuat, tapi cukup membuatkan aku rasa tenang… dan dalam masa yang sama, entah kenapa, berdebar.
“Kenapa tengok akak macam tu?” dia tersenyum nakal.
Aku cepat-cepat meneguk kopi.
“Mana ada.”
Dia ketawa kecil.
Sejak hari itu, kami mula semakin rapat.
Beberapa minggu kemudian, kami bertukar nombor telefon.
Pada awalnya cuma urusan kerja.
Tetapi lama-lama, mesej kami mula meleret hingga malam.
WhatsApp — 11:47 PM
Kak Tirah:3569Please respect copyright.PENANAP3OfAnChgd
Arif belum tidur lagi?
Aku:3569Please respect copyright.PENANAq2oLXO1h0V
Belum. Tengah tengok movie.
Kak Tirah:3569Please respect copyright.PENANAaGmVa7VptB
Patutlah online je.
Aku:3569Please respect copyright.PENANAwHcaTNVn6N
Kak Tirah pun sama.
Beberapa saat kemudian, dia menghantar selfie.
Gambar separuh muka di atas katil. Tudung sudah tiada. Rambutnya sedikit kelihatan di tepi wajah. Wajah matang itu nampak jauh lebih lembut tanpa suasana pejabat.
Dan entah kenapa… lebih menggoda.
Kak Tirah:3569Please respect copyright.PENANAO4GSG6oHYX
Akak baru lepas tidurkan anak-anak.
Aku menatap gambar itu lama.
Jantung aku berdetak sedikit laju.
Hari demi hari, hubungan kami berubah perlahan-lahan.
Daripada sekadar guru dan kerani sekolah…
Menjadi tempat bercerita.
Tempat mengadu.
Tempat bergurau setiap malam.
Kadang-kadang mesejnya muncul ketika aku sedang berbaring sebelum tidur.
Dan setiap kali nama “Kak Tirah” muncul di skrin telefon… senyuman aku pasti terukir sendiri.
Aku tahu hubungan ini masih biasa.
Masih sekadar rapat seperti adik dan kakak.
Tetapi jauh di sudut hati aku…
Ada sesuatu yang mula tumbuh perlahan-lahan.
Sesuatu yang sepatutnya tidak wujud antara aku… dan isteri orang.3569Please respect copyright.PENANABFpYbzR3V3


