Tanggal 16 Jun.
Sejak pagi lagi, group WhatsApp rasmi sekolah tak henti-henti berbunyi.
“Selamat hari jadi Kak Tirah!”1412Please respect copyright.PENANAr3b7GitMuE
“Happy birthday kakak pejabat paling sporting!”1412Please respect copyright.PENANA8wMdMzbSQk
“Moga panjang umur dan murah rezeki!”
Sticker kek, emoji hati, gambar lucu… semuanya memenuhi group.
Aku hanya membaca satu demi satu ucapan itu tanpa membalas apa-apa.
Entah kenapa, aku tak mahu jadi seperti orang lain.
Tengah hari itu, ketika aku duduk sendirian di bilik guru, aku membuka WhatsApp peribadi Kak Tirah.
Jari aku berhenti seketika di atas skrin sebelum menaip.
Aku:1412Please respect copyright.PENANAYCjgcSfU24
Selamat hari jadi, Kak Tirah.
Beberapa minit kemudian, telefonnya membalas.
Kak Tirah:1412Please respect copyright.PENANApdln71JfyV
Eh awak… terima kasih Arif 😊
Aku tersenyum kecil melihat emoji itu.
Petang itu perbualan kami berlarutan lebih lama daripada biasa.
Aku:1412Please respect copyright.PENANA83lvDzogQl
Kak Tirah nak hadiah apa tahun ni?
Dia membalas hampir serta-merta.
Kak Tirah:1412Please respect copyright.PENANAydmVCR37dC
Ucapan Arif ni pun dah cukup sebenarnya.
Aku memandang skrin telefon lama.
Hati aku terasa aneh.
Aku:1412Please respect copyright.PENANAW7fgL5B1hm
Ramai je orang wish birthday akak hari ni. Apa yang saya buat ni sama je macam orang lain.
Tak ada special pun.
Beberapa saat sunyi.
Kemudian mesejnya muncul perlahan-lahan.
Kak Tirah:1412Please respect copyright.PENANAydXP9LWoRe
Lain.
Aku:1412Please respect copyright.PENANAKDyfgJRvMV
Apa yang lain?
Kak Tirah:1412Please respect copyright.PENANATcj0gCQDrc
Sebab Arif wish personally dekat akak. Bukan dalam group.
Entah kenapa, ayat ringkas itu membuat dada aku terasa hangat.
Malam itu, kami terus berbual sampai lewat.
Perbualan yang pada awalnya biasa… mula menjadi lebih peribadi.
Aku sedang baring di atas katil sambil menatap gambar profil WhatsApp miliknya. Gambar Kak Tirah memakai baju kurung coklat lembut, tersenyum manis sambil memegang fail di pejabat.
Aku menaip perlahan.
Aku:1412Please respect copyright.PENANAsjmtAs7L34
Suami akak mesti beruntung dapat isteri macam akak.
Lama dia tidak membalas.
Hampir lima minit.
Kemudian satu mesej masuk.
Kak Tirah:1412Please respect copyright.PENANAGnftgNSIf5
Kalau betul beruntung… dia takkan selalu tinggalkan akak dengan anak-anak.
Aku terdiam.
Malam itu buat pertama kalinya, Kak Tirah mula membuka cerita tentang rumah tangganya.
Suaminya seorang technician.
Sering outstation.
Kadang-kadang seminggu… kadang lebih.
“Balik pun penat,” katanya.
“Kadang akak rasa macam hidup sendiri.”
Aku membaca satu demi satu luahan itu dalam gelap malam.
Dan semakin dia bercerita… semakin aku rasa dekat dengannya.
Telefon aku berbunyi lagi.
Satu gambar masuk.
Selfie Kak Tirah di ruang tamu rumahnya.
Tudung sudah dibuka. Rambut depannya sedikit terkeluar. Dia memakai baju tidur longgar berwarna kelabu yang tetap tidak mampu menyembunyikan bentuk tubuhnya yang matang dan berisi.
Aku menelan air liur perlahan.
Di usia 37 tahun, dia masih memiliki aura seorang wanita yang mampu menggugat fikiran lelaki.
Terutama lelaki seperti aku.
Kak Tirah:1412Please respect copyright.PENANAoOnsSqIYpU
Maaf eh. Akak tiba-tiba luah macam ni dekat Arif.
Aku:1412Please respect copyright.PENANAMornTeBlz9
Tak salah pun. Kadang manusia cuma perlukan seseorang untuk dengar.
Tiga titik “typing…” muncul lama.
Kemudian—
Kak Tirah:1412Please respect copyright.PENANAEFyJOI6GqZ
Terima kasih sebab selalu ada teman akak borak.
Aku tersenyum sendiri.
Malam itu, untuk pertama kali…
Aku mula sedar hubungan kami sudah tidak sama seperti dulu.
Dan jauh di sudut hati aku, timbul satu perasaan yang semakin sukar untuk dikawal setiap kali melihat nama “Kak Tirah” muncul di skrin telefon.1412Please respect copyright.PENANA8cyxpTzdlF


