Bab 9
12Please respect copyright.PENANAeBnk74CVsJ
Mary berhenti rehat dipinggir sungai , matanya meliar menikmati kawasan hutan.. Ditangannya ada sebiji epal dimakan separuh olehnya dan sekantung air yang dijumpai semasa perjalanannya.. Mungkin sudah separuh hari perjalanannya dari kampung manusia haiwan itu..
"Mesti bestkan kalau kita boleh mengembara bersama?" Bisik hatinya apabila wajah suaminya menjelma..
"Haih~mungkin adalah sebab jadi macam tu.. Dont worry sayang.. Awak selalu ada dalam hati saya.." Kata hatinya lagi.. Asyik melayan perasaan dan mengunyah epal , tiba-tiba dia didatangi burung pipit yang membantunya mengintip istana Galgard..
12Please respect copyright.PENANAfjrO6zfbwW
"Eh burung.. Kenapa kau kat sini?" Tanya Mary kepada burung yang hinggap dilututnya.. Disebabkan kiasa adaptasinya selalu aktif , dia memahami bahasa burung..
"Saya nak ikut Ratu.." Balas burung pipit itu..
"Hurm.. Boleh juga.. Tak la sunyi sangat.. Terima kasih.." Balas Mary..
"Sama-sama.." Balas burung itu dan berterbangan disekeliling Mary..
"Nama burung siapa?" Tanya Mary dan burung itu berhenti dilutut Mary lagi..
"Tak ada nama.." Balas burung..
"Kalau macam tu , saya panggil awak Pipi.. Comel.. Haha.." Kata Mary.. Pipi hanya mengangguk..
"Ratu nak kemana? Ada tujuan tak?" Tanya Pipi..
"Kemana kaki membawa.. Kemana kaki berhenti.. Kat situ la saya.." Balas Mary.. Mary mencubit sedikit epal dan memberi kepada Pipi..
"Ready dah? Jomlah sambung.." Kata Mary dan sambil berdiri dia mengikat kantung air dipeha gebunya.. Setelah memastikan tiada kesan , dia mula berjalan ditemani Pipi..
12Please respect copyright.PENANAvGQjnDnUBv

12Please respect copyright.PENANA7uxpvHX2gH
Matahari mula beransur hilang dan Mary mula memilih untuk tidur di kawasan berhampiran sungai..
"Ratu tahu nak buat unggun api tak?"
Tanya pipi yang hinggap dibahu Mary..
"Bukan setakat buat unggun , masak burung panggang pun saya tahu.." Usik Mary dan mula ketawa kecil..
Pipi mematuk perlahan pipi Mary dan mula terbang..
"Saya cari daun kering kejap ya?" Kata Pipi dan Mary mengangguk laju..
Mary mula mengutip ranting dan dahan kering , dia harus cepat sebelum matahari langsung menghilang.. Menggunakan pedangnya , Mary mengesek sedikit dengan batu dan hasil percikan api membuahkan hasil.. Unggun api Mary kini marak kembang.. Pipi pula mencicip dan bernyanyi riang apabila Mary berjaya menyalakan unggun api.. Mary mula menyambung dan mengait uratan akar halus dan hanya berpandukan unggun api , Mary berjaya menghasilkan sauk untuk menangkap ikan..
"Kat situ Ratu!" Pipi memberitahu arah ikan berenang dan Mary mula menangkapnya.. Puas hati dengan 4 ekor ikan , Mary mula menyaluti dengan bahan-bahan yang dicari Pipi.. Kemudian terus dijadikan ikan bakar yang menaikkan nafsu makannya.. Mary makan dengan tenang sambil mendengar celoteh Pipi , malam itu berlalu dengan tenang dan Mary juga tidur tanpa sebarang gangguan..
12Please respect copyright.PENANA5fDPwk2pTZ
"Ratu~bangun.. Dah pagi.." Kejut Pipi..
Mary mengenyeh dan membuka matanya.. Dia mengeliat besar , menandakan tidurnya berkualiti..
"Ugh~! Pipi boleh tak tengok kawasan dari atas sekejap.. Saya nak mandi la."
Kata Mary..
"Baik Ratu~" Balas Pipi dan terus terbang tinggi memantau lokasi dipokok tinggi.. Mary mula melepaskan perisai dada dan skirt besinya dan perlahan dia masuk kedalam air sungai..
"Erhh sejuknya~" Mary mengigil kecil dan perlahan-lahan tengelam sepenuhnya didalam sungai itu.. Puas membersihkan diri barulah dia tersedar yang dia tidak mempunyai tuala..
"Ahhh~! Macam mana nak keringkan badan ni?" Mary mengeluh..
"Pipi!!" Laung Mary dan pantas Pipi terbang kearah Mary..
"Eerkk.. Apa ni Ratu?" Pipi terkejut melihat Mary tanpa seurat benangbdan menutup mata dengan kepaknya..
"Alaa~kita sama jantina.. Pipi boleh tak cari daun untuk lap badan?" Pinta Mary.. Tanpa banyak soal , Pipi terbang dan membawa daun besar , daun yang sama jenis Mary guna semasa di desanya.. Laju Mary mengelap badan dan berpakaian semula..
"Terima kasih Pipi.." Ucap Mary..
"Segalanya untuk Ratu.." Balas Pipi..
12Please respect copyright.PENANAfJseV4AuFU
Mereka meneruskan perjalanan menyusuri sungai dan sesekali Mary dan Pipi berhenti untuk makan buah-buahan yang dipetik.. Mary kini sudah jauh dari desa manusia haiwan dan setiap langkahnya ditemani haiwan-haiwan yang menghuni hutan.. Dan kini , kabus nipis mula menghiasi perjalanan mereka..
"Ratu..! Rasa kita dah nak sampai kat bandar.." Kata Pipi setelah Mary meminta Pipi untuk meninjau lokasi..
Mary mengangguk dan terus berjalan sehingga ke tebing.. Dari jauh Mary melihat satu bandar yang dipenuhi kabus..
"Sedia dah?" Tanya Mary pada Pipi.. Pipi hanya mengangguk dan dengan berhati-hati Mary turun dari puncak tebing , dia kini tiba di pengkalan bandar.. Mary meninjau sekeliling..
SUNYI.. Bagaikan tiada penghuni.. Mary mengambil satu kain hitam besar yang tersidai diampaian dan terus membalut tubuh dan kepalanya.. Bimbang sekiranya ada orang mengenali pakaian rasmi permaisuri manusia haiwan.. Mary meletakkan sekeping syiling emas sebagai pertukaran..
"Pipi jarakkan sikit dengan saya , nanti takut orang tahu saya boleh cakap dengan Pipi.." Kata Mary dan Pipi mula terbang tinggi sedikit..
12Please respect copyright.PENANA7JsMk3wvXe

12Please respect copyright.PENANArPVJ0QjeKi
Mary mula menyedari ada mata-mata yang memerhatikannya dari dalam rumah-rumah yang ada , namun orang-orang didalam seolah takutkan sesuatu.. Mary mendongak kearah menara jam besar , jam sekarang sudahpun pukul 6 petang dan buat pertama kali sejak tiba didunia ini , Mary melihat jam dan waktu.. Mary mula memandang kearah papan tanda kedai yang bertulis KEDAI MAKAN QHILAT dan laju kakinya melangkah kedalam kedai.. Pipi pula hinggap di atap kedai.. Sebaik saja Mary melangkah masuk , Mary mendapati ramai pelanggan lelaki yang sedang makan dan minum , mula memandang kearahnya.. Namun , mereka pantas mengalihkan pandangan apabila Mary cuba menatap mata mereka.. Mary tidak mengendahkan lalu bergerak ke bar yang disediakan..
"Hi.. Saya nak minum.. Apa yang ada ya?" Tanya Mary kepada bartender..
"Err.. Semua ada.." Balas lelaki itu..
"Awak perempuan.. Baik awak pergi menyorok dari sini.." Pesan lelaki itu..
"Tak apa.. Pandailah saya jaga diri.."
Kata Mary sambil menghulur sekeping syiling emas.. Lelaki itu terkejut..
"Awak baru balik dari desa manusia haiwan ke?" Tanya lelaki itu.. Mary mengangguk tanpa memberitahu apa-apa..
"Wah.. Kalau ini , awak akan dapat 3 jenis air.. Kejap ya.." Kata lelaki itu dan terus mengambil 3 gelas besar air yang dicampur ais..
"Er.. Banyaknya~" Balas Mary..
"Dulu , kaum tu selalu membeli disini.. Sekarang tidak lagi , mungkin ada masalah dengan pihak istana Galgard.. Kaum tu juga melindungi tempat ini.. Saya ingat lagi ketua dan anak lelaki dia.. Marbo dan Mujin tak silap saya.." Kata lelaki itu panjang..
Mary hanya mendengar.. Kalaulah lelaki itu tahu yang Mary ialah Ratu yang menumbangkan kerajaan Galgard , pasti huru-hara..
12Please respect copyright.PENANAxAGbQhzQCj
"Minumlah dulu.. Dan bila malam , hati-hati.." Pesan lelaki itu dan bergerak kebelakang..
"Habis , ni sape nak minum banyak-banyak ni~?" Kata Mary perlahan..
"Bolehlah bagi saya satu.." Kata seorang lelaki yang menghampiri Mary dan tanpa Mary sempat menjawab , lelaki itu terus meminum satu dari tiga gelas.. Mary memandang lelaki itu , wajahnya lembut dan rambut panjang berwarna putih.. Tinggi mungkin sekitar 180cm dan berkulit putih..
Lelaki itu duduk disebelah Mary-
"Saya Cyrus.." Ucap lelaki itu..
"Mary.." Balas Mary ringkas.. Mary meneguk air dengan perlahan..
"Ermm.. Sedap pulak~" Kata Mary perlahan..
"Awak buat apa kat sini? Ada urusan apa?" Tanya Cyrus.. Mary cuma mengangkat bahu..
"Saya pengembara.. Ni destinasi kedua.." Kata Mary..
"Sebelum ni dari kaum manusia haiwan la?" Tanya Cyrus lagi..
Mary hanya mengangguk..
"Cyrus.. Kenapa kat sini ada lelaki je.. Mana perempuan?" Tanya Mary..
"Jom kita keluar.. Saya cerita kat lain.." Balas Cyrus dan Mary mengangguk.. Seketika dia memandang ke kaunter..
"Er cik? Tu apa ya?" Tanya Mary pada bartender tadi..
"Tu rokok.."
"Ooo.. Bagi sekotak.. Mancis satu.."
Kata Mary sambil mengeluarkan syiling permata sekeping.. Lelaki itu terus menghulurkan 5 kotak rokok dan 2 mancis..
"Eh banyaknya.." Kata Mary..
"Nilai syiling awak tinggi sangat.."
Balas bartender dan Mary mengalah, dia terus memasukkan kotak-kotak rokok kedalam beg suteranya..
Cyrus mengangguk dan Mary keluar mengikuti Cyrus.. Mary memberi insyarat kepada Pipi untuk mendekati mereka tanpa Cyrus menyedari..
12Please respect copyright.PENANAO314QHNQIh

12Please respect copyright.PENANATmRYpNkzKO
Mereka berjalan dan berhenti disatu pokok redup.. Mereka mula bertatapan satu sama lain..
"Dulu bandar ni sangat ceria.. Lelaki perempuan semua menghiasi bandar.. Kitorang semua bebas nak buat apa saja.." Cyrus mula bercerita..
"Kejap-kejap.." Kata Mary.. Dia kemudian menyalakan rokok dan menyedut perlahan.. Akhirnya dia dapat merokok setelah tiba didunia ini.. Kali terakhir dia merokok , sewaktu dia ditangga pejabatnya didunia asal..
"Fuh lega~ okay sambung.." Arah Mary.. Cyrus terbatuk kecil dengan asap rokok Mary..
"Sehinggalah satu hari , tak tahu dari mana , kami diserang.." Kata Cyrus lagi..
"Galgard?" Tanya Mary.. Cyrus mengeleng kepala..
"Galgard tak pandang bandar kami.. Dia tak perduli.. Yang serang kami , Goblin.." Kata Cyrus.. Mary sedikit tersentak..
"Disini ada Goblin?" Tanya Mary.. Dia tidak menyangka Goblin wujud..
"Yep.. Mereka serang dan culik semua perempuan untuk dijadikan bahan pembiakan.. Diorang dapat hidu bau perempuan dari jauh lagi.." Balas Cyrus..
"Kemudian , kaum manusia haiwanlah yang datang berperang dengan Goblin , mereka menjaga kawasan sini.." Tambah Cyrus lagi..
"Kemudian apa jadi?" Tanya Mary..
"Galgard musnahkan bandar mereka..
Dulu , permaisuri merekalah yang jadi ketua mempertahankan bandar ni.. Tapi , ada berita mengatakan Galgard dah bunuh dia , hancurkan bandar.." Balas Galgard.. Mary mengangguk kerana dia juga tahu kisah itu.. Perlahan dia membuka kain hitam yang membalut tubuhnya-
"Pakaian permaisuri tu macam ni?"
Kata Mary sambil menunjuk pakaian yang dipakai.. Cyrus terus terkejut..
"Eehh~awak~ni ratu? Huh?" Dia seolah hilang kata.. Tak menyangka bahawa didepannya adalah ratu manusia haiwan yang baru..
"Saya ratu baru mereka.. Saya yang tumbangkan kerajaan Galgard.." Kata Mary..
12Please respect copyright.PENANAX5LwbzzhLl
Cyrus terus menundukkan kepalanya dengan hormat..
"Eh eh.. Angkat kepala.. Saya sekarang sama macam awak.." Kata Mary..
Cyrus mengeluh perlahan..
"Selepas kaum manusia haiwan tak dapat nak jaga tempat ni lagi , goblin-goblin sial tu makin rancak menculik dan merosakkan harta benda bandar.." Kata Cyrus..
"Memang goblin takboleh dilawan ke?" Tanya Mary..
"Orang-orang dibandar ni , kelebihan diorang sangat kurang.. Ada yang mampu mengeluarkan air sedikit dari tangan , ada yang mampu menghasilkan debu.. Tu tak cukup.."
Balas Cyrus.. Mary memejam mata..
Rasa kasihan mula menjelma dalam diri.. Dia dikurniakan 3 kelebihan yang sangat berguna , sedangkan penduduk asal mendapat kuasa yang lemah..
"Saya rasa awak harus pergi dari sini.. Mungkin goblin tu dah dapat hidu bau awak.." Kata Cyrus..
"Tak perlu risaukan saya.. Saya cuba jaga diri.." Kata Mary.. Dia mula melangkah pergi meninggalkan Cyrus.. Cyrus pula hanya memandang Mary dan perlahan tangannya menggenggam pedangnya..
12Please respect copyright.PENANAX6tPps9Quv
KLINK KLINK
Bunyi loceng motel bergema sebaik saja Mary membuka pintu masuk..
"Selamat dat- ya nak apa?" Tanya penjaga motel dingin apabila melihat Mary..
"Er.. Ada bilik kosong tak?" Tanya Mary..
"Tak ada.. Sila keluar.." Balas penjaga itu dan meninggalkan Mary sendiri..
"Teruknya layanan.. Ke sebab aku perempuan.." Tanya Mary sendiri.. Sebelum keluar , Mary mengambil kertas dan pen yang ada dikaunter..
Dia kemudian duduk disatu pokok dan menulis surat untuk bapa mertuanya , memberitahu keadaan dan dimana dia sekarang supaya Marbo tidak risau..
"Pipi tolong hantar surat ni kat kampung boleh?" Pinta Mary apabila siap menulis..
"Ratu tak apa ke sorang-sorang?" Tanya Pipi dan Mary hanya mengangguk.. Dia melihat Pipi terbang bersama suratnya.. Matahari sudahpun terbenam san kini cahaya bulan menyinari bandar suram ini..
Mary yang berbaring dipokok mula perlahan-lahan terlelap..
Tiba-tiba mulutnya ditekup dan disumbat sesuatu , kepalanya diserkup kain hitam.. Mary cuba meronta namun tangannya laju dikilas dan diikat dan dalam beberapa saat , dia telahpun dilarikan.. Hilaian dan ketawa aneh mula kedengaran ditelinga Mary , dan dia tahu yang menculiknya adalah goblin-goblin yang diceritakan Cyrus..12Please respect copyright.PENANAX55Ki70Az5


