/story/190630/untukmu-emak/toc
Untukmu Emak | Penana
arrow_back
Untukmu Emak
more_vert share bookmark_border file_download
info_outline
format_color_text
toc
exposure_plus_1
coins
Search stories, writers or societies
Continue ReadingClear All
What Others Are ReadingRefresh
X
Never miss what's happening on Penana!
PG-13
Completed
Untukmu Emak
chontoh
Intro Table of Contents Top sponsors Comments (7)

Perjalanan Hakimi yang sangat protective dan sentiasa menyokong ibunya mencari kebahagiaan baru setelah diceraikan ayahnya.

PROLOG

Luar Mahkamah Syariah, tengah hari. Matahari memancarkan sinarnya yang terik. 

Athirah melangkah keluar dari bangunan, hati dan fikirannya kosong. Kertas cerai dalam genggamannya terasa dingin. Peguamnya di sisi sedang bercakap sesuatu, tetapi Athirah hanya mengangguk tanpa mendengar. Fikirannya masih terngiang-ngiang kata-kata hakim, "Dengan ini, mahkamah mengesahkan lafaz talak satu diucapkan oleh Shukri."

Satu ayat sahaja, tetapi cukup untuk merobek hatinya. Bukan kerana sedih berpisah, tetapi kerana perkahwinan yang dibina 16 tahun lalu hancur begitu sahaja, angkara kecurangan Shukri.

Athirah cuba tersenyum, tetapi senyumannya tidak sampai ke mata. Dia berjalan menuju ke kereta, namun terhenti seketika apabila ternampak Shukri. Lelaki itu menatapnya, ada riak kepuasan di matanya. Seolah-olah dia gembira melihat Athirah menderita. Hati Athirah terkilan. Begitu murahnya nilai perkahwinan mereka di mata Shukri, sehingga sanggup dihancurkan demi wanita lain. Tetapi Athirah nekad. Dia akan melupakan Shukri dan terus melangkah.

Tiba-tiba, Hakimi dan Hani berlari ke arahnya dari tempat letak kereta. Hani tidak dapat menahan sebak, air mata mula mengalir di pipinya. Hakimi juga sama, wajahnya sugul.

"Makkk!" Laung mereka berdua serentak.

Hani terus memeluk ibunya, manakala Hakimi memeluk mereka berdua. Mereka berpelukan erat, dan tangisan mereka bertiga pecah. Tangisan yang memilukan, seolah-olah melepaskan semua kesedihan yang terpendam.

Athirah mengusap lembut kepala anak-anaknya. "Dah, jangan nangis. Kita mulakan hidup baru," bisiknya perlahan.

Athirah memandu laju, meninggalkan Mahkamah Syariah dan kenangan pahit di belakang. Dia tidak akan menoleh ke belakang lagi.

Kini, dia bukan lagi isteri Shukri. Dia Athirah, seorang wanita bebas yang akan memulakan hidup baru bersama dua permata hatinya.

Show Comments (2)
BOOKMARK
Total Reading Time: 1 hour 43 minutes
toc Table of Contents
bookmark_border Bookmark Start Reading >
×


Reset to default

X
×
×

Install this webapp for easier offline reading: tap and then Add to home screen.