"Muhamad Hakimi bin Md Shukri, ada?"
17488Please respect copyright.PENANAJ2WkYq47eb
Suara Cikgu Amira memecah sunyi di dalam kelas 4 Sains. Aku, yang sedang termenung ke luar tingkap, tersentak. Aku angkat tangan.
17488Please respect copyright.PENANAPiFsUdKQYF
"Ada, cikgu."
17488Please respect copyright.PENANAVopmX6cbkE
Cikgu Amira mengangguk, matanya terhenti padaku. Dia adalah guru kelasku, kelas pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya ini.
17488Please respect copyright.PENANAhhbOpScm0r
Selesai Cikgu Amira mencatat kehadiran, dia memulakan pelajaran Biologi. Aku cuba fokus, tetapi fikiranku melayang-layang. Aku masih teringat adegan di mahkamah setahun yang lalu. Wajah puas ayah, wajah sedih emak.
17488Please respect copyright.PENANADZJZITiOjv
Aku sedih melihat air mata emak. Tangisan itu seakan-akan mengoyakkan hatiku. Sejak perceraian mereka, emaklah yang menjadi tulang belakang keluarga. Aku tahu, aku masih remaja berumur 16 tahun. Hanya seorang pelajar tingkatan empat. Namun, perceraian emak dan ayah telah memaksaku untuk menjadi lebih matang. Aku tidak boleh lagi menjadi kanak-kanak yang hanya tahu bermain dan bergembira.
17488Please respect copyright.PENANAWtOxH3aNXI
Kini, fokus utamaku adalah emak dan Hani. Aku perlu memastikan mereka berdua selamat, gembira, dan tidak lagi bersedih. Aku akan menjadi tonggak kekuatan baru dalam keluarga kami.
17488Please respect copyright.PENANAJD6TQwsXgT
Waktu rehat, aku berjalan ke kantin bersama dua orang rakan karibku, Farid dan Syafiq.
17488Please respect copyright.PENANAxE2ofPHObm
"Wei, kau rasa Cikgu Amira tu cantik kan?" tiba-tiba Farid bersuara.
17488Please respect copyright.PENANA6PTvOtH4AA
Aku mengangkat bahu. "Mana aku tahu."
17488Please respect copyright.PENANAuZR97jeg3P
"Aku rasa dia memang cantik betul, manis je wajah dia. Bertuah suami dia kan," sambung Syafiq sambil mengunyah karipap.
17488Please respect copyright.PENANAcWTj2HSWWg
Kami membawa pinggan nasi yang sudah dibeli dan mengambil tempat duduk di sebuah meja. Tiba-tiba, mata aku terhenti pada seorang pelajar perempuan di meja sebelah. Namanya Suraya. Dia sebaya denganku. Suraya memandang aku sambil tersenyum. Aku senyum sedikit membalas.
17488Please respect copyright.PENANAhDpR7zcYdw
"Suraya tu, aku rasa dia minat kat kau la, Kimi," kata Farid sambil menyiku lenganku.
17488Please respect copyright.PENANAjFKEyl8S1x
"Diamlah kau," balasku acuh tak acuh.
17488Please respect copyright.PENANAQVtKeGczOJ
"Alaa, Kimi ni. Apa salahnya kalau kau cuba kenal-kenal dengan dia. Dia tu budak pandai, comel pula tu," Syafiq pula mengusik.
17488Please respect copyright.PENANAubfyyoncbV
"Betul cakap Syafiq tu. Bukan kau tak ada perasaan kan?" sambung Farid.
17488Please respect copyright.PENANAx9QSLPhVVR
Aku buat tidak endah. Perasaanku hanya pada novel. Dan, pada emak dan Hani.
17488Please respect copyright.PENANASTYv8esPkC
Aku ternampak Hani sedang ketawa dengan kawan-kawannya. Hani, adikku yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tingkatan 1 yang periang dan lincah. Dia sentiasa ceria, seolah-olah tiada masalah yang membelenggunya. Kadang-kadang aku cemburu dengan sikapnya itu.
17488Please respect copyright.PENANA9TL3n2ewou
Selesai makan, aku terus ke perpustakaan. Itulah tempat kegemaranku. Di situlah aku dapat mencari ketenangan. Aku membelek rak novel dan mengambil sebuah novel Shahnon Ahmad. Novel ini tebal. Muka depannya sudah lusuh. Tapi aku suka. Aku duduk di sebuah kerusi di sudut perpustakaan, tempat yang paling tersorok. Aku buka halaman pertama. Aku mula membaca.
17488Please respect copyright.PENANAd19Wm3k5fX
Setiap perkataan yang tertulis seolah-olah mengajak aku ke dunia lain. Dunia yang penuh dengan sastera. Dunia yang penuh dengan emosi. Buat seketika, aku lupa tentang masalahku. Aku lupa tentang emak. Aku lupa tentang ayah.
17488Please respect copyright.PENANAbbuloBYx8F
Aku hanya ada di sini, di perpustakaan, bersama novel ini.
17488Please respect copyright.PENANANskmdsEyIs
Tamat waktu rehat, aku kembali ke kelas. Cikgu Faridah yang mengajar Matematik Tambahan memanggilku. "Hakimi, cuba kamu selesaikan soalan ini di papan hitam," arahnya.
17488Please respect copyright.PENANA6SIBdhlRsu
Aku bangun, berjalan ke hadapan kelas. Aku mengambil kapur dan menulis jawapan. Selesai sahaja, aku menoleh ke arah Cikgu Faridah. Dia mengangguk, tersenyum. "Betul. Syabas, Hakimi."
17488Please respect copyright.PENANAmez5poN1V1
Aku kembali ke tempat dudukku. Aku sedar, ramai pelajar perempuan di kelas ini sering memandangku. Mungkin kerana aku suka membantu mereka, terutama dalam mata pelajaran yang susah seperti Matematik Tambahan. Aku tak kisah, asalkan niatku ikhlas. Mungkin juga kerana wajahku yang kacak, seperti yang sering digosipkan oleh pelajar-pelajar perempuan.
17488Please respect copyright.PENANAGmOglALK3T
Loceng akhir berbunyi. Aku mengemas buku-buku. Aku menanti Hani di tempat letak motosikal. Tidak lama, dia datang sambil berlari.
17488Please respect copyright.PENANATomJqbmJ3f
"Lambatnya kau, Hani," kataku sambil menghulurkan helmet.
17488Please respect copyright.PENANADzLhsGfeMJ
"Maaf, abang. Tadi kawan-kawan ajak borak," jawabnya.
17488Please respect copyright.PENANAyNewCffO6P
Aku memakai helmet dan naik ke atas motosikal Yamaha Y16 kesayanganku. "Dah sedia?"
17488Please respect copyright.PENANAADD7RSJvYv
Hani mengangguk. Dia memeluk pinggangku erat. Aku memecut motosikal, meninggalkan perkarangan sekolah. Kami menyusuri jalan raya di Bandar Puteri Jaya, tidak jauh dari sekolah.
17488Please respect copyright.PENANA6hp9rVBXpL
Kami tiba di rumah. Rumah semi-d setingkat berwarna putih itu kelihatan tenang. Hani terus membuka pintu pagar. Aku memakirkan motosikal di garaj.
17488Please respect copyright.PENANAdsM4S8I3Bh
Rumah ini milik emak. Selepas diceraikan ayah, kami tinggal di sini. Ayah terpaksa berpindah ke rumah lain.
17488Please respect copyright.PENANAA08Em6rKsd
Hani melangkah masuk ke dalam rumah.
17488Please respect copyright.PENANAlSVKol9RcW
Aku membuka helmet dan meletakkannya di atas meja di garaj. Aku ikut melangkah masuk ke dalam rumah.
17488Please respect copyright.PENANAPzgEQhwnmr
Rumah sunyi sepi. Cuma ada aku dan adikku, Hani. Emak masih lagi kerja di Hospital Sultan Abdul Halim. Lambat lagi dia pulang.
ns216.73.216.184da2


