Khamis itu, seperti hari-hari persekolahan yang lain, aku pulang ke rumah sekitar pukul 1:30 tengah hari. Selepas van sekolah bergerak pergi, rumah terasa lebih sunyi, tapi aku dah terbiasa.
Rutin petangku bermula dengan cepat. Aku terus mandi, membersihkan diri daripada peluh dan debu sekolah, kemudian menunaikan solat Zohor.
Perut yang lapar pula, membuatkan aku tidak berlengah untuk terus ke dapur dan mencari makanan. Selalunya, ibu sudah siapkan lauk tengah hari untukku.
Selepas selesai makan dan mengemas pinggan, aku akan ke meja belajarku. Sekitar pukul 2:30 petang, aku mula menyiapkan kerja sekolah yang ada, atau mengulang kaji pelajaran yang telah diajar di sekolah. Aku akan terus tekun sehingga tiba waktu Asar.
Sedang aku khusyuk mengulang kaji, telingaku menangkap bunyi kunci diputar dari pintu utama. Aku menoleh. Ya, ibu sudah pulang! Jam di dinding menunjukkan pukul 3:00 petang.
Ibu melangkah masuk ke rumah, membawa bersama aura tenang dan sejuk. Dia sentiasa begitu. Pakaiannya hari ini adalah jubah labuh berwarna biru gelap, menutupi seluruh tubuhnya dengan sempurna. Di kepalanya, tudung labuh yang senada dengan jubahnya, menutupi dada hingga ke pinggang. Tangannya disarung handsock, dan kakinya yang melangkah kemas pula berbalut stokin.
Seluruh penampilannya begitu ayu dan sopan, mencerminkan peribadinya sebagai seorang guru agama. Setiap kali aku melihat ibu dalam imejnya begini, ada rasa kagum yang menjalar dalam hatiku. Dia nampak sangat bersih dan mulia.
"Amir, dah makan?" sapa ibu mesra, suaranya lembut dan menenangkan seperti selalu.
Aku membalas, memberitahunya yang aku sudah pun selesai makan tengah hari.
Ibu tersenyum, kemudian melangkah masuk ke bilik utama. Aku melihat dari belakang, pergerakan jubahnya yang labuh membuatkan punggungnya sedikit beralun sewaktu dia melangkah.
Aku tahu, ibu akan terus mandi dan menunaikan solat Zohor. Bilik air di dalam bilik ibu dan ayah memudahkan urusan ibu. Selepas itu, dia akan berehat sebentar.
Memandangkan hari ini hari Khamis, ibu tidak akan mengajar Al-Quran secara dalam talian seperti hari-hari Ahad hingga Rabu. Itu bermakna, kami punya lebih banyak masa untuk diri sendiri pada petang ini.
Selepas solat Asar, sekitar pukul 5:30 petang, aku tahu ibu akan mula sibuk di dapur. Aroma masakan untuk makan malam akan mula memenuhi rumah, menjadi petanda bahawa ayah akan pulang tidak lama lagi.
Sementara itu, selepas aku selesai solat Asar, aku akan menghabiskan masa dengan beriadah atau bersukan di luar, mungkin bermain bola di padang berdekatan, melepaskan tenaga yang terkumpul seharian di sekolah.
Itulah rutin petang kami, penuh dengan ketenangan dan persiapan untuk malam yang akan datang.
ns216.73.217.22da2


