Hisham sudah lama membujang, pernah dia bercinta tetapi semuanya terkandas di tengah jalan kerana kurang serasi. Dia tidak kisah tentang hidup bujang bersendiri kerana dia boleh fokus kepada kerja dan membina empayar bisnes membaiki komputer dan smartphonenya.
Namun, setelah beberapa kali menjamu selera di sebuah kedai tomyam berdekatan rumahnya, seorang gadis waiter telah membuat dia jatuh hati dan angau. Gadis tersebut sangat lembut perwatakannya, melayan pelanggan dengan baik dan mesra serta sering melemparkan senyuman. Hisham tertarik dengan perwatakan gadis itu, boleh buat bini, bisik hati Hisham.
"Ye abang, nak makan apa hari ni?"
Hisham terkejut sedang dia mengelamun ingin memperisterikan gadis itu, tanpa dia sedar gadis itu berada di depan matanya sekarang. Memakai t-shirt lengan panjang berwarna merah, bertudung indon warna hitam, bibirnya dihiasi lipstick berwarna merah hati, menaikkan lagi seri wajahnya yang mulus.
"Err..nak makan apa ek? Apa sedap?"
"Ish abang ni, dah selalu makan sini takkan tak tahu apa yang sedap? Nak macam biasa ke? Nasik goreng ikan masin telur mata, teh tarik?"
"Ah boleh la, ingat awak ye apa saya selalu makan"
"Abang kan selalu makan sini, memang tu yang abang selalu order bila makan sini. Ok kejap ye"
Gadis tersebut berlalu meninggalkan meja Hisham dan ke dapur untuk menghantar ordernya. Di sebelah meja Hisham ada sekumpulan pakcik pakcik surau, sedang tersengih, memandang gadis waiter itu atas bawah. Hisham juga perasan, tubuh badan gadis itu sangat menggiurkan. Badannya sedikit berisi, dadanya sederhana besar, pinggang sedikit ramping tetapi yang paling menarik adalah punggungnya. Melentik dan berisi membulat. Pasti membuat mana mana lelaki melirik ke arah punggung itu.
"Lawa betul si Ayuni tu, dulu masa kecik berhingus, sekarang dah besar dah masak ranum." Kata pakcik berkopiah hitam kepada rakan semejanya.
"Itulah aku perasan jugak anak si janda Hasnah tu, cun betul, macam maknya masa muda muda dulu. Fuhhh kalau dapat aku, aku pakai tiap hari!" kata pakcik yang lain.
"Boleh ke pakai hari hari, engko tu dah tua. Tah tah dah tumpul parang ko. Hahaha" Mereka berseloroh.
"Amboi pakcik pakcik ni, sembang apa ni parang tumpul, nak pakai hari hari ni? Lain macam. Ni ha airnya. Kopi jantan 3, sotong kangkung satu." Ayu meletakkan minuman dan makanan ke atas meja mereka, sambil menghulur tangan kanannya ke meja meletakkan air, dadanya menghala ke arah salah seorang pakcik tua gatal itu.
Terbeliak mata pakcik itu, buah dada Ayuni begitu dekat di mukanya bercampur haruman badan Ayuni, bau peluh dan perfume bercampur.
"Amboi pakcik, terbeliak mata, tengok apa tu? Kalau nak, tanya makcik kat rumah tu ye."
"Eh..eh tak, pakcik tengok sotong kangkung tu mcm sedap je, tak sabar pakcik nak makan nak sedut kuah dia"
"Yela tu pakcik, dah, selamat menjamu selera". Ayuni sudah masak dengan perangai pakcik pakcik yang sering lepak dan makan di kedai tomyam ini. Kebanyakannya gatal dan tak cukup kasih sayang,tetapi Ayuni tetap memberi layanan yang terbaik kerana merekalah punca rezeki kedai dia bekerja.
"Abang, ni nasik goreng abang dah siap, makan ye." Ayuni meletakkan makanan di atas meja Hisham.
"Eh terima kasih awak"
"Asyik awak awak je, pelik pulak rasa, nama saya Ayuni, panggil saya Ayu. Senang, lagipun kita macam dah kenal dah, abang nama apa?"
"Nama saya? Aaaa.. Hisham. Boleh panggil saya Sham, mana mana lah awak suka."
"Oooo, abang Sham selalu je makan sini, bini tak masak ke kat rumah?"
"Abang tak kawin lagi la Ayu. Sebab tu selalu makan sini, sedap pulak lepas try first time nasik goreng ikan masin kat sini, susah nak cari yg goreng sedap. Selalu abang makan kat kedai Pak Wahab sana tu, sekali sekala nak ubah selera tapi tersangkut pulak kat sini, hehehe"
"Nasiknya sedap ke ada sesiapa yang abang suka kat sini? Abang suka tengok Kak Timah eh? Hehehe"
"Ehh tak tak.. betul sebab makan, Ayu dah kahwin ke?" Hisham menukar topik kerana dia tidak mahu bersembang mengenai Kak Timah, janda yang bekerja sebagai tukang masak di kedai itu.Kak Timah ada menaruh hati kepadanya, namun Hisham tidak berkenan, kerana Kak Timah berwatak sedikit kepoh dan kasar.
"Ayu belum kahwin lagi la bang, anak dara lagi, kenapa? Ada calon untuk Ayu ke?"usik Ayu.
"Ada, abang Sham ada." Hisham tersasul.
"Ahh merepek abang ni, makan tu jangan lupa bayar ye" Ayu meninggalkan meja Hisham cepat, bukan kerana tidak suka, tapi dia malu. Sebenarnya, dia juga tertarik pada Hisham sejak Hisham mula menjadi pelanggan tetapnya. Lelaki yang baik paras rupa dan sangat berbudi bahasa, tak seperti lelaki lelaki lain yang pernah mengoratnya.
Bulan silih berganti, semakin lama, hubungan Hisham dan Ayu semakin rapat. Percintaan mereka semakin hangat, membuahkan perasaan untuk segera bersatu, menjadi pasangan yang sah.
Di bangku sebuah taman, menghadap ke tasik yang cantik dengan biasan matahari di permukaan air, mereka berdua seperti menanti saat ini.
"Ayu, sepanjang kita kenal ni, tak pernah Ayu bagitau abang nama penuh Ayu."
"Eh ye ke bang? Ayu tak pernah cakap ke? Hehehe. Nama penuh Ayu, Intan Ayuni binti Kasim, kenapa abang tanya ni? Tiba tiba je."
"Ohh takde la, abang nak tahu je" Hisham menyeluk ke dalam poketnya mencari sesuatu dan dia mengeluarkannya.
"Intan Ayuni binti Kasim, sanggupkah awak jadi isteri saya?" Hisham melamar Ayu dengan sebentuk cincin emas yang sangat cantik ukirannya.
"Ehh abang, ya tuhan, malu la Ayu, abang, apa ni. Hihihi" Ayu tersipu malu, perasaannya bercampur baur, dengan mata berkaca kerana terharu, Ayu memandang Hisham dengan penuh cinta.
"Ayu sudi, Ayu sanggup jadi isteri abang, susah senang, Ayu akan berkorban apa sahaja untuk abang, itu janji Ayu, abang pun janji ye jaga Ayu?"
"Abang janji, terima kasih Ayu."
_ _ Bersambung _ _
44632Please respect copyright.PENANACvI6uWBl0e
44632Please respect copyright.PENANAu51qVsNe1R
44632Please respect copyright.PENANASv7vRICErl
44632Please respect copyright.PENANAz4YeYOvBNS