/story/34044/jangan-bersedih-oleh-dr-aidh-abdullah-al-qarni/?l=zh&v=mobile
JANGAN BERSEDIH OLEH DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI | Penana
arrow_back
JANGAN BERSEDIH OLEH DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
more_vert share bookmark_border file_download
info_outline
format_color_text
toc
exposure_plus_1
搜尋故事、作者及社群
繼續閱讀全部清除
別人在看刷新
X
開啟推送通知以獲得 Penana 上的最新動態!
PG-13
JANGAN BERSEDIH OLEH DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
Abu Hanifah
簡介 目錄 留言 (0)

Ambil Madunya Jangan Rosakkan Sarangnya

Di mana pun kelembutan itu berada, ia akan menghiasi tempat itu. Begitu pula jika ia dicabut dari sesuatu tempat, ia akan mencemarinya. Kelembutan tutur kata, senyuman ikhlas di bibir dan sapaan-sapaan hangat yg terpuji ketika bersua merupakan hiasan-hiasan yg selalu dikenakan oleh orang-orang mulia.

Semua itu merupakan sifat seorang mukmin yg akan menjadikanya seperti seekor lebah, makan dari makanan yg baik dan menghasilkan madu yg baik. Jika hinggap pada setangkai bunga, ia tidak pernah merosakkannya

Di antara manusia terdapat orang-orang 'istimewa. yg membuatkan banyak kepala tunduk hormat menyambut kedatangannya, masyarakat berduyun-duyun ingin melihat wajahnya, banyak hati bersimpati padanya dan banyak jiwa memujanya. Dan mereka itu sudah tentulah orang-orang yg amat disukai dan diperkatakan oleh manusia disebabkan kemurahan, kejujuran, keramahan dan sopan santunnya dalam bergaul.

Mereka itulah orang-orang yg selalu berada di tengah-tengah kerumunan manusia dengan senyum yg merekah, keramahan yg mententeramkan dan sopan santun yg menyejukkan. Dan justeru itu, mereka selalu ditanyakan dan didoakan ketika tidak nampak.

Mereka memiliki kesabaran yg menyejukkan dan kemudahan memaafkan yg mententeramkan. Mereka ialah orang-orang yg mudah melupakan kejahatan dan mengingat kebaikan orang lain. Justeru, ketika kata-kata kotor dan keji terlontar kepada mereka, telinga mereka tidak pernah memerah dibuatnya. Bahkan mereka memandang kata-kata itu sebagai angin lalu yg takkan kembali.

Mereka itulah orang yg selalu berada dalam kedamaian dan orang-orang disekeliling mereka merasa aman.

Firman Allah : "Dan orang-orang yg menahan marah dan memaafkan kesalahan orang." (Ali Imran : 134)

Sampaikan khabar gembira kepada mereka bahawa balasan Allah atas ketenangan, ketenteraman dan kedamaian mereka akan disegerakan.

Khabarkan kepada mereka bahawa mereka juga akan mendapat balasan besar di akhirat berupa syurga-syurga dan sungai-sungai yg indah di sisi tuhan mereka yakni :

"Di tempat yg sungguh bahagia di sisi Tuhan Yang Maha Menguasai segala-galanya." (Al Qamar : 55)

留言
書籤
預計閱讀時間: 7 分鐘
toc 目錄
未有標籤
bookmark_border 書籤 開始閱讀 >
×


還原至預設

X
×
×

在主頁加入 Penana 以更方便離線閱讀:按 然後按「加至主畫面」