Zhaf senyum. Ralit memerhatikan Tasnim yang khusyuk berdiri di depan mesin photostat. Membebel panjang mulut itu dari tadi. Dibelek kiri kanan atas bawah mesin itu. Butang mesin ditekan-tekan.
Masih tak berfungsi dengan baik. Apa masalah benda alah ni? Tempat letak kertas pula dibuka. Cukup dah kertasnya. Tasnim belek lagi mesin itu dengan tekun cuba cari di mana datang masalahnya. Nak kata ada kertas tersangkut, memang clear. Apa masalah ni?!
Dek terlampau geram, mesin itu ditendang kuat. Sakit hati aku!
Automatik, mesin segera bergerak dan scan kertas yang diletakkan oleh tasnim tadi. Haaa nak kena makan penerajang aku dulu baru nak gerak.! Lain kali cakap awal-awal lapar penyepak .. Senang aku kakikan dari tadi. Menyusahkan orang betul! Dia tepuk kuat bahagian atas mesin itu pula. Geram je.!
Zhafran tersenyum panjang dengar Tasnim membebel. So comel lah si jantung hati aku ni..
"Tasnim.. That is cute. Thanks sebab dah baiki mesin photostat ni dengan penerajang maut you tu. Actually, memang mesin ni dah lama rosak. Tunggu technician datang baiki. Seems like dah berfungsi dengan baik ni, i nak ucapkan thanks pada you."
Tasnim bagai tercekik biji nangka. Memang rosak? Kurang asam jawa betul. Buat penat je aku bersusah payah tadi. Mesin photocopy yang tak rosak ditunjukkan pada Tasnim.
" Dah lama ke you hidup? Kenapa permainkan i? Basah tau ketiak i ni nak settle masalah mesin bodoh ni punya pasal! "
Bentak Tasnim tak puas hati. Ketiaknya memang benar-benar becak. Bukan sekadar omongan sahaja. Nasib baik pakai deodorant. Kalau tidak, matilah Zhaf tak cukup udara segar untuk bernafas. Mesti tak ada aksi-aksi curi-curi pandang macam ni.
"ololololo.. Kesian you. Maaflah. You comel sangat. Terbelek-belek mesin ni dengan penuh khusyuk buat i tak sampai hati nak kacau. Tapi part tendangan tu seram. Jangan tendang i macam tu tau."
"kalau tak nak kena tendang... Jangan main-main!"
"Peluh la Anim..ni comot. Habis hitam-hitam. " sapu tangan dari dalam koceknya dikeluarkan. Dahi dan muka Tasnim yang sudah berkeluh dikesatnya. Sangat berhati-hati dan penuh kasih sayang. Tasnim hanya diam menadah muka dek perlakuan lembut Zhaf itu. Tangannya dah hitam terkena dakwat carbon saat menjadi 'technician' tak bertauliah tadi.
Ada satu senyuman terukir di bibir Tasnim. Zhaf membalas lega. Dia dalam berani-berani takut je untuk melayan gadis itu seperti ini. Sudah terbiasa dirinya ditolak dan disisih keberadaannya oleh Tasnim membuatkan Zhaf jadi sangat teragak-agak untuk lepas laku. Dia takut Tasnim tak suka.
Ehem!
Zhaf berpaling ke belakang. Haeydar berdiri diambang pintu.
"Yes Tengku Haeydar? Ada apa yang boleh kami bantu?" tanya Zhaf santai. Muka masih dalam senyuman. Tasnim buat bodoh. Kertas-kertas yang dah dicetak, dikerling sekilas.
"Stop berlakon. Geli aku tengok. Tak real. Tasnim, kau patut balik kat tempat asal kau. Pergi buat kerja sale kau tu. Jangan menyibuk kat tempat aku." Haeydar berlalu setelah menutur kata.
"Apa masalah dia? Terencat. Entah macam mana aku boleh gila nakkan dia dulu. Aku patut jumpa doktor sakit jiwa." Bebel Tasnim. Kertas yang banyak itu diambilnya. Baru nak berlalu, kakinya terhenti.
"I love u Tasnim. Seluruh jiwa I."
Tasnim kelu seribu bahasa. Kalau dulu pasti dia akan melenting tak suka dengar Zhaf cakap sesuatu yang telinganya menolak untuk dengar tapi hari ini.. Kata-kata Zhaf masuk terus ke jiwanya. Ikhlasnya. Zhafran tertawa menutup gugup.
Kepala Tasnim digosok perlahan sebelum dia melarikan diri. Baik aku selamatkan diri sebelum kena amuk dengah minah allergik aku ini. Tersengih saja Zhaf tika ini.
Segaris senyuman terbit dibibir Tasnim. Zhaf.. Let's make it real. Aku akan bagi kau peluang itu.
Kau yang buat aku begini Haeydar. Tuhan akan melaknat aku. Tak pernah terlintas pun dalam hati aku untuk berlaku curang. Tapi hati yang sakit perlu diubati. Terlalu susah untuk aku kumpul pahala. Aku pilih untuk jadi pendosa dalam rumah tangga kita. Satu masa aku akan dibakar dengan api yang memeritkan dan disaat itu, kau akan ku tarik bersama.
******
Mimi mastura besarkan mata. Betulkah apa yang aku nampak ni? Matanya pula digenyeh seketika. Terpejam celik dia nak dapatkan confirmation identiti seseorang yang dilihatnya. Tasnim? Dia buat apa disini?
"You buat apa dekat sini Tasnim?"
Tasnim yang sedang bersantai tunggu Zhafran di lobby bangunan itu tersentak bila di sergah begitu. Terus lari fokusnya di telefon pintarnya tadi.
Emmm maduku.. Tasnim senyum senget.
"You nampak cengkung Mimi. So, how's your marriage life? I bet you tak bahagia.." Tasnim pamer senyum sinisnya sebelum kembali fokus pada telefonnya.
"I know it is you. I dah agak! You memang jahat. You memang sengaja buat Haeydar bencikan i. You pendendam Tasnim."
Jelas. Mereka tak bahagia. Tasnim senyum senang.
"Korang tak layak untuk bahagia. I kenal Tengku haeydar. I yang hidup dengan dia sebelum you. Tak susah untuk i tahu apa yang melanda diri you sekarang. From your eyes pun i tahu you tak bahagia. You rampas bahagia orang, bahagia pun tak akan ada makna untuk you.. Excuse me, my darling is here."
Tasnim bingkas bangun bila ternampak kelibat Zhaf makin menghampiri. Baru nak mengorak langkah, rambutnya ditarik dari belakang.
Pang!
Satu penampar lekat kat pipi Tasnim.
" I akan buat teruk lagi dari ni kalau you ganggu Haeydar. " Jari telunjuk Mimi betul-betul ditalakan ke muka Tasnim.
"Ini dah cukup membuktikan tahap teruknya badai yang melanda rumah tangga you. Goodluck. A simple advice from me, tinggalkan jantan tak guna tu kalau you nak hidup bahagia." bisik Tasnim dekat dengan telinga Mimi. Riak mukanya masih dalam senyuman memadankan muka Mimi Mastura.
"You ni memang dasar betina tak guna!!" bagai dirasuk setan, Mimi Mastura mengamuk. Rambut Tasnim ditarik kuat. Pipi itu ditamparnya sekuat hati. Berkali-kali.
Tasnim pun tak lepas peluang. Dalam acah-acah disakiti oleh Mimi sempat dia bagi sedas dua..
Sikit saja serangan curi Tasnim tapi impaknya pasti lebih menyakitkan daripada serangan bertubi-tubi Mimi yang kurang ilmu.
Tasnim ketawa mengejek tapi hanya cukup didengari oleh Mimi sahaja. Makin naik hantu lah Mimi jadinya. Lupa terus dirinya sebagai public figure. Dia lebih mahu melepaskan rasa sakit di hatinya.
Zhafran yang menjadi penonton tadi hanya memaku kaki. Tak mahu masuk campur. Tasnim tak perlu bantuan pun. Kalau dia ikut campur mahu mengamuk perempuan itu nanti. Buat lah apa kau nak buat Tasnim..
"Stop it!!" marah satu suara. Tak dihiraukan.
"I said stop it!!!" kuat suaranya menengking.
Terhenti terus gumpalan dua perempuan itu. Rambut masing-masing dah tak berupa orang. Kembang dan kusut jadinya. Hilang terus muka cantik Mimi Mastura dalam keadaan begitu. Tak pernah orang tengok Mimi Mastura versi serabai begini. Boleh meletup news! Gosip sensasi!! Sempat Tasnim tolak kepala Mimi sebagai penutup acara.
Pang!! Sekali lagi. Tapi kali ini dari tangan yang berbeza. Tasnim sentuh pipinya yang kebas. Asyik main lempang je. Mana aci!
Satu penampar kuat singgah di pipi Tasnim. Terteleng wajahnya ke tepi. Zhaff yang melihat mahu ikut campur. Tapi dia masih bertenang kawal diri. Melihat Tasnim genggam tangan kuat, Zhaff kunci lagi aksi. Dia tahu Tasnim tak suka andai dia masuk campur. Awal-awal dulu lagi Tasnim dah beri amaran padanya. Apa sahaja yang melibatkan Tasnim, Haeydar dan Mimi.. Lelaki itu tak perlu masuk campur.
Tugas Zhaf hanya perlu menyakitkan hati Haeydar sahaja. Sekali gus sekarang memegang title bakal imam Tasnim. Zhafran mengumpul sabar. Cuba bertenang melihat insan tercinta disakiti orang.
"Kalau datang sini nak buat kacau, berambus! Dasar murahan!"
Dush! Sebiji Haeydar mendapat.Dia pandang Tasnim tak percaya.
"Kau tak ada hak nak panggil aku murahan!!" tempik Tasnim.
Tak ada istilah syurga dah sekarang ni. Semuanya neraka! Tumbukan padu Tasnim dipipi itu buat Haeydar tergerak sikit dari posisinya. Boleh tahan.
"Kau tumbuk aku??"
Tasnim angguk. Sepatutnya dari dulu kau makan penumbuk ni. Baru kau tahu letak nilai seorang perempuan tu dimana.
"Kau cabar aku? Ok fine. Tumbuk lagi sekali kalau betul kau nak lawan aku."
Tak tunggu lama, dua tumbukan terus Tasnim beri. Dah orang meminta sangat. Dengan rela hati Tasnim beri. Satu dimuka, satu lagi di dada lelaki itu. Kuat. Biar padan muka! Dah lama aku tahan sabar.
" Kau memang cari pasal." muka Haeydar garang.
Tangan Tasnim ditarik Haeydar kasar mengikut langkahnya. Tasnim cuba melepas diri tapi cengkaman Haeydar tak kosong. Kemas. Walau direntap dengan ilmu yang Tasnim punya, tetap tak mampu melepaskan pegangan itu. Nampak sangat Haeydar dah bersedia dengan caranya yang sendiri. Tasnim jadi tak senang duduk.
"Baby! You nak tinggalkan i macam ni je?" jerit Mimi kuat.
Tak puas hati tengok fokus Haeydar lebih kepada Tasnim. Memang dia puas hati haeydar lepas amuk pada Tasnim, tapi dia tak suka ditinggal terpinga-pinga begini!
"You shut up. Balik!" kata Haeydar sebelum tubuhnya lolos ke dalam lif.
Tubuh Tasnim di tolak kasar ke kotak lif. Berdentum bunyinya.
Berani kau cabar aku? Tanyanya baran. Tasnim ketawa mengejek. Makin baran Haeydar jadinya. Terbuka saja pintu lif, Tasnim ditarik kasar ke arah biliknya. Muka yang melihat dah tertelan liur tengok tingkah kasar Haeydar pada Tasnim.
Bos kalau marah memang menakutkan. Sumpah tak sanggup masuk campur. Mereka dah awal-awal lagi dah diinform dengan apa yang dah terjadi kat bawah.
Masing-masing kunci mulut. Jangan dikacau harimau yang sedang mengganas kalau nak selamat. Biar la kalau dia nak bergaduh ke apa. Itu masalah dia. Kita orang bawah buat tak tahu je kalau nak selamat.
Pintu pejabatnya yang tertulis CEO itu di hempas kuat. Pintu dikunci.
Tasnim ditolak kuat hingga terjatuh.
"kau nak tunjuk hebat dekat siapa? Aku? Kau dah pandai melawan sekarang ye? Rasa diri tu dah cukup hebat?" Haeydar cekak pinggang. Tali leher yang menjerut lehernya dilonggarkan. Rimas.
Tasnim ketawa perlahan. Dia bawa tubuh bangun menghadap Haeydar. Mata bertentangan. Dua-dua berbalas pandangan tajam.
ns216.73.216.66da2


