Pelepasan daripada lari pecut tiga tahun lepas rupanya telah mengubah seluruh carta hidup aku kat sekolah ni. Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar peha aku dah tak melayang kat tapak lompat jauh lagi. Sebaliknya, aku dah terduduk tegak kat dalam kelas 5 Kreatif, tengah menghadap timbunan buku rujukan setebal kamus dewan.
Ya, kitorang dah Form 5. Tahun SPM. Tahun di mana segala-galanya menjadi semakin serius... termasuklah 'misteri' yang Farid bocorkan kat kantin tiga tahun lepas.
Sepanjang tiga tahun ni, semuanya berjalan macam biasa je. Kitorang masih lagi bertiga, mengusung ke hulu ke hilir membawa beban hidup masing-masing. Sarah masih lagi si genius yang pick-me, aku masih average, dan Farid? Masih setia mengemudi kelas paling corot kat hujung blok.
Status dua orang cikgu tu pulak, khabarnya dua-dua masih lagi single. Tapi bezanya, Cikgu Hakim jelah yang kekal pegang takhta sebagai 'Cikgu Pujaan Malaya' yang digilai satu sekolah sampai ke hari ni. Cikgu Bad? Dia maintain dengan imej low-profile dia—sejenis cikgu PJ nerd yang murni dan tak kuasa nak layan peminat.
Sampai sekarang, aku sendiri tak tahu sama ada Cikgu Hakim tu betul-betul masih simpan perasaan kat aku ke tak macam yang Farid cakap dulu. Yelah, dia kan singa disiplin, muka hari-hari macam nak makan orang, mana ada masa dia nak tunjuk tanda-tanda angau kat budak average macam aku ni. Aku pun buat-buat lupa jelah pasal gosip gila si Farid tu.
Tapi, bercakap pasal angau... dalam trio kitorang ni, ada sorang mamat tu yang tengah angau nak mampus sekarang.
Siapa lagi kalau bukan si Farid!
Haah, budak kelas corot tu dah ada awek, wei! Budak junior Form 4. Punya lah ligat si Farid tu buat kerja. Buku teks SPM dia pandang sebelah mata je, tapi kalau awek junior dia tu lalu, mak aii... lirik mata dia tu boleh kalahkan radar Cikgu Hakim. Kadang-kadang aku dengan Sarah rasa nak ketuk je kepala dia pakai botol air. Belajar tak mau, tapi sibuk nak bercinta! Hari-hari kitorang kena tadah telinga dengar dia acah-acah jiwang. Sabar jelah dapat kawan baik macam ni.
………………………….……………………………………………
Sementara si Farid sibuk dengan dunia angau dia, aku dengan Sarah pulak macam nak gila bertungkus-lumus pulun nak perform untuk SPM. Kitorang dua-dua ada objektif hidup yang berbeza. Sarah nekad belajar rajin-rajin sebab dia dah tak nak hidup miskin dan sempit lagi. Manakala aku? Aku nekad gila-gila sebab aku nak buktikan kat mak dengan ayah aku yang anak 2A UPSR ni pun mampu bawa balik keputusan gempak. Aku nak diorang nampak aku, bukan kakak dengan abang aku je.
Hari pertama sekolah, semuanya berjalan macam biasa. Tapi masuk minggu ketiga, tiba-tiba... dunia aku macam berpusing terbalik.
"Balqis, Cikgu Badrul panggil awak pergi bilik guru sekarang," kata ketua kelas aku.
Sumpah, masa tu jantung aku rasa macam nak luruh pergi kat lutut. Takut wei! Otak aku ligat berputar fikir apa kesalahan jenayah akademik yang aku dah buat sepanjang tiga minggu ni. Rasanya aku tak ada ponteng kelas, kerja sekolah pun hantar. Dah kenapa pulak cikgu nerd tu panggil aku?
Dengan langkah yang longgar, aku heret kaki masuk ke bilik guru yang berhawa dingin tu. Suasana agak sunyi. Masa tu, meja guru lain banyak yang kosong, cuma ada Cikgu Tan—cikgu Matematik aku yang tengah khusyuk menanda buku kat meja hujung sudut sana.
"Sila duduk, Balqis," pelawa Cikgu Bad.
Dia betulkan cermin mata dia, lepas tu dia pandang tepat kat dalam anak mata aku. Suara dia perlahan gila, tapi cukup jelas untuk buat telinga aku berdengung.
"Cikgu sebenarnya... dah lama perhatikan awak, Balqis. Sepanjang tiga tahun cikgu mengajar awak kat sekolah ni, makin lama... cikgu sedar yang cikgu dah mula ada perasaan dekat awak."
Zup!
Masa tu juga aku rasa macam seluruh sel darah putih dengan darah merah dalam badan aku berhenti mengalir. Tangan aku automatik jadi lembik, kaki aku rasa lemah gila sampai kalau aku berdiri, konfirm aku dah tumbang kat lantai bilik guru tu. Biar betul?! Cikgu pujaan dalam diam aku ni tengah buat pengakuan cinta ke?
"Cikgu tak nak ganggu fokus awak. Tapi... kalau awak izinkan, lepas je awak habis kertas terakhir SPM nanti, cikgu ingat... cikgu nak hantar rombongan merisik ke rumah awak."
Wei, gila!!! Kepala otak aku terus jem! Punya lah selama tiga tahun ni aku ingat aku yang syok sendiri layan crush dalam diam kat dia, alih-alih dia punya plan lagi bapak advance—terus nak hantar rombongan merisik!
Aku terdiam seribu bahasa. Lidah aku kelu, tapi aku gagahkan juga suara aku yang dah tersekat kat kerongkong. "Cikgu... sejak... sejak bila?"
Cikgu Bad tersenyum nipis. Senyuman manis yang sama yang selalu buat hati aku cair tiga tahun lepas. Dia tunduk sikit, lepas tu bisik perlahan:
"Sejak tiga tahun lepas, Balqis. Lompatan jauh awak hari tu... sebenarnya dah buat hati cikgu jatuh cinta."
ns216.73.216.69da2


