/story/214953/kahwin-dengan-mr-gentleman/toc
Kahwin Dengan Mr. Gentleman | Penana
arrow_back
Kahwin Dengan Mr. Gentleman
more_vert share bookmark_border file_download
info_outline
format_color_text
toc
exposure_plus_1
coins
Search stories, writers or societies
Continue ReadingClear All
What Others Are ReadingRefresh
X
Never miss what's happening on Penana!
PG-13
Kahwin Dengan Mr. Gentleman
Hoster‎ ✔️
Intro Table of Contents Top sponsors Comments (0)

Siapa yang nak kahwin dengan orang tua yang nazak?

Dah semestinya bukan Naria.

Namun keluarganya mendesak dia untuk berkahwin dengan lelaki tua nazak itu demi untuk mendapatkan harta lelaki itu. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk untuk harta dan kekayaan, termasuklah menggadaikan anak perempuan mereka.

Disebabkan enggan, Naria larikan diri dari rumah dengan berbekalkan duit sebanyak RM 250 di dalam poketnya.

Kerana marah, Naria tak sedar ke mana dia melangkah sehingga dia hampir dilanggar dengan kereta.

Lelaki yang hampir langgarnya nampak seperti satu harapan untuk dia bebaskan diri dari dikahwinkan dengan lelaki nazak yang ingin dijodohkan dengannya oleh keluarga.

“Hourly rate saya bukan murah, cik.” – Eden Raimi

Tapi niatnya untuk gunakan lelaki itu hilang bila lelaki itu ditikam entah dari mana.

“Awak gigolo…?” – Naria Aulia

“Cikgu macam awak pun tak hina pekerjaan saya. Saya tak minta lebih. Saya cuma minta awak kahwin dengan saya.” – Eden Raimi

Disebabkan terdesak, Naria setuju untuk berkahwin dengan Eden hanya untuk membebaskan diri dari keluarganya yang kerap mengeksploit dirinya untuk adik-adiknya supaya mereka tak perlu bersusah payah bekerja untuk sara diri.

Ikhlas berkahwin dengan seorang gigolo, Eden sorokkan identitinya sebagai lelaki yang terkaya di Asia Tenggara dengan berpura-pura miskin untuk menguji Naria walaupun sebenarnya dia dah jatuh cinta terlebih dahulu di dalam perkahwinan mereka.

Show Comments
BOOKMARK
Total Reading Time: 24 minutes
toc Table of Contents
bookmark_border Bookmark Start Reading >
×


Reset to default

X
×
×

Install this webapp for easier offline reading: tap and then Add to home screen.