Hari Khamis itu sekolah terasa lebih sunyi daripada biasa.
Selepas loceng tamat sesi persekolahan berbunyi, seorang demi seorang guru mula pulang. Bunyi riuh pelajar juga semakin hilang ditelan suasana petang.
Aku masih berada di bilik guru, menyiapkan beberapa laporan latihan pasukan sukan sekolah.
Telefon aku bergetar.
Kak Tirah:1550Please respect copyright.PENANAB1Vjm1Ej37
Arif free petang ni?
Aku tersenyum kecil melihat namanya.
Aku:1550Please respect copyright.PENANAInPOozeR6I
Kenapa?
Kak Tirah:1550Please respect copyright.PENANAzXbidkiP9T
Boleh tolong akak kemas bilik fail tak? Staff lain ramai tak ada hari ni.
Aku terus setuju.
Lagipun memang itu kebiasaan aku—stayback di sekolah sampai lewat petang. Kadang sebab latihan sukan, kadang sebab malas menempuh jem perjalanan pulang yang boleh makan masa lebih sejam.
Dan Kak Tirah tahu semua itu.
Sebab hampir setiap malam, kami berbual tentang hidup masing-masing di WhatsApp.
Petang itu aku melangkah masuk ke pejabat sekolah.
Lengang.
Hanya bunyi penghawa dingin dan kipas siling memenuhi ruang.
Pengetua masih berada di biliknya yang tertutup rapat di hujung pejabat, manakala guru-guru lain sudah pulang atau menghadiri mesyuarat luar.
Kak Tirah sedang berdiri di depan bilik fail sambil memegang beberapa kotak.
“Lama tunggu?” aku menegur.
Dia berpaling sambil tersenyum.
“Taklah. Ingatkan cikgu handsome ni dah balik.”
Aku ketawa kecil.
Walaupun di WhatsApp kami sangat rapat, di sekolah kami tetap berpura-pura biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Namun bila hanya tinggal kami berdua petang itu… suasananya terasa lain.
Bilik fail itu sempit sedikit dengan rak besi tinggi memenuhi ruang.
Aku membantu mengangkat kotak dan menyusun fail lama bersama Kak Tirah sambil kami bergurau senda.
Kadang-kadang dia ketawa sampai bahunya terangkat kecil.
Dan setiap kali dia ketawa begitu… aku susah untuk mengalihkan pandangan.
Baju kurung moden berwarna hijau gelap yang dipakainya hari itu nampak kemas membaluti tubuhnya yang sedikit berisi. Tidak keterlaluan, tetapi cukup membuatkan mata lelaki mudah terganggu.
“Arif, pegang tangga ni jap.”
Aku segera berdiri di bawah tangga kecil itu ketika Kak Tirah mula memanjat untuk mengambil fail di atas rak besi.
Dan ketika itulah… aku terdiam.
Tubuhnya berada betul-betul di depan mata aku.
Jantung aku mula berdegup perlahan.
Aku cuba fokus memegang tangga, tetapi pandangan aku beberapa kali tersasar pada bentuk badannya yang jelas dari belakang.
Aku menelan air liur perlahan.
“Yang ni ke?” tanya Kak Tirah sambil mencapai kotak fail di atas.
“Ha… ya.”
Suara aku sendiri kedengaran sedikit serak.
Ketika dia menghulurkan kotak kepada aku, jari kami bersentuhan seketika.
Sentuhan kecil itu cukup membuat dada aku berdebar aneh.
Dan yang lebih membuat aku hilang fokus… Kak Tirah langsung tidak menarik tangannya cepat-cepat.
Beberapa minit kemudian dia mula turun dari tangga.
Aku secara spontan memegang pinggangnya perlahan, kononnya mahu membantu supaya dia tidak terjatuh.
Tubuh Kak Tirah terasa dekat.
Terlalu dekat.
Haruman perfume lembutnya menusuk hidung aku.
Dia berpaling sedikit ke arah aku.
Mata kami bertentangan untuk beberapa saat yang terasa lama.
Namun dia hanya tersenyum kecil.
“Takut akak jatuh ke?”
Aku melepaskan pegangan perlahan sambil cuba mengawal wajah.
“Risau juga.”
Kak Tirah ketawa kecil sebelum kembali menyusun fail.
Tetapi selepas saat itu…
Suasana antara kami berubah.
Ada sesuatu yang semakin jelas terasa di antara kami berdua.
Sesuatu yang tidak lagi sama seperti hubungan biasa antara seorang guru muda… dan seorang kerani sekolah.1550Please respect copyright.PENANAUg3bSAyt14


