/story/210918/she-is-bonita?c=Y
She is BONITA | Penana
arrow_back
She is BONITA
more_vert share bookmark_border
info_outline
format_color_text
toc
exposure_plus_1
coins
Search stories, writers or societies
Continue ReadingClear All
What Others Are ReadingRefresh
X
Never miss what's happening on Penana!
PG-13
She is BONITA
DeBlueEmoonAe
Intro Table of Contents Top sponsors Comments (0)

Sora

Seorang supermodel terkenal dengan pengikut instagram yang mencecah jutaan peminat serta merupakan salah seorang selebriti terkenal di Fukuoka. Kerana rambutnya yang berwarna putih abu- abu serta kulit putih pucat itu membuatkan semakin terkenal serta dijuluki dengan panggilan Bonita. Namun, tiada siapa yang tahu kehidupannya yang sebenar, di sebalik wajah yang sentiasa tersenyum itu, Sora merupakan anak angkat kepada pasangan Sanada. Keluarga Sanada agak terkenal dengan kilang beras mereka yang pertama kalinya memperkenalkan sistem import dan eksport di Jepun dan keputusan mereka untuk mengambil Sora sebagai anak angkat adalah untuk mengganti kewujudan puteri sebenar Sanada iaitu Yumi.

Kehadiran Sora di keluarga Sanada adalah tidak diundang serta hubungannya bersama dengan ibu angkatnya tidak pernah aman kerana dia diibaratkan 'gold digger' di mata Akari, ibu Yumi. Kedatangan Sora ke rumah Sanada tidak pernah dialu-alukan sehingga Sora diberikan sebuah kondominium oleh kepala keluarga Sanada iaitu Puan Hamuri.

"Kau tidak layak untuk menjadi pengganti Yumi, dasar jalang!" - Akari

"Aku akan memberikan kau segalanya asalkan kau sanggup mengganti tempat Yumi untuk sementara waktu" - Fuyuki

"Aku tidak mahu kau menderita lagi Sora, aku harap Fuyuki dan Akari akan melepaskan kau secepat yang mungkin" - Puan Hamuri

Sehinggalah kedatangan putera sulung keluarga Katayama, Kenji, segalanya mula berubah.

"Aku akan melindungi kau Bonitaku" - Kenji.

Show Comments
BOOKMARK
Total Reading Time: 1 minute
toc Table of Contents
bookmark_border Bookmark Start Reading >
×


Reset to default

X
×
×

Install this webapp for easier offline reading: tap and then Add to home screen.