Angin petang bertiup perlahan, mengusik dedaun pokok kelapa yang melambai lambai di belakang rumah kayu milik Pak Lah. Di pangkin usang di hadapan rumah, dua sahabat lama duduk bersandar santai.
Pak Lah, dengan tubuhnya yang masih gagah walau sudah mencecah usia 60an, menghembuskan asap rokok daun ke udara. Di sebelahnya, Haji Daud meneguk kopi kapal api yang masih berasap, menikmati kepahitan yang sudah sebati dengan lidah orang lama.
"Hmm... seronok ke duduk di bandar tu, Lah?" tanya Haji Daud, memandang sahabatnya dengan mata yang separuh mengecil akibat silauan cahaya matahari senja yang tepat menyinari ke arahnya.
Pak Lah tersenyum tipis, menepuk-nepuk tembakau di hujung rokok daunnya. "Seronok lah juga, Haji... Anak-anak layan dengan baik, menantu pun rajin, selalu memasakan makanan sedap untuk aku. Nak kata bosan, tak lah... semua cukup. Rumah besar, ada aircond, ada sofa empuk. Tapi..."
Haji Daud tersengih, seakan sudah mengagak jawapan yang bakal keluar dari mulut sahabatnya. "Aik, makan sedap, siap dapat tiga menantu hot sekaligus pun, ada tapi-tapi lagi?"
Pak Lah menghela nafas panjang, matanya merenung hamparan sawah yang kini menguning, tanda musim menuai sudah hampir. "Entahlah, Haji. Memang la sedap dapat merasa badan muda bergetah menantu aku tu, tapi rasa macam burung dalam sangkar pula. Rasa tak bebas, terperuk je dalam rumah. Nak keluar hirup udara segar pun rasa tak sama macam kat sini."
Haji Daud mengangguk perlahan, matanya masih merenung wajah Pak Lah. "Aku faham, Lah. Kampung ni tempat kita membesar, tempat kita bina kehidupan. Kau ingat lagi dulu kita sama-sama meredah sawah, tangkap ikan haruan lepas hujan? Sekarang, semuanya dah lain... budak-budak muda sibuk dengan telefon, mana nak kenal lagi lumpur sawah," keluhnya sambil menepuk lutut.
Pak Lah tersenyum pahit, menghirup kopi hitam pekat yang hampir sejuk. "Duduk dengan Rahmat tu syok je, menantu aku, Saleha, pun baik orangnya. Jaga aku macam aku ni lebih dari laki dia sendiri. Tapi tetap... aku rasa kekosongan. Hari-hari tengok anak, menantu aku keluar kerja awal pagi, balik lewat malam. Aku sorang-sorang dalam rumah besar, tengok TV, termenung. Rasa macam tunggul. Tak best sungguh."
Haji Daud ketawa kecil, menampakkan gigi yang sudah banyak rongak. "Lah, Lah... Aku kalau dapat menantu hot macam tu, memang tak balik kampung dah. Layanan tip-top pun masih nak duduk kat sini hisap rokok daun dengan aku."
Pak Lah ketawa, menghembuskan asap terakhir sebelum menekan hujung rokoknya ke atas pangkin, memadam bara yang masih menyala. "Aku bukan jenis yang boleh duduk goyang kaki je, Haji. Takkan hari-hari nak berjimak je kejanya. Bosan lah. Kat kampung ni, aku boleh cabut rumput, boleh bersihkan kebun, boleh tengok ayam berkokok setiap pagi. Kat bandar tu, aku cuma duduk... termenung... kalau depa tak kerja, baru la ada kawan nak bersembang."
Haji Daud terdiam seketika, memahami maksud yang tersirat dalam suara Pak Lah. "Fatimah dah lama pergi, Lah... aku rasa kau kena cari pengganti lain kalau taknak duduk berseorangan lagi. Dah 5 tahun kot dia pergi."
Pak Lah mengangguk perlahan, matanya sedikit berkaca tetapi dia cepat-cepat mengalihkan pandangan. "Aku pernah cuba, Haji... tapi hati aku susah nak terima."
Mereka berdua diam sejenak, hanya ditemani bunyi cengkerik yang mula bernyanyi di celah-celah rumput lalang. Kopi kapal dalam cawan mula menghilang kepanasannya, tetapi perbualan antara dua sahabat lama ini masih hangat, seperti bara api yang enggan padam.
"Jadi... kau nak duduk sini terus ke? Bukan anak-anak kau nak kau duduk kolumpo tu ke?" Haji Daud akhirnya bertanya.
Pak Lah merenung jauh ke hujung sawah, senyuman kecil terukir di wajahnya. "Aku tak tahu, Haji. Mungkin aku kena dengar kata hati aku... atau mungkin ada sesuatu yang akan buat aku berubah pikiran."
Haji Daud mengangkat kening. "Haaa... yang tu aku nak dengar. Ada apa-apa yang buat kau pikir dua kali?"
Pak Lah hanya tersenyum, menghirup sisa kopi dalam cawannya. Matanya penuh dengan tanda tanya, seolah-olah ada sesuatu yang bermain dalam pikirannya.
Dia menarik nafas dalam sebelum menghembus asap ke udara, kemudian memandang sahabatnya yang termenung jauh. "Haji, bila Suhaiza nak balik? Lama betul aku tak nampak anak sulung kau tu," soalnya tiba-tiba cuba untuk mengubah topik baru.
Haji Daud yang sedang menguis tembakau dalam rokoknya tiba-tiba terhenti. Matanya sedikit berkedip, seakan-akan soalan itu menyentak sesuatu dalam fikirannya. Perlahan-lahan dia menundukkan kepala, wajahnya sedikit sebak.
"Entahlah, Lah..." jawabnya perlahan, suaranya tenggelam dalam deruan angin senja. "Aku sendiri pun tak tahu."
Pak Lah mengangkat kening. "Tak tahu? Eh, bukan ke dia selalu balik dulu? apa dah jadi?"
Haji Daud menghela nafas panjang, jari-jarinya mengetuk-ngetuk pangkin. "Sejak dia kerja di singapore tu, jarang dah dia balik. Sibuk dengan kerja katanya... aku tak nak paksa dia, biar dia urus hidup dia sendiri."
Pak Lah diam seketika, tetapi mata tajamnya memerhati sahabatnya itu. Ada sesuatu yang ganjil dalam nada suaranya hari ini.
"Kau ni kenapa, Haji?" soalnya perlahan. "Macam ada benda yang kau sorok."
Haji Daud tidak terus menjawab. Sebaliknya, dia termenung lama, seakan mengimbas sesuatu yang jauh di dalam ingatannya.
"Pak Lah..." akhirnya dia bersuara, nadanya berat. "Kau masih ingat tak... waktu aku baru kahwin dengan Amirah dulu?"
Pak Lah tersenyum kecil. "Ingat. Kau dengan Amirah dulu macam belangkas. Ke sana sini bersama. Dia perempuan yang baik, jaga kau dengan elok."
Haji Daud ketawa kecil, tetapi tawanya hambar. "Ya... tapi kau pun tahu, hidup aku dengan dia dulu tak sempurna."
Pak Lah diam. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya.
"Kami kahwin bertahun-tahun... tapi tak ada anak."
Suara itu keluar bersama keluhan panjang. "Macam-macam cara aku cuba, Lah masa tu. Pergi jumpa doktor, pergi berubat kampung, minum segala jenis air akar kayu... tapi tetap tak ada rezeki."
Pak Lah hanya mengangguk, membiarkan Haji Daud terus bercerita.
"Aku ingat lagi... tiap-tiap malam aku tengok Amirah menangis diam-diam dalam bilik. Dia rasa diri dia tak berguna sebagai isteri sebab tak boleh bagi aku zuriat. Aku cuba pujuk, aku kata aku tak kisah... tapi hati dia tetap luka."
Haji Daud menghela nafas berat. Wajahnya nampak semakin kusut. "Aku sayang gila dia masa itu... aku tak sanggup tengok dia macam tu. itu yang keluar rancangan gila tu." Haji Daud menunduk, mukanya kemerahan antara malu dan kelegaan kerana meluahkan rahsia yang sudah lama disimpan antara dua sahabat itu.
Pak Lah tergelak kecil, tetapi ada nada terkejut dalam tawanya. "Memang, aku dengar masa tu pun macam tak percaya je perkara gila tu keluar dari mulut kau."
Haji Daud tersenyum pahit, kepalanya masih menunduk. "Aku tahu. Aku tahu betapa bodohnya permintaan aku itu, Lah. Tapi aku dah tak ada jalan lain. Aku takut aku kehilangan Amirah... dan aku tahu, kalau aku minta lelaki lain buat benda tu, mungkin aku takkan boleh terima."
Pak Lah tergelak kecil sambil menggeleng kepala. "Aku ingat lagi, masa aku bagitahu Fatimah pasal ni... mengamuk gila dia!"
Haji Daud tersenyum kelat. "Berminggu-minggu kau kena pujuk dia, kan?"
Pak Lah ketawa lebih kuat kali ini, kenangan lama yang sudah lama dilupakan, kini kembali menyerbu pikirannya. "Kau tak tahu betapa susahnya aku nak pujuk dia, Haji. Tiap-tiap malam aku kena dengar dia membebel! Dia kata aku gila, dia kata aku dah hilang akal sebab layan permintaan kau tu!"
Haji Daud ketawa perlahan, tetapi matanya masih berkaca. "Aku pun tak salahkan dia... kalau aku jadi dia, aku pun marah."
Pak Lah menggeleng kepala. "Tapi akhirnya, dia lembut juga hati... sebab dia kesiankan Amirah."
Diam. Bunyi angin bertiup lembut di antara mereka.
"Akhirnya... perkara tu terjadi juga." ujar Pak Lah dengan suara yang lebih perlahan.
Haji Daud mengangguk, tetapi kali ini air matanya bergenang. "Ya, Lah... dan dari situ, lahirlah Suhaiza."
Pak Lah terdiam. Merenung kembali kenangan lama. Matanya kosong memandang ke arah sawah padi di hadapan mereka. Rahsia yang selama ini terpendam akhirnya dibuka kembali, dan sejujurnya, dia sendiri sudah tidak ingat tentang perkara itu hinggalah hari ini.
"Haji..." suaranya bergetar sedikit. "Suhaiza tahu?"
Haji Daud menundukkan kepala. Dia menghela nafas panjang sebelum bersuara "Lama juga rahsia itu tersimpan.. akhirnya dia tau juga."
"Jadi... sebab itu ke Suhaiza tak pernah balik?" Pak Lah memandang penuh minat, rahsia yang tidak pernah diketahuinya.
Haji Daud tidak terus menjawab. Dia menyalakan rokoknya, menghisap dalam-dalam sebelum menghembuskan asap ke udara. Wajahnya kosong, tetapi ada kesakitan yang jelas terpancar di matanya.
"Rahsia yang aku simpan bertahun-tahun akhirnya terbongkar, Lah..." katanya perlahan, suaranya bergetar.
Pak Lah mengerutkan dahi, menunggu dengan sabar.
Haji Daud menarik nafas, mengimbas kembali detik itu. "Dia... dia jumpa surat lama. Surat yang ditinggalkan oleh arwah Amirah."
Pak Lah mengangkat kening. "Surat?"
Haji Daud mengangguk perlahan. "Selepas Amirah meninggal dunia... aku simpan semua barang dia dalam satu kotak kayu. Aku ingatkan itu hanyalah kenangan biasa. Tapi rupanya, dalam kotak tu... ada sepucuk surat. Surat terakhir Amirah sebelum dia pergi."
Pak Lah mula rasa tidak sedap hati.
"Apa yang tertulis dalam surat tu, Haji?"
Haji Daud memejamkan mata sesaat, seakan masih boleh mendengar suara isterinya membaca surat itu dengan nada sayu.
"Amirah tulis... dia beritahu semua yang terjadi."
Pak Lah menghela nafas berat, menyandarkan badannya, dadanya terasa sesak. "Jadi, dia dah tahu..."
Haji Daud mengangguk, matanya kini berkaca. "Dia jumpa surat tu masa dia kemas almari lama di rumah. Aku tak tahu macam mana dia boleh jumpa, tapi... bila aku balik rumah malam tu, dia dah duduk di ruang tamu, mata dia merah macam dah menangis lama."
Pak Lah dapat membayangkan keadaan itu.
"Dia tanya aku, "Ayah... betul ke apa yang ibu tulis ni?"" suara Haji Daud mula bergetar. "Aku... aku tak boleh menipu dia, Lah. Aku hanya diam."
Pak Lah menggenggam lututnya.
"Dan itulah pertama kali... dan terakhir kali aku dengar dia panggil aku ayah."
Pak Lah merasakan jantungnya seakan terhenti seketika. "Apa dia buat selepas tu?" soalnya perlahan.
Haji Daud menarik nafas panjang, menghembuskan asap rokoknya dengan berat. "Dia tak berkata apa-apa... tak menjerit, tak mengamuk... dia cuma diam. Tapi mata dia, Lah... mata dia penuh dengan kekecewaan."
Pak Lah terdiam.
"Esoknya, dia keluar rumah...bawa sekali adik dia dan sejak hari tu, mereka tak pernah balik lagi."
Pak Lah tersandar, rasa kasihan mula mencengkam hatinya.
Haji Daud mengangguk. "Dia dapat tawaran kerja di Singapore... dan lepas itu lansung kami dah terputus hubungan."
Pak Lah menundukkan kepalanya. "Jadi, dia langsung tak pernah hubungi kau?"
"Tak. Sejak hari tu, dia langsung tak panggil aku ayah dah... Call dan mesej langsung tak dijawab, no aku pun dia block." suara Haji Daud semakin perlahan, hampir berbisik. "Bagi dia, aku cuma... lelaki yang pernah hadir sementara untuk membesarkan dia."
Suasana sunyi seketika.
Pak Lah mengeluh panjang. Dia memandang jauh ke arah langit yang semakin gelap, awan berarak perlahan, seperti fikirannya yang kini dipenuhi dengan kenangan lama.
Dia teringat malam itu... malam di mana dia pertama kali berdepan dengan permintaan gila dari sahabat baiknya sendiri.
[FLASHBACK]
"Lah...kau kena tolong aku..."
Pak Lah menelan air liur, mendengar permintaan yang baru sahaja keluar dari mulut sahabatnya.
"Kau gila, ke daud?!"
Di hadapannya, Haji Daud duduk dengan wajah penuh pengharapan. Dia bukan bergurau. Riak mukanya seakan serius. Ini bukan perkara jenaka untuk dibawa bergurau.
Di dalam rumah, Fatimah, isterinya, sedang memasak di dapur, tidak mengetahui perbualan dua sahabat baik di halaman rumah itu.
"Aku serius, Lah..." suara Daud tersekat-sekat. "Aku dah cuba segalanya... aku dah jumpa doktor di bandar, kami berdua tak serasi, susah nak dapat anak."
Pak Lah menggeleng kepala. "Kau nak suruh aku buat kerja tak masuk akal ni?"
"Lah...tolong la aku. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau setuju."
Pak Lah menghela nafas, dadanya berombak. "Haji... ini bukan benda kecil. Ini dosa besar tau tak. Istighfar banyak-banyak. Bawa mengucap. "
Haji Daud menundukkan wajahnya. "Aku tahu benda ni salah... tapi aku tak tahu apa lagi yang boleh aku buat...Aku dah tak tahan dengar umpatan orang kampung mengata Amirah."
Pak Lah menutup mata. Suasana malam itu mulai terasa berat, hanya diselangi bunyi cengkerik yang bersahutan dari bendang. Dan itulah malam di mana hidup mereka berubah selama-lamanya.
- bersambung -
1152Please respect copyright.PENANAj07CV4SN5n