Tersebutlah kisah sebuah kampung yang bernama kampung ๐ฃ๐ผ๐ต๐ผ๐ป ๐ฃ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ป๐ถ๐ต. Ada pun Kampung ini berada amat jauh dari Kampung -kampung yang berdekatan. Lokasinya yang agak pendalaman amat sukar bagi musafir serta pedagang-pedagang untuk hanya singgah atau melaluinya. Orang luar yang terjumoa akan kampung tersebut kebiasaan orang yang tersesat dari perjalanan mereka. Namun pengalaman sang pengembara yang tersesat ke kamoung iitu tatkala dia berjaya keluar mencari jalan pulang akan membuatkan dirinya terkenang sejenak peristiwa-peristiwa yang menghantui dirinya hingga ke akhir hayat. Kenapa begitu? Ini kerana adat resam budaya melayu yang diterapkan oleh penghuni kampung tersebut amat bertentangan dengan adat budaya dan kebiasaan kita orang melayu
Kampung ini bukannya dihuni oleh bangsa jin ataupun bunian malah penghuninya adalah manusia biasa. Menariknya anggita kampung itu berjumlah ๐ง๐๐ง๐๐ฃ 149 orang semua. Kenapa disebut tetap?. Ini kerana jumlahnya tidak akan berubah dari jumlah 149 orang. Sekiranya ada kelahiran maka mesti ada kematian. Dan jumlah penghuni tetap tidak akan bertambah atau berkurangan. Sekiranya ada orang luar masuk ke kampung tersebut, ianya tidak dikira sebagai orang kampung akan tetapi kehadiran orang luar tersebut tidak boleh lebih dari 2 minggu atau kejadian buruk akan menimpa seluruh penduduk kampung.
Apakah cerita yang membuatkan sang pengembara bernama Luqman ini saksikan sementara menumpang hidup selama 2 minggu di kampung itu..
ns3.16.135.185da2