Sejak awal pagi lagi, Tuan Guru Megat Al Qayyum telah menunggu di luar pintu gua Kubur Mayat Hidup untuk berjumpa dengan Puteri Rania. Dia ditemani oleh anak murid setianya, Raden Mas Aulia. Semuanya kerana perasaan bersalah atas apa yang berlaku malam sebelumnya. Tambahan pula, aliran Al Qalam dan aliran Kubur Purba adalah musuh ketat sejak dari zaman berzaman lagi. Setelah melihat kehebatan Puteri Rania, Tuan Guru Megat Al Qayyum takut jika Puteri Rania akan membalas dendam. Oleh sebab itu, dia datang untuk berdamai.
154Please respect copyright.PENANArWswS8Lwxn
"Tuan Guru..kalau Tuan Puteri Rania tidak muncul hari ini, adakah kita akan menunggu disini sepanjang hari?" Soal Raden Mas Aulia.
154Please respect copyright.PENANAlav9Nezqdd
Tuan Guru Megat Al Qayyum hanya menghela nafas panjang. Dia sendiri tidak pasti akan jawapannya.
154Please respect copyright.PENANA9gZsxBZmGR
"Tuan Guru, apa kata Tuan Guru pulang dahulu ke maktab. Saya akan menunggu disini. Jika Tuan Puteri Rania keluar, saya akan sampaikan pesan Tuan Guru kepada dia." Ujar Raden Mas Aulia.
154Please respect copyright.PENANAOyuqN5jSNO
Dia sememangnya anak murid yang amat menghormati tok gurunya. Dalam daripada itu, dia juga ingin berjumpa lagi dengan Puteri Rania. Setelah melihat gadis itu buat pertama kali, hatinya bertambah rindu kepada Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANAEz4IceD2Uy
"Baiklah. Sampaikan pesan kepada Puteri Rania sebaik sahaja dia keluar dari gua." Tuan Guru Megat Al Qayyum berkata sebelum berlalu pergi dari situ.
154Please respect copyright.PENANAWgBhiJqRzS
Raden Mas Aulia berasa lega. Dia menunduk hormat kepada tok gurunya. Setelah tok gurunya sudah berlalu, Raden Mas Aulia meninjau-ninjau kearah pintu gua Kubur Mayat Hidup. Tidak sabar rasanya dia ingin bertemu lagi dengan Puteri Rania,walaupun dia sendiri tidak pasti, adakah gadis itu akan muncul menunjukkan dirinya lagi.
154Please respect copyright.PENANAE08d0wOVCq
*****
154Please respect copyright.PENANAEFYnuMKpfq
Puteri Rania membawa Iskandar Zulkarnain kedalam bilik utama aliran mereka. Bilik itu dinamakan Makam Purba. Disitulah terletaknya keranda-keranda batu tempat bersemadinya pengasas dan seluruh penuntut didalam aliran itu, walaupun bilangannya tidak ramai.
154Please respect copyright.PENANAkubsUVBMwS
"Sebelum Nenek Sun meninggal dunia, dia amanahkan saya untuk menjaga kamu. Sekarang, dihadapan makam Nenek Sun dan dihadapan potret Mahaguru Ratna Sari, saya nak kepastian, adakah kamu sanggup menjadi anak murid saya dan berjanji akan menuruti arahan saya? Kamu boleh pergi kalau kamu tak sudi." Soal Puteri Rania kepada Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAMCLJsTVJeY
"Saya akan menjadi anak murid makcik. Saya akan menuruti segala arahan makcik walaupun makcik tak ajar saya silat." Jawab Iskandar Zulkarnain dengan bersungguh-sungguh.
154Please respect copyright.PENANA3n6VWOo9PL
"Inilah pengasas aliran kita, Mahaguru Ratna Sari." Puteri Rania menunjukkan potret Mahaguru mereka.
154Please respect copyright.PENANA1cJvDCckHu
"Ha? Dia Mahaguru kita? Kenapa dia kelihatan muda?" Iskandar Zulkarnain berasa teruja.
154Please respect copyright.PENANAuOykaR0YnV
" Potret ini dilukis semasa Mahaguru masih muda." Puteri Rania menjelaskan.
154Please respect copyright.PENANA40O1lZfCLv
Iskandar Zulkarnain mengangguk faham.
154Please respect copyright.PENANA4x624LTUcD
" Ini pula adalah tok guru saya." Puteri Rania menunjukkan pula potret tok gurunya.
154Please respect copyright.PENANAiE8Bw1fHSL
Iskandar Zulkarnain mengangguk lagi. Puteri Rania memandang kearah Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAvijbzNs8ZZ
"Kenapa kamu masih berdiri? Cepat melutut dan tunduk hormat." Arah Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANA4etj2pIrHr
Sudah menjadi adat pada zaman itu untuk memuliakan dan menghormati pengasas dan juga tok guru yang sudah meninggal dunia.
154Please respect copyright.PENANAV0eh6sKYmz
Iskandar Zulkarnain hanya menurut tanpa membantah. Dia segera melutut dan memberi tunduk hormat.
154Please respect copyright.PENANAkJUzF58I5A
"Ludah padanya." Puteri Rania menunjukkan pula pada satu potret seorang lelaki.
154Please respect copyright.PENANAcU7eKsPFxg
"Siapa dia?" Soal Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAt4pjxtgV3F
" Dia ialah pengasas aliran Al Qalam, Aria Putra. Inilah peraturan disini. Kamu harus ludah padanya selepas berguru dengan saya." Puteri Rania menerangkan.
154Please respect copyright.PENANABTeIREzWsa
"Dia adalah mahaguru kepada Raden Mas Arya? Baiklah." Iskandar Zulkarnain dengan rela hati meludah potret itu. Sengaja dia mengumpulkan kahaknya dan terus meludah semahunya.
154Please respect copyright.PENANAv687EVn52q
"Dah..cukup." marah Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANA9n6Plq8ejY
" Kenapa Mahaguru begitu benci pada dia dan mahu anak muridnya ludah pada Aria Putra?" Soal Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAdAjzPqGseN
"Tak tahu." Puteri Rania menjawab pendek.
154Please respect copyright.PENANAJaazyc3ISF
" Saya benci dia juga. Kenapa makcik tak musnahkan saja gambar ni? Kenapa nak terus gantung dan simpan gambar ni lagi?" Soal Iskandar Zulkarnain lagi.
154Please respect copyright.PENANAwLduRDS86L
" Saya pun tak tahu. Tapi Mahaguru selalu berkata yang semua lelaki dalam dunia ni adalah jahat." Puteri Rania berkata.
154Please respect copyright.PENANAHCz3TEkPkD
"Ha?" Iskandar Zulkarnain memandang Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANAc6jxu4zqaG
"Kamu masih kecil, jadi tak termasuk. Tapi, saya tak akan lepaskan kamu kalau kamu buat jahat nanti." Puteri Rania memberi amaran.
154Please respect copyright.PENANAxWITUGoLKW
Iskandar Zulkarnain hanya tersengih dan mengangguk faham.
154Please respect copyright.PENANAzZmciAfs4Q
" Lafaz ikrar bahawa kamu akan berguru dengan saya sekarang." Kata Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANAaCJsLZgtHt
" Baiklah. Tapi sebelum tu, makcik kena janji akan ikut syarat saya. Kalau tak, saya tak akan berguru dengan makcik." Iskandar Zulkarnain berkata.
154Please respect copyright.PENANAqrAVy1bXtF
" Selama ni, hanya tok guru yang akan arahkan anak murid dia untuk ikut syarat, tapi kamu pulak yang bagi syarat pada saya?" Soal Puteri Rania pelik.
154Please respect copyright.PENANA9VZ93WkdiB
Iskandar Zulkarnain hanya tersengih lagi.
154Please respect copyright.PENANACwK0Wj8CbZ
"Apa syarat kamu?" Soal Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANAJ5eV0QHGyL
" Saya akan anggap makcik sebagai tok guru didalam hati, dan akan menghormati makcik. Saya akan sedia buat apa sahaja. Tapi saya tak akan panggil makcik sebagai tok guru. Boleh tak kalau saya terus panggil dengan panggilan makcik?" Iskandar Zulkarnain menjelaskan syaratnya.
154Please respect copyright.PENANAanoGTotmuF
"Kenapa?" Soal Puteri Rania, pelik dengan syarat Iskandar Zulkarnain itu.
154Please respect copyright.PENANA24hs9js5aD
"Sebab saya pernah melutut dan tunduk hormat pada pengasas aliran Al Qalam. Saya pernah berguru dengan pendeta-pendeta itu. Mereka melayan saya dengan teruk, dan saya akan memaki mereka dalam mimpi. Saya takut akan melibatkan makcik sekali kalau saya panggil makcik sebagai tok guru. Jadi saya akan panggil makcik sahaja." Iskandar Zulkarnain menjelaskan.
154Please respect copyright.PENANAOefxTV5oY9
" Baiklah. Saya setuju." Puteri Rania mengangguk.
154Please respect copyright.PENANAceOgRwGdGb
Iskandar Zulkarnain tersenyum gembira. Dia kemudiannya terus melutut dihadapan potret Mahaguru Ratna Sari.
154Please respect copyright.PENANAUzlVxzqkqn
" Saya, Iskandar Zulkarnain akan berguru dengan makcik Puteri Rania hari ini. Saya akan menurut segala arahan makcik mulai hari ini. Saya Iskandar Zulkarnain akan melindungi makcik apabila makcik ditimpa bahaya. Saya Iskandar Zulkarnain akan membunuh sesiapa sahaja yang membuli makcik " Iskandar Zulkarnain melafaskan ikrarnya.
154Please respect copyright.PENANAWwwzQ6pbYQ
Puteri Rania hanya tersenyum kecil mendengar lafaz ikrar anak muridnya itu.
154Please respect copyright.PENANA0Odja7dCBw
"Makcik..apa nama aliran kita?" Soal Iskandar Zulkarnain ingin tahu.
154Please respect copyright.PENANAMDE0pDH7lY
"Mahaguru kita tidak bergaul dengan para pendekar sejak mengasaskan aliran ini. Selama ni, aliran kita tak mempunyai sebarang nama." Puteri Rania berterus terang.
154Please respect copyright.PENANALY4zC0FBVT
"Takda nama?" Soal Iskandar Zulkarnain pelik.
154Please respect copyright.PENANAVqAsnTMMYR
" Selepas itu, orang di dunia pendekar menggelarkan kakak seguru kita, Ratu Lidya sebagai pengikut Aliran Kubur Purba. Jadi aliran kita dipanggil sebagai Aliran Kubur Purba." Jelas Puteri Rania lagi.
154Please respect copyright.PENANAePGJNsuulv
"Tak sedapnya nama." Iskandar Zulkarnain berkata lepas.
154Please respect copyright.PENANARgHqWIbPrV
" Itu hanya nama sahaja. Tak penting pun. Sudah. Kamu tunggu disini sekejap." Puteri Rania bersiap untuk keluar.
154Please respect copyright.PENANAzHZtLcTrXa
"Makcik...kita pergi sama-sama lah." Iskandar Zulkarnain mengejar Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANAAzqoIBsUcZ
"Tadi kamu baru saja berjanji akan menurut kata saya. Sekarang dah tak dengar cakap pula?" Kata Puteri Rania sambil memcuit hidung Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAv8NMo5xtYJ
"Err..bukan..saya takut tinggal seorang diri dalam Kubur yang besar ni." Kata Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAHFqDu5wZGk
" Kamu kan lelaki sejati, apa yang nak ditakutkan? Tadi cakap nak lindungi saya" Puteri Rania mengusik.
154Please respect copyright.PENANAFP5K5k71S3
" Makcik..makcik pergi mana? Makcik balik lambat ke?" Soal Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAMZFsrpjehH
" Tak tahu lagi. Bergantung pada berapa banyak yang saya dapat tangkap." Kata Puteri Rania sebelum meninggalkan Iskandar Zulkarnain.
154Please respect copyright.PENANAC22agQvqXt
"Makcik nak tangkap siapa?" Laung Iskandar Zulkarnain. Dia melihat Puteri Rania telahpun melompat dan menuju kearah pintu keluar.
154Please respect copyright.PENANAl0RglthkvB
*****
154Please respect copyright.PENANA13MlDE9z49
Raden Mas Aulia yang sedang menunggu, terperanjat apabila melihat Puteri Rania mendarat betul-betul dihadapannya.
154Please respect copyright.PENANAKYRO55ZN95
"Tuan Puteri." Panggil Raden Mas Aulia.
154Please respect copyright.PENANA68oCy7ZYkd
Puteri Rania menoleh kebelakang. Dia tidak menyedar ada seorang pendeta disitu. Raden Mas Aulia pula tergamam kerana inilah kali pertama mereka bertentang mata.
154Please respect copyright.PENANATy4VQTETch
"Er ..saya Raden Mas Aulia dari Maktab Al Qalam, diarahkan untuk menunggu Tuan Puteri disini." Kata Raden Mas Aulia dengan penuh tertib.
154Please respect copyright.PENANApKKmLtQpHX
"Kenapa kamu cari saya?" Soal Puteri Rania.
154Please respect copyright.PENANAVatJOOidXS
" Err..kerana Iskandar Zulkarnain adalah pelajar saya. Saya harap Tuan Puteri kembalikan dia kepada saya." Raden Mas Aulia berkata.
154Please respect copyright.PENANAX5w2bdeRm5
"Iskandar Zulkarnain tidak suka pada aliran Al Qalam. Dia telah berguru dengan saya. Sebelum Nenek Sun meninggal, dia sudah berpesan pada saya untuk menjaga Iskandar Zulkarnain. Saya tak boleh serahkan dia pada kamu. Mulai hari ini, Iskandar Zulkarnain tidak ada hubungan dengan kamu lagi." Puteri Rania berkata tegas.
154Please respect copyright.PENANA08lPBwoXWT
Raden Mas Aulia hanya menunduk. Tidak mampu mengeluarkan suara walaupun didalam hati bermacam-macam mahu diluahkan.
154Please respect copyright.PENANAYuBIv9rAqy
" Tepat masanya kamu datang. Tak perlu lagi saya pergi ke Maktab Al Qalam. Ini penawarnya. Ambil dan berikan pada pendeta kamu yang cedera" Puteri Rania melambungkan botol penawar itu.
154Please respect copyright.PENANA2eRW7NbxIh
Kelam kabut Raden Mas Aulia menyambutnya. Puteri Rania terus meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Raden Mas Aulia tersenyum sendiri sambil melihat Puteri Rania yang sudah jauh meninggalkannya. Walaupun Puteri Rania seperti melayannya dingin, namun dia berasa gembira.
154Please respect copyright.PENANA0xW7fCTk92
154Please respect copyright.PENANANB7YqC3trA