Dimas Adipati dan pengikutnya berkumpul dihadapan pintu masuk gua Kubur Mayat Hidup. Walaupun dia tahu, Puteri Rania tidak akan keluar, namun dia masih menunggu.
139Please respect copyright.PENANAgXkTBO3b5B
"Saya adalah Putera Dimas Adipati. Selamat hari jadi kepada Tuan Puteri Rania. Khabarnya, Tuan Puteri Rania mengumumkan pada orang ramai bahawa ada pemilihan calon suami untuk Tuan Puteri Rania. Saya berasal dari keluarga yang kaya dan juga tampan, harap Tuan Puteri Rania sudi berpandangan dengan saya." Dimas Adipati melaung dari luar pintu gua tanpa rasa malu.
139Please respect copyright.PENANA0cIzc2yOB7
" Khabarnya Tuan Puteri juga merupakan seorang pendekar wanita yang hebat, jadi janganlah berasa malu untuk berjumpa saya." Laung Dimas Adipati lagi.
139Please respect copyright.PENANAxxClO5JQ7L
Namun, suasana dari dalam gua hanya sunyi sepi. Tiada tanda-tanda bahawa kedatangan putera Majapahit itu akan disambut.
139Please respect copyright.PENANAknqncdzFIS
Tiba-tiba, kedengaran suara dengungan yang amat kuat dari arah gua Kubur Mayat Hidup. Dimas Adipati dan pengikutnya berasa hairan dengan bunyi itu. Dari jauh, kelihatan satu kawanan lebah sedang keluar dari arah pintu gua menuju kearah mereka. Mereka semua berasa panik dan cemas kerana lebah-lebah itu tiba-tiba sahaja menyerang. Ada juga diantara mereka yang sudah lari bertempiaran.
139Please respect copyright.PENANAYeL20SAlFB
"Lebah..dari mana datangnya lebah-lebah ni? Lari..lari selamatkan diri." Orang-orang Majapahit itu lari memyelamatkan diri kerana takut disengat.
139Please respect copyright.PENANAUsg99HSJrg
"Jangan lari! Kembali ke sini!" Dimas Adipati bertempik.
139Please respect copyright.PENANAdf6S1o4bEb
Dia juga turut melibas-libaskan tangannya menghalau lebah-lebah yang sedang menyerang.
139Please respect copyright.PENANA5XTWeEcEQX
Disebabkan bilangan lebah yang terlalu banyak, serta ramai dari antara mereka yang sudah cedera akibat disengat, kumpulan penceroboh dari Majapahit itu akhirnya lari meninggalkan gua Kubur Mayat Hidup itu.
139Please respect copyright.PENANAhZfbTlexXc
Dari jauh, Ratu Lidya bersama seorang anak murid setianya, Hala Badra telah memerhatikan kejadian itu dari tadi. Sememangnya, Ratu Lidya juga ingin memasuki gua Kubur Mayat Hidup itu, namun, usahanya turut gagal sebelum ini. Ratu Lidya sebenarnya adalah bekas murid di gua Kubur Mayat Hidup dan merupakan kakak seguru kepada Puteri Rania. Namun, Ratu Lidya telah membeloti alirannya dan telah membawa haluan sendiri.
139Please respect copyright.PENANAzef2KBmrN0
"Tok guru, tak sangka pengasas kita memiliki teknik untuk mengawal lebah." Hala Badra berkata.
139Please respect copyright.PENANAhPr3OB92RA
"Pengasas yang pilih kasih itu hanya mengajar teknik ini pada Puteri Rania sahaja. Dia juga memilih untuk menyerahkan Kitab Gadis Perawan kepada Puteri Rania, bukan aku." Ratu Lidya berkata geram.
139Please respect copyright.PENANA27COjlht7L
"Ilmu Puteri Rania tidak setanding dengan tok guru, kenapa tok guru tak rampas balik Kitab Gadis Perawan itu?" Soal Hala Badra.
139Please respect copyright.PENANADCGka3Lek9
" Biarpun pengasas kita pilih kasih, tapi aku masih kakak seguru dia. Tak kan nak buli dia pula kan?hahaha. Ayuh." Kata Ratu Lidya.
139Please respect copyright.PENANA8kLkPjVSev
"Kita nak pergi begitu saja?" Soal Hala Badra.
139Please respect copyright.PENANAqjFsWv18Hz
"Kita akan cari jalan lain untuk masuk kesana lain kali" Ratu Lidya berkata sebelum beredar dari situ.
139Please respect copyright.PENANAMXxUJmhSH2
*****
139Please respect copyright.PENANA4zjg07VlFn
"Melutut cepat. Beri hormat kepada pengasas dan tok guru." Zulkarnain Shah menegur Iskandar Zulkarnain yang hanya berdiri dengan muka malasnya.
139Please respect copyright.PENANAzf6fO5BwuN
"Salam sejahtera tok guru." Kata Iskandar Zulkarnain dengan nada tidak ikhlas.
139Please respect copyright.PENANADMfj295VbF
Megat Al Qasar dan Raden Mas Arya berpandangan sesama sendiri, terkilan dengan sikap Iskandar Zulkarnain yang seperti biadab itu.
139Please respect copyright.PENANAoXJgjaUmfT
"Abang Arya. Saya serahkan Iskandar Zulkarnain kepada kamu hari ini. Harap Abang Arya dapat mengajar dan mendidik anak asuhan saya mulai hari ini." Kata Zulkarnain Shah.
139Please respect copyright.PENANAQgodssxVM0
" Pendekar Zulkarnain jangan risau. Saya pasti akan mengajar budak ini dengan sedaya upaya" kata Raden Mas Arya.
139Please respect copyright.PENANATKUCkCF5lM
"Iskandar Zulkarnain, mulai hari ini, kamu adalah anak murid Al Qalam. Walaupun aliran kita tidak sehandal aliran lain, tetapi semua pahlawan di dunia pendekar akan menghormati kita. Kamu tahu kenapa? Bukan kerana kehebatan ilmu silat Al Qalam, tapi sikap kesetiakawanan dan akhlak baik kita." Megat Al Qasar berucap.
139Please respect copyright.PENANAOhopEKQCKc
"Kamu telah menjadi anak murid Al Qalam sekarang. Kamu perlu belajar daripada tok guru disini. Kamu juga kena belajar prinsip untuk menjadi manusia yang baik daripada abang-abang seguru disini. Saya takkan lepaskan kamu jika kamu tidak mematuhi peraturan." Sambung Megat Al Qasar lagi.
139Please respect copyright.PENANAEEKqua3hG6
Iskandar Zulkarnain berasa gelisah dan berdebar. Dia mengerling kearah pak ciknya.
139Please respect copyright.PENANA1tpq7m2qtR
"Iskandar, kamu dengar tak apa yang mahaguru cakap?" Soal Raden Mas Arya.
139Please respect copyright.PENANAkopdC4oUJQ
"Ya dengar dengar dengar." Iskandar Zulkarnain menjawab malas.
139Please respect copyright.PENANAJHH2hu2pc4
" Tak bersopan langsung." Zulkarnain Shah memarahi Iskandar Zulkarnain.
139Please respect copyright.PENANAJDEmbwuJJ8
"Harap Tuan Guru maafkan dia." Zulkarnain Shah memohon maaf bagi pihak anak asuhannya.
139Please respect copyright.PENANANs0Edp1529
"Iskandar, kamu mesti ingat. Kamu kena banyak bersabar dan berusaha mulai hari ini. Patuh semua arahan tok guru, jangan buat silap." Zulkarnain Shah mengingatkan Iskandar Zulkarnain.
139Please respect copyright.PENANAcuKC6XACzg
Iskandar Zulkarnain akhirnya mengangguk faham.
139Please respect copyright.PENANARi0RpJuyow
"Abang pendeta semua, saya minta diri dulu." Zulkarnain Shah sudah bersikap untuk beredar.
139Please respect copyright.PENANA7fQ1hhvXei
"Pak long!" Iskandar Zulkarnain mengejar dan memeluk erat pakciknya.
139Please respect copyright.PENANArv1Z4B6gms
Zulkarnain Shah juga turut berat hati untuk meninggalkan Iskandar Zulkarnain. Namun dia terpaksa demi kebaikan Iskandar Zulkarnain. Dia memeluk erat anak asuhannya dan membawa kembali Iskandar ke hadapan Tuan Guru.
139Please respect copyright.PENANAgQmSvT9e5a
"Iskandar. Belajar baik-baik. Pak long akan jemput kamu semula." Kata Zulkarnain Shah sebelum beredar.
139Please respect copyright.PENANARXBtxNK5pK
Iskandar Zulkarnain memanggil-manggil pakciknya lagi namun dia ditahan dan ditenangkan oleh para pendeta.
139Please respect copyright.PENANAn7hm9RV9Ih
"Langsung tak dengar cakap. Susah nak diajar. Kenapa kamu begitu nakal?" Megat Al Qasar memarahi.
139Please respect copyright.PENANAuMzFC75ygc
"Raden Mas Arya. Ajar dia dengan baik, dan jangan abaikan dia. Kalau tidak, sikap keras kepala dia ni takkan berubah dan akan mempengaruhi hidup sepanjang hayat." Pesan Megat Al Qasar.
139Please respect copyright.PENANAfYMAy8YFuw
"Tuan Guru jangan risau. Saya akan ajar dia dengan sedaya upaya." Kata Raden Mas Arya.
139Please respect copyright.PENANAoK5S35rwck
*****
139Please respect copyright.PENANAWy94mInEPo
Selepas tiga bulan berada di Puncak Ledang, kehidupan Iskandar Zulkarnain tidak seindah seperti yang dibayangkan. Hampir setiap hari dia akan dibuli oleh penuntut-penuntut lain, termasuk abang-seguru dan tok gurunya, Raden Mas Arya. Semuanya kerana perangai Iskandar Zulkarnain yang sangat nakal dan keras kepala.
139Please respect copyright.PENANAjP4Sk1ZSxR
Sepanjang tiga bulan itu, Raden Mas Arya langsung tidak pernah mengajarnya ilmu persilatan. Malah, Iskandar hanya disuruh melakukan kerja-kerja memasak dan membasuh. Semuanya kerana Raden Mas Arya berasa sakit hati apabila dia telah dikalahkan oleh Zulkarnain Shah tempoh hari.
139Please respect copyright.PENANAUgd41NhcIQ
Lebih menaikkan kemarahan Raden Mas Arya, Iskandar sering kali menghina seni silat aliran Al Qalam. Iskandar Zulkarnain pernah mempersoalkan kenapa dia mesti belajar silat itu sedangkan silat Al Qalam tidak mampu mengalahkan ilmu silat pak ciknya. Iskandar juga langsung tidak menghormati tok guru disitu dan sering mempersoalkan kehebatan pengasas Al Qalam, Mahaguru Aria Putra yang telah dikenali pernah menjadi guru kepada Hang Tuah lima bersaudara. Oleh kerana itu, Raden Mas Arya bertindak memukul Iskandar dengan teruk.
139Please respect copyright.PENANAtJpCAaehyq
Disebabkan sudah tidak tahan kerana sering dibuli dan dipukul, Iskandar Zulkarnain telah nekad untuk melarikan diri dari Maktab Al Qalam.
139Please respect copyright.PENANAb5EAxFA70H